Selangor tekad lindungi kakitangannya
SHAH ALAM: Kerajaan negeri amat kesal dengan berita kematian seorang lagi saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang amat mencurigakan.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, “kejadian ini amat mengejutkan bahawa tragedi ini boleh berulang lagi.
“Nampaknya SPRM tidak belajar langsung dari kes Teoh Beng Hock dan masih tidak bertanggungjawab atas keselamatan saksi dan tahanan mereka.
Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd, 56, dilaporkan dijumpai meninggal dunia dipercayai akibat jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane, pagi ini.
Ujar Khalid, “kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.
“Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok berkata, insiden ini juga menguatkan hasrat kerajaan negeri untuk melindungi setiap pegawai kerajaan negeri.
“Kami akan merayu sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam.
Beliau berkata, arahan ini adalah amat wajar memandangkan dua kes kematian ini, dan kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi.
“Kami harap kes ini adalah kes terakhir dan akan terus berusaha melindungi dan menjaga kepentingan semua rakyat Selangor dan Malaysia,” katanya. -FMT
Ulasan GB
Rakyat berkata:
Apa lagi yang akan disembunyikan kali ini? Apa lagi cover up yang hendak dilakukan kali ini?
Apa lagi hipotesis gila seperti "terjun", "bunuh diri", dan seumpamanya yang akan dicipta oleh SPRM dengan menteri-menteri gila di atas kematian ini?
Apa lagi helah peguam SPRM hendak pertahankan pegawai-pegawai SPRM?
Siapa lagi yang akan terbunuh selepas ini?
Rakyat akan beremosional apabila ia sudah sampai ke tahap begini. Melibatkan kematian yang dasyat. Kesan darah ditemui. Walaupun polis pada peringkat ini mengklasifikaikan ia sebagai "kematian mengejut", namun rakyat lebih terkejut kerana mana mungkin kes bunuh diri berlaku lagi selepas tragedi Teoh Beng Hock?
Buka kembali CCTV. Pastikan kali ini tidak ada alasan untuk tidak dapat membaca CCTV kerana tidak mungkin rakaman penuh tidak dilakukan setelah berlakunya peristiwa Teoh Beng Hock.

Wan Azizah: SPRM perlu dibersihkan
KUCHING, 6 April – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut Putrajaya agar “membersihkan kotoran” dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sambil menyatakan rasa tidak puas hati ekoran satu lagi kes kematian di premis agensi itu.
Presiden PKR (gambar) itu berkata insiden terbaru hari ini amat memalukan SPRM selepas kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock dua tahun lalu.
“Ini satu tragedi yang mengejutkan dan apa yang lebih teruk ia berlaku ketika siasatan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh (RCI) sudah berada di pertengahan,” katanya pada sidang media di Satok di sini.
Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas kematian seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang dipercayai jatuh dari aras tiga pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
Kejadian ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian Teoh ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.
Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
“Kami melihat ia satu perkara serius... ia akan memberi impak kepada institusi kerajaan dalam negara.
“Apa yang akan terjadi kepada institusi SPRM apabila ketika dipertengahan siasatan mereka sekali lagi berdepan insiden sama. Dan, kemudian bagaimana dengan tindakan pegawai SPRM yang memuat turun video porno ketika melakukan siasatan,” kata Dr Wan Azizah.
Beliau juga menyifatkan insiden itu sebagai “jahat”, sambil menambah ia akan menghakiskan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap agensi kerajaan itu.
“Institusi sepatutnya menjaga kita. Saya tidak rasa ini adalah perkara kecil... kita perlu lakukan sesuatu.
“SPRM perlu mengambil tindakan. Kerajaan perlu membersihkan segala kekotoran ini,” katanya.
Dr Wan Azizah juga mendakwa sikap tidak peka ketika menjalankan siasatan amat ketara dan ia sudah menjadi budaya pegawai kerajaan.
“Jika anda orang besar, anda tidak perlu risau. Tapi jika anda orang kecil mereka akan mencari anda.
“Jika anda menyampaikan ceramah dan tidak mempunyai permit, anda akan ditahan.
“Tapi jika anda dilindungi dan anda menayangkan video pornografi, anda akan dilepaskan,” katanya dengan merujuk kepada pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang pelacur China. -TMI
DAP gesa Putrajaya adakan suruhanjaya diraja kedua siasat SPRM
KUALA LUMPUR, 6 April – DAP menggesa kerajaan mengadakan satu lagi suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden terbaru – kematian membabitkan kakitangan Kastam pagi tadi – di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, SPRM juga perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia benar-benar relevan dalam menjalankan fungsinya mencegah rasuah.
“DAP menyeru agar satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian Ahmad (Sarbani Mohamed).
“Suruhanjaya ini akan menentukan punca kematian, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melaksanakan langkah perlindungan bagi memastikan suspek yang dipanggil tidak akan cedera ataupun mati ketika dalam tahanan SPRM,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang ini menambah rakyat Malaysia tidak mempