6 Mei 2011

Malaysia Tempat Terbaik Utk Kilang Nadir Bumi - Lynas Perli Kebebalan Menteri Malaysia

Malaysia tempat terbaik dunia bina kilang nadir bumi'

Dalam video ringkas yang dimuat-naik di laman sosial Facebook, syarikat perlombongan Australia - Lynas menyifatkan pantai timur di Malaysia sebagai “tempat terbaik di dunia” bagi mendirikan pusat pemprosesan nadir bumi.

Dalam video sepanjang 26 saat itu, pengerusi eksekutif Lynas Corporation Nicholas Curtis menjelaskan sebab-sebab mengapa pusat berkenaan tidak didirikan di Australia meskipun telah mendapat kelulusan membina pusat penapisan di negara itu.

Katanya, mengikut perancangan asal, ia sepatutnya dibina di Australia tetapi “perkara itu tidak menjadi”.

"Australia bukan, malangnya, kompetitif dalam industri kimia berbanding pantai timur di Malaysia. Ia adalah tempat terbaik di dunia bagi mendirikan pusat berkenaan.”

Curtis berkata Lynas senang dengan persekitaran perniagaan dan infrastruktur di Malaysia dan “paling utama adalah rakyatnya”.

Namun, beliau tidak mengulas lanjut perkara berkenaan dalam rakaman itu.

Pendedahan bahawa pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng yang terletak kira-kira 25 kilometer dari timur laut Kuantan, Pahang telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar yang bimbang kemungkinan radiasi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka dan juga orang ramai sekitar kawasan perindustrian tersebut. -mk



Ulasan GB

Lynas Corporation tidak membina kilang nadir bumi di Australia, tetapi memilih Malaysia sewaktu satu dunia menolaknya.

Lalu dipujilah Malaysia yang telah bersetuju dengan menyatakan pantai timur di Malaysia sebagai “tempat terbaik di dunia” bagi mendirikan pusat pemprosen nadir bumi.

Menteri-menteri yang bebal di negara ini tersenyum lebar dengan pujian itu disokong oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang nampaknya lebih bebal (atau nak membebalkan rakyat Malaysia), ingin terus menggadaikan keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini menjadi pak angguk kepada tokeh nadir bumi tersebut.

Bangun rakyat Malaysia!

Katakan TIDAK kepada projek yang mempunyai RISIKO BESAR terhadap keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini.

[Bergambar & Video] Video Seks - NGO Desak JAWI Kuatkuasakan Qazaf

Protes di Masjid Negara: NGO, Pakatan tolak politik lucah

Gambar: Peserta Himpunan Amarah Rakyat membawa sepanduk tertera “Hentikan Fitnah Jijik” di pekarangan Masjid Negara petang ini. — Foto Choo Choy May (TMI)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 penyokong Pakatan Rakyat dan 80 dari NGO hari ini mengadakan demonstrasi aman di Masjid Negara di sini menolak politik lucah.

Perhimpunan sempena ‘Hari Amarah Rakyat’ anjuran Gerakan Saf Anti Fitnah (SAF) itu diadakan di perkarangan luar masjid selepas solat Jumaat bagi memprotes kerajaan Umno-BN melindungi trio Datuk T ‘menyebarkan klip video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka melaungkan “hidup rakyat”, “hancur BN”, “hancur fitnah”, “hancur TV3″ sebelum bertindak agresif mengoyak, memijak dan duduk atas akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai ‘perkakas Umno’ kerana menyiarkan berita secara berat sebelah.

Kumpulan itu kemudiannya mula bergerak ke bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menyerahkan memorandum bantahan sambil dikawal ketat kira-kira 50 polis yang memastikan keadaan aman dan lancar.

Polis pada mulanya menghalang kumpulan berkenaan daripada naik ke pejabat JAWI namun kemudiannya membenarkan 10 orang wakil sahaja menyerahkan memorandum itu.

Pengerusi SAF Azmi Abdul Hamid ketika ditemui pemberita berkata pihaknya berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAWI Abdul Murat Abdul Wahab.

Memorandum itu mendesak JAWI melaksanakan peruntukan undang-undang Islam terhadap pelanggaran jenayah syariah qazaf dalam kes tuduhan zina terhadap Anwar.

