13 Jul 2011

BERS✔H 2.0: Warga Emas Bekas Guru Ini Dinobatkan "Lady Of Liberty" Malaysia

Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakaian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih.

Wanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.

Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.

Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

“Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan.

“Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk merakamkan gambar itu tetapi polis mula menembaknya dengan meriam air... dia tidak terdaya menahannya dan terus berjalan beredar dari kawasan itu.”

Katanya, Makcik Anne dikesan pada awal perhimpunan itu kerana statusnya sebagai warga emas.

“Sebab itu, banyak juga gambarnya yang berdear di Internet. Bukan saya sahaja yang merakamkan gambarnya pada hari itu,” kata Teng, bekas jurugambar akhbar harian Cina Oriental Daily News.

Malaysiakini sempat mewawancara Makcik Anne ketika beliau berjalan seorang diri di Jalan Petaling pada perhimpunan Sabtu itu. Katanya, lebih “mudah jika berjalan seorang diri”.

"Saya sudah tua tetapi terus berjalan kerana mereka merampas kebebasan saya. Sekarang saya tak boleh pakai baju kuning sekalipun,” katanya.

"Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya.” -mk

Kenangan




BERS✔H 2.0: Kisah Seorang Paderi Yang Turut Menyertai Himpunan Aman

Saya seorang paderi, malah seorang paderi perempuan.

Walaupun saya tidak pernah menyertai perhimpunan sebelum ini, namun saya amat prihatin terhadap senario negara. Lebih-lebih lagi, negara kita seakan-akan keparahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kemarahan meruap-ruap dalam hati saya. Maka saya mula mempertimbangkan sama ada turun ke jalan raya atau tidak kali ini.

Demi masa depan negara, dan supaya saya tidak kesal kemudian, maka saya mengambil keputusan untuk turut serta. Ia berlaku dua minggu sebelum tarikh perhimpunan berlangsung. Hati saya tidak tenang sejak itu.

Saya meronta-ronta dalam hati saya. Ketakutan, kontradiksi bergelut dalam diri saya.

Ini kerana identiti saya. Sekumpulan artis berada di bawah jagaan saya. Mereka juga tersentuh dengan keadaan sedemikian, namun mungkin ada yang menganggap mereka tidak sesuai untuk hadir aktiviti sedemikian kerana identiti mereka sebagai orang awam. Dan mungkin ada yang menganggap saya sebagai seorang paderi, hanya perlu menasihat agar mereka berdoa dalam rumah.

Namun demikian, selain identiti sebagai artis, mereka adalah warga sivil negara ini juga, dan mereka bertanggungjawab untuk mempertahankan negara ini.

Air mata saya mengalir...

Dalam dilema sedemikian, saya berdiam diri ketika berdepan dengan mata mereka yang mahu mendapatkan jawapan daripada saya. Saya tidak menggalakkan secara langsung, tapi juga tidak menghalang secara terbuka. Di samping itu, saya mendidik mereka, berkongsi dengan mereka senario dalam negara kita. Apa itu BERSIH 2.0? Apakah lapan tuntutan tersebut? Apakah tujuan perhimpunan tersebut...

Saya berharap mereka akan memahami sepenuhnya, menggunakan kematangan diri untuk menilai dan membuat keputusan, sama ada hadir atau tidak.

Sehingga sehari sebelum perhimpunan, dua orang artis menyatakan keputusan mereka untuk menyertai. Dan saya pun mendedahkan hasrat saya untuk hadir. Mereka agak terkejut, kerana paderi yang tidak menunjukkan pendirian pada hakikatnya sudah bersedia untuk berdepan dengan apa yang mungkin berlaku.

Pada hakikatnya, saya bukannya berani, saya juga ketakutan.


Malam sebelum perhimpunan, hati saya tidak tenang. Tak lena tidur saya. Ketika saya berdoa untuk tanah air yang mana saya lahir dan membesar, air mata saya mengalir. Hati saya berat sekali.

Saya bangun dari tidur pada jam 5 pagi, 9 Julai. Saya bersembahyang, mendoakan agar perhimpunan aman ini berjalan dengan lancar.

Pelan A,B, C

Pada jam 9 pagi, saya bersarapan dengan dua orang artis, sambil berbincang bagaimana menembusi sekatan ke dalam bandar, malah kami mempunyai pelan A, B, dan C! Akhirnya kami mengambil pelan A, masuk ke bandar dengan kereta, dan pergi ke rumah seorang kawan yang berdekatan dengan Stadium Merdeka.

Tanpa diduga, polis memberi laluan kepada kami. Hallelujah! Tuhan mendengar doa kami!

Kami memasuki sebuah bandar yang sepi, lancar, dan dingin. Rasanya cukup pelik.

Orang ramai menyuntik semangat

Kami singgah di rumah kawan sehingga kira-kira jam 1 tengah hari, kemudian bertolak dengan resah dan gelisah. Kami tiba di bangunan Chan See Shu Yuen (bertentangan dengan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor), mendapati jalan memasuki Stadium Merdeka telah disekat dengan dawai besi, dan beberapa orang polis, pemerhati dari Majlis Peguam berada di situ. Kami tidak nampak orang ramai di situ.

Kira-kira 20 minit kemudian, hujan turun dengan lebat. Pada ketika inilah kami nampak kumpulan orang berganding tangan berjalan dari arah Masjid Negara dan Jalan Petaling menuju ke arah kami. Walaupun orang tidak ramai di pihak kami, namun hati saya disuntik semangat setelah nampak mereka. Kami menyambut mereka dengan tepukan.

Tiba-tiba saya menjadi cemas pula. Saya memanjangkan leher saya untuk melihat apa yang berlaku, walaupun dengan ini saya yang berteduh di bawah jambatan akan dibasahi hujan.

Namun, tiba-tiba mereka berhenti, dipercayai dihalang polis. Saya nampak ramai orang berganding tangan dalam air hujan yang mencurah. Hati saya panas, dan mengeluh, apa yang telah kita lakukan? Mengapa negara ini bertindak sedemikian terhadap rakyat jelatanya?

