Ramai memberikan perhatian ketibaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Britain hari ini yang tidak disambut dengan hamparan permaidini merah seperti lazim diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa negara tersebut.
Gambar-gambar yang disiarkan oleh Bernama hari ini lansung tidak menunjukkan keadaan tapak lapangan terbang, malah foto-foto itu diambil tanpa menunjukkan kaki-kaki Perdana Menteri dan lain-lain menjejaki tanah mungkin bagi mengelakkan ternampaknya ketiadaan permaidani merah berkenaan.
Dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri terbang ke London selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan.
Najib tiba di lapangan terbang Farnborough pada 3.45 petang waktu tempatan (10.45 mlm Malaysia) dan hanya disambut oleh Wakil Khas kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong.
Perdana Menteri dijadual bertemu pemimpin kerajaan UK dan tokoh-tokoh industri semasa lawatan itu yang dibuat atas jemputan Perdana Menteri Britain David Cameron. Najib juga dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.
Semalam, Amnesty International telah mendesak Britain supaya memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, yang didakwa menyaksikan tindakan keras kerajaan Malaysia ke atas peserta perhimpunan.
Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Donna Guest berkata, selain menahan peserta perhimpunan pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada perhimpunan dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.
Dalam kenyataannya, Guest berkata ramai peserta perhimpunan telah dikasari oleh pihak keselamatan.
“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.
“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.
Justeru kata Guest, kerajaan Britain pimpinan David Cameron harus campur tangan dengan menasihatkan pentadbiran Najib berhubung keganasan pihak keselamatan ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0.
“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran terhadap keganasan ini dengan menghamparkan karpet merah untuk perdana menteri Malaysia.
“David Cameron harus memberitahu perdana menteri Malaysia bahawa ia adalah pencabulan ke atas peserta perhimpunan aman dan ia tidak boleh diterima,” katanya.
Sebelum itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut membidas kerajaan Malaysia dan telah menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.
Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah “menghadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.”
Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam kelmarin.
Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.
Frank La Rue, Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.

manusia hina memang begitu...pergi ke tempat org pon tetap hina
BalasPadamTu kat airportlah, sambutan rasminya keesokkan hari.Siap jumpa Queen lagi. Carilah isu yg baguih sikit.
BalasPadamanon 4:56
BalasPadamhebat sangat ke jumpa queen?
saya sokong GB kerana jika seorg pemimpin itu dihormati, kat airport lagi dah diberikan sambutan permaidani merah, x perlu tunggu upacara rasmi....
britain boh karpet kuning la..
BalasPadamMemang wajar kerajaan Britain tidak memberikan layan istimewa kepada kunjungan Ketua Penyamun 1 Malaysia
BalasPadamKlu dari mula dihormati terakhir juga dihormati,klu dari mula dicela terakhir juga di cela,klu aku jadi najib tentu rasa malu sbb dari mula telah di cela akhirnya apa lagi??,tp klu dah kulit muka tebal macam kulit badak tentu tak rasa malu.
BalasPadamkita lebih suka tgk pemimpin jumpa Queen drpd jumpa ulama..dunia..dunia..!!!
BalasPadamRosmah pun tak nampak beg tangan dia... dah takut kena komen ke?
BalasPadamapa? nak kena tunggu upacara rasmi?? adeh.. lawak lah..
BalasPadamTak lama lagi mungkin jadi bakal calon suaka politik kot atau mungkin malu nak tunjuk karpet murah kepada 1Fat Lady. Bukankah teman 1Wanita Pendek tu tokoh penjual karpet beratus juta?
BalasPadamits not an issue
BalasPadamRosmah Mansur 1Malaysia ladies malu nak turun flight sebab takde karpet merah.
BalasPadamKata Rosmah "Rosak kasut I tau berjalan atas tar ni...."