6 Apr 2011

Wajah Sarbani - Pegawai Kastam Yang Mati Di Bangunan SPRM [updated]

Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya

Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, “antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.”

“Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam,” kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

“Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

“Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

“Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

“Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan,” katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.

“Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

“SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan,” kata kenyataan itu lagi. -TMI



Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Sambil menyuarakan rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu, mereka juga turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kematiannya yang agak tragis.

Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad berkata, kematian Allahyarham menimbulkan satu tanda tanya yang sama juga dengan mendiang Teoh Beng Hock kerana ia dilaporkan terjatuh ketika dalam proses siatan SPRM.

Menurut beliau, perkataan terjatuh memberikan gambaran tidak sengaja, tetapi yang menimbulkan tanda tanya, yang dikatakan terjatuh itu bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa.

"Kalau kanak-kanak yang jatuh mungkin benar tidak sengaja kerana melompat dan sebagainya tetapi kalau orang dewasa, ini mungkin kerana terpaksa melompat atau ditolak," katanya ketika mencelah perbahasan yang sedang disampaikan oleh Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Azan Ismail, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Azan ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 bagi bacaan kali kedua, turut menyentuh perkara itu dan turut merakamkan rasa kesal, terharu serta takziah kepada keluarga mangsa bagi pihak dirinya serta kesemua rakan-rakannya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak Dewan Rakyat agar mengambil perhatian serius mengenai perkara itu supaya mendesak kerajaan jangan membiarkan lagi kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang.

"Kejadian terbaru ini jelas akan lebih menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Secara kebetulannya pula mangsa dan SPRM adalah sama-sama dari agensi penting kerajaan yang sama-sama terlibat dengan tugas penguatkuasaan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul ketika bangun mencelah berkata, kejadian terbaru itu ternyata bukan sekadar menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM, tetapi menjadikan SPRM bukan lagi agensi yang boleh diharapkan lagi untuk melakukan penyiasatan, tetapi tempat kematian.

"Selepas ini kalau ada sesiapa lagi yang akan disiasat oleh SPRM termasuk ahli-ahli Parlimen sendiri mestilah turut membawa bersama kain putih," katanya sinis.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga dari PKR ketika bangun untuk turut memperkatakan perkara itu turut bersetuju dengan hujahan tersebut, tetapi dihalang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk diperkatakan dengan lebih jauh.

Sebelum itu, kesemua ahli Parlimen terbabit turut gagal untuk memperkatakan perkara itu dengan lebih jauh kerana dihalang keras oleh beliau, atas alasan perkara itu menyimpang dari tajuk perbahasan.

Ketika membangkitkan perkara itu, mereka turut diganggu oleh wakil BN yang membawa gambaran kejadian itu adalah kejadian amat kecil kepada mereka dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat. -HD




Ulasan GB

Seperti yang GB ulas sebelum ini, kenyataan/alasan SPRM tidak dapat diterima. Ia semacam sengaja ada satu gap kononnya mangsa bersendirian.

pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.


Gap itu serupa macam kes Teoh dimana dikatakan Teoh dibiarkan sendirian berbaringan di sofa pejabat SPRM.

Jadi kali ini tidak mungkin rakyat boleh menerima alasan orang yang disiasat "membunuh diri".

SPRM tidak perlu berteori lagi dan polis tidak perlu melakukan cover up sepertimana kes Teoh Beng Hock dan Datuk T.

Rakyat sudah buka mata dengan sebesar-sebesarnya terhadap SPRM dan PDRM.

Rakyat Semakin Marah & Tidak Percaya Dengan SPRM

Selangor tekad lindungi kakitangannya

SHAH ALAM: Kerajaan negeri amat kesal dengan berita kematian seorang lagi saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang amat mencurigakan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, “kejadian ini amat mengejutkan bahawa tragedi ini boleh berulang lagi.

“Nampaknya SPRM tidak belajar langsung dari kes Teoh Beng Hock dan masih tidak bertanggungjawab atas keselamatan saksi dan tahanan mereka.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd, 56, dilaporkan dijumpai meninggal dunia dipercayai akibat jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane, pagi ini.

Ujar Khalid, “kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.

“Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari tindakan undang-undang,”
katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok berkata, insiden ini juga menguatkan hasrat kerajaan negeri untuk melindungi setiap pegawai kerajaan negeri.

Kami akan merayu sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam.

Beliau berkata, arahan ini adalah amat wajar memandangkan dua kes kematian ini, dan kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi.

“Kami harap kes ini adalah kes terakhir dan akan terus berusaha melindungi dan menjaga kepentingan semua rakyat Selangor dan Malaysia,” katanya. -FMT


Wan Azizah: SPRM perlu dibersihkan

KUCHING, 6 April – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut Putrajaya agar “membersihkan kotoran” dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sambil menyatakan rasa tidak puas hati ekoran satu lagi kes kematian di premis agensi itu.

Presiden PKR (gambar) itu berkata insiden terbaru hari ini amat memalukan SPRM selepas kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock dua tahun lalu.

Ini satu tragedi yang mengejutkan dan apa yang lebih teruk ia berlaku ketika siasatan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh (RCI) sudah berada di pertengahan,” katanya pada sidang media di Satok di sini.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas kematian seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang dipercayai jatuh dari aras tiga pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Kejadian ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian Teoh ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

“Kami melihat ia satu perkara serius... ia akan memberi impak kepada institusi kerajaan dalam negara.

“Apa yang akan terjadi kepada institusi SPRM apabila ketika dipertengahan siasatan mereka sekali lagi berdepan insiden sama. Dan, kemudian bagaimana dengan tindakan pegawai SPRM yang memuat turun video porno ketika melakukan siasatan,” kata Dr Wan Azizah.

Beliau juga menyifatkan insiden itu sebagai “jahat”, sambil menambah ia akan menghakiskan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap agensi kerajaan itu.

“Institusi sepatutnya menjaga kita. Saya tidak rasa ini adalah perkara kecil... kita perlu lakukan sesuatu.