Sejenak kemudian, mereka bergerak lagi ke depan dengan perlahan-lahan, dan akhirnya berdiri di hadapan dawai besi. Kini, polis juga berganding tangan menjadi satu barisan, bersemuka dengan peserta demonstrasi. Jarak mereka adalah dekat, boleh menyentuh satu sama lain jika menghulurkan tangan. Mujur kedua-dua pihak berjaya mengawal diri, dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kawal diri

Pada ketika ini, hujan semakin lebat, semua orang basah kuyup dibuatnya. Namun kita terus melaungkan slogan. Ada yang memakaikan baju kuningnya. Kita hanya mahu menunjukkan kuasa rakyat.

Pada masa itu, saya berhubung dengan kawan saya yang berada di Hospital Tung Shin. Beliau berkata keadaan di sana sangat sengit. Gas pemedih mata dan meriam air berkimia dilepaskan. Saya amat gelisah dan tidak berhenti mendoa. Malah ada seketika kawan yang berada di hujung talian panggilan sana menjerit, kemudian talian putus. Hati saya menjunam, hanya mendoakan agar ini tidak berlaku apa-apa terhadapnya. Hati saya lega apabila beliau memanggil balik untuk melaporkan bahawa dirinya selamat.

Demikianlah yang berlaku di tempat saya berada pada 9 Julai. Hati saya terkapai-kapai. Cemas, lega, kemudian resah... Hanyut tenggelam mengikut perkembangan yang berlaku. Tiada rempuhan, tiada bahasa kesat dikeluarkan di tempat saya berkumpul, malah seorang pemimpin mengulangi peringatan bahawa perhimpunan ini adalah aman.

Ada masanya sesetengah yang berdoa, dan kami pun menyertai bersama. Biarlah kita serah kepada Tuhan untuk menentukan. Hati saya kembali damai. Semoga Tuhan bersama kita untuk berdepan dengan segala ini.

FRU muncul untuk menangkap orang ketika kami bersedia untuk bersurai. Keadaan menjadi cemas ketika itu. Artis saya menarik saya untuk menyeberangi jalan. Kasut saya rosak pada saat-saat itu. Tapi saya tidak peduli, berlari untuk meninggalkan tempat kejadian. Mujur kami tidak ditangkap. Tercungap-cungap kami dibuatnya. Perhimpunan BERSIH 2.0 berakhir dalam suasana cemas berbaur ghairah.

Hati saya masih tersentuh

Setelah kembali ke rumah, saya melayari laman internet. Gambar, tulisan, klip video yang dimuatnaikkan ke laman internet tetap menyentuh hati saya. Rupa-rupanya tempat saya berada kemungkinan tempat yang paling "aman". Tiada gas pemedih mata dan meriam air berkimia, dan tiada keganasan yang berlaku.

Namun, saya tetap marah apabila mendapati keganasan berlaku di tempat perhimpunan yang lain. Mereka hanyalah rakyat jelata tanpa senjata, mengapa dilayan sebegini? Apakah polis tidak mempunyai saudara-mara atau adik-beradik? Bagaimana mereka sampai hati untuk menggunakan kekerasan sedemikian?

Untuk saya, tujuan perhimpunan ini bukan sahaja menyedarkan masyarakat Malaysia, malah menarik tumpuan seluruh dunia. Ini perhimpunan aman, tiada kereta yang dibakar, tiada kedai yang dirompak, tiada seorang pun anggota polis dicederakan, tiada orang yang menangguk di air keruh. Yang ada semangat tolong-menolong ketika berdepan dengan serangan tanpa simpati. Kita mengawal diri dengan baik. Bukankah ini makna sebenarnya Satu Malaysia?

Sebagai seorang paderi, saya gembira apabila mengetahui ramai penganut kristian yang hadir dalam perhimpunan. Saya harap lebih ramai penganut kristian akan tampil ke depan, mencintai negara kita dengan tindakan kita!

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada dua orang artis yang bersama saya. Keberanian mereka, semangat patriotik mereka, telah diterjemahkan kepada tindakan, bersama menyaksikan sejarah ini. Semua pejuang yang berani, dari semua kaum, terima kasih kerana keberanian anda, membubuh tanda noktah yang sempurna dalam perhimpunan ini, semoga Tuhan memberkati anda semua! -MR

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Kenangan



BERS✔H 3.0: TG Nik Aziz Sokong Jika Tidak Berubah, Pemuda PAS Sedia Jadi Penggerak

Nik Aziz sokong Bersih 3.0 jika tidak berubah

KOTA BHARU, 13 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, (gambar) menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.

Ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berlakun sakit, tuan guru berkata hanya rakyat yang menjadi hakimnya.

”Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS), tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insyaallah," katanya.

Menurutnya, Bersih 2.0 akan berjalan dengan baik sekiranya Umno tidak memperalatkan polis supaya menyekat perhimpunan tersebut.

Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan.

Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, setuju untuk rancangan bersih pilihanraya atas nama selagi sistem pilihanraya di negeri ini tidak berjalan lancar.

”Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ianya perlu disokong oleh semua, selagi pilihanraya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun,”ujarnya.

”Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih,”ujarnya.

Yang penting, katanya pilihanraya perlu diadakan secara bersih sekiranya tidak ingin balasan buruk di akhirat nanti.

Menurutnya, peniaga yang dikatakan kerugian besar akibat demontrasi itu akibat kerajaan sendiri memprovokasikan perkara itu.

”Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demontrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku,”ujarnya.

Beliau juga tidak faham sedangkan Puterajaya telah ditempatkan program Himpunan 1 juta pemuda, kenapa kawasan itu tidak disekat. -HD


Pemuda PAS sedia gerakkan Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat, sedia menggerakkan massa untuk mengadakan himpunan Bersih sekali lagi, seperti diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam jika kerajaan masih berdegil dan enggan mendengar tuntutan rakyat.

