7 Apr 2011

WASPADA: Telur Ayam Tiruan Di Pasaran

Awasi telur tiruan di pasaran

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.


Awas Telur Tiruan

Anda sulit membezakan keasliannya!

Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi sorotan di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Seorang pekerja tidur di atas petak-petak telur di sebuah pasar runcit di Beijing, China.

Beberapa media utama di Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang mana telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, "Hidup tanpa produk-produk buatan China. "Acara tersebut menelusuri kehidupan keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian publik Korea.

Bentuk Telur Tiruan



Menyusul acara tersebut, akhbar nombor satu Korea, Chosun Ilbo, telah menerbitkan sebuah artikel berjudul "MBC Special mendedahkan telur-telur tiruan buatan China," melaporkan secara terperinci bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat. Dong-A Ilbo, koran Korea lainnya, pada 14 Ogos 2007 juga telah menerbitkan sebuah laporan berjudul "Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran".

Menurut laporan dari Chosun Ilbo, kerana harga-harga makanan yang melambung tinggi di China, telur-telur buatan, yang dibuat hanya dari bahan kimia tanpa bahan alami, telah muncul di Kota Zhengzhou, Provinsi Henan.

Mr. Wang, yang menjalankan sebuah perusahaan yang membuat bahan tambahan makanan, menjelaskan bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat.

"Putih telur' dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit membedakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

"Kuning telur' dibuat dengan menyekop suatu carian dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida.

Akhirnya, 'putih telur' dan 'kuning telur' dibungkus ke dalam 'kulit telur' yang dibuat dari kalsium karbonat.

"Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada 'kuning telur' tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir identik (sama) dengan telur yang sebenarnya.

Wang mengatakan hanya menghabiskan 0.55 yuan (0.07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0.8 dolar AS.)


21 ulasan:

  1. ada juga rupanya telur tiruan, mcm2 produk dari China ni. apapun, kita semua kena berwaspada dan pastikan tidak terbeli telur tiruan ni..

    BalasPadam
  2. Waaa....ini pun boleh ditiru? setahu saya harga sebiji telur tidaklah begitu mahal...kenapa perlu membuat telur tiruan?

    BalasPadam
  3. Macam-macam yang ada sekarang. Telur pun mahu dipalsukan, entahlah apa niat mereka sebenarnya.

    BalasPadam
  4. tidak sangka telur pun ada yang tiruan..

    BalasPadam
  5. sekarang ni macam-macam produk tiruan. sentiasalah berhati-hati...

    BalasPadam
  6. Tidak tersangka pula telur ayam pun boleh ditiru...Amazingggg~

    BalasPadam
  7. lain kali bila beli telur, haruslah berwaspada.

    BalasPadam
  8. bahaye la kalo cmni........
    bkn sng nk bezakn telur tiruan ni.
    patutla baru2 ni sy grg telur bila pecahkn cengkerangnyer telur terus mencair n x likat..........

    BalasPadam
  9. Bahayanya. a'a bkn senang nk bezakn. payah la. kalo nk beli telur kna teliti btl2 sblm beli.

    BalasPadam
  10. Tidak sangka telur boleh ditiru seperti sebenar.

    BalasPadam
  11. aduh..macam mana rasenye.. tghari td ade beli lauk telur goreng.. tp telur tu mcm pelik.. tebal, liat n pejal.. xpenah makan telur camtu..risau la plak kot tu telur tiruan.. biase telur kan senang kalau kita nak cubit.. ni liat semacam je..

    BalasPadam
  12. Telur gred B act sgt kurang d pasaran. telur gren ini byk d guna utk buat kuih, kek dan roti. bg pembuat roti dan kek mcm aku bl semua bhn mentah spt gula, gas, minyak, margerin, susu, cheese, tarif elektrik dan telur naik, aku trpaksa naikkan hrga jualan. bl naik hrga, brang tak laku.
    Bl semua brang naik harga ia akan diambil kesempatan oleh pengeluar utk buat brang tiruan utk kaut untung. contoh spt: rokok, minyak enjin, h/p, pakaian dll. inilah jdnya bl hrga barangan tidak ada kawalan. kalaulah hrga telur murah, takkan ada telur tiruan.

    BalasPadam
  13. manusia pun dah pandai mengeram telur..geramnye..

    BalasPadam
  14. Kalau lah bbetul, punya hebat dorang meniru. huhuhu

    BalasPadam
  15. show dowh owg china.giniussus

    BalasPadam
  16. telur ni dibuat sebab china majoriti rakyat nya miskin, ini adalah makanan alternatif yg murah untuk mereka, 1 biji telur ori sama dengan biji telor tiruan. kalau nak pastikan telor ti ori ke tak, cuba jentik dulu.. kalau senak maknanya telur tu ori.. hahaha..perempuan tiruan.. lelaki tiruan pun ada... hehehe...

    BalasPadam
  17. http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=4663'

    BalasPadam
  18. huhh.. makin maju tamadun dunia makin banyak benda tiruan.. sampai makanan pun boleh jadi mangsa.. kalau terdesak pun mahu mengaut keuntungan, fikirkan la kesannya kepada pengguna..

    BalasPadam
  19. sekarang ni banyak barang tiruan dijual di pasaran.jadi,sebagai pengguna kena hati-hati selalu supaya tidak tertipu dengan barang tiruan.

    BalasPadam
  20. Salam,

    Ini bukan maju...ni tanda manusia2 ramai mementingkan wang...tidak kira apa jua cara...janji mendatangakan wang... ni produk tiruan...manusia bertopeng pon sama aje lah... group yg sama...
    sebab tu jikalau inginkan kehidupan yg nurani... kembali lah kita menjadi org Islam sejati..... segala2 nya berteraskan Islam.. Insya'Allah..

    BalasPadam
  21. sekarang ni banyak sangatlah yang tiruan.kena lebih hati2 supaya kesannya tidak kena dengan diri sendiri.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.