“SPRM perlu mengambil tindakan. Kerajaan perlu membersihkan segala kekotoran ini,” katanya.

Dr Wan Azizah juga mendakwa sikap tidak peka ketika menjalankan siasatan amat ketara dan ia sudah menjadi budaya pegawai kerajaan.

“Jika anda orang besar, anda tidak perlu risau. Tapi jika anda orang kecil mereka akan mencari anda.

“Jika anda menyampaikan ceramah dan tidak mempunyai permit, anda akan ditahan.

“Tapi jika anda dilindungi dan anda menayangkan video pornografi, anda akan dilepaskan,” katanya dengan merujuk kepada pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang pelacur China. -TMI



DAP gesa Putrajaya adakan suruhanjaya diraja kedua siasat SPRM

KUALA LUMPUR, 6 April – DAP menggesa kerajaan mengadakan satu lagi suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden terbaru – kematian membabitkan kakitangan Kastam pagi tadi – di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, SPRM juga perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia benar-benar relevan dalam menjalankan fungsinya mencegah rasuah.

“DAP menyeru agar satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian Ahmad (Sarbani Mohamed).

“Suruhanjaya ini akan menentukan punca kematian, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melaksanakan langkah perlindungan bagi memastikan suspek yang dipanggil tidak akan cedera ataupun mati ketika dalam tahanan SPRM,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang ini menambah rakyat Malaysia tidak mempercayai kata-kata beberapa pemimpin BN bahawa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri selepas ditemui mati di Plaza Masalam dua tahun lalu.

“Malahan mereka percaya bahawa Teoh dibunuh. Persoalannya terletak kepada kerajaan, sejauh manakah kerajaan serius dalam mencari siapa yang bertanggungjawab dan seterusnya mengambil tindakan.


“Kematian tragis Ahmad akan menimbulkan kecurigaan yang lebih mendalam dan seterusnya menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap kaedah operasi dan cara penyiasatan SPRM,” kata beliau lagi sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad, penolong pengarah Kastam Selangor.

Allahyarham Ahmad ditemui mati di kawasan gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Conchrane di sini pagi tadi.

Dua tingkap bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak ditutup rapat.

“DAP melahirkan rasa marah atas kejadian seumpama ini sedangkan trajedi kematian Teoh Beng Hock masih belum dapat diselesaikan. Adakah SPRM masih belum bangun dan mendapat pengajaran?”
kata beliau lagi.

Ahmad merupakan salah seorang individu yang ditahan pada 1 April lalu dalam satu operasi besar-besaran - Operasi 3B - yang membabitkan cukai tidak dibayar dan dibebaskan dengan ikat jamin keesokan harinya.

Kata Lim, kematian Allahyarham Ahmad dan beberapa rantaian peristiwa yang menyebabkan kematian mengingatkan kembali kematian tragis Teoh di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM, Selangor.

“Walaupun SPRM telah berjanji bahawa kes seperti itu tidak akan berulang selepas kematian Teoh Beng Hock dan tempoh jawatan pengarah yang lepas tidak disambung, namun kematian Ahmad pagi tadi menunjukkan bahawa SPRM tidak pernah belajar daripada kematian tragis Teoh,” katanya.

Malah kata Lim, SPRM perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia masih relevan untuk melaksanakan tugas antirasuahnya secara efektif, efisen, tidak berat sebelah dan profesional tanpa ada sebarang kecederaan ataupun kematian terhadap suspek.

“SPRM tanpa kredibiliti menunjukkan kerajaan BN tidak serius untuk memerangi rasuah.

“Untuk merombak semula, DAP mendesak kerajaan persekutuan untuk menubuhkan badan siasatan bebas oleh Transparency International bagi mengkaji semula operasi dan kaedah SPRM,” katanya lagi.


Ulasan GB

Rakyat berkata:

Apa lagi yang akan disembunyikan kali ini? Apa lagi cover up yang hendak dilakukan kali ini?

Apa lagi hipotesis gila seperti "terjun", "bunuh diri", dan seumpamanya yang akan dicipta oleh SPRM dengan menteri-menteri gila di atas kematian ini?

Apa lagi helah peguam SPRM hendak pertahankan pegawai-pegawai SPRM?

Siapa lagi yang akan terbunuh selepas ini?

Rakyat akan beremosional apabila ia sudah sampai ke tahap begini. Melibatkan kematian yang dasyat. Kesan darah ditemui. Walaupun polis pada peringkat ini mengklasifikaikan ia sebagai "kematian mengejut", namun rakyat lebih terkejut kerana mana mungkin kes bunuh diri berlaku lagi selepas tragedi Teoh Beng Hock?

Buka kembali CCTV. Pastikan kali ini tidak ada alasan untuk tidak dapat membaca CCTV kerana tidak mungkin rakaman penuh tidak dilakukan setelah berlakunya peristiwa Teoh Beng Hock.

[Video] Lagu Anti-Taib Mahmud : Taib, Jangan Bebankan Rakyat Sarawak

Dendangan Lagu kini menjadi bentuk baru tekanan terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya berundur selepas 30 tahun menjadi ketua menteri Sarawak.

Seorang komposer telah mencipta lagu tersebut untuk rakyat Sarawak
menyuarakan bantahan mereka. Lagu itu bertajuk 'Taib, jangan beban rakyat Sarawak'.

Ia telah dimuat-naik di YouTube untuk memboleh lagu itu dimuat-turun dan untuk sesi nyanyian.

Lagu berirama rancak sepanjang 2:15 minit itu, terdapat dalam versi Melayu dan Cina.

Komposer tersebut, yang tidak mahu namanya disebut, bukan ahli mana-mana parti politik tetapi berkata, dia mengambil masa dua minggu untuk menghasilkan lagu itu.

“Sarawak mempunyai banyak kerusi. Bagi mendemokrasikan Malaysia, kita mesti ubah Sarawak.