Katanya, pihaknya juga akan memanjangkan memorandum ini kepada Majlis Raja-Raja supaya campur tangan dan menghentikan gejala menabur fitnah dan menghina undang-undang Islam berkaitan sumpah laknat.

“Kita akan kemukakan dulu kepada Sultan Kedah, kemudian Terengganu dan seterusnya.

“Kami memberi tempoh sebulan untuk semua tuntutan ini dilaksanakan.

“Jika tidak kemarahan kami akan dilanjutkan dengan perhimpunan yang lebih besar dari apa yang diadakan pada hari ini,” katanya.

Perhimpunan itu turut didendangkan dengan deklamasi sajak seniman Dinsman “Jangan Mudah Menuduh”yang menyeru rakyat agar jangan mudah percaya dengan politik kotor yang memfitnah pemimpin.

Turut hadir dalam perhimpunan itu Naib Ketua AMK Khairul Anwar Ahmad Zainuddin, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) Ahmad Syazwan Hasan dan PAS Wilayah Persekutuan. -FMT


SAF beri JAWI satu bulan kuat kuasa qazaf

Mohd Azmi Abdul Hamid (kanan) menyerahkan memorandum kepada Abdul Murad Wahab. — Foto Choo Choy May


KUALA LUMPUR, 6 Mei — Saf Anti Fitnah (SAF), yang diwakili NGO Islam dan ulama memberi tempoh sebulan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menguatkuasakan undang-undang Islam qazaf ketika isu video seks dan liwat semakin menjadi perhatian.

Jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika tiada sebarang tindakan di pihak JAWI dalam tempoh sebulan ini, perhimpunan lebih besar akan diadakan memprotes agensi tersebut.

“Kami meminta JAWI menguatkuasakan hukum qazaf. Kami beri tempoh sebulan untuk bertindak, kalau tidak kami akan adakan satu perhimpunan raksasa,” kata beliau.

Azmi berkata demikian ketika berucap di Himpunan Amarah Rakyat di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat tadi.

Himpunan aman tersebut dihadiri kira-kira 40 orang yang rata-rata mewakili pertubuhan masing-masing.

Selain itu, Azmi turut mempersoalkan mengapa sehingga kini pihak berkuasa tidak menguatkuasakan undang-undang qazaf.

Isu liwat dan pendedahan video seks, yang didedahkan oleh tiga “Datuk T” yang menjadi perhatian sekarang ini, khususnya dengan dikaitkan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pihak berkuasa diberi mandat menguatkuasakan undang-undang qazaf seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 41, Enakmen Jenayah Syariah 1997 Wilayah Persekutuan ... (tetapi) sehingga kini tidak dilaksana.

“Pihak berkuasa ini seolah-olah tidak bermaya untuk bertindak, malah hanya menjadi penonton kepada jenayah yang dilakukan secara jelas itu,”
katanya.

Terdahulu, selepas ucapan pada himpunan tersebut oleh wakil pertubuhan dan parti politik, gimik mengoyak dan duduk di atas akhbar Utusan Malaysia turut dilakukan.

Ia bertujuan bagi menunjukkan rasa marah terhadap akhbar milik kerajaan itu yang disifatkan sebagai ejen penyebar fitnah.

Selepas itu, seramai 10 wakil pertubuhan antaranya Naib Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berarak ke JAWI bagi menghantar memorandum.

Memorandum tersebut diterima oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI Abdul Murad Wahab.

Jumaat lalu telah ada desakan terhadap JAWI untuk mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang “Datuk T” melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul. -mk










Thasleem, Pengerusi Pasukan Bertindak Interlok Juga Kata Ia Bukan Anwar

Video seks: Pengerusi Interlok terima CD, dakwa si pelaku bukan Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang “Datuk T” dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan “Prasan Mit” — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan.

“Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai “tidak Islamik.”

Thasleem berkata satu lagi kemungkinan ialah beliau selalu membawa pelbagai isu dan dalam kes ini ia melibatkan aktiviti moral.

Ketika ditanya mengapa beliau menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis, Thasleem berkata beliau sibuk dan memerlukan masa untuk melihat sendiri video seks.

