26 Jan 2012

Forum Seks Kelab Taat Suami Arqam Diserbu

Boleh cemar imej Nabi

IPOH: Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS) disoal siasat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ketika mahu melancarkan kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ di sebuah banglo mewah di sini, semalam.

Sepasukan penguat kuasa JAIPk menyerbu banglo itu kira-kira jam 4 petang selepas mendapat maklumat mengenai program berkenaan yang dikhuatiri boleh menimbulkan imej negatif kepada Nabi Muhammad s.a.w.

KTS diketuai Khadijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah dan beliau adalah isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sebelum ini.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas poster kempen dan risalah selain memeriksa komputer riba yang terdapat di ruang pameran majlis berkenaan.

“Kami menyoal siasat semua ahli KTS untuk mendapatkan maklumat mengenai program yang diadakan dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam. -HM

Kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ rendahkan martabat Nabi Muhammad, tegas Muslimat PAS

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Dewan Muslimat PAS menyelar kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” yang dilancarkan Kelab Taat Suami sambil menegaskan “Islam tidak menjadikan seks sebagai agenda utama.”

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff berkata Kelab Taat Suami Malaysia pimpinan Fauziah Ariffin sepatutnya menggunakan kelebihan lain Nabi Muhammad berbanding kehidupan seks.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang meragui matlamat sebenar Kelab Taat Suami itu.

“Kalau kita lihat dari sudut Islam, bagaimana Islam mengangkat hubungan suci suami isteri tetapi seks bukan agenda utama sebaliknya menjaga keturunan adalah yang paling penting.

“Jadi sempena kelahiran Nabi Muhammad seharusnya kita bersyukurnya dan melihat bagaimana kelahiran Nabi Muhammad ini sebagai penyuluh seluruh alam,” kata Siti Zailah.

Tegas beliau, menjadi kehidupan seks sebagai agenda utama Islam adalah tidak wajar kerana banyak lagi aspek lain yang menjadi keutamaan menambah “seks hanya sebahagian daripada kehidupan manusia.”

“Islam datang dengan rahmat, bukan meletakkan agenda seks dan nafsu sebagai agenda utama tetapi bagaimana meletakkan ketinggian maruah manusia, saya tidak setuju bila letakkan seks sebagai agenda utama.

“Seks hanya satu suntikan yang kita disyorkan mengikut naluri semula jadi yang ada dalam diri manusia sesuai dengan syarak,” katanya dengan nada terkejut.

Justeru Siti Zailah menasihatkan Kelab Taat Suami kembali kepada ajaran Islam dan mengangkat martabat Rasulullah di kedudukan sebenar.

“Bagi saya kelab ini patut kembali kepada ajaran Islam, mereka perlu nilai balik apa agenda mereka.

“Kalau gelarkan Rasulullah sebagai tokoh seks seolah-oleh meletakkan Rasulullah di tempat yang tidak selayaknya, perkahwinan bukan semata-mata kerana seks dan saya sangat tidak bersetuju kerana ada banyak lagi perkara lain yang boleh diperbesarkan,” katanya.

Kelab Taat Suami pagi ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”
-TMI


Ulasan GB

Cukup teruk dah kumpulan Arqam ini. Hanya seks yang ada di dalam kepala mereka sehingga Rasulullah saw sendiri dilihatnya sebagai tokoh seks sekalipun diberikan istilah "seks suci".

Sebelum ini GB sudah mengulas:

Demikianlah, akhirnya Allah mendedahkan kesesatan kumpulan Al-Arqam - dimana perjuangan daripada zikir-zikir yang mereka amalkan berakhir dengan perjuangan atas katil.

Begitulah diantara cara-cara bagaimana si iblis memperdaya manusia.

Jangan pula selepas ini ada yang mencari-cari buku tersebut.

Kedua jauhilah ajaran-ajaran yang menyimpang dari aqidah As-sunnah wal-jamaah.

Sabda Nabi saw:


Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.). (Imam Malik).


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





6 ulasan:

  1. Perkataan 'sex' tu tak sesuai le. Allah pun tak sebut 'kencing', 'berak' dlm quran .. sebaliknya sebut 'keluar dari..(aku lupa le seterusnya..) ' yg majoriti ulamak kata kencing berak (ni aku dengar Ustaz Ismail Kamus ceramah, lebih kurang gitu)

    So bersopan le.. Misalnya 'Rasulaullah, tokoh suami misali' , jadi faham2 le bile sebut suami tu termasuk le hubungan dgn isteri. Dan banyak lagi tanggungjawab utama suami bukan hok tuu aje.

    Rekmen aje buku Bimbingan Mukminin - Imam Ghazali, ada bicarakan hal tu. Suami isteri kena dipaksa beli oleh tuan kadi yg menikahkan. Apa macam cadangan aku, best tak?

    Atau tok2 kadi potostat bab tu aje, then jual kat pengantin baru masa nikah. Dapat juga duit buat masuk tabung masjid.

    BalasPadam
  2. Amboi geliga gak minda n cdngan ni no? best gak..ha ha ha..dr tjuk mngarut2 kursus nikah la ni...tu..

    BalasPadam
  3. a bunch of sex-deprived cougars under the veil of "isteri taat" konon...buat malu kaum hawa betol makcik2 nih...
    keji dan hina sungguh depa ni sebab melihat Rasullah S.A.W dalam konteks "tokoh seks"
    cilanat punya pompuan2 ni...
    ni lagi dahsyat dari bohsia2!!a

    BalasPadam
  4. Depa ni gimik aje, nak tarik supaya ramai org datang. Kan ahkir2 ni macam2 gimik terutama bab namakan masakan, 'ayamg goreng cik minah lenggang le', 'kerabu anak dara sunti le', 'pulut terbang' lah dlll..org dulu2 pun dah buat tapi salah pilih nama tak glamer, contoh 'kuih taik itik'.

    Gimik tak menjadi, menyampah ade la.
    Tak sopan lansung, kat khalayak.

    Ni ha, pasangan2 yg ada masaalah sex dlm rumahtangga, jumpa kounseler pejabat agama atau pakar (leleki jumpa lelaki, perempuan jumpa perempuan), 4 mata aje.

    BalasPadam
  5. Aku rasa tajuk tu memang menghina Nabi swt... KTS ni takde fikir lain, asyik sex ajer...


    AzMiR

    BalasPadam
  6. Kalau hidup nak utamakan agenda seks terpulanglah kepada diri masing2 tapi jangan babitkan nama nabi Muhammad saw dan orang lain.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.