“Lagu mencerminkan pemikiran saya dan saya percaya ramai lagi yang berfikiran sama dengan saya. Kita mahu Taib berundur dan kembalikan tanah, sumber-sumber dan kekayaan kepada rakyat Sarawak.”




Menantu Taib Mahmud Minta Mahkamah Tangkap Suaminya

Kes fasakh: Menantu Taib Mahmud minta mahkamah tahan suaminya

Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memohon di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini supaya mengeluarkan waran tangkap ke atas suaminya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir yang gagal hadirkan diri dalam kes tuntutan fasakh.

Peguam utamanya Dr Mohd Rafie Mohd Shafie berkata, Mahmud Abu Bekir, 48, telah tidak hadir di mahkamah rendah sebanyak dua kali sebelum ini.

Shahnaz, 48, telah memfailkan tuntutan fasakh pada 22 Februari lalu dengan mendakwa defendan gagal menjalankan tugas sebagai suami dan tidak memberikan nafkah batin sejak 2001.

Dalam tuntutan itu, Shahnaz yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, mendakwa defendan melakukan penderaan secara fizikal dan mental dengan menumbuknya di bahagian muka, kepala dan mata sehingga lebam, selain turut menendang rusuk dan mencekiknya.

Shahnaz mendakwa suaminya suka memaki hamun menyebabkan dirinya tertekan, aib dan mengalami gangguan emosi.

Dia turut mengemukakan tuntutan mutaah RM300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta terhadap ahli perniagaan itu.

Bulan lalu, Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan 11 April ini untuk sebutan semula kes selepas peguam syarie Saadiah Din, yang mewakili Mahmud Abu Bekir, memaklumkan bahawa anak guamnya itu telah memfailkan permohonan penceraian pada 14 Februari lalu.

Beliau berkata kes itu telah disebut pada 3 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam selepas dikatakan berlaku ketidaksefahaman antara pasangan itu dan akan disebut semula pada 11 April ini.

“Permohonan anak guam saya iaitu penceraian telah difailkan terlebih dahulu berbanding permohonan tuntutan fasakh oleh pihak plaintif,” katanya.

Malah bulan lalu, Saadiah memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya itu tidak dapat hadir ke mahkamah kerana menghadapi masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan.

Rafie, yang mewakili Shahnaz dalam prosiding itu berkata, pihaknya memohon agar kes penceraian dan tuntutan fasakh itu disatukan kerana ia melibatkan isu yang sama.

Bagaimanapun Mohd Amirul Adam berkata mahkamah tidak dapat menerima permohonan itu kerana beliau tiada kuasa untuk berbuat demikian.

Mohd Amirul Adam juga berkata perbicaraan kes fasakh itu mengambil masa panjang sehingga setahun dan juga boleh lebih dari itu.

Beliau berkata mahkamah memberi tarikh yang sama dengan kedua-dua kes ini dan akan melihat terlebih dahulu kes penceraian, di mana sekiranya ada penyelesaian, maka kes tuntutan fasakh di mahkamah di sini selesai. -TMI


Gagal hadir, Shahnaz pohon waran tangkap

Selepas gagal menghadiri perbincangan, kes tuntutan fasakh dan juga tuntutan harta sepencarian, Datin Seri Shahnaz Abdul Majid - menantu ketua menteri Sarawak - memohon waran tangkap terhadap suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib (gambarnya bersama bapanya).

Permohonan itu dibuat oleh peguam Shahnaz - Dr Mohd Rafie Shafie - apabila Mahmud Abu Bekir gagal hadir di mahkamah hari ini.

Hari ini ditetapkan sebagai tarikh kes tuntutan harta sepencarian dan tuntutan mutaah (ganti rugi) didengar oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Peguam Abu Bekir - Saadiah Din - memaklumkan kepada mahkamah bahawa pelanggannya masih belum pulih daripada pembedahan bahunya di United Kingdom pada 15 Mac dan oleh itu, tidak dapat hadir.

Bagaimanapun, apabila Rafie meminta sijil sakit, yang sepatutnya diserahkan kepada peguam plantif, Saadiah gagal berbuat demikian.

Berikutan ini, Hakim Abdul Walid Abu Hassan mengingatkan Saadiah supaya menasihati pelanggannya mematuhi prosedur mahkamah dan memastikan kehadiran Abu Bekir.

Kes tersebut kini ditetapkan pada 11 Mei untuk sebutan bagi mahkamah menetapkan tarikh perbicaraannya.

NONESementara itu, Rafie yang dibantu oleh Akbardin Abdul Kadir memohon supaya prosiding perceraian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi yang sama.

Pada masa ini, permohonan perceraian Shahnaz didengar oleh Mahkamah Rendah Syariah.

Abu Bekir, telah memfailkan permohonan perceraian yang berasingan, juga didengar oleh Mahkamah Rendah Syariah. -mk


Pegawai Kastam Mati Jatuh Bangunan: Alasan SPRM Kurang Meyakinkan Rakyat [updated]

Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM

Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara.

Mangsa dikenali sebagai penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohd, 56, yang dibebaskan dengan diikat jamin dua hari lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau Ahmad datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tadi tanpa sebarang temu janji memintanya datang bertemu dengan pegawai siasatan.

Ahmad telah pun memberikan kenyataan kepada SPRM dan telah dibebaskan pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu lalu.

“Allahyarham ada meminta mahu bertemu dengan pegawai penyiasat tetapi tidak mengatakan sebab,” kata Mustafar.

Mustafar berkata seorang pegawai telah menemaninya ke sebuah bilik dan meminta diri untuk mendapatkan pegawai siasatan kira-kira pukul 10.15 pagi.

Apabila pegawai itu kembali beberapa minit kemudian Ahmad tidak lagi berada di bilik.

Ahmad ditemui dengan kesan darah di gelanggang badminton.


“SPRM telah memaklumkan keluarga Allahyarham dan pengurusan jabatannya.

“Kami juga telah menyerahkan kepada polis untuk tindakan susulan,” kata beliau lagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan awal menunjukkan kecederaan di bahagian kepala. -TMI


Polis: Kematian pegawai disiasat mati mengejut


Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur hari ini, sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.