“Ia klip kira-kira 16 minit, saya telah menontonnya untuk meyakinkan saya tentang apa di dalamnya,” katanya.

Tambah beliau pada klip ada tulisan Thailand dengan angka 2011 dari awal hingga akhir.

“Pada pandangan saya, wajah wanita itu sangat jelas, yang seorang macam Datuk Eskay... dan orang ketiga, ramai yang mengatakan sebagai Anwar tetapi saya pasti bahawa dia bukan Anwar,” katanya lagi.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada tiga “Datuk T” awalnya mendedahkan video seks itu pada 21 Mac lalu.

“Mana-mana warganegara seharusnya telah melakukan yang ini, pergi kepada polis dan menyerahkannya.

“Saya biarkan pihak berkuasa memutuskan apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Awal minggu ini, Ahli Parlimen PKR dari kawasan Kapar juga mendedahkan ada menerima VCD daripada pihak tidak dikenali dari Thailand. -TMI

Ulasan GB

Semakin luas disebarkan semakin ramai tampil menyatakan "ia bukan Anwar".

Nampaknya ketara kebenaran semakin terserlah.

Semakin sakit jiwa orang-orang UMNO dan para blogger pencacai kerana tembelang video seks sudah pecah dan tidak laku.

Yang penting sekarang, siapa menyebarkannya?

Ada orang Malaysia yang dihantar ke Thailand untuk mengeposkannya dari Thailand. Dan Uthaya berkata hanya pihak polis yang benar-benar tahu alamatnya yang sebenar. Rumusannya? Anda tahu!




Tarikh Pilihanraya Bergantung Kepada Tahyul "11" Najib?

Angka 11 tarikh PRU 13 pilihan Najib?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November tahun ini (11.11.11).

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini.

Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya “untuk mengisi masa terluang”.

“Saya rasa elok diteruskan teka teki ini,” katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

“Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.

“Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja,” kata Perdana Menteri.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: “Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu…Wallahhualam”.

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11. - Bernama

[Video] Kenyataan Eskay Berubah Buktikan Beliau Pendusta Besar - MP Kuala Langat

Kenyataan 'Flip- flop' Eskay Dipersoal

Kenyataan berubah- ubah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam fitnah video seks, dilihat cenderung kepada ciri- ciri orang munafik dan tidak amanah.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata watak rakyat seperti Eskay ini bukan sahaja mencerminkan kerugian besar kepada negara bahkan ia mampu mengguggat keamanan negara.

"Selepas beliau membuat sumpah laknat itu, beberapa hari selepas itu pengakuannya berbeza, ini menunjukan beliau tidak amanah, jujur dan pembohong besar malah ciri-ciri munafik sudah pun ada pada sikapnya, inikah orang yang kita boleh angkat sebagai orang yang boleh dipercayai?,

"Amat malang negara kita kerana mempunyai seorang pembohong besar seperti beliau," tegas Abdullah.

Beliau berkata demimkian ketika ditemui Tv Selangor di Ibu Pejabat Tv Selangor.

Kelmarin, Eskay menafikan beliau menuduh Anwar berzina... pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

Semalam, turut menyaksikan Trio Datuk T itu gagal menjawab apakah jam omega yang diserahkan kepada polis, terakam dalam video seks yang didedahkan pada 21 Mac lalu.

Mengulas persoalan ini, Abdullah Sani menjelaskan kegagalan Eskay dalam berhubung kewujudan Jam omega dalam klip video itu, sekali lagi membuktikan beliau seorang munafik dengan pelbagai persoalan yang tidak terjawab.

"Ini satu isu yang rapuh dan tidak kukuh dijadikan bukti, malah saya sifatkan ia sebagai resipi menyedapkan rasa tetapi tidak mampu diangkat sebagai bahan bukti penting, jadi isu jam omega sebanarnya bukannya isu," katanya. -tvsnews



Rogol Anak Tiri: Bomoh Dakwa Alat Sulitnya Tak Berfungsi Bersama Isteri

Bomoh dipenjara 15 tahun

IPOH: Seorang bomoh berusia 71 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol anak tirinya, tahun lalu.

