25 Feb 2012

Najib Jahil Prinsip Pentadbiran Dan Federalisme - MB Selangor

Pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak menjemput Ketua Negeri Pakatan Rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 114 baru-baru ini menunjukkan beliau jahil tentang prinsip pentadbiran yang baik dan mengenepikan semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau hairan bagaimana Najib dengan tanpa rasa bersalah mengakui bahawa mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional(BN), sedangkan ia turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurutnya, selaku penjawat awam, KSN sepatutnya bertindak secara profesional dan tidak boleh hadir dalam sebuah mesyuarat yang berbentuk kepartian.

"Tindakan Najib ini seolah-olah mahu membina laluan kepada tindakan yang tidak demokraktik kerana tindakan beliau itu umpama memberitahu kepada kakitangan perkhidmatan awam supaya mendiskriminasikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Tambahnya, KSN seharusnya bertindak untuk memberitahu Perdana Menteri bahawa mesyuarat itu adalah satu diskriminasi dan beliau (KSN) tidak sepatutnya dilibatkan.

Abdul Khalid dalam pada itu turut mempersoalkan pembiayaan mesyuarat berkenaan.

"Siapakah yang membayar untuk mesyuarat tersebut? Kerajaan Pusat atau Barisan Nasional? Jika ianya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, mana mungkin Perdana Menteri boleh dengan angkuh mengatakan mesyuarat itu adalah amalan biasa dan tidak melanggar mana-mana aturan," soalnya.

Beliau berkata, selaku ketua negara, perdana menteri harus menunjukkan teladan yang baik terutama kepada penjawat awam sekiranya beliau benar-benar mahu melaksanakan transformasi dalam negara ini.

Ulasan GB

GB telah mengulas hal ini. Petikan:

Jika demikian halnya, iaitu hanya satu mesyuarat penyelaran maka Najib sepatutnya menggunakan jawatannya sebagai Pengerusi UMNO/BN dan mesyuarat itu dikendalikan oleh UMNO/BN bukan oleh kerajaan Pusat.

Ini kerana "peruntukan kewangan" kerajaan pusat untuk sebarang mesyuarat sepatutnya untuk seluruh rakyat tanpa mengira parti politik.

Apakah Najib cuba memperbodohkan rakyat negara ini atau apakah Najib memikirkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bukan rakyat Malaysia?

Tindakan Najib itu menjelaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri BN bukan Perdana Menteri Malaysia.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca






5 ulasan:

  1. Inilah contoh mudah bahawa Najib (BN) tidak layak memerintah bumi Malaysia.

    BalasPadam
  2. Muka-muka UMNO ni mana faham apa itu demokrasi,apa itu ala-Westminister dan apa itu federalism.MP Pakatan Rakyat mana dapat peruntukan yang sewajarnya depa terima,seolah-olah mereka bukan Wakil Rakyat.UMNO mau, jika boleh, tak ada pilihanraya dan semua MP datang dari UMNO/BN.Itu sebab SPR tu jadi cawangan UMNO untuk mengrealisasikan hasrat UMNO tu.

    BalasPadam
  3. Kalau tindak tanduk Najib macam tu, macam Tunku buat kepada Singapura.

    BalasPadam
  4. Tak ada SPRM ingat menyiasat penyalahgunaan kuasa (salah guna peruntukan negara) dalam hal ni? Kalau di luar negara, Tok Jib dah disuruh letak jawatan kerana tiada integriti. Dia lupa bahawa dia adalah PM Malaysia dan bukan PM BN.
    Apa pendapat Che Det Kutty dalam hal ini?

    BalasPadam
  5. si najibmah ni
    pm malaysia ke,
    atau pm bn/umno.
    apalah malangnya
    gua dapat pm macam ni.
    dia ingat malaysia
    mak bapak dia punya ke.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.