7 Apr 2011

Video Seks: Najib Nak Sangat Tubuh Suruhanjaya, Silakan!

Pembangkang Tidak Konsisten Menolak Cadangan Penubuhan Suruhanjaya - PM

SANTUBONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, pembangkang telah menunjukkan sikap yang tidak konsisten apabila menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal video seks yang didakwa melibatkan seorang yang mirip pemimpin utama mereka.

Menurut beliau, pembangkang sanggup mengetepikan prinsip untuk memperjuangkan keadilan apabila berhadapan dengan sesuatu isu yang tidak menguntungkan mereka.

"Ramai orang rasa pelik dan aneh sebab atas kebanyakkan isu merekalah antara yang pertama minta Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

"Tapi yang pelik ialah bila isu ini bangkit mereka menolak cadangan untuk tubuhkan sebuah suruhanjaya.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan tengok kepada keadaan dan kalau mereka rasa ada sesuatu yang mungkin tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan prinsip," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks membabitkan pelaku mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikemukakan kepada Kabinet pada Jumaat.

Menurut Mohamed Nazri, penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelmarin, bahawa lelaki yang terdapat dalam video berkenaan bukanlah suaminya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak diperlukan sebaliknya pada masa ini tumpuan perlu diberikan kepada siasatan polis kerana ia sudahpun dimulakan terhadap kes itu. -mstar

Ulasan GB

Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersetuju dibentuk Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video seks bukan kerana takut dan bukan kerana tidak konsisten dengan pendirian.

Tetapi kerana kita merasakan ianya satu pemaziran wang rakyat. Kita merasakan ada lebih banyak hal yang perlu diutamakan dimana Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk seperti kehilangan wang negara sebanyak RM888 billion yang sehingga kini kerajaan membisu. Suruhanjaya Siasatan kematian Altantuya juga lebih patut ditubuhkan kerana ia melibatkan hubungan Malaysia dengan masyarakat antarabangsa disamping satu grand design yang amat memalukan melibatkan bom dari Kementerian Pertahanan digunakan untuk menghancurkan seorang wanita Mongolia.

Namun jika Najib dan UMNO BN berkeras ingin juga menubuhkan Suruhanjaya Video Seks yang tak berapa perlu itu, saya yakin pemimpin PR bersedia untuk menerimanya.

Ini kerana kami "amat yakin" bahawa orang di dalamnya bukan Anwar.

Dan siasatan hendaklah telus, tidak seperti yang lepas-lepas dimana Anwar dipaksa tinggal di lokap dan kemudian dengan cara yang tidak beretika, pihak polis mengambil DNA tanpa izinnya.

Sehubungan dengan itu juga kita meminta supaya orang yang bertanggungjawab mengeluarkan, merakam, mempertontonkan video seks itu kepada masyarakat diambil tindakan.

Mengapa sampai hari ini masih tiada tindakan ke atas Datuk T?

Apakah Najib juga bersubahat dengan trio Datuk T sehingga rakyat melihat kenyataan-kenyataan Najib jelas ketara memihak kepada mereka ini?


Itu rakyat mahu tahu!

Dan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan perlu menyiasat ke akar umbinya iaitu mendedahkan siapa dalang, perakam, pelakon dan motif konspirasi video seks itu sendiri.

BN Gagal Jadikan Video Seks Modal Pilihanraya Di Sarawak

Rakyat Sarawak enggan tonton video seks ‘Anwar’

Rakyat Sarawak tidak ingin dan enggan menonton video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata seorang pemimpin muda PAS negeri itu.

“Orang Sarawak tidak percaya video itu. Kami tidak tengok, kami juga tidak mahu tengok. Video seks Anwar orang tidak layan,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Pemimpin PAS itu berkata, beliau mendengar ada pihak yang mahu menjadikan isu video seks tersebut sebagai bahan kempen pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berjalan.

Bagaimanapun katanya, “tidak ada sambutan daripada penduduk Sarawak, menyebabkan sehingga hari ini isu video seks tidak dijadikan bahan kempen utama.

“Serangan peribadi orang tidak mahu terima, orang Sarawak suka secara aman dan selamat.

Isu tanah adat lebih penting

“Ceramah berbentuk provokasi tidak berlaku di Sarawak. Inilah budaya orang Sarawak sejak dulu lagi. Walaupun banyak parti pelbagai kaum, kami hidup aman damai.

“Jadi berkempen secara kasar dengan memaki hamun termasuk serangan peribadi yang berlaku di Semenanjung tidak akan ada di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, sebaliknya pengundi Sarawak terutama di kawasan pedalaman mahu tahu mengenai isu tanah adat (NCR) yang diperkatakan secara meluas di seluruh negeri.

Beliau berkata, rakyat juga mengambil berat mengenai janji-janji pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri yang lalu.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah memerintah Sarawak sejak tahun 1981 dan pembangkang pula mendedahkan pelbagai kelemahan dalaman dan salahguna kuasa dalam pentadbirannya. -FMT

Ulasan GB

Yang boleh diperbodohkan UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri di kampung-kampung. Kesian pakcik-makcik di Penanti dan peserta-peserta Biro Tatanegara, menonton video seks palsu.

Sampai sekarang GB tertanya-tanya, apa pasal tak dengar kisah polis menahan pihak yang menayangkan video-video seks ini?


Khairy? Isteri Menteri? Hancusss!!!

Chegubard pula ‘dedah’ isu video lucah KJ, isteri pemimpin

Sementara negara masih berhadapan polemik video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin pula muncul dengan “pendedahan” rakaman aksi seks Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin

Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.

“Ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.

“Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

“Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja,” katanya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, rakyat menolak politik sensasi selak kain dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok memperbodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang.

“Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” katanya lagi.

Lebih dua minggu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Anwar yang juga Ketua Umum PKR, oleh “Datuk T”.

Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno.

Dalam kenyataannya, Badrul Hisham juga berkata, menyerang dari segi politik tidak salah, termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tidak bernilai seperti politik selak kain.

“Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak tsunami Jepun), kebangkitan rakyat di Timur Tengah hingga Afrika, krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi “kapitalis” sehingga menyeret ada negara menjadi muflis.... namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan “politik” berasaskan tuduhan seks dan video lucah,” katanya.

“Tidak tahu di mana salahnya, adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain-pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala “desparado”,” katanya.

Malah tambah beliau, ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea, Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat.

“Menteri seperti YB (Datuk Seri) Nazri Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah, malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) isteri Anwar sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai?” kata Badrul Hisham yang bertanding melawan Khairy di kerusi Parlimen Rembau pada 2008.

“SAMM dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik “kotor” dan tidak mendidik ini.

Ulasan GB

What goes round turns around. Video seks yang disebar, video sekslah yang anda akan perolehi balik.

Mujur ianya jatuh ke tangan chegubard yang matang berpolitik, yang tidak mudah melatah sekalipun sudah ada "lauk" besar di tangan.

Tak serupa dengan UMNO. Benda tak ada diada-adakan. Boleh rekayasa satu video kemudian tuuduh orang lain berlakon di dalamnya. PM angguk dan senyum kononnya ia akan memberikan political mileage untuknya bagi "memanjang usia" pemerintahannya dengan menghapuskan Anwar.

Ahh tidak semudah itu Najib.

Muara Tuang: Peluang Pengundi Untuk Tegakkan Hak Dan Keadilan

Muara Tuang: PAS masih tak puas hati

Walaupun akan bertanding seperti biasa, PAS masih tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon BN Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud bertanding di DUN Muara Tuang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, perasaan itu ekoran SPR sebagai pengendali pilihan raya mengambil masa terlalu lama, sehingga melewati jam 1 tengah hari untuk mengumumkan keputusannya.

"Kita (PAS) masih tak puas hati kerana masa yang diambil lama sangat. Biasanya jam 12 sudah boleh umum keputusan (bantahan)," katanya.

Semalam, hasrat PAS untuk menang tanpa bertanding di DUN itu tidak tercapai apabila
bantahan mereka terhadap Mohamad Ali - yang juga adik kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud - tidak tercapai apabila SPR menolaknya.

Walaupun mengambil masa, suruhanjaya itu menjelaskan, menurut rekodnya, Mohamad Ali ada menghantar penyata perbelanjaan kewangannya dalam pilihan raya negeri sebelum ini.

Perkara itu telah mencetuskan perbicangan di intertet sehingga ada yang menuduh Mohamad Ali sebagai penyandang baru saja mengemukakan penyata itu selepas bantahan dibuat.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang semalam, Mustafa memberitahu, walaupun menerima hakikat terdapat pertandingan, PAS tetap mengarahkan peguam terus meneliti isu yang ditimbulkan itu.