Menerusi perhimpunan itu, rakyat menuntut kerajaan melaksanakan 8 perkara iaitu membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan berkata, tuntutan tersebut bukanlah sesuatu yang rumit untuk dilaksanakan jika kerajaan benar-benar jujur kepada rakyat.

Menurut beliau, tambahan pula, kesemua tuntutan itu bukanlah sesuatu yang pelik, malah ia amat wajar dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin keadilan kepada rakyat dan membersihkan imej kerajaan serta negara.

Katanya, kerajaan perlu sedar, perhimpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu adalah atas kehendak rakyat dan ia diadakan ekoran desakan rakyat agar kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil.

"Ia bukan diadakan untuk suka-suka, tetapi kerana hasrat yang murni, sehingga para pesertanya sanggup datang dari jauh dari seluruh pelosok negara dan terpaksa menempuhi pelbagai halangan," katanya ketika ditemui di sini.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, menurut beliau, sememangnya perhimpunan aman, tetapi ia telah mencatatkan rekod buruk sehingga menjadi sejarah hitam kepada negara.

"Semua itu terjadi kerana kerajaan BN menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kekerasan terhadap para peserta sehingga lebih 1,400 orang ditangkap, ada yang tercedera, malah ada yang meninggal dunia.

"Peserta yang meninggal dunia itu, Allahyarham Baharudin Ahmad. Beliau adalah bekas tentera dan telah berumur 56 tahun. Walaupun telah berumur, Allahyarham tetap hadir menyertai perhimpunan itu bagi bersama-sama orang ramai mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil.

"Allahyarham Baharudin meninggal dunia selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Allahyarham mengalami kecederaan parah sehingga patah tulung rusuk dan patah gigi.

"Sesungguhnya, Allahyarham Baharudin itu adalah wira negara. Pengorbanannya amat besar kepada negara. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarganya di atas pemergian Allahyarham dan kita mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para syuhada," katanya.

Walaupun perhimpunan Bersih 2.0 memberikan pengalaman pahit kepada rakyat ekoran penggunaan kekerasan melampau oleh kerajaan BN terhadap para pesertanya, tegas beliau, rakyat negara ini tidak takut untuk mengadakan perhimpunan seperti itu sekali lagi jika kerajaan terus enggan membersihkan sistem pilihanraya di tanah air.

"Kerajaan BN tidak mempunyai pilihan lain dalam hal ini, melainkan mesti memenuhi 8 tuntutan itu kerana ia adalah desakan rakyat," tegas beliau. -hd



BERS✔H: Parti Saadat Turki Nyatakan Sokongan, Bantah Tindakan Polis Malaysia

Naib Presiden Parti Saadat Turki, Prof. Dr. Arif Ersoy menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu sebagai munasabah kerana rakyat berhak menyatakan tuntutan mereka untuk pilihan raya yang bersih dan adil.

Beliau berkata, rakyat hanya mahukan tuntutan mereka didengari dan kerajaan Malaysia seharusnya melayani tuntutan tersebut kerana rakyat merupakan 'tuan' kepada negaranya.

"Rakyat hanya mahukan kebebasan dan pilihan raya yang adil. Kerajaan Malaysia seharusnya mendengar tuntutan mereka ini.

"Untuk sesebuah kerajaan itu memastikan mereka dapat memberikan perkhidmatan yang baik, mereka seharusnya tahu apa yang dimahukan rakyat.

"Sebab itu kadang-kadang rakyat perlu keluar beramai-ramai untuk menzahirkan suara hati secara terbuka," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini semalam.

Beliau yang juga setiausaha agung Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – (Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi-Esam) hadir ke Ibu Pejabat PAS dan bertemu dengan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Beliau juga sempat berbual dengan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berada di Terengganu melalui telefon bagi bertanya khabar khususnya selepas dibebaskan setelah ditahan semasa perhimpunan Bersih 2.0.

Mengulas lanjut mengenai perhimpunan Bersih 2.0, beliau yang sempat menyaksikan beberapa insiden tangkapan peserta oleh polis sangat tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Katanya, tindakan polis itu sangat tidak 'gentleman' dalam sebuah negara demokrasi.

"Saya minta maaf kerana terpaksa menyatakan begini. Sikap polis terhadap peserta itu sangat tidak 'gentleman' dan itu bukan undang-undang negara demokrasi dan rakyat Malaysia sangat baik dan peramah jadi tidak harus diperlakukan begitu,"
katanya yang ke Malaysia kerana menghadiri seminar antarabangsa di Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai pembentang kertas kerja.

Tambahnya, beliau yakin Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dan semuanya akan berjalan secara lebih teratur jika rakyat tidak terlalu diberikan tekanan.

"Saya harap proses demokrasi di Malaysia akan dibaikpulih. Semakin baik proses demokrasi itu, semakin senang sesebuah negara diurus.

"Lebih mudah untuk menguruskan negara yang rakyatnya diberikan kebebasan dan negara akan menjadi susah apabila rakyat diberikan tekanan yang kuat," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sangat berbesar hati untuk mendengar pelbagai pandangan daripada PAS dan mengakui mengenali secara rapat Ustaz Hadi melalui beberapa seminar antarabangsa yang dihadiri.

"Sebelum ini kita menjemput pimpinan PAS ke Turki untuk mendengar pandangan kami tapi sekarang saya datang untuk dengar pandangan PAS tapi masa tidak begitu tepat tapi akan datang kami nak dengar banyak pandangan dari PAS tentang pelbagai perkara," katanya.

Pada Mei 2009, Ustaz Hadi pernah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) yang dianjurkan oleh Esam di Istanbul, Turki. -HD

BERS✔H : Akui Kebangkitan Rakyat, Kata Pakar Media

Perhimpunan Bersih anjuran 62 badan bukan kerajaan Sabtu lalu menzahirkan keperluan mengikis anggapan tradisi bahawa setiap demontrasi di negara ini adalah kerja pihak pembangkang, kata seorang pensyarah universiti.

Pensyarah Media dan Komunikasi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata negara tidak akan maju sekiranya segala cetusan rasa tidak puas hati dikaitkan kepada pembangkang semata-mata dan bukannya sebagai suara rakyat.