"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.

Zulkifli berkata satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata punca kejadian itu akan disiasat, namun menurutnya siasatan berhubung kes pegawai kastam disyaki terlibat dengan rasuah perlu diteruskan.

"Punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan... kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini. - Bernama



SPRM tidak belajar kesilapan lama, kata Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 6 April — Majlis Peguam mahu satu siasatan terperinci dilakukan polis bagi menyiasat punca kematian seorang pegawai Kastam, yang dipercayai jatuh dari aras tiga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Pegawai kanan Kastam itu disiasat SPRM di bawah Operasi 3B sejak awal minggu lalu.

Kejadian ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

“Walau apa pun punca kematian yang tragis ini yang kita dengar hari ini, ia terjadi kerana SPRM tidak belajar kesilapan lalu,” kata Naib Presiden Majlis Peguam Christopher Leong (gambar) kepada The Malaysian Insider.

“Siasatan yang terperinci perlu dilakukan, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengelak kes seperti Teoh Beng Hock, siasatan yang tidak terperinci akan menyebabkan satu keputusan terbuka terjadi, mengakibatkan satu suruhanjaya diwujudkan bagi menyiasat perkara ini,” kata Leong yang turut mengetuai pasukan Majlis Peguam dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Polis pada mulanya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, namun satu badan siasatan diwujudkan bagi menyiasat punca kematian Teoh.

Selepas 17 bulan dibicarakan mahkamah menetapkan tiada keputusan dicapai yang mana tidak dapat dipastikan sama ada Teoh membunuh diri atau dibunuh.

Ekoran keputusan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh. -TMI





Ulasan GB

Mustafar berkata seorang pegawai telah menemaninya ke sebuah bilik dan meminta diri untuk mendapatkan pegawai siasatan kira-kira pukul 10.15 pagi.

Apabila pegawai itu kembali beberapa minit kemudian Ahmad tidak lagi berada di bilik.


Benar-benar ia tidak meyakinkan.

Apa-apa pun kita tunggu siasatan polis pula kerana terdapat komentar ini:




TERKINI: Pegawai Kastam Pula Mati Jatuh Dari Bangunan SPRM [updated]

Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM

KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara. -TMI


Customs officer in graft probe falls to death at MACC building

KUALA LUMPUR: A Customs officer under probe for graft involving unpaid taxes is believed to have fallen to his death from the 3rd Floor of the MACC Building in Jalan Cochrane here on Wednesday morning.

The remains of the officer, who had been released on bail two days ago, was found at 10.15am.

It is learnt that the officer had returned to the MACC office on Wednesday to meet the investigation officer.

MACC director of investigations Datuk Mustafar Ali, who confirmed the incident, said the investigation officer had told the Customs officer to wait and went to collect the case file.

"When he came back, he found the Customs officer missing," he added.

MACC is scheduled to hold a press conference on the incident Wednesday afternoon. -thestar



Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM


Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.

Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi. -mk

KP kastam terkejut pegawai kanan jatuh bangunan


Ketua pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf kini berada dalam keadaan terkejut setelah menerima berita berhubung insiden kematian seorang pegawai kanannya pagi ini.

Pegawai kanan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

"Ya, kita sahkan insiden itu berlaku. Datuk Seri dalam keadaan terkejut bila dengar cerita ini," kata pembantu khas Mohamed Khalid, Masrul Amri Kamaruddin.

Masrul Amri juga berkata, ketua pengarah itu dijangka memberi kenyataan kepada media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu pada malam ini.

Mohamed Khalid berada di bandar tersebut untuk mengikuti satu mesyuarat, dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Difahamkan, mangsa insiden itu merupakan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKED) Selangor.

Difahamkan, pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu. -mk



Ulasan GB

Persoalan kini jika pegawai berkenaan dikatakan telah "dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu", (who had been released on bail two days ago) mengapa SPRM tergesa memanggilnya ke pejabat SPRM?

Kedua: Apakah ini menjelaskan juga bahawa bangunan SPRM tidak selamat? atau

SPRM itu Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia?

Sama-sama kita tunggu kenyataan media selanjutnya oleh SPRM.



[Bergambar] Lenggeng: PATI Merusuh, 109 Melarikan Diri

Lenggeng: Seramai 109 pendatang tanpa izin yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng di sini, melarikan diri selepas merusuh dan membakar blok yang mereka duduki, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 9.45 malam itu, seramai 348 pendatang tanpa izin lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun merusuh selepas mendakwa makanan disediakan tidak mencukupi dan mengambil tindakan membakar tingkat atas blok dua tingkat itu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mhd Hassan, berkata dalam kejadian itu, seramai 109 pendatang tanpa izin iaitu 85 warga Myanmar dan selebihnya warga Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Iran bertindak melarikan diri melalui pagar dawai yang hanya 10 meter dari blok berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga jam 8 malam semalam, seramai 35 tahanan berjaya ditemui semula sekitar kawasan ladang kelapa sawit, hutan dan rumah di kampung berhampiran.

“Kejadian berpunca selepas mereka mengadakan rusuhan yang kononnya tidak mendapat makanan cukup dan sedap ketika berada dalam tahanan.

“Selepas itu mereka bertindak membakar blok didiami dan keluar melalui pagar dawai,” katanya pada sidang media di Depot Tahanan Lenggeng, di sini, semalam.

Seramai 925 penghuni ditempatkan di tiga blok depot tahanan itu, melebihi jumlah sepatutnya, iaitu seramai 750 orang. Berikutan itu, sebahagian mereka akan dihantar ke depot lain untuk sementara waktu dalam tempoh terdekat antaranya ke depot di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Abdul Manan berkata, seramai 200 anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama imigresen dan RELA kini sedang giat mengesan baki pendatang tanpa izin yang dipercayai masih berkeliaran sekitar kawasan itu.