Hamzah Abd Ghani, 71, berasal dari Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah, dekat sini, diperintah menjalani hukuman itu berkuat kuasa tarikh ditahan pada 13 Februari 2010.

Hakim Noorhayati Mat bagaimanapun mengecualikan tertuduh yang juga seorang penoreh getah daripada hukuman sebat kerana faktor usia.

Noorhayati berkata, keputusan mensabitkan tertuduh terhadap dakwaan itu dibuat selepas mahkamah berpuas hati dengan hujah pihak pendakwaan dan pembelaan.

Ketika keputusan dibacakan, Hamzah yang memakai kemeja lengan pendek dan berseluar sukan serba putih serta berselipar, langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi sedih, sebaliknya kelihatan lebih banyak bermenung ketika diminta berdiri dalam kandang tertuduh.

Hamzah didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 24 tahun di sebuah rumah beralamat No 8, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Kampung Changkat Tin, Batu Gajah, kira-kira jam 1 pagi pada 2 Februari 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan. -BH


‘Alat sulit tidak berfungsi’

IPOH - Alasan tidak melakukan hubungan seks dengan isteri sejak 2008 kerana mendakwa alat sulit tidak berfungsi tidak mampu melepaskan seorang lelaki daripada dijatuhi hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan merogol anak tirinya.

Hamzah Abdul Ghani yang juga seorang bomoh dikenakan hukuman tersebut oleh Hakim Noor Hayati Mat ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Noor Hayati Mat membuat keputusan itu setelah pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan dalam pendakwaan yang dibuat.

Keputusan itu juga dibuat setelah menilai semula semua keterangan yang dibuat pihak pendakwaan dan pembelaan.

Sebelum itu, peguam bela tertuduh, Ranjit Singh meminta supaya hukuman dikenakan daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 13 Februari 2010 dan tidak dikenakan sebatan kerana umur tertuduh melebihi 60 tahun.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwaraya, Muhaimin Aris meminta pihak mahkamah mengenakan hukuman setimpal atas perbuatan terkutuk tertuduh kerana merosakkan masa hadapan anak tirinya, Nor Asyikin Sapari, 25.

Mahkamah akhirnya memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dari tarikh tertuduh ditangkap dan dikecualikan daripada sebatan.

Ketika perbicaraan, tertuduh yang ditemani anak saudaranya turut memberitahu bahawa ada pertengkaran kecil berlaku antaranya dengan anak tiri kira-kira jam 10 pagi pada 2 Februari tahun lalu kerana telefon bimbit.

Menurut tertuduh yang juga bekerja sebagai penoreh getah, akibat pertengkaran itu, mangsa terus melarikan diri dan tidak pulang ke rumah selama tiga hari.

Bagaimanapun, segala keterangan dan alasan yang diberikan tertuduh gagal menimbulkan keraguan terhadap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Pada 28 April lalu, warga emas itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh kerana didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram ke atas anak tirinya pada jam 1 pagi di rumahnya di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah di sini, 2 Februari tahun lalu.

Hamzah didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. -SH


Rencana Jahat Najib Gunakan "Apa Saja Senjata" Untuk Rampas Selangor

Guna apa saja senjata rampas Selangor, Najib gesa Umno

SHAH ALAM, 6 Mei — Datuk Seri Najib Razak malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 — yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

Pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini.

Pakatan Rakyat kuasai Selangor tiga tahun lalu.

“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Berucap pada majlis Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan di sini semalam Najib (gambar) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, mahu semangat seumpamanya diterapkan dalam diri setiap ahli Umno negeri tanpa mengira usia.

“Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lepas).

“Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan,” katanya.

Najib juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka.

“Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi.

“Sebagai contoh dalam sesebuah negeri mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi tidak bersatu, maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang diharapkan,” katanya. -TMI

Ulasan GB

warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka - kata Najib.

Terdedah juga akhirnya.

Jika demikianlah prinsip Najib, maka tidak salah untuk PR berkata jatuhkan Najib & UMNO Bn dan rampas Putrajaya dengan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka?

What goes round turns around!

Selepas Tikam Tunang, Dia membunuh Dirinya Dengan Meminum Racun

Suspek bunuh tunang mati minum racun

Gambar: KARIMAH bersama tunangnya, Shahimi.

