Protes di Masjid Negara: NGO, Pakatan tolak politik lucah
Gambar: Peserta Himpunan Amarah Rakyat membawa sepanduk tertera “Hentikan Fitnah Jijik” di pekarangan Masjid Negara petang ini. — Foto Choo Choy May (TMI)
KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 penyokong Pakatan Rakyat dan 80 dari NGO hari ini mengadakan demonstrasi aman di Masjid Negara di sini menolak politik lucah.
Perhimpunan sempena ‘Hari Amarah Rakyat’ anjuran Gerakan Saf Anti Fitnah (SAF) itu diadakan di perkarangan luar masjid selepas solat Jumaat bagi memprotes kerajaan Umno-BN melindungi trio Datuk T ‘menyebarkan klip video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka melaungkan “hidup rakyat”, “hancur BN”, “hancur fitnah”, “hancur TV3″ sebelum bertindak agresif mengoyak, memijak dan duduk atas akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai ‘perkakas Umno’ kerana menyiarkan berita secara berat sebelah.
Kumpulan itu kemudiannya mula bergerak ke bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menyerahkan memorandum bantahan sambil dikawal ketat kira-kira 50 polis yang memastikan keadaan aman dan lancar.
Polis pada mulanya menghalang kumpulan berkenaan daripada naik ke pejabat JAWI namun kemudiannya membenarkan 10 orang wakil sahaja menyerahkan memorandum itu.
Pengerusi SAF Azmi Abdul Hamid ketika ditemui pemberita berkata pihaknya berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAWI Abdul Murat Abdul Wahab.
Memorandum itu mendesak JAWI melaksanakan peruntukan undang-undang Islam terhadap pelanggaran jenayah syariah qazaf dalam kes tuduhan zina terhadap Anwar.
Katanya, pihaknya juga akan memanjangkan memorandum ini kepada Majlis Raja-Raja supaya campur tangan dan menghentikan gejala menabur fitnah dan menghina undang-undang Islam berkaitan sumpah laknat.
“Kita akan kemukakan dulu kepada Sultan Kedah, kemudian Terengganu dan seterusnya.
“Kami memberi tempoh sebulan untuk semua tuntutan ini dilaksanakan.
“Jika tidak kemarahan kami akan dilanjutkan dengan perhimpunan yang lebih besar dari apa yang diadakan pada hari ini,” katanya.
Perhimpunan itu turut didendangkan dengan deklamasi sajak seniman Dinsman “Jangan Mudah Menuduh”yang menyeru rakyat agar jangan mudah percaya dengan politik kotor yang memfitnah pemimpin.
Turut hadir dalam perhimpunan itu Naib Ketua AMK Khairul Anwar Ahmad Zainuddin, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) Ahmad Syazwan Hasan dan PAS Wilayah Persekutuan. -FMT

SAF beri JAWI satu bulan kuat kuasa qazaf
Mohd Azmi Abdul Hamid (kanan) menyerahkan memorandum kepada Abdul Murad Wahab. — Foto Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 6 Mei — Saf Anti Fitnah (SAF), yang diwakili NGO Islam dan ulama memberi tempoh sebulan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menguatkuasakan undang-undang Islam qazaf ketika isu video seks dan liwat semakin menjadi perhatian.
Jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika tiada sebarang tindakan di pihak JAWI dalam tempoh sebulan ini, perhimpunan lebih besar akan diadakan memprotes agensi tersebut.
“Kami meminta JAWI menguatkuasakan hukum qazaf. Kami beri tempoh sebulan untuk bertindak, kalau tidak kami akan adakan satu perhimpunan raksasa,” kata beliau.
Azmi berkata demikian ketika berucap di Himpunan Amarah Rakyat di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat tadi.
Himpunan aman tersebut dihadiri kira-kira 40 orang yang rata-rata mewakili pertubuhan masing-masing.
Selain itu, Azmi turut mempersoalkan mengapa sehingga kini pihak berkuasa tidak menguatkuasakan undang-undang qazaf.
Isu liwat dan pendedahan video seks, yang didedahkan oleh tiga “Datuk T” yang menjadi perhatian sekarang ini, khususnya dengan dikaitkan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pihak berkuasa diberi mandat menguatkuasakan undang-undang qazaf seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 41, Enakmen Jenayah Syariah 1997 Wilayah Persekutuan ... (tetapi) sehingga kini tidak dilaksana.
“Pihak berkuasa ini seolah-olah tidak bermaya untuk bertindak, malah hanya menjadi penonton kepada jenayah yang dilakukan secara jelas itu,” katanya.
Terdahulu, selepas ucapan pada himpunan tersebut oleh wakil pertubuhan dan parti politik, gimik mengoyak dan duduk di atas akhbar Utusan Malaysia turut dilakukan.
Ia bertujuan bagi menunjukkan rasa marah terhadap akhbar milik kerajaan itu yang disifatkan sebagai ejen penyebar fitnah.
Selepas itu, seramai 10 wakil pertubuhan antaranya Naib Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berarak ke JAWI bagi menghantar memorandum.
Memorandum tersebut diterima oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI Abdul Murad Wahab.
Jumaat lalu telah ada desakan terhadap JAWI untuk mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang “Datuk T” melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul. -mk
Jawi pun belum baligh dan belum bersunat bagaimana nak adil?
BalasPadam