Keputusan penelitian dijangka diketahui dalam beberapa hari lagi sebelum boleh diputuskan tindakan lanjut, tambah Mustafa lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas dakwaan tentang dakwaan-dakwaan di laman blog.

"Itu saya tidak berani hendak katalah," kata pemimpin veteran PAS itu.

Jika bantahan PAS diterima semalam, parti itu akan memecah tradisi dengan kemenangan pertama kali dalam pilihan raya negeri setelah menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang itu pada tahun 2003. -mk


Taib letak adik sendiri di Muara Tuang dipersoal

KOTA SAMARAHAN, 6 April: Tindakan Ketua Menteri Sarawak meletakkan adiknya sendiri, Datuk Sri Mohd Ali Mahmud, untuk bertanding di DUN Muara Tuang menyerlah amalan kronisme di kalangan keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tindakan ini juga melambangkan Barisan Nasional (BN) tidak sedar apakah kehendak rakyat Sarawak sebenarnya sekarang hatta tidak sedar bahawa rakyat sudah muak dengan kekayaan dan kuasa yang berpusat di sekitar Taib Mahmud.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, hasrat rakyat untuk melakukan perubahan boleh dilaksanakan dengan memberikan undi kepada calon PAS yang bertanding di situ.

Hasrat ini, katanya, semakin jelas apabila golongan muda turut menyertai PAS melalui beberapa cawangan penaja PAS di Dun tersebut.

Menurutnya, sewaktu merasmikan penubuhan cawangan penaja malam tadi, ketua cawangannya, Abdul Rahman Doli meluahkan kebimbangan masa depan Sarawak jika tak berlaku perubahan politik baru.

"Isu di sini ialah soal kronisme di mana mereka tidak lagi begitu gembira dengan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud apatah lagi calon yang bertanding ini adik beliau sendiri.

"Kita lihat juga semalam kehadiran anak muda yang begitu mempunyai semangat yang tinggi untuk melakukan perubahan dan ini menunjukkan hasrat rakyat yang sebelum ini kita tidak tahu dan apabila PAS bertanding, baru kita tahu mereka cari kita," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah hari ini.

Beliau juga berkata, BN tidak lagi menghadapi laluan mudah untuk mengekalkan kedudukannya di Dun tersebut.

"BN tak akan mendapat jalan yang mudah seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini mereka ada jalan mudah untuk menang besar tapi saya percaya kali ini jalannya sukar.

"Contohnya, seperti yang berlaku di Tenang, BN berhempas pulas menurunkan jentera untuk melawan PAS," katanya.

Tambahnya, tindakan adik Taib itu kekal bertanding di Dun tersebut menunjukkan beliau dan abangnya Taib ingin menambahkan kekayaan.

"Muara Tuang ini mereka anggap begitu mudah untu menang dahulu, tetapi penolakan orang terhadap Taib Mahmud orang melihat bahawa tidak wajar untuk Taib Mahmud bertanding lagi dan mengekalkan adiknya, seolah-olah Taib Mahmud ingin meneruskan empayar kekayaannya," katanya. -HD


Ulasan GB

Siapa tak kenal SPR?

Ia akan tetap tersungkur satu hari nanti apabila dosa-dosa penipuan yang dilakukan selama ini terlalu berat untuk dipikulnya.

Tunggu dan lihat.

Ketua SPRM Wajar Berundur Secara Sukarela

DAP gesa Putrajaya gantung tugas ketua SPRM sehingga siasatan selesai

DAP hari ini menggesa Putrajaya menggantung tugas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sehingga siasatan kematian seorang pegawai Kastam Ahmad Sarbani Mohamed selesai.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan menggantung tugas Abu Kassim perlu ekoran kenyataannya yang menyifatkan kematian Ahmad Sarbani tidak patut dieklsploitasikan atau dimanipulasikan sesetengah pihak demi kepentingan peribadi mereka.

“DAP mencadangkan agar Datuk Seri Abu Kassim digantung tugas selaku Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan terhadap Ahmad Sarbani selesai.

“Datuk Seri Abu Kassim berniat jahat apabila beliau berharap kematian itu tidak akan dieksploitasi atau dimanipulasikan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi, kenyataan sebegitu bukan sahaja menunjukkan rasa bersalah namun satu percubaan mahu menghentikan kebenaran dan keadilan diperoleh dalam insiden terbaru itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menyifatkan sepanjang menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim masih belum mencapai kejayaan yang sepatutnya, ditambah pula dengan sikap berdiam diri dan suka berahsia tentang operasi agensi kerajaan itu,” katanya.