KANGAR: Pekerja stesen minyak, Karimah Jusoh, 25, yang mati ditikam tunangnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, awal pagi kelmarin sudah merancang untuk memutuskan ikatan itu seminggu lalu kerana tidak tahan dengan sikap cemburu dan panas baran tunangnya.

Kakak sulung mangsa, Yuhasmi, 48, berkata arwah menghubunginya hujung bulan lalu menyatakan hasrat memutuskan pertunangan sejak Oktober 2010 dengan lelaki berusia 40 tahun berkenaan, namun tidak sempat pulang ke kampungnya di Chuping, di sini untuk membincangkan perkara itu.

“Saya minta Karimah balik ke kampung untuk berbincang dan melakukan secara beradab berhubung hasrat memutuskan tali pertunangan, namun tidak sempat pulang selepas ditemui mati akibat ditikam bertubi-tubi tunangnya sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Sena, Chuping, di sini, semalam.

Jenazah Karimah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Bawah Bukit, Chuping, jam 11 malam kelmarin.

Arwah yang mempunyai dua anak, Nursyabila Maslan, 7, dan Harith Iskandar, 5, hasil perkongsian dengan bekas suami, Maslan Mad Deris, dijangka melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya 31 Ogos ini.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Syakinah Bahaudin, 20, berkata tunang arwah sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbitnya setengah jam selepas membunuh ibu saudaranya.

"Saya tidak mengetahui sama ada tunang berkenaan menjadi cemburu dan hilang pertimbangan disebabkan kehadiran Maslan ke Bukit Mertajam untuk berjumpa arwah," katanya.

Di BUKIT MERTAJAM, suspek yang dipercayai meminum racun selepas menikam tunangnya sehingga mati di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, kelmarin, meninggal dunia, malam kelmarin.

Shahimi Ismail, 37, yang masih bujang, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ), jam 11.45 malam, selepas 12 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob, mengesahkan lelaki itu yang juga suspek utama kes pembunuhan berkenaan, meninggal dunia, dipercayai meminum racun paraquat.

Katanya, walaupun lelaki terbabit sudah meninggal dunia, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kami masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat lelaki itu,” katanya ketika dihubungi, semalam. -BH

Ulasan GB

Apabila diri dibiarkan menjadi kuda tunganggan nafsu dan membiarkan syaitan mengusai diri, serta jauh pula dari nilai keluhuran untuk menghubungkan diri dengan Tuhan, maka demikianlah jadinya.

Semuga Allah mengampunkannya dan menjauhkan kita dari terkena "malapetaka" yang serupa.



4 Maut Dalam Kemalangan Babitkan 6 Kenderaan

Pasir Mas: Suasana di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, To’ Uban di sini gempar dengan tragedi ‘Maghrib berdarah’ apabila mayat bergelimpangan di atas jalan raya dalam nahas membabitkan enam kenderaan dan mengorbankan empat orang, termasuk dua sepupu, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam ketika azan Maghrib sedang dilaungkan itu, mayat tiga mangsa bergelimpangan di atas jalan raya manakala seorang lagi maut selepas tersepit dalam keretanya.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada sebuah motosikal Honda Wave dinaiki dua beranak, Ariff Che Mohd Zain, 35, dan anaknya, Aliff Azhan, 12, yang ditunggang melawan arus bertembung dengan motosikal Yamaha RXZ ditunggang dua sepupu, Chik Shamsuddin Mat Ghapar, 16, dan Muhammad Faizal Fakruddin, 16.

Akibat perlanggaran itu, semua mangsa tercampak ke atas jalan sebelum dua lori dari arah sama dikatakan tidak sempat mengelak lalu menggilis tiga daripada mereka iaitu Ariff, Chik Shamsuddin dan Muhammad Faizal menyebabkan mereka terbunuh serta-merta.

Aliff Azhan yang tercampak jauh dari jalan raya, terselamat, tetapi cedera parah. Pemandu kedua-dua lori itu pula memecut kenderaan mereka meninggalkan tempat kejadian dan sehingga malam tadi, masih belum membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kemalangan itu tidak berakhir di situ kerana tidak lama kemudian sebuah kereta Volvo dipandu Huzaiudi Zainal Abidin, 36, dari Tanah Merah ke Pasir Mas bertembung kereta Proton Iswara dari arah bertentangan ketika cuba mengelak daripada melanggar mangsa di tempat kejadian.

