Kota Tinggi: Telinga seorang murid Tahun Tiga hampir putus dan terpaksa dikenakan 30 jahitan selepas diserang empat ekor anjing dalam satu kejadian dekat rumahnya di Kampung Panti di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Rafiq Abdul Rashid (atas) hanya mampu menutup muka dan meraung kesakitan sambil menjerit meminta bantuan.
Kejadian berlaku ketika Muhammad Rafiq dan adik kembarnya, Muhammad Rafie berjalan kaki tidak jauh dari rumah mereka.
Ketika melewati rumah seorang peniaga ikan, secara tiba-tiba empat ekor anjing yang dipelihara di situ terlepas daripada kediaman itu sebelum bertindak mengejar pasangan adik beradik terbabit.
Menyedari bahayanya, pasangan kembar itu cuba lari menyelamatkan diri, namun nasib malang menimpa Rafiq apabila dia jatuh tersembam di atas jalan raya sebelum pantas dikerumuni empat anjing terbabit.
"Sejurus terjatuh, saya hanya mampu menekup muka saya dengan kedua-dua belah tangan sambil meraung kesakitan apabila anjing terbabit mula menggigit tubuh badan termasuk telinga.
"Nasib baik adik saya (Rafie) sempat mendapatkan bantuan penduduk kampung yang berjaya menghalau anjing itu daripada terus mengerumuni saya sebelum menghantar saya ke hospital dalam keadaan berlumuran darah," kata Rafiq yang terpaksa dirawat di Hospital Kota Tinggi selama tiga hari.
Rafiq ditemui di rumahnya, semalam, ketika diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba; Naib Ketua UMNO bahagian Tenggara (UBT), Suhaimi Khalid dan Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Datin Salasiah Idris.
Bapa mangsa yang juga bekas tentera, Abdul Rashid Ibrahim, 55, berkata ketika kejadian beliau berada di Melaka kerana menghadiri satu kursus dan bergegas pulang sejurus dimaklumkan kejadian itu.
"Akibat serangan anjing itu, anak saya terpaksa menerima kira-kira 30 jahitan di seluruh tubuh, termasuk bagi menyambung telinga kanan yang terkoyak.
“Pemilik anjing itu ada mengunjungi anak saya di hospital dan semasa anak saya membuat laporan polis, dia berjanji akan membiayai segala kos perubatan sehingga sembuh," katanya. -BH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.