2 Jan 2012

Tragedi UPSI: Safwan Dakwa Ditumbuk, Ditendang, Akan Ambil Tindakan Mahkamah

Safwan akan ambil tindakan mahkamah insiden di UPSI

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat.

“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.

“Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.

Laporan The Malaysian Insider semalam menyatakan bahawa polis telah menafikan dakwaan mereka memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di UPSI dan menegaskan “tiada pergelutan” berlaku apabila tangkapan dibuat.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan sementara itu berkata “tindakan perlu” diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa “tercedera sendiri”.

“Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka.

Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya.

“Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah,” katanya lagi.

Awal pagi tahun baru lalu, sekumpulan 60 mahasiswa telah mengadakan demonstrasi aman di perkarangan pintu masuk UPSI dan mendakwa telah berlaku pergelutan dengan pihak polis.

Ketika insiden tersebut, seramai 17 antara mahasiswa terbabit telah ditahan polis Tanjung Malim, dan kemudiannya dibebaskan.

Sementara itu, PKR dan DAP terus mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malim selepas tengah malam kelmarin.

Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas menggunakan tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.

Ketika kejadian berkenaan, Safwan dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri. -TMI

Demo Upsi: Ketua Bebas dakwa ditumbuk, ditendang

SLIM RIVER - Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Safwan Anang mendakwa beliau ditumbuk dan ditendang ketika polis meleraikan perhimpunan mereka yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi semalam.

Safwan yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan mulut berkata, ketika kejadian, beliau hanya ingin membantu rakannya yang ditahan pihak polis.

Katanya, tiada provokasi dilakukan oleh mahasiswa seperti yang didakwa menjadi punca kekecohan.

"Ya! saya ditumbuk di muka dan ditendang oleh polis menggunakan lutut di tulang rusuk saya. Sekarang saya masih susah untuk bernafas," katanya pada sidang media di pekarangan Hospital Slim River di sini hari ini. -SH


Siswa: Saya dipukul ketika bantu rakan

Mahasiswa yang tercedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim semalam mendakwa beliau beliau dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis.

Bercakap kepada sidang media selepas dibenarkan keluar daripada hospital hari ini, Muhammad Safuwan Anang, 23, juga mendakwa beliau tidak melawan langsung pasukan keselamatan dalam insiden di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tampil lemah dengan kerusi roda yang disorong isterinya, Muhammad Safuwan mendakwa, dalam kejadian semalam, polis juga menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras.

Pihak polis Perak semalam bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan. - mk


Laporan Bervideo sebelum ini
klik untuk baca




6 ulasan:

  1. Saya sokong. Peristiwa mamat yang tampar Adam Adli Abdul Halim dulu tupun patut diheret ke mahkamah. kita tengok nanti, betulkah hakim bertidak telus!

    BalasPadam
  2. umno must be terminated

    BalasPadam
  3. Masa mahasiswa berdemo para pemimpinnya telah menghalang dari campurtangan parti politik. Apakah mahasiswa yang berdemo untuk membebaskan mereka dari belenggu AUKU dilihat sebagai pengaruh politik. Umporno menganggap pemikiran mahasiswa selama ini dungu dan wajib patuh apa juga arahan yang menghalang mahasiswa membantah.

    Sebab itu bila ada kumpulan mahasiswa yang mula pandai membantah. Umporno celaka dah nampak mahasiswa macam lembu pawah. Boleh dibantai dilanyak sekehendak hati. Kalau lembu fidlot pun pandai melawan takkan mahasiswa akan membodohkan diri..

    Tungguuuuu!!!!........

    BalasPadam
  4. UMNO MISTI DIKEBUMIKAN..

    BalasPadam
  5. Ayoh mari kita collect RM1 seorang rakyat malaysia untuk tabung lawan polis yang kurang ajar tu , seret kemahkamah. saman individu berkenaan jangan saman PDRM. kerana PDRM dengan UMNO sama saja.

    BalasPadam
  6. Aku sumpah umno mampos selamanya..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.