Pertembungan itu menyebabkan pemandu Iswara, Wee Thai Kit, 40, tersepit dalam keretanya dan mati di tempat kejadian.

“Kemalangan itu menyebabkan empat maut di tempat kejadian manakala dua lagi iaitu Aliff Azhan dan Huzaiudi cedera parah.

“Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis merayu saksi kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai kemalangan ini,” katanya.

Kakitangan kerajaan, Mohd Hafizzul Akmal Mohd Yusof, 24, antara penduduk tempatan yang terawal tiba di tempat kejadian menyifatkan kemalangan yang dilihatnya itu paling ngeri.

“Kebetulan saya dalam perjalanan ke Kota Bharu menggunakan laluan itu. Berderau darah melihat tiga mayat bergelimpangan di atas jalan dengan seorang daripadanya melekat pada motosikal. Selepas itu saya melihat satu lagi mayat tersepit dalam kereta Proton Iswara.

“Sebelum ini, kerap juga saya melihat kemalangan tetapi kemalangan ini paling ngeri. Saya tidak mampu menunggu lama dan segera beredar kerana tidak tahan melihat keadaan mayat dan darah di merata tempat,” katanya. -hm





Gambar Mayat Serangan Amerika Disiarkan, Tapi Tak Seorang Pun Kelihatan Seperti Osama

Islamabad: Gambar yang diperoleh Reuters dan dirakam sejam selepas serangan tentera Amerika Syarikat terhadap kediaman Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan, menunjukkan mayat tiga lelaki berlumuran darah.

Mereka bagaimanapun tidak bersenjata.

Gambar itu yang dirakam pegawai keselamatan Pakistan yang memasuki kediaman itu selepas serangan berkenaan menunjukkan dua lelaki berpakaian tradisional Pakistan dan seorang berpakaian kemeja-T dengan darah mengalir di telinga, hidung dan mulut masing-masing.

Pegawai itu yang enggan dikenali menjual gambar itu kepada Reuters. Tidak seorang pun daripada mereka kelihatan seperti Osama.

Presiden Barack Obama enggan mendedahkan gambar mayat pemimpin al-Qaeda itu kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan dijadikan alat propaganda al-Qaeda.

Berdasarkan masa yang tertera, gambar yang dirakam paling awal ialah pada 2 Mei, 2.30 pagi, kira-kira sejam selepas serangan yang membunuh Osama berakhir.

Gambar lain dirakam antara jam 5.21 pagi dan 6.43 pagi.

Reuters yakin kesahihan gambar yang dibelinya itu kerana maklumat dalam gambar berkenaan menunjukkan rangka helikopter, sama dengan butir daripada gambar yang diperoleh sebelum ini. Tentera Amerika Syarikat kehilangan sebuah helikopter dalam serangan itu akibat masalah mekanikal. Ia kemudian dimusnahkan. - Reuters





Siapa Perempuan Yang Bertuah Itu Tuanku?

Kota Bahru - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.

Dalam satu sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini kelmarin bagi mengumumkan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin.

Sambil tersenyum baginda, menjawab: "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul."

Sultan Muhammad, 42, yang membahasakan diri baginda sebagai 'saya' atau 'kita', berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.

"Jadi saya fikir dengan berkat doa Tok Guru (Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat), datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah (perkahwinan) akan berjaya," titah baginda.

Sultan Muhammad yang dimasyhurkan pada 13 September tahun lepas menggantikan bapa baginda, Sultan Ismail Petra, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Baginda yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.

Sebelum ini baginda pernah mendirikan perkahwinan dengan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, namun tidak dikurniakan cahaya mata. - Bernama.











Ulasan GB

Kami mengucapkan tahniah dan tak kiralah siapa pun wanita pilihan tuanku, kami berdoa semuga perkahwinan Sultan Muhammad V menjadi kenyataan.



Amerika Dan Pakistan Berebutkan Amal, Isteri Muda Osama

Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan berebut hak untuk menahan Amal al-Sadah, isteri termuda Osama bin Laden. Amal kini ditahan Pakistan dan negara itu, semalam, menolak permintaan Amerika untuk berbicara dengan Amal.