“Kita akan menjalankan siasat. Kebanyakan pendatang tanpa izin yang sudah berada di sini dari tiga bulan hingga setahun enggan pulang ke negara asal dan memilih untuk ke negara ketiga yang memerlukan proses lama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Depot, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Mohmed Asri Yusof dalam satu kenyataan berkata, Ketua Setiausaha Dalam Negeri sudah melantik jawatankuasa untuk menjalankan siasatan kejadian rusuhan yang berlaku.

“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Audit Dalam KDN dan ahlinya terdiri daripada Pegawai Kanan Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan RELA," katanya.


SUARAM: KDN perlu siasat punca rusuhan dan tahanan melarikan diri

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menggesa kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan penyiasatan terperinci berhubung punca yang menyebabkan, insiden membakar bangunan dan tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng pada 4 April lalu.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Abdul Manan Mohd. Hassan, punca kejadian adalah disebabkan oleh kesesakan dalam blok di pusat tahanan tersebut, tempoh tahanan yang terlalu lama serta beberapa masalah pengurusan seperti penyediaan makanan kepada tahanan.

SUARAM yakin bahawa terdapat punca-punca lain yang menjadi penyebab kepada insiden rusuhan dan tahanan melarikan diri dari pusat tahanan imigrasi.

Berdasarkan siasatan bersama yang dilakukan oleh SUARAM, TENAGANITA dan Majlis Peguam pada insiden yang berlaku pada 21 April 2008 di depot imigrasi yang sama, penyalahgunaan kuasa dan penggunaan kekerasan oleh pegawai imigresen dan angkatan relawan rakyat (RELA) yang bertugas di pusat tahanan merupakan punca yang menyebabkan rusuhan dan membakar bangunan. Selain daripada itu, kesesakan dalam blok, persekitaran yang kotor dan kelemahan dari aspek pengurusan antara faktor-faktor lain.

Berdasarkan laporan Working Group on Arbitrary Detention yang dikeluarkan Februari lepas bagi sesi lawatannya pada 7-17 Jun 2010 di Malaysia, masalah-masalah yang sama seperti penyalahgunaan kuasa serta penggunaan elemen penganiayaan ke atas tahanan, kesesakan, kekurangan sumber air bersih, persekitaran yang kotor serta tempoh tahanan yang lama masih berlaku dikebanyakan depot tahanan imigresen.

Insiden yang membabitkan 109 tahanan yang membakar bangunan lalu melarikan diri dari Depot Lenggeng ini membuktikan bahawa masalah-masalah tersebut masih belum menemui jalan penyelesaian dan tiada sebarang tindakan proaktif diambil.

Menurut siasatan pihak polis, sebahagian tahanan yang telah melarikan diri juga telah hilang sabar akibat terlalu lama menunggu untuk proses penghantaran ke negara ketiga oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

SUARAM menggesa kerajaan khususnya KDN untuk melakukan penyiasatan secara menyeluruh dan mengambil tindakan bagi menangani masalah-masalah berkaitan pengurusan depot tahanan secara profesional, pencabulan dan penggunaan kekerasan oleh pihak penguasa yang terlibat serta pengurusan aspek hak asasi manusia di kalangan tahanan.

SUARAM juga menggesa Jabatan Imigresen memberikan akses kepada pencari suaka untuk bertemu mana-mana pegawai dari UNHCR untuk pengesahan status pelarian. Kerajaan khususnya KDN juga perlu melepaskan semua tahanan yang telah mendapat pengesahan dan di bawah perhatian UNHCR dalam kadar segera.

SUARAM juga menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk melakukan penyiasatan terbuka dan bebas bagi menyiasat punca insiden rusuhan dan tahanan melarikan diri serta melakukan siasatan berhubung pengurusan di depot-depot tahanan imigresen seluruh negara.

Akhirnya, SUARAM juga mendesak kerajaan meratifikasi Konvensyen 1951 Berkaitan Status Pelarian dan Protokolnya, 1967 bagi mengiktiraf dan mewujudkan kerangka perundangan domestik bagi melindungi pelarian dan pencari suaka di negara ini. -MR

*Kenyataan media oleh Andika Ab. Wahab selaku Koordinator SUARAM.










PRN Sarawak: Rakyat Bersemangat Untuk Tumbangkan BN


Proses penamaan calon DUN Sarawak berjalan lancar pagi ini dengan kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat turun mengiringi calon masing-masing di hampir kesemua 71 kerusi yang dipertandingkan.

DI LAWAS


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengiringi calon N 70 Ba'kelalan yang juga Pengerusi PKR Negeri Baru Bian di Majlis Daerah Lawas.

DI PIASAU


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim mengiringi calon DAP-Pakatan Rakyat, Ling Sie Kiong di Sibu.

DI MIRI


Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua mengiringi calon DAP-Pakatan Rakyat bagi DUN Bawang Assan, Alice Lau Kiong Yieng menyerahkan kertas penamaan calon di Majlis Perbandaran Miri.

DI BINTULU


Naib Presiden PKR, Tian Chua mengiringi calon PKR-Pakatan Rakyat bagi DUN Senadin, Dr Michael Teo Yu Keng.

LAPORAN PENUH MENYUSUL

9 pagi hingga 10 pagi: Tempoh penamaan calon
10 pagi hingga 11 pagi: Tempoh bantahan
11 pagi hingga 12 tengahari: Pengumuman calon yang layak bertanding oleh SPR

Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN.

Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April.

Pilihan raya kali ini menjanjikan perkembangan menarik di sudut BN yang berusaha memperbaiki prestasi mereka berbanding pilihan raya negeri terakhir pada 20 Mei, 2006.

Dalam pilihan raya itu BN kehilangan lapan kerusi – sebahagian besarnya di kawasan majoriti Cina di Kuching dan juga di kerusi majoriti Dayak di Engkilili dan Ngemeh.

Sementara itu, Pakatan Rakyat yang berbekalkan pengalaman mentadbir beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pula menawarkan kerajaan alternatif kepada pengundi.

Pertembungan di antara pelbagai parti dijangka akan berlaku khususnya di kawasan majoriti bumiputera, termasuk di antara Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS).