"(Dalam hal ini) terutama sekali ialah sikap. Sikap kita apabila ada kumpulan yang membantah, memprotes, mengkritik dan kita mentafsir serta mendefinisikannya sebagai (perbuatan) pembangkang. Jika kita tidak ubah sikap ini, kita tidak akan maju,kata beliau kepada TvSelangor. .

Dr Abu Hassan berkata sebagai rakyat yang mendokong sistem demokrasi berparllimen "kita sepatutnya harus meraikan demokrasi,” dan bukan mencemuh amalan-amalan yang dikaitkan kepada kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman.

“Apabila kita meraikan demokrasi, maka akan ada ritual-ritual atau amalan yang mencerminkan demokrasi dan antaranya yang selalu berlaku ialah demontrasi," atau tunjuk perasaan, kata beliau.

Dr Abu Hassan membidas tindakan pihak tertentu yang cuba memberikan gambaran bahawa himpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan negatif sekumpulan rakyat Malaysia yang dihasut golongan pembangkang.

Beliau menyifatkan kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain bersabit Bersih sebagai usaha memberikan persepsi buruk kepada rakyat bahawa kononnya pembangkang berhasrat menghancurkan negara melalui siri "rusuhan" secara besar-besaran di ibu negara.


Pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang digambarkan sebagai dalang mengumpulkan rakyat dari seluruh pelusuk negara untuk menentang kerajaan.

Media arus perdana pula digerakkan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada tuntutan sebenar Bersih sebagai sebuah himpunan aman yang menuntut pilihan raya adil dan telus.

Dr Abu Hassan berkata taktik itu hanya boleh mempengaruhi segelintir masyarakat yang cetek pemikirannya dan mereka yang tidak mendapat akses kepada maklumat yang telus dan seimbang.

Beliau berkata Bersih menzahirkan bahawa proses demokrasi di negara ini berjaya dihidupkan semula oleh NGO-NGO yang berkesedaran terhadap kepentingan suara rakyat.

Dr Abu Hassan menyifatkan pendirian Datuk Seri Najib Razak yang tidak konsisten dengan kenyataannya untuk membenarkan perhimpunan Bersih diadakan di stadium sebagai hanya merugikan negara.

"Perkara tentang pertukaran lokasi himpunan, (guna alasan) Stadium Merdeka itu suci atau tidak, itu hanyalah slogan-slogan atau pun retorik politik yang boleh diberitahu oleh sesiapa. Namun apa yang didesak oleh rakyat sekarang ini ialah jaminan bahawa mereka akan memiliki penghidupan yang sejahtera,” kata beliau.

"Tidak mungkin, tidak mungkin ada rakyat (Malaysia) yang mahu menghancurkan negaranya sendiri. Apabila Nicolae Ceaușescu memerintah Romania selama 20 tahun, rakyatnya miskin,rakyatnya dibunuh, maka rakyat jugalah yang bangkit menyelamatkan Romania. Begitu juga di Mesir," tegas beliau.

Menurut Dr Abu Hassan lagi, kerajaan pada hari ini harus sedar bahawa kebangkitan rakyat di sesebuah negara itu adalah bersebab dan mereka bukan berhimpun beramai-ramai tanpa alasan yang kukuh.

Beliau mengingatkan bahawa himpunan Bersih 2.0 menuntut lapan perkara yang dipersetujui demi sebuah pilihan raya yang adil dan bersih, harus dipandang serius oleh kerajaan.

"Jika setiap pemimpin boleh mengarahkan sejuta rakyat untuk berkumpul bagi mendengar suara mereka seperti dalam perasmian, konvensyen, kenapa pula apabila beberapa orang rakyat berkumpul, mereka dianggap sebagai perusuh? Mereka dianggap sebagai penyangak? Sedangkan mereka berhimpun untuk menyatakan (hasrat) kepada pemimpin,”
kata beliau.

"Jika pemimpin boleh menghimpunkan sejuta orang di dalam stadium untuk mendengar hujahan mereka, maka sudah tiba pula, pemimpin (perlu) bersetuju untuk mendengar luahan beberapa orang rakyat. Ini asas demokrasi. Kita tidak mahu ketidakadilan, kita tidak mahu kemusnahan dalam aspek-aspek di mana kita tidak adil dan saksama kepada ahli masyarakat," tegas Dr Abu Hassan lagi.

Mengulas tohmahan media arus perdana kononnya himpunan Bersih membuahkan unsur-unsur ganas, Dr Abu Hassan sekali lagi menegaskan, perhimpunan aman bukan satu kesalahan mahupun jenayah dalam sebuah negara berperlembagaan seperti Malaysia.

"Tidak timbul isu kononnya demontrasi memberi ancaman, kerana demontrasi sama sekali bukan rusuhan. Demontrasi sama sekali bukan peristiwa amuk mana-mana pihak sehingga boleh mencetuskan konflik ke atas negara," jelas beliau.




Najib Tiba Di Britain Hari Ini Tanpa Hamparan Permaidani Merah?

Ramai memberikan perhatian ketibaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Britain hari ini yang tidak disambut dengan hamparan permaidini merah seperti lazim diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa negara tersebut.

Gambar-gambar yang disiarkan oleh Bernama hari ini lansung tidak menunjukkan keadaan tapak lapangan terbang, malah foto-foto itu diambil tanpa menunjukkan kaki-kaki Perdana Menteri dan lain-lain menjejaki tanah mungkin bagi mengelakkan ternampaknya ketiadaan permaidani merah berkenaan.

Dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri terbang ke London selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan.

Najib tiba di lapangan terbang Farnborough pada 3.45 petang waktu tempatan (10.45 mlm Malaysia) dan hanya disambut oleh Wakil Khas kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong.

Perdana Menteri dijadual bertemu pemimpin kerajaan UK dan tokoh-tokoh industri semasa lawatan itu yang dibuat atas jemputan Perdana Menteri Britain David Cameron. Najib juga dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Semalam, Amnesty International telah mendesak Britain supaya memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, yang didakwa menyaksikan tindakan keras kerajaan Malaysia ke atas peserta perhimpunan.

Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Donna Guest berkata, selain menahan peserta perhimpunan pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada perhimpunan dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

Dalam kenyataannya, Guest berkata ramai peserta perhimpunan telah dikasari oleh pihak keselamatan.

“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.

“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.

Justeru kata Guest, kerajaan Britain pimpinan David Cameron harus campur tangan dengan menasihatkan pentadbiran Najib berhubung keganasan pihak keselamatan ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0.

“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran terhadap keganasan ini dengan menghamparkan karpet merah untuk perdana menteri Malaysia.


“David Cameron harus memberitahu perdana menteri Malaysia bahawa ia adalah pencabulan ke atas peserta perhimpunan aman dan ia tidak boleh diterima,” katanya.

Sebelum itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut membidas kerajaan Malaysia dan telah menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.

Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah “menghadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.”

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam kelmarin.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Frank La Rue, Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.

Rakyat Indonesia Turut Sokong BERS✔H, Adakan Protes Di Kedutaan Malaysia

Warga Indonesia protes di Kedutaan Malaysia, sokong Bersih

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Dilihat tindakan membantah langkah kerajaan Malaysia menghalang perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu, kira-kira 20 warga Indonesia mengadakan demonstrasi di pekarangan Kedutaan Malaysia di Jakarta semalam.

Sekumpulan rakyat Indonesia pernah mengadakan demonstrasi di pekarangan Kedutaan Malaysia sebelum ini berhubung isu membabitkan Malaysia dan Indonesia.

Usaha Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya bersih dan adil turut disambut rakyat Malaysia di beberapa negara lain.

Menurut laporan Jakarta Globe hari ini, mereka yang menyertai perhimpunan di depan Kedutaan Malaysia semalam melaungkan “bersih”, malah peserta yang mewakili pertubuhan Gabungan Pertubuhan Sivil Untuk Malaysia Bersih turut membawa sepanduk tertulis “Bersih Malaysia Bersih Indonesia”.

Malah menurut laporan itu, peserta perhimpunan seolah-olah bertindak membersihkan pintu pagar kedutaan dengan pencuci lantai dan berus.

Selain itu, ada peserta yang turut memakai topeng daripada animasi kanak-kanak popular Malaysia iaitu “Upin & Ipin”.

Salah seorang peserta berkata perhimpunan itu tidak bermaksud mahu kerajaan Indonesia bercampur tangan tetapi ingin mengingatkan pentadbiran Susilo agar memenuhi janji-janji yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu diikuti kejatuhan presiden Suharto.

“Indonesia juga harus mendesak sistem demokrasi di Malaysia kerana ia boleh menjejaskan ramai rakyat Indonesia di Malaysia dan ini satu peringatan kepada Indonesia supaya tidak kembali seperti dahulu,” kata Haris Azhar, pengerusi Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (Kontras), dengan merujuk kepada ribuan warga negara itu yang bekerja di Malaysia.

Kontras, satu pertubuhan yang terdiri daripada Lembaga Studi dan Advokasi Masyarakat (Elsam), Pemerhati Rasuah Indonesia (ICW), Lembaga Bantuan Hukum (LBH) dan Kumpulan Hak Asasi Manusia serta beberapa pertubuhan lain.

Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan ahli-ahli politik kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ditahan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.

Wakil Elsam, Wahyudi menuntut pihak berkuasa Malaysia membebaskan semua tahanan yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Aktivis itu berkata perhimpunan hujung minggu lalu mengingatkan tentang reformasi di Indonesia pada 1998.

“Sebagai negara berjiran, Indonesia perlu menjadi contoh kepada Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Nurkholis Hidayat dari LBH berkata, gabungan tersebut berkemungkinan akan mengadakan satu perhimpunan walaupun tidak mempunyai sebarang kerjasama rasmi dengan Bersih 2.0.

“Kami lakukan ini sebagai menghormati hak asasi manusia dan kebebasan bersuara, kami membantah penahanan aktivis Malaysia yang berhimpun secara aman di atas prinsip itu,” katanya. -TMI


Demos are fine by Asean, say Jakarta protesters


A group demonstrates outside the Malaysian embassy to make the point that freedom of expression is not alien to Southeast Asian culture.

In another sign of international support for Bersih 2.0, a group of Indonesians today demonstrated outside the Malaysian embassy in Jakarta and refused an invitation to go inside, preferring to “express freedom of expression” in public view.

“We wanted to make the point that freedom of expression is not alien to Southeast Asian culture and guaranteed under the Asean Charter,” Haris Azhar, the leader of the group, told FMT by phone.

Haris is a coordinator for Indonesia’s Federation of Commissions for the Disappeared and Victims of Violence (KontraS). He said today’s demonstrators represented several Indonesian civic groups.

“When we reached the place, there were already 60 to 80 policemen waiting,” he said. “They told us a few representatives could enter to meet with the officials, but we refused.

“We refused because we wanted to express of freedom of expression. We wanted to show that it is totally fine for Southeast Asians to assemble and voice their views.”

He said Indonesian civil society was “a hundred percent” in solidarity with Malaysians demanding for their rights.

He described the Malaysian authorities’ handling of last Saturday’s Bersih rally as a violation of human rights and “totally nonsensical”.

“The Asean Charter clearly states that fundamental freedoms and human rights are recognised,” he said. “The way the Malaysian government acted, they have broken this law.”

All ten members of Asean adopted the charter in 2007 to serve as a constitution for the association. -FMT


Polis Dipermainkan Dengan Panggilan Bom Palsu Di Komtar

Bukan bom tapi beg berisi babi, biawak, itik

Panggilan telefon mendakwa ada bom di Komtar, di Georgetown, petang semalam, yang memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri.

Marah dengan perkara berkenaan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob Yaakob berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

"Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi.

Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang.

Susulan itu polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ.

Polis menemui tiga beg yang dalam keadaan mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit.

Ayub berkata usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup.

Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit. - Bernama

Ulasan GB

Akhirnya polis tertipu. Ditipu oleh puak pelampau berdasarkan kenyataan polis bahawa:

Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit.

Rakyat sedia maklum siapa mereka itu yang selama ini berhiruk-pikuk di bangunan Komtar.

Pada 2 Julai lalu, kumpulan inilah yang dipercayai melakukan demo di Pulau Pinang. Baca: [Bergambar] Dunia Saksikan, Bukan BERSIH Tetapi UMNO Pencetus & Peneraju Keganasan.

Belum ada sebarang tindakan untuk mendakwa mereka yang terlibat di dalam "perhimpunan haram" di atas.

Malah sebelum ini pun kumpulan ini jugalah dalang kepada beberapa siri demo di depan KOMTAR dan di negeri Pulau Mutiara itu.

Dan tiada tindakan polis polis ke atas mereka menyebabkan mereka menjadi bertambah lemak untuk MENIPU polis dengan panggilan palsu wujudnya bom di Komtar semalam. Mereka merasakan polis di pihak mereka, maka sebab itu mereka seolah-olah bebas untuk melakukan apa saja.

Selama ini polis hanya bertindak tegas kepada golongan Pakatan Rakyat dan mereka yang tidak menyokong UMNO BN. Akhirnya kini Polis sendiri sedar siapa sebenarnya pengacau keselamatan dan keamananan negara. Polis ditipu dan dihina oleh mereka.

Apa lagi polis? Kasi hantam mereka secukupnya, jika tidak mahu dipermainkan lagi oleh mereka ini.


Sokong BERS✔H Dengan Pakai Kuning Setiap Sabtu

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini mencadangkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memakai pakaian berwarna kuning setiap Sabtu untuk menunjukkan sokongan secara berterusan dalam usaha mereformasikan proses pilihan raya di negara ini.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada satu sidang media di ibu negara hari ini.

"Sehingga reformasi pilihan raya dilakukan, kita meminta rakyat memakai warna kuning setiap hari Sabtu. Tak kiralah baju, atau sarung tangan atau apa-apapun yang berwarna kuning," kata beliau.

Sabtu lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia hadir berhimpun untuk menyokong tuntutan reformasi pilihan raya tersebut di pusat bandar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kerajaan pusat dan polis bertindak ganas dalam menyuraikan mereka dan seolah-olah cuba 'melenyapkan' perkara tersebut di media arus perdana.

Lapan tuntutan tersebut adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Ambiga turut menyambut baik tawaran untuk berbincang dengan Pemuda Umno mengenai sistem pilihan raya di Malaysia.

Menurut Ambiga, ia satu perkara yang sihat dan menyatakan Bersih bersedia menjemput sesiapa sahaja untuk mengadakan perbincangan terbuka termasuk Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) mengenai tuntutan mereka.

"Kami bersedia untuk berbincang dan berdebat secara terbuka dengan sesiapa pun. Saya rasa ia perkara yang sihat," kata beliau.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya menjemput Bersih untuk berdebat mengenai tuntutan tersebut.

Khairy turut menyatakan beliau dijadualkan mengadakan dialog bersama SPR dalam masa dua minggu dan menyatakan ianya lebih berkesan dari apa yang dilakukan Bersih.

Khairy pada hari sama dengan Bersih, memimpin 500 pemuda Umno yang dinamakan Patriot berarak sejauh 200 meter di Bukit Bintang bagi membantah himpunan Bersih 2.0. -tvsnews







Polis Tembak Gas Pemedih Mata Dalam Jarak Dekat Sebabkan Kecederaan

Polis tindak melampau ke atas peserta Bersih, kata Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Polis telah bertindak secara “rambang, sembarangan dan melampau” dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat serta di bawah aras mata terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, kata laporan pemerhatian Majlis Peguam.

Laporan itu mengatakan polis melepaskan gas pemedih mata dengan tujuan mahu menyebabkan kecederaan.

Pada Sabtu lalu, Majlis Peguam telah meletakkan anggotanya di beberapa lokasi untuk memantau perhimpunan itu.

Ia mendedahkan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berjalan dalam suasana aman sekiranya polis tidak melepaskan gas pemedih mata ke atas peserta.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, pihaknya akan membentangkan hasil laporan itu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan yang dijangka akan diadakan minggu ini.

Pasukan pemantauan itu, kata Lim, melaporkan beberapa insiden kecil di mana peserta berkelakuan liar dengan melempar botol air mineral ke atas wartawan stesen televisyen.

Mereka lakukan dengan aman, kata Lim sambil menambah, peserta perhimpunan melaungkan “Hidup Rakyat”, “Bersih” dan “Reformasi” selain turut menyanyikan lagu “Negara Ku” semasa dalam perjalanan ke Stadium Merdeka sebelum dihalang polis.

Bagaimanapun polis, menurut Lim, telah menggunakan senjata seperti gas pemedih mata dan meriam air secara “rambang, sembarangan dan melampau” untuk menghuraikan peserta.

“Ada beberapa pegawai yang menyatakan polis telah memberi amaran sebelum menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Bagaimanapun ia begitu sukar untuk kumpulan yang besar mendengar apa yang dikatakan,”
katanya semasa menyampaikan kesimpulan laporan perhimpunan itu.

Lim menambah ada satu insiden yang menyaksikan peserta berkumpul beramai-ramai di belakang Kompleks Dayabumi kerana tiada jalan untuk melarikan diri daripada gas pemedih mata yang dilepaskan polis.

“Ia juga berlaku di kawasan Puduraya. Anda melepaskan tembakan di kedua-dua arah tanpa ada jalan melarikan diri. Anda sepatutnya menembak untuk menyuraikan peserta ... semua strategi ini tidak perlu dilakukan,”
katanya.

Lim berkata berdasarkan dua laporan Suhakam, polis telah melakukan kesilapan pada Sabtu lalu kerana gagal mengawal perhimpunan itu.

“Anda tidak perlu menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ... anda boleh gunakan pendekatan memujuk dengan peserta. Polis sepatutnya mengurangkan menggunakan senjata.