Perempuan berusia 27 tahun itu, berdasarkan laporan awal AS tentang serbuan ke kompleks tempat tinggal Osama di Pakistan, telah berupaya menjadi teman bagi suaminya dari serangan pasukan khusus Navy SEALs.

Namun, keterangan pihak AS kemudian menyebutkan, ia telah dijadikan teman oleh Osama dan terbunuh. Laporan itu pun diperbetulkan lagi dengan menyatakan bahawa Amal tidak terbunuh, hanya terluka di kaki. Amal seharusnya ikut diangkut helikopter pasukan AS, tetapi kerana satu dari dua helikopter pasukan itu jatuh saat mendarat, Amal pun ditinggalkan. Ia kemudian ditangkap pasukan Pakistan.

Siapakah Amal al-Sadah? Kisah tentang dia bermula 11 tahun lalu. Ketika itu, ia adalah gadis remaja yang dibawa dari sebuah kota yang tenang di Yaman selatan, pertama ke Pakistan, lalu ke Kandahar di Afganistan selatan. Setahun sebelum serangan 11 September 2001, ia menjadi isteri kelima Osama bin Laden. Saat itu, Amal berusia 18 tahun dan Osama 43 tahun.

Perkawinan itu diatur seorang tokoh Al Qaeda Yaman, Sheikh Mohammed Saeed Rashed Ismail. Ismail (saudaranya mendekam di tahanan Teluk Guantanamo) mengatakan kepada Yemen Post tahun 2008, "Saya adalah mak comblang (perkawinan) Osama dengan isterinya, Amal al-Sadah, yang merupakan salah seorang murid saya."

Bulan Julai 2000, Ismail mendampingi pasangan pengantin baru itu ke Afganistan. Tahun lalu, Ismail mengatakan kepada wartawan Hala Jaber, "Bahkan pada usia muda, dia (Amal) sangat taat beragama dan percaya pada hal-hal yang Osama—seorang peria yang sangat kuat agama dan saleh—yakini."

Perkawinan itu juga rupanya sebuah aliansi politik—demi memperkuat dukungan bagi Osama di tanah leluhurnya, Yaman. Pengawal Osama pada waktu itu, Abu Jandal, bertanggung jawab untuk menghantarkan mahar. "Sheikh (Osama) itu memberi saya 5.000 dollar AS dan menyuruh saya untuk mengirimkannya kepada orang tertentu di Yaman dan orang itu pada gilirannya membawa wang itu kepada keluarga pengantin perempuan," kata Abu Jandal pada harian Al Quds al Arabi tahun 2005.

Sesuai dengan tradisi Sunni konservatif, perayaan pernikahan itu semua menjadi urusan laki-laki. "Pengantin wanita dianggap telah menyetujui pernikahan itu dengan perjalanan ke Afganistan, jadi kehadirannya (dalam pernikahan) tidak diwajibkan," tulis Jaba di The Sunday Times setelah mewawancarai Ismail.

"Orang-orang merayakan dengan membaca puisi dan lagu, menyembelih anak-anak kambing, dan menyantap makanan." Menurut Abu Jandal, "lagu-lagu dan kegembiraan bercampur dengan (suara) tembak-tembakan ke udara".

Setahun setelah pernikahan itu, Amal al-Sadah melahirkan seorang anak perempuan di Kandahar (beberapa hari setelah serangan 11 September 2001). Anak itu diberi nama Safiyah. Anak itulah yang mungkin, menurut para pejabat Pakistan, telah melihat ayahnya ditembak mati pada Minggu lalu. Ibunya, menurut sumber-sumber Pakistan, kini telah pulih dari luka di kaki yang dideritanya dalam serangan tersebut.

Paspor tseorang perempuan Yaman yang ditemukan di kompleks persembunyian mereka tampaknya milik Amal, tetapi nama dalam pasport itu tidak sama persis dengan namanya. Para pejabat Yaman mengatakan, mereka tidak dapat mengidentifikasi secara pasti pasport itu dan Pakistan belum membuat permintaan untuk memulangkan siapa pun di kompleks bekas tempat tinggal Osama tersebut.