Fokus kali ini tertumpu kepada beberapa 'heavyweight' tempatan yang bertanding sebagai calon bebas, termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jaffarudin yang akan menentang ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di DUN Balingian.

Penyandang kerusi Padungan, Dominique Ng juga meraih perhatian di Batu Lintang.

Beliau mungkin akan bertanding sebagai calon bebas atau terus menentang PKR yang baru ditinggalkannya.

Beberapa kerusi panas juga dikesan di kawasan yang terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri ke atas tanah adat Orang Asal Sarawak, pembukaan kawasan hutan dan pembinaan empangan hidroelektrik.

Di kawasan luar bandar ini, BN dijangka akan memainkan isu 'undi BN untuk pembangunan' bagi menyekat kemaraan pembangkang yang akan membawa isu-isu nasional dan seruan untuk memilih pemimpin baru.

LAPORAN LANGSUNG

8.45am: Balingian- Kira-kira 300 penyokong PBB berkumpul di sebuah masjid, 11 kilometer dari pusat penamaan calon. Kerusi di Mukah ini dijangka menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah mencabar KM, Taib Mahmud. Turut menjadi tumpuan adalah calon bebas, Salleh Jafaruddin, yang mahu menumbangkan sepupunya Taib.

Salleh tiba di pusat penamaan calon bersama isterinya dan lima penyokong pada jam 7.20 pagi.

8.47am: Satok - Kira-kira 250 penyokong BN berkumpul lebih kurang 2.5km dari pusat penamaann calon di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang.

Mereka datang bagi meluahkan sokongan kepada timbalan presiden PBB yang dilihat juga sebagai bakai ketua menteru, Datuk Abang Johari Openg, yang akan mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan.

PKR pula menurunkan seorang peguam syarie Ahmad Nazib Johari sebagai calon Pakatan.

8.50am: Batu Kawah - Suasana seakan pesta di Kota Padawan di mana penamaan calon akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Padawan.

Kira-kira 200 penyokong BN mengiringi calon mereka Tan Joo Phoi dari pusat operasi mereka di pekan kecil yang dihuni majoritinya masyarakat Cina. Ia terletak kira-kira 20km dari selatan Kuching.

Penyokong DAP pula hanya berjumlah 50 orang seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menemani calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon.

"Saya rasa yakin, Begitu juga ibu bapa saya, Mereka datang dari Sibu untuk menyokong saya,” kata Chiew.

Chew adalah jurutera kimia dan sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu ADUN Pending, Violet Yong.

8.55am: Beting Maro - PAS, yang bertanding di lima kerusi dikatakan mempunyai peluang terbaikn di sini. Mewakili parti Islam itu ialah peguam Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden.

Sementara itu, BN menurunkan seorang pendatang baru, Razaili Gapor. Keputusan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan akar umbi yang kecewa bahawa penyandangnya Bolhassan Ahmad digugurkan.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS tewas tipis dengan 895 undi di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu /Melanau. Kerusi ini mempunyai 4,742 pengundi.

9.05am: Padungan - Kira-kira 200 penyokong DAP dan PKR berada di luar bangunan Majlis Perbandaran Kuching Selatan - tempat penamaan calon bagi tiga kersi Padungan, Pending and Batu Lintang. Ketiga-tiga kerusi di Kuching ini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Tidak seperti di Semenajung Malaysia, suasana penyokong agak terkawal - tiada jerit menjerit mengenai slogan parti.

Jumlah penyokong BN yang tiba di pusat penamaan calon jauh lebih besar daripada penyokong Pakatan. Dianggarakan tidak kurang 1,000 yang datang sambil mengibarkan bendera BN.

9.14am: Layar - Calon PKR Stanny Embat, tiba dengan 100 penyokong yang berarak dari pekan Betong ke pejabat daerah yang dijadikan pusat penamaan calon di Layar. Ia sebuah kerusi di pinggir bandar yang majoriti pengundi adalah masyarakat Iban. Kerusi ini telah dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu untuk selama tujuh penggal.

Penyokong PKR pula diketuai oleh timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Othman. Mereka membawa sepanduk dan bendera parti sambil melaungkan"Reformasi!" dan "Tumbang Jabu!".

Calon Snap Joe Unggang, diiringi kira-kira 50 penyokong yang berkemeja T kuning, warna rasmi parti itu.

9.15am: Balingian -Ketua Menteri Taib, 74, tiba selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN).

Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak sebelum itu berarak sejauh kira-kira dua kilometer bersama penyokong yang membawa bendera BN dari Masjid Setia Raja ke pusat penamaan calon sebelum menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Nawawi, yang juga Pegawai Daerah Mukah.

Sebelum itu, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin, 65, menyerahkan borang pencalonan sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi.

Salleh, diiringi isterinya, Datin Sharifah Hajijah Syed Jamil dan seorang lagi bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Bujang Ulis, serta dua orang penyokong.

9.20am: Layar - Timbalan Ketua Menteri, Jabu tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kira-kira 300 penyokong yang mengibarkan bendera BN dan PBB.

Mereka melaungkan "1Malaysia", "1Sarawak" dan "1BN".

Selain Stanny (PKR), Joe (Snap) dan Jabu (BN), terdapat seorang lagi calon Bebas, Tedewin Ngumbang, yang kelihatan di pusat penamaan calon. Keempat-empat mereka dilihat memfailkan borang pencalonan masing-masing.

9.25am: Padungan - Penyandang kerusi Padungan Dominique Ng tiba di pusat penamaan calon bagi kawasan Padungan, Pendingdan Batu Lintang.

Adalah dipercayai beliau akan mempertahankan kerusinya itu dan dijangka berdepan dengan calon DAP Wong King Wei.

Semalam, ketika mengumumkan dirinya keluar PKR, beliau berkata akan bertanding di Padungan ataupun di Batu Lintang.

9.26am: Batu Kawah - Penyandang Tan Joo Phoi, seorang anak tempatan mampu akan dapat mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh gadis kelahiran Sibu, Christina Chiew dari DAP.

