Mahathir ulangi debat Najib-Anwar tak perlu
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa debat antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu meskipun ramai berpendapat debat itu harus dijalankan.
Beliau berkata, debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu hanya membuang masa dan tidak mendatangkan hasil kerana masing-masing akan tetap menegakkan pendirian sendiri.
"Buat apa nak debat, saya tidak rasa masing-masing boleh perbetulkan persepsi masing-masing hasil daripada perdebatan seumpama ini.
"Debat kalau dijalankan, tidak akan dapat mengubah pandangan Anwar mahu Najib. Justeru, tak perlulah nak diteruskan hasrat debat dia tu, biar rakyat buat penilaian sendiri kebolehan kedua-dua mereka," katanya selepas sesi soal jawab pada Program Bicara Minda anjuran Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini.
Bekas Presiden Umno ini berkata, niat Anwar ingin berdebat untuk isu luar negara dan ekonomi adalah kerana merasakan dirinya lebih arif bercakap mengenai isu berkenaan berbanding soal dalam negara.
"Dia (Anwar) tidak setuju dengan Datuk Seri Najib. Bila bercakap mengenai hal luar negara dan ekonomi, dia merasakan dia dapat buktikan apa Najib buat selama ini adalah salah.
"Saya tahu, Anwar memang nak jadi perdana menteri sejak dari dahulu lagi, malangnya strategi dia buat tu salah. Dia cabar saya dulu, tapi dia gagal," katanya. -SH
Ulasan GB
Pokoknya Mahathir tahu bahawa Najib akan tewas jika berdebat dengan Anwar, justeru Mahathir cuba sedaya upaya untuk pastikan debat Anwar-Najib tidak menjadi kenyataan.
Mahathir sendiri juga tahu bahawa, tidak seperti politikus yang lain Najib naik di persada politik dengan bertakhtakan warisan emas dan kemewahan sejak kecil. Najib tidak mempunyai kekuatan selain dari kekuatan "menghulur habuan" dan "penipuan".
Mahathir menyatakan bahawa "Anwar memang nak jadi perdana menteri sejak dari dahulu lagi". So whats wrong with that?
Tambah Mahathir, "malangnya strategi dia buat tu salah".
Benar, Anwar ada melakukan kesilapan di dalam strategi. Malah GB pun pernah mengkritik pedas strategi politiknya satu ketika dulu. Tetapi, berjaya atau tidak strateginya, beliau sendiri yang menanggung risikonya.
Strategi Mahathir sendiri tak semuanya betul. Contoh paling jelas ialah perlantikan penggantinya, Abdullah Ahamd Badawi sebagai PM oleh beliau sendiri diakui olehnya sebagai strategi yang salah.

Memang rakyat pun tahu bahawa Najib tiada upaya untuk berdebat dengan Anwar.
BalasPadamKetua politik yang menang dalam pilihan raya dah tentu sah akan jadi pemimpin negara sama ada dipanggil PM atau Presiden. Apa yang pelik sangat bagi Mahathir. Dia dulu sebagai Presiden UMNO, parti dia menang dia yang jadi PM. Itulah hukumnya, kalau pembangkang menang dalam PRU 13 sudah tentu Anwar Ibrahim yang jadi PM. Tidak pelik.
Hidup lagi Kutty ni!
BalasPadamBetul kata Che Det Kutty. Debat tidak akan mengubah pendirian Najib maupun Anwar tetapi dia lupa yang PENDIRIAN RAKYAT BOLEH BERUBAH HASIL DARI DEBAT TERSEBUT.
BalasPadamDengan berdebat, rakyat dapat menilai pemimpin yang manakah lebih berkaliber, lebih berketrampilan, lebih berwibawa, lebih berwawasan, lebih telus, lebih mesra rakyat, ... ? Yang BN tahu ialah berkehendakkan majoriti 2/3 di parlimen agar depa boleh berbuat sesuka hati seperti zaman Che Det Kutty. Rakyat la ni dah cerdik. Yang dok jadi bodoh ialh pemimpin kat dalam BN tu.
Che Det Kutty, dulu hang dilihat sebagai pemimpin yang hebat sebab tiada penentangan dari luar. Makin hari makin nampaknya betapa silapnya suatu masa dulu Malaysia mempunyai seorang PM yang nampak cerdik tapi rupanya TIDAK. Lagi banyak hang berbicara, lagi terserlah kebodohan hang, Che Det Kutty ooi......