“Datuk Seri Abu Kassim tidak sepenuhnya berjaya disebabkan sifat suka berahsia tentang operasi SPRM menunjukkan sikap double standard sehingga gagal mengambil tindakan menentang amalan rasuah pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Bagaimanapun kematian Ahmad Sarbani akan menghalang segala usaha Datuk Seri Abu Kassim mahu membuat perubahan dan komen beliau juga tidak boleh dipandang ringan,” kata Lim yang turut memuji langkah Abu Kassim untuk membersihkan dan mengembalikan profesionalisme SPRM.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan dan dipertanggungjawab dalam insiden terbaru itu.

Beliau juga menyifatkan cara siasatan SPRM yang mencari kebenaran dan keadilan sehingga berlaku kematian adalah tidak bertanggungjawab. -TMI

Ulasan GB

GB menyokong penuh saranan Sdra Lim Guan Eng tersebut. Jika ada maruah, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed perlu berundur.

Peristiwa kematian kali kedua di bangunan SPRM jelas menunjukkan SPRM yang bermasalah. Dan jika Datuk Seri Abu Kassim mengambil tindakan berundur, bukan sahaja beliau dihormati kerana dilihat sebagai seornag yang profesyenal dan bertanggungjawab, malah SPRM sendiri akan lebih dihormati dan dipercayai.

Tetapi di dalam negara kita sukar untuk menemui pegawai-pegawai tertinggi agensi kerajaan berundur secara sukarela atau meletakkan jawatan kecuali diarah berbuat demikian. Hanya pernah sekali - iaitu Datuk Shahrir Samad bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana gagal mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) pada Perhimpunan Agung Umno.

Satu hal yang pasti - HUKUM KEBENARAN akan tetap berjalan, seandainya beliau tidak berundur maka hukum kebenaran akan mengambil tempatnya. Ingat, bekas Ketua Pengarah SPRM yang lepas, Dato Seri Hj Ahmad Said bin Hamdan tiba-tiba "terpaksa" berundur juga dengan keadaan lansung tidak dihormati apabila tiba masanya.

Di kalangan menteri pula beberapa orang yang "tidak layak" lagi menjadi menteri akhirnya "dipaksa berundur" sekalipun mereka cuba mempertahankannya, misalnya Samy Vellu, Zainuddin Maidin dan lain-lain.

Jadi, pilihan di tangan sendiri.

Motivasi: Kambing Berlari Dengan Dua Kakinya

Lliaoning - Seekor kambing di wilayah Liaoning, China, dilahirkan tanpa memiliki dua kaki belakang.

Kambing berusia tiga bulan yang dinamakan Yang Yang itu menjadi bualan penduduk ketika Lv Shanlu si pemilik, mendapati Yang Yang berjalan menggunakan kedua kaki depannya.

Bahkan, Lv menyatakan bahawa Yang Yang dapat berlari-lari mengelilingi pekarangannya dengan kedua kaki depannya. Pada mulanya, dia meragukan kambing kecilnya boleh mampu bertahan hidup ketika ia dilahirkan tanpa kaki belakang.

"Dia cuba untuk berdiri, tetapi setelah banyak kali mencoba, ia gagal dan hanya dapat berbaring di tanah," ujar Lv.

"Saya dan isteri bekerja keras untuk menjaganya, saya sili berganti membawa dia kepada ibunya untuk disusui, seraya berharap dia dapat bertahan hidup. Dan nampaknya ia berkemauan keras untuk itu," imbuhnya.

Cao Yulan, istri Lv, mengatakan bahwa sangat sedih ketika pada awalnya melihat Yang Yang cuba untuk berdiri, namun selalu terjatuh.

Tetapi Yang Yang selalu berusaha cuba berulang kali. Yulan kadang tidak sanggup untuk menyaksikan hal tersebut.

Akhirnya, Lv memutuskan untuk menolong Yang Yang dengan melatihnya berjalan dengan dua kaki depannya. Setiap hari, Lv membantu Yang Yang berdiri dan mengajak ia mengelilingi perkarangan.

Dalam waktu sebulan, akhirnya Yang Yang dapat berdiri, berjalan bahkan berlari dengan kedua kaki depannya, tanpa bantuan dari Lv.