Tidak jelas apakah Osama dan Amal memiliki anak lainnya. Namun, pemimpin Al Qaeda itu memiliki lebih dari 20 anak dari lima isteri. Salah satu putranya juga dilaporkan terbunuh dalam serangan di kompleks Abbottabad di Pakistan itu.

Penganalisa terorisme CNN, Peter Bergen, telah menulis tentang pernikahan Osama dalam bukunya, The Osama bin Laden I Know: An Oral History of al Qaeda's Leader. Osama pertama kali menikah pada usia 17 tahun dengan seseorang yang masih sepupunya, Najwa Ghanem, yang mungkin dua tahun lebih muda dari Osama. Mereka punya 11 anak, tapi setelah menjalani hidup bersama yang terus-menerus berpindah, Najwa akhirnya meninggalkan Osama (dan Afganistan) beberapa hari sebelum serangan 11 September.

Isteri kedua Osama adalah Khadijah Sharif, sembilan tahun lebih tua dari Osama, seorang perempuan berpendidikan tinggi dan keturunan langsung Nabi Mohammad. Mereka menikah tahun 1983 dan punya tiga anak—tapi akhirnya mereka bercerai ketika tinggal di Sudan pada tahun 1990-an. Dalam wawancaranya dengan Al Quds al Arabi, Abu Jandal mengatakan, Khadijah tidak mampu menghadapi kehidupan mereka yang keras dan akhirnya kembali ke Arab Saudi.

Isteri pertama Osama, Najwa, membantu untuk mengatur perkawinan Osama yang ketiga dengan Khairiah Sabar. Khairiah juga perempuan berpendidikan tinggi dan bergelar doktor dalam syariah atau hukum Islam. Perempuan itu menikahi Osama tahun 1985 dan mereka punya satu anak, seorang putra. Bergen menulis bahawa tidak diketahui apakah perempuan itu selamat dari pengeboman di Afganistan pada Oktober dan November 2001.

Lalu, ada Siham Sabar yang menikahi Osama tahun 1987. Mereka punya empat anak, dan seperti Khairiah, dia tidak ketahuan jejaknya sejak invasi ke Afganistan. Amal al-Sadah adalah isteri kelima dan termuda Osama. Amal sempat dipulangkan ke Yaman demi keselamatannya, tapi entah kenapa dia kembali ke tempat Osama.

Menurut Abu Jandal, setelah keluarga besar Osama tiba di Afganistan tahun 1996, mereka kerap naik bas yang dikawal dengan sebuah kendaraan yang penuh penjaga. Ia mengatakan, tiga isteri Osama hidup harmonis dalam rumah yang sama. Mereka sering pergi ke acara outing keluarga—Osama dalam sebuah kereta persendirian diikuti bas keluarga. Pada acara seperti, kata Abu Jandal, pemimpin Al Qaeda itu akan mengajari para isterinya bagaimana menggunakan senjata api.

Pengamat teroris CNN, Paul Cruickshank, mengatakan, tidak menghairankan jika di kompleks di Abbottabad yang diserang pasukan AS pada minggu lalu terdapat sejumlah anak meskipun tidak diketahui berapa orang yang merupakan anak Osama. "Dia berusaha melatih anak-anaknya untuk mengikuti jejaknya."

Secara keseluruhan, menurut Abu Jandal, Osama memiliki 11 putera, beberapa di antaranya lari dari kkeadaan kehidupan yang keras bersama ayah mereka ke kehidupan yang lebih sejahtera bersama keluarga besar Bin Laden yang kaya. "Adapun anak perempuan tidak diketahui pasti jumlahnya," kata Abu Jandal kepada Al Quds al Arabi.

Beberapa minggu setelah peristiwa 11 September, Osama mengatakan kepada wartawan Pakistan, Hamid Mir, bahawa ia punya rencana untuk puteri bungsunya, Safiyah. "Saya menjadi seorang ayah dari seorang gadis setelah 11 September," katanya. "Saya menamai dia Safiyah, yang membunuh seorang mata-mata Yahudi pada zaman Nabi. (Puteri saya) akan membunuh musuh-musuh Islam seperti Safiyah." -CNN