"Mereka masih baru di kawasan ini dan belum melakukan apa-apa pun tetapi kita mesti kerja keras (dalam kempen),” katanya ketika mengemukakan borang pencalonannya.

10.01am: Satok - Pegawai pengurus pilihan raya Onn Abdullah mengumumkan tamatnya tempoh penamaan calon dan bermulanya tempoh bantahan yang akan berakhir pada jam 11 pagi ini.

Hanya Abang Johari (PBB), 61 dan Ahmad Nazib (PKR), 35, yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

10.03am: Penamaan calon ditutup jam 10 pagi, dan tempoh bantahan sehingga 11 pagi

Mukah - DUN Balingian menyaksikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berdepan dengan calon PKR, Suriati Abdullah dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin PKR.

Batu Kawah - Pertandingan satu lawan satu antara Tan Joo Phoi dari SUPP dan Christina Chiew dari DAP.

Bawang Assan - Hanya Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) dan Alice Lau (DAP) menyerahkan kertas pencalonan.

Tupong - Datuk Daud Abdul Rahman (BN) dan Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR) serah borang pencalonan.

Bukit Sari - Hanya penyandang Awang Tengah Ali Hassan (BN) dan calon PKR Japar Suyut serah borang pencalonan.

Kota Sentosa - Borang pencalonan calon Bebas Tay Wei Wei ditolak kerana pencadangkanya bukan pengundi berdaftar di DUN tersebut.

10.20am: Jepak - Pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh di twitter menulis: Sebanyak enam calon mengemukakan borang. Mereka adalah dari PKR, PBB, Snap, PCM, Parti Ekonomi Rakyat dan seorang calon Bebas.

10.35am: Padungan - Dominique Ng, disahkan akan mempertahankan kerusi Padungan sebagai calon Bebas.

Ia adalah pertandingan tiga penjuru - pencabarnya adalah Sim Kiang Chiok (SUPP) dan Wong King Wei (DAP).

Batu Lintang juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Soo Lina bertanding sebagai calon Bebas bagi bertarung denagn See Chee How (PKR) dan Sih Hua Tong (SUPP).

Adalah difahamkan bahawa Soo adalah bekas anggota PKR dan penyokong kuat Ng.

Padungan dan Batu Lintang adalah kawasan majoriti Cina di bandaraya Kuching dan kedua-dua kerusi itu adalah kubu kuat Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun pertukaran kerusi antara DAP dan PKR dikatakan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua parti dan ini mungkin memecahkan undi pembangkang.

Pending, bagaimanapun akan menyaksikan pertandingan terus antara penyandangnya Violet Yong (DAP) dan Sim Kui Hian (SUPP).

10.36am: Belaga - ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai dalam tweet menulis: Pertandingan enam penjuru di Belaga! Kerusi ini terletak di pedalaman Sarawak. Pada pilihan raya lalu, calon BN Liwan Lagang (PRS) menang dengan majoriti 227 undi.

10.37am: Bengoh - MP PKR Selayang William Leong menulis di tweeter: “Bengoh pertandingan empat penjuru antara Willie Mongin (PKR), Jerip Susil (BN), Richard Peter (Snap), Wejok Tomik (Independent).”

Bengoh, yang kira-kira sejam dari Kuching, adalah kerusi majoriti Bidayuh. Pada 2006, Jerip Susil mengalahkan calon Snap Mangan Ngandok.

Antara isu di kawasan ini adalah bantahan penduduk berhubung pembinaan Empangan Bengoh bernilai RM315 juta dan juga pengambilan tanah hak adat kaum pribumi.

10.40am: Batu Kawah - Hadir di Kota Padawan adalah Timbalan Menteri Kerjaraya Yong Khoon Seng.

Yong, naib presiden SUPP adalah juga ahli parlimen bagi kawasan itu (Stampin). Beliau berbual dengan pekerja parti sebelum menyapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Yong kemudian mempelawa Lim untuk menikmati kolo mee Sarawak yang terkenal itu. Juga hadir samna adalah bADUN Batu Lintang Voon Li Shan.

10.56am: Beting Maro - Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata PAS berharap dapat memiliki kerusi pertamanya di Sarawak kali ini. Parti itu telah menyertai pilihan raya negeri sejak 2003 yang lalu.

Beliau diiringi calon parti itu Abang Awang Kerdee Abang Masagus. Menurut Salahuddin, terdapat angin perubahaan yang kini bertiup di bumi kenyalang itu.

“Sebelum ini PAS masih baru. Sekarang kita lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan,” katanya.

Selain Beting Maro, PAS juga bertanding di Sadong Jaya dan Sebuyau - semuanya kerusi majoriti Melayu.

11.30am: Piasau - Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan yang juga timbalan ketua menteri Sarawak akan dicabar oleh Ling Sie Kong daripada DAP.

-jalanpulang/malaysiakini

Wujud Bayang Ketiga, Bukti Video Itu Lakonan

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, terdapat bayang ketiga dalam rakaman video fitnah yang disebar di laman You Tube dan internet, yang menunjukkan video berkenaan sengaja dirakam.

Menurutnya, salah seorang daripada trio Dato T, Shazryl Eskay Abdullah, yang menayang video itu kepada beberapa wartawan dan beliau sebelum ini, mendakwa video itu dirakam dalam keadaan gelap menggunakan kamera infrared.

Terdapat tiga bayang yang jelas dalam video berkenaan yang menunjukkan ada cahaya dari arah kamera itu. Ini membuktikan video itu sengaja dirakam dan diketahui individu dalam video berkenaan,” ujarnya ketika ditemui Keadilandaily hari ini.

Johari juga mengulangi bahawa bentuk tubuh badan Anwar sangat berbeza dengan lelaki di dalam video itu seperti perutnya yang lebih buncit dan dadanya (bahagian tetek) yang menggelendur atau berisi.

“Bahagian tetek (dada) Anwar flat, rata. Tidak berisi seperti itu,” ujarnya.