"Kini Yang Yang setiap hari sudah dapat berdiri dan berjalan menggunakan kedua kakinya, layaknya seorang manusia," jelas Lv.

"Selama 61 tahun saya hidup, baru kali saya menyaksikan keajaiban seperti ini," tambahnya.

Ulasan GB

Dimana ada kemahuan di situ ada jalan.

Itu kambing yang mahu berusaha sekalipun dilahirkan cacat tanpa dua kaki.

Ada manusia penuh cukup anggotanya, tetapi dia di situ, di situ juga!

Siasatan Polis Perlu Adil, Jangan Ulangi Kesilapan Siasatan Teoh

Kesatuan Kastam sangsi Sarbani pergi ke SPRM tanpa dipanggil

Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM Wilayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.

Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.

Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

“Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.

“Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang,” katanya.

Ibrahim berkata SPRM seharusnya mengeluarkan surat rasmi jika mahu seseorang suspek atau saksi datang ke pejabat mereka bagi membantu siasatan.

“Kalau dipanggil, (SPRM) perlu mengeluarkan surat, kalau seseorang hendak datang kena ada surat panggilan (rasmi),” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Lazimnya, kata beliau, seseorang khususnya mereka yang disoal siasat tidak akan pergi ke pejabat agensi pencegahan jika tiada arahan dikeluarkan.

“Kita tidak akan saja-saja pergi... melainkan seperti wartawan yang akan pergi ke sana, ke sini untuk mencari maklumat,” katanya lagi.

Ibrahim yang bulan lalu patah tangan kiri dan cedera di dahi selepas dihentak dengan batu bata oleh dua lelaki di kawasan perumahannya di Kangkar Pulai, Johor Baru berkata, beliau tidak mempertahankan mereka yang melakukan rasuah tetapi mahu SPRM bertindak secara profesional khususnya dalam hal berkaitan dengan Operasi 3B.

“Salah tetap salah, tetapi cara siasatan (dijalankan) kena profesional,” katanya yang turut mempersoalkan cara pihak berkenaan menjalankan Operasi 3B.

“Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock, kini berlaku pada pegawai Kastam... perkara ini tidak logik,” katanya lagi.

Difahamkan pada malam sebelum Ahmad Sarbani pergi pejabat SPRM, Allahyarham telah bermain tenis di kawasan kuarters Kelana Jaya dan memaklumkan rakan-rakannya bahawa ada menerima arahan supaya datang ke pejabat SPRM pada keesokan pagi.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad yang ditemui di kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi (kelmarin) dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (semalam), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada sidang media semalam, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. -TMI


Pastikan siasatan kematian pegawai Kastam adil




Anggota Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Salahudin Ayub, berjanji akan mempastikan siasatan yang adil dilakukan ekoran kematian seorang pegawai kanan Kastam pagi ini di perkarangan bangunan SPRM Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS dan anggota Parlimen Kubang Kerian memberi reaksi segera terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

"Sebagai salah seorang Anggota Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak yang berwajib bagi memastikan satu penyiasatan yang adil dapat dilaksanakan dengan segera ke atas kes ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Bagi beliau, kematian seorang pegawai Kastam yang membantu siasatan kes rasuah yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini sangat menyedihkan.

"Sebagai anggota Parlimen, saya akan memastikan ia disiasat dengan cara yang telus dan diberikan penjelasan yang wajar oleh SPRM.

"Kita bimbang, ketika kematian Teoh Beng Hock masih lagi sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja, kematian pegawai Kastam ini akan memberikan persepsi yang lebih buruk kepada SPRM," kata Salahudin. (gambar bawah)

Kematian pegawai kanan Kastam yang dikatakan jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM ke gelanggang badminton berhampiran pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur mengejutkan banyak pihak.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak berbayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah Penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu di Klang berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, dia kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrani di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya hari ini, kata Mustafar lagi.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam itu sudah tidak ada.

Mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi, kata Mustafar.

Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.

Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya. -HD


Ulasan GB

Sama seperti kes Teoh Beng Hock, media arus perdana pula sibuk mengeluarkan berita kononnya "mangsa di dalam keadaan tertekan". Mereka tidak menuduh Allahyarham Ahmad Sarbani membunuh diri secara lansung tetapi secara tidak lansung.