“Pegawai polis yang ditugaskan untuk menangani perhimpunan perlu mencari pemimpin dan tarik perhatian mereka. Jika mereka tetap mahu bergerak dan mengganggu ketenteraman awam, sepatutnya beritahu kepada mereka agar tidak bergerak, kemudian tanya kepada mereka berapa lama masa diperlukan untuk berucap dan selepas selesai, mereka akan bersurai,” katanya.

Lim berkata terdapat seorang pegawai polis bernama “Suhaimi” telah menunjukkan toleransi sementara ramai di kalangan mereka sikap yang tidak sepatutnya.

“Ada pelbagai sikap di kalangan mereka. Seperti — saya mahu lawan anda kerana anda mahu lawan dengan saya ... saya mahu tangkap anda dan pukul anda sehingga jatuh dan menangkap anda. Pemikiran seperti ini perlu diubah. Polis sepatutnya bertindak melindungi kita, membantu menjayakan perhimpunan bukan bertindak menindas,” katanya.

Lim juga menambah cara polis menangani peserta perhimpunan dengan menggunakan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat dan di bawah paras mata seolah-olah mahu mencederakan bukan menyuraikan.

“Jika menggunakan dengan cara tertentu, ia boleh menjadi senjata membunuh. Kami juga menyaksikan sendiri bagaimana polis menyerang peserta,” katanya tetapi menambah, pihaknya tidak memperoleh sebarang rakaman video berhubung keganasan polis.

Beliau menambah Ismail bersetuju untuk mengadakan pertemuan dan pihaknya akan menggesa polis agar menjalankan siasatan secara komprehensif berhubung perhimpunan Sabtu lalu dan melibatkan Suhakam. -TMI


Majlis Peguam: Hospital Tung Shin Jadi Sasaran


Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas menafikan polis melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air berkimia ke Hospital Tung Shin dalam perhimpunan Sabtu lalu, pasukan pemantau Majlis Peguam hari ini tampil dengan pengakuan lebih ramai saksi berhubung apa yang sebenarnya terjadi.

Hasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman.

Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital.

Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan. -mk


BERS✔H Gesa Tubuh Suruhanjaya Diraja & Sedia Cabar Arahan Menteri KDN

Pilihanraya Bersih: Tubuh Suruhanjaya DiRaja, kata Ambiga

KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mahukan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh untuk menambah baik proses pilihanraya secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Presidennya Ambiga Sreenevasan berkata penubuhan RCI itu akan menjadi agenda utama Bersih setelah gabungan itu berjaya menghimpunkan puluhan ribu orang di Kuala Lumour Sabtu lalu untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus.

"Kami percaya langkah terbaik untuk terus maju ke hadapan adalah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja di mana ahli-ahlinya dipilih dan diterima rakyat," kata beliau dalam satu sidang media di sini.

Beliau merujuk kepada laporan Berita Harian hari ini bahawa sebarang perubahan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dibuat atas inisiatif badan itu sendiri dan bukan kerana akur kepada tuntutan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Ambiga berkata SPR harus membuktikan kesungguhan mereka untuk merealisasikan hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya adil dan bebas.

"Kami menyeru supaya perkara berikut dilaksanakan. Pindaan ke atas proses pilihan raya yang telah dicadangkan oleh SPR kepada pihak kerajaan yang tidak dilulus harus diumumkan kepada orang ramai. Dan dialog umum dengan SPR berkenaan dengan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0," perlu dilakukan kata Ambiga.

Beliau juga kesal dengan tindakan polis yang secara terus-menerus membuat gangguan terhadap mereka yang menyokong Bersih atas alasan ia sebuah organisasi haram.

Semalam, beberapa orang di Johor Bharu dan Sandakan telah ditangkap kerana memakai baju kuning berlogo Bersih.

Ambiga menyatakan Bersih kini sedang meminta campur tangan mahkamah bagi mencabar arahan Menteri Dalam Negeri itu.

"Mereka melakukan tangkapan atas arahan KDN kerana mendakwa kami tidak sah. Oleh itu kami failkan permohonan di mahkamah untuk cabar arahan menteri,"
katanya. -tvsnews




BERS✔H 3.0 Menyusul Jika SPR Berdolak-Dalik

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan lapan tuntutan Bersih jika tidak mahu berhadapan dengan Bersih 3.0.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, empat daripada tuntutan yang dikemukan Bersih kepada SPR itu hakikatnya boleh dilaksanakan oleh agensi itu pada bila-bila masa sahaja.

“SPR mestilah membuat perubahan segera. Jikalau tidak ada apa-apa perubahan menjelang pilihan raya akan datang, PAS akan mencadangkan kepada Bersih untuk membuat himpunan sekali lagi,"kata beliau.

Menurut Mat Sabu SPR, tidak harus berdolak-dalik dalam menunaikan tuntutan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

“Terutama dalam tutuntutan lapan perkara, empat perkara boleh dilakukan oleh SPRM.. jangan berdolak dalik. Kemudian kalau pilihan raya adil, kalau BN nak memang menanglah. Kita terima. Supaya undi pos dapat dibuat reformasi, celup jari, daftar pemilih yang bersih, media yang adil.. tapi selepas itu kalau BN nak menang-menanglah.Sebab kami tak ada masalah, (kami) menerima kekalahan. Yang kami tak mahu ialah ketidakadilan berlaku,"
tegas Mat Sabu lagi.

Empat tuntutan yang boleh dilaksanakan oleh SPR dengan kadar segera ialah membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan tempoh kempen minimum 21 hari.

Manakala yang lain seperti akses media yang bebas dan adil, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor tertakluk kepada kerajaan pusat.

Menurut Mat Sabu, PAS juga telah mencadangkan kepada Bersih agar menjadikan hari Sabtu sebagai hari memakai baju Bersih dan berwarna kuning sebagai menunjukkan kehendak rakyat yang berterusan terhadap perubahan sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau pada masa sama menyelar sikap hipokrit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mempermain-mainkan pihak yang memperjuangkan Himpunan Bersih 2.0.

"Saya juga merasa kesal yang amat sangat kepada Perdana Menteri yang suka berbohong. Semalam dalam ucapan di Pulau Pinang saya isytihar Perdana menteri Najib Tun Razak sebagai Perdana menteri yang pembohong.

"Beliau mengisytiharkan di peringkat awal minta mana-mana stadium, kamu melalaklah sampai ke pagi kita akan beri. Bila minta stadium tak beri.. kemudian selepas tutup pintu rundingan yang diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, tiba-tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuka pintu rundingan,

Najib (kemudian cakap) beliau sanggup berunding tetapi sampai akhir, beliau dikatakan menghilangkan diri dan tiada rundingan apa-apa," kata beliau.




BERS✔H 2.0 : Hishamuddin & PDRM Nak Keluarkan Video Ala Video Seks Datuk T?

PDRM Rakam Sepanjang Perhimpunan Haram Berlangsung Sebagai Bukti - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan haram Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu melalui pelbagai saluran, termasuk media asing dan tempatan akan disiasat melalui rakaman yang diambil PDRM sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

"Bilik operasi kita (PDRM) mempunyai rakaman semua yang berlaku pada Sabtu lepas. Jadi apa-apa yang telah pun didakwa atau dituduh oleh pihak-pihak tertentu, perkara ini akan disiasat dengan bukti yang kukuh," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Isnin.

Beliau berkata semua rakaman berkenaan sedang diteliti oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

"PDRM tak ada perkara yang hendak disembunyikan. Apa sahaja yang ada dalam tangan kita, kita akan gunakan ia untuk menjawab segala tuduhan-tuduhan itu dan akan dipanjangkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Oleh itu, tindakan akan diambil sama ada terhadap pihak di dalam internet atau media-media asing atau media tempatan sekalipun yang membuat tuduhan yang tidak berasas.

"Sebab itulah pihak media khususnya media asing yang sekarang ini dengan semudah-mudahnya percaya dengan apa yang dikatakan oleh pihak tertentu, saya nak ingatkan pada mereka, bila fakta sebenar dikeluarkan nanti, mereka harus bertanggungjawab,"
katanya.

Hishammuddin berkata semua rakaman yang diambil dari mula hingga akhir perhimpunan itu berlangsung akan didedahkan bagi membuktikan kebenaran, termasuk dakwaan salah guna kuasa polis dalam menjalankan tugas dan fakta mengenai jumlah sebenar peserta perhimpunan itu.

"Ada dakwaan kata jumlah terlibat adalah seramai 50,000...30,000...padahal kita rasa tak mungkin sampai 10,000 pun. Bagaimanapun, kita akan umumkan berdasarkan fakta dan rakaman yang kita ada. Kita boleh buktikannya. Tunggulah bila kita umumkan nanti.

"Mengenai bila rakaman itu akan dikeluarkan, ia banyak bergantung kepada empat pihak iaitu SKMM, PDRM, CyberSecurity Malaysia, dan Peguam Negara, mungkin ia akan mengambil masa," katanya.

Beliau berkata tindakan juga tidak terkecuali kepada anggota dan pegawai PDRM sendiri sekiranya melakukan kesalahan undang-undang.

Hishammuddin berkata rakaman itu juga akan digunakan sebagai membuktikan layanan baik telah diberi kepada semua tahanan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini.

"Tuduhan bahawa mereka itu tidak dilayan dengan baik, akan dibuktikan melalui rakaman itu. Kita mendapat tahu, ramai yang ditahan di Pulapol, agak terkejut kerana persiapan yang lebih awal telah dilakukan bagi menjaga kebajikan mereka," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata PDRM jelas tidak 'memilih bulu' dalam mengambil tindakan ke atas beberapa individu yang melanggar undang-undang.

"Nak kata kita hanya menumpukan pada satu pihak sahaja, tidak, kerana jelas bahawa semua pihak yang melanggar undang-undang, tindakan telah diambil."

Katanya semua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara sedang meneliti beberapa kes tertentu bagi menentukan sama ada akan didakwa atau tidak.

"Sama ada di antara mereka akan didakwa mengikut Akta Darurat atau apa sahaja yang ada hubung kait dengan undang-undang, itu kena tanya pada pihak peguam negara kerana ia berada di dalam bidang kuasanya," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Sudah banyak bukti bergambar dan video dikeluarkan secara spontan tanpa diedit sepanjang insiden Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 9 Julai 2011.

Kini PDRM dilaporkan akan mengeluarkan video versi mereka yang kononnya merupakan fakta sebenar apa yang berlaku.

Sehingga hari ini (11 Julai 2011) video PDRM belum dikeluarkan. Banyak sangat nak diedit agaknya untuk menunjukkan polis bertindak betul sekalipun seluruh dunia mengetahui polislah yang menyebabkan semua kejaidan kekacauan dan huru hara di perhimpunan aman BERSIH.

Siapa percaya video PDRM yang mengambil masa berhari-hari untuk dikeluarkan?

Apakah ia perlu dihantar ke Thailand?

Apakah ia perlu pengeditan yang begitu banyak supaya hanya yang cantik-cantik dan baik-baik saja mengenai polis yang akan disiarkan?

Dan seperkara lagi, Hishamuddin, Menteri KDN memberi amaran:

"Oleh itu, tindakan akan diambil sama ada terhadap pihak di dalam internet atau media-media asing atau media tempatan sekalipun yang membuat tuduhan yang tidak berasas.

"Sebab itulah pihak media khususnya media asing yang sekarang ini dengan semudah-mudahnya percaya dengan apa yang dikatakan oleh pihak tertentu, saya nak ingatkan pada mereka, bila fakta sebenar dikeluarkan nanti, mereka harus bertanggungjawab,"


Kita cabar Hishamuddin ambil tindakan ke atas PBB yang menyatakan kerajaan Malaysia memperlekehkan demokrasi dan juga Amnesty Internation yang mendesak Britain memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Ada berani?