Sementara itu, blogger eyesdot.com mengemukakan beberapa bukti bahawa video itu sengaja dirakam dengan menimbulkan beberapa persoalan termasuk kedudukan meja solek dalam rakaman berkenaan.

“Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari televisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv?

“Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil,” ujarnya.

Menurutnya, pada saat ke 0.29 hingga 0.32 rakaman video itu, lelaki kedua yang berpakaian penuh dilihat memegang dua alat kawalan jauh.

“Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan ‘record’,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan tulisan berbahasa Thailand yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa bermaksud nama sebuah jalan di Bangkok, Thailand.

“Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand
.

“Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran.

“Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambi Chik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat?,” tulisnya. -KD

Sebar Bahan Lucah Sah Di sisi Undang-undang?

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube dan foto akhbar tempatan.

“Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris (gambar).

Katanya, penyiaran itu bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di samping itu, tambahnya Abim juga menilai penyiaran video itu akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini.

“Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi precedent bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara,” katanya.

Menurutnya, perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catatan sejarah politik Malaysia.

“Ini sekaligus membangkitkan persoalan kepada kita apakah norma-norma sedemikian ingin kita tonjolkan dan hidangkan kepada generasi muda dan masyarakat dalam dan luar negara sebagai satu keperluan kepada usaha pembangunan negara ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, secara prinsipnya Abim sangat kecewa terhadap penyebaran ini kerana menambahkan satu lagi episod duka dan hitam dalam sejarah negara ini.

“Sedang masyarakat berbicara dan berbahas usaha membenteras gejala sosial di dalam masyarakat, pada masa yang sama kita membuka ruang kepada percambahan perbincangan perkara tak bermoral dari sudut penyebarannya,” ujarnya.

Abim juga, kata beliau ingin meneegaskan kepentingan nilai, prinsip dan etika kewartawanan dan penyiaran yang harus dijunjung di kalangan pengamal media kerana mereka memikul tanggungjawab sosial yang sangat berat.

Tambahnya, keutuhan prinsip Rukun negara bagi menjaga "Kesopanan dan kesusilaan" perlu diterjemah di dalam tindakan segenap masyarakat malah ia berkait juga dengan "Kedaulatan undang-undang" sebagai elemen pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, Abim menggesa PDRM supaya mempercepatkan proses siasatan mengenai penyebaran video seks tersebut, di samping mengenal pasti individu yang terlibat untuk dibicarakan menerusi pengadilan yang telah ditetapkan dengan segera.

Beliau menambah, Abim ingin menegaskan menolak sebarang provokasi untuk mengaibkan peribadi seseorang memandangkan perbuatan tersebut adalah haram dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.

Justeru, katanya perbuatan tersebut iaitu provokasi terhadap peribadi seseorang seharusnya tidak boleh dijadikan alat bagi mencapai sesebuah tujuan dan memenuhi kepentingan tertentu.

“Dalam kesempatan ini, Abim ingin menyeru umat Islam supaya agar menjauhi perbuatan mengaibkan peribadi seseorang di samping meningkatkan doa dan menunaikan solat hajat untuk memohon kesejateraan serta perlindungan dari sebarang malapetaka dan bencana untuk umat Islam serta seluruh pelusuk masyarakat di negara ini,” katanya. -HD


petikan Malaysiakini 22/03/11


Game Over: Konspirator & UMNO Bernafas Dalam Lumpur Akibat Klip Video Youtube

Youtube tonjol "Kelemahan" video aibkan Anwar

Satu Malaysia kecoh …kerana sebuah klip video kurang dua minit. Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau “tidak peduli’ kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau.

Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik – sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian.

Walau bagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang video dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk “T” itu buat kali pertama dengan “barang kes itu sendiri.”

Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas?

Jawapan adalah kerana Kamera “night vision” digunakan.

Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding bilik.

Jadi kenapa kamera night vision digunakan – jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar.

Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku.

Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding.

Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan.

Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya.

Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya).

1. Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera “night vision” dipasang.

- Mungkin pihak “sebelah sana” akan mendakwa “remote contol” itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan “remote control” itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan.

- Fakta KEDUA-DUA pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat “remote control” dan mengajukannya PADA ARAH SAMA sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video TAHU malah mendalangi rakaman itu.

- Satu kelemahan kamera “night vision” adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau “soft”. Namun ia tidak dapat menyembunyi atau melunturkan imej susuk tubuh pelaku. Oleh kerana itu perut buncit dan “tetek labuh” pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu.

Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas – video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar.

Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube?

Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba di tanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat.

Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama – tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur Cina.

Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan “kuasa” kamera dengan penataan cahaya lampu’ untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak.

Dan, biarlah siasatan itu telus setelus-telusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir. - Wira Arjuna


Video Lucah : SAKSIKAN dan BEZAKAN..
(Kenapa Janggut Anwar cepat tumbuh?)


Saksikan dan bezakan antara dua Video clip dibawah.. satu video clip yang menunjukkan kononnya aksi Anwar dengan China Doll yang telah dirakamkan pada 21 Feb 2011 menurut Datuk Eskay salah seorang dari "Three Stooges" itu..

Dan satu lagi pula adalah video clip dari TV Selangor yang merakamkan Anwar Ibrahim di Mahkamah tinggi pada 22 Feb 2011 iaitu sehari selepas video lucah yang dibintangi oleh Anwar kononnya menurut "Three Stooges"..

Bezakan dengan hati yang terbuka.. bukan dengan dendam yang membara..

Adakah benar pelakon Video Lucah itu Anwar atau ianya adalah fitnah golongan haram jadah..

Kita permudahkan segalanya..
21 Feb 2011.. Anwar tak ada janggut.. tapi
22 Feb 2011.. janggut Anwar sudah panjang..
atau adakah Anwar menggunakan janggut palsu?? Kalau bukan janggut palsu ubat pelebat janggut jenis apakah yang Anwar pakai?? Sehinggakan boleh tumbuh begitu lebat hanya dalam sehari? -darisungaiderhaka