Tindakan cuba melakukan cover-up terhadap kes-kes yang melibatkan agensi kerajaan membuktikan media arus perdana merupakan perosak kepada sistem keadilan dan ketelusan dan jika demikian halnya maka tidak mustahil akan berulang lagi kejadian ngeri ke atas saksi-saksi atau orang kena siasat di pejabat SPRM.

Polis juga perlu adil dan telus. Kesilapan semasa siasatan Teoh Beng Hock tidak wajar diulangi sehingga Inkues dan Suruhanjaya Diraja dibentuk.

Kredibiliti dan integriti polis perlu dikembalikan ke identitinya yang lebih wajar, jika tidak, negara akan terus menerima bencana dan malapetaka yang Tuha sendiri akan campurtangan mendedahkan kebenaran dan keadilan hasil doa orang-orang beriman.

Sebagai orang beriman, kita sering membaca doa-doa ini:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.


Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,



Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)



Telinga Murid Hampir Putus Dibaham Anjing

Kota Tinggi: Telinga seorang murid Tahun Tiga hampir putus dan terpaksa dikenakan 30 jahitan selepas diserang empat ekor anjing dalam satu kejadian dekat rumahnya di Kampung Panti di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Rafiq Abdul Rashid (atas) hanya mampu menutup muka dan meraung kesakitan sambil menjerit meminta bantuan.
Kejadian berlaku ketika Muhammad Rafiq dan adik kembarnya, Muhammad Rafie berjalan kaki tidak jauh dari rumah mereka.

Ketika melewati rumah seorang peniaga ikan, secara tiba-tiba empat ekor anjing yang dipelihara di situ terlepas daripada kediaman itu sebelum bertindak mengejar pasangan adik beradik terbabit.

Menyedari bahayanya, pasangan kembar itu cuba lari menyelamatkan diri, namun nasib malang menimpa Rafiq apabila dia jatuh tersembam di atas jalan raya sebelum pantas dikerumuni empat anjing terbabit.

"Sejurus terjatuh, saya hanya mampu menekup muka saya dengan kedua-dua belah tangan sambil meraung kesakitan apabila anjing terbabit mula menggigit tubuh badan termasuk telinga.

"Nasib baik adik saya (Rafie) sempat mendapatkan bantuan penduduk kampung yang berjaya menghalau anjing itu daripada terus mengerumuni saya sebelum menghantar saya ke hospital dalam keadaan berlumuran darah,"
kata Rafiq yang terpaksa dirawat di Hospital Kota Tinggi selama tiga hari.

Rafiq ditemui di rumahnya, semalam, ketika diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba; Naib Ketua UMNO bahagian Tenggara (UBT), Suhaimi Khalid dan Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Datin Salasiah Idris.

Bapa mangsa yang juga bekas tentera, Abdul Rashid Ibrahim, 55, berkata ketika kejadian beliau berada di Melaka kerana menghadiri satu kursus dan bergegas pulang sejurus dimaklumkan kejadian itu.

"Akibat serangan anjing itu, anak saya terpaksa menerima kira-kira 30 jahitan di seluruh tubuh, termasuk bagi menyambung telinga kanan yang terkoyak.

“Pemilik anjing itu ada mengunjungi anak saya di hospital dan semasa anak saya membuat laporan polis, dia berjanji akan membiayai segala kos perubatan sehingga sembuh," katanya. -BH

Kesan Solat Hajat: Terdedahnya Konspirasi Kerana Perutnya Boroi & Teteknya Labuh

Perut buncit bukti kelemahan video

Satu Malaysia kecoh... kerana klip video kurang dua minit.

Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau “tidak peduli' kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau.

Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik – sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian.

Walaubagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang video dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk “T” itu buat kali pertama dengan “barang kes itu sendiri.”

Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas.

Jawapan adalah kerana Kamera “night vision” digunakan. Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding bilik.

Pantulan bayang

Jadi kenapa kamera itu digunakan? Jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar.

Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding.

Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan.

Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya. Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya).

Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera “night vision” dipasang.

Mungkin pihak “sebelah sana” akan mendakwa “remote contol” itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan “remote control” itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan.

Fakta kedua-dua pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat “remote control” dan mengajukannya pada arah sama sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video tahu malah mendalangi rakaman itu.

Satu kelemahan kamera “night vision” adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau “soft”. Namun ia tidak dapat menyembunyi atau melunturkan imej susuk tubuh pelaku.

Perut buncit tetek labuh

Oleh kerana itu perut buncit dan “tetek labuh” pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu.

Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas – video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar.

Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube?

Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba ditanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat.

Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama – tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur.

Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan “kuasa” kamera dengan penataan cahaya lampu' untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak.

Dan, biarlah siasatan itu telus setelus-telusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir.

Ulasan GB

Anwar menang besar di dalam isu Video Seks ini. Semakin popular dan meraih simpati kerana menjadi mangsa fitnah.

Datuk T dan UMNO menggelupur sekarang. Maruah tercampak ke dalam tong najis. Mencari helah baru iaitu meminta Suruhanjaya ditubuhkan.

Berkat doa rakyat, tiba-tiba pihak kompsirator tersilap langkah memuatnaik viideo berkenaan di youtube. 1Malaysia sempat melihatnya dan ia mendedahkan video seks itu sebenarnya satu lakonan, satu konspirasi.

Apabila tak terjawab lagi dengan hal perut boroi dan tetek labuh, mereka menjerit untuk kali terakhir sebelum bakal menghembuskan nafas terakhir, "tubuhkan Suruhanjaya, tunjukkan Omega."

Itu saja yang mampu dilakukan sekarang ini di waktu nazak.

Dan Allah Yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa, akan terus melaksanakan perencanaannya mengalahkan rencana-rencana pihak durjana itu. Alangkah bodohnya konspirator dan UMNO ini, Tuhan yang hendak dilawannya.

Itu kesan solat hajat: terdedahnya konspirasi lantaran pelakonnya berperut boroi & bertetek labuh.

Masih berdegil? Kita hanya tersenyum dengan puak yang menentang Allah ini. Kita tunggu dan lihat. Kerana Tuhan itu juga Al-Haq - Yang Maha Benar yang akan mendedahkan KEBENARAN.

Pegawai SPRM Ditegur Suruhanjaya, Siasat Lelaki Ini!

Pegawai SPRM ditegur

Penolong Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sarawak, Raymond Nion Anak John Timban ditegur oleh Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock, Tan Sri James Foong Cheng Yuen kerana tidak memberikan jawapan yang konsisten ketika disoal oleh peguam Majlis Peguam.

Beliau menyifatkan tindakan pegawai SPRM itu tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal kerana sebagai pegawai, mereka seharusnya lebih peka dalam apa jua keadaan yang berlaku di persekitaran mereka.

"Kamu sudah lama bekerja di SPRM, tetapi apabila disoal tentang sesuatu perkara, semuanya kamu tidak tahu... kamu merupakan pegawai yang berpengalaman dan mustahil kamu tidak ingat apa yang berlaku di pejabat SPRM pada malam 15 Julai 2009 hingga pukul 6 pagi, keesokannya sedangkan kamu berada di pejabat pada waktu itu," katanya.

Foong, yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan berkata berdasarkan keterangan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull pada prosiding lalu, banyak ditekankan mengenai imej dan membaik pulih SPRM di mata masyarakat.

Namun, katanya, bagaimana suruhanjaya ingin membantu membaik pulih SPRM, sekiranya pegawainya sendiri tidak membantu suruhanjaya.

Foong berkata pada pandangan beliau dan anggota suruhanjaya yang lain, Raymond mengetahui banyak perkara mengenai apa yang berlaku ketika itu tetapi beliau (Raymond) menyembunyikannya.

"Kamu perlu cakap betul-betul kerana semua ini untuk kebaikan SPRM.. .petang ini kami menerima maklumat bahawa satu lagi saksi atau suspek SPRM mati di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan dan kami berbincang mengenai perkara itu," katanya.

Raymond, yang juga saksi ke-30 suruhanjaya itu hanya mendiamkan diri dan ketika ditanya Foong sama ada beliau (Raymond) mengetahui mengenai kejadian tersebut, Raymond berkata:"Saya tahu mengenai perkara itu".

Selepas itu, Foong menangguhkan prosiding yang bermula pada pukul 2.45 petang itu, kira-kira 15 minit sebelum prosiding disambung semula pada pukul 4.15 petang.

Terdahulu, ketika disoal oleh Edmund Bond dari Majlis Peguam adakah Raymond Nion dapat mengenal pasti orang yang masuk ke dalam bilik kosong berhadapan bilik beliau, Raymond Nion berkata:"Saya perasan ada orang masuk ke bilik itu tetapi saya tidak pasti siapa".

Raymond Nion, yang sebelum ini bertugas di SPRM Selangor, menjelaskan beliau hanya nampak sepintas lalu ada dua orang lelaki masuk ke bilik kosong itu.

Ketika diminta oleh Bond untuk memberikan gambaran mengenai tubuh badan kedua-dua lelaki yang masuk ke dalam bilik itu, Raymond Nion berkata:"Saya hanya tahu seorang adalah berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina namun saya tidak ingat pakaian yang dipakai oleh mereka.

"Saya tidak perhatikan betul-betul semasa mereka lalu kerana ketika itu saya sedang membaca dokumen bagi satu kes mahkamah yang akan dibicarakan keesokannya (16 Julai 2009)," katanya.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya,

Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.

Prosiding disambung Isnin ini. - Bernama

Ulasan GB

Raymond Nion berasal dari Betong, Sarawak. Beliau adalah salah seorang yang didapati menonton bahan lucah menerusi komputer di pejabatnya sebelum Teoh Beng Hock ditemui mati Julai 2009.

Sekretariat suruhanjaya pernah mengeluarkan laporan analisis penyiasat khas berhubung kandungan komputer yang digunakan oleh Raymond Nion, pegawai dari pejabat SPRM Selangor.

Sebelum ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja mendedahkan bahawa Asisten Superintenden Mohd Ashraf Mohd Yunus juga menonton pornografi menggunakan komputernya awal pagi 16 Julai 2009 selepas menyoal siasat Teoh.

“Raymond Nion... akses laman pornografi, filem, muzik,” kata pegawai penyiasat khas suruhanjaya Michael Leslie Squires dalam laporannya.

Semasa itu beliau adalah Penolong Penguasa Kanan SPRM Selangor, tetapi selepas kes ini timbul, beliau tiba-tiba ditukarkan sebagai Penolong Penguasa Kanan SPRM Sarawak. Mengapa tiba-tiba ditukarkan serta-merta?

Beliau menyembunyikan banyak perkara dan dilaporkan tidak memberikan jawapan yang konsisten ketika disoal oleh peguam Majlis Peguam. Mengapa terlalu banyak kali diam apabila ditanya sedangkan beliau mengetahui banyak perkara? Apakah yang disembunyikan? Apakah beliau sudah diajar supaya berdiam diri apabila ditanya?

Justeru itu, ada sebab untuk rakyat mengesyaki sesuatu mengenai beliau. Dan oleh kerana jawapan-jawapan beliau kepada pihak Suruhanjaya Siasatan tidak konsisten, maka satu siasatan khusus terhadap beliau mesti dilakukan.



WASPADA: Telur Ayam Tiruan Di Pasaran

Awasi telur tiruan di pasaran

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.


Awas Telur Tiruan

Anda sulit membezakan keasliannya!

Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi sorotan di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Seorang pekerja tidur di atas petak-petak telur di sebuah pasar runcit di Beijing, China.

Beberapa media utama di Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang mana telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, "Hidup tanpa produk-produk buatan China. "Acara tersebut menelusuri kehidupan keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian publik Korea.

Bentuk Telur Tiruan



Menyusul acara tersebut, akhbar nombor satu Korea, Chosun Ilbo, telah menerbitkan sebuah artikel berjudul "MBC Special mendedahkan telur-telur tiruan buatan China," melaporkan secara terperinci bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat. Dong-A Ilbo, koran Korea lainnya, pada 14 Ogos 2007 juga telah menerbitkan sebuah laporan berjudul "Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran".

Menurut laporan dari Chosun Ilbo, kerana harga-harga makanan yang melambung tinggi di China, telur-telur buatan, yang dibuat hanya dari bahan kimia tanpa bahan alami, telah muncul di Kota Zhengzhou, Provinsi Henan.

Mr. Wang, yang menjalankan sebuah perusahaan yang membuat bahan tambahan makanan, menjelaskan bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat.

"Putih telur' dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit membedakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

"Kuning telur' dibuat dengan menyekop suatu carian dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida.

Akhirnya, 'putih telur' dan 'kuning telur' dibungkus ke dalam 'kulit telur' yang dibuat dari kalsium karbonat.

"Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada 'kuning telur' tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir identik (sama) dengan telur yang sebenarnya.

Wang mengatakan hanya menghabiskan 0.55 yuan (0.07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0.8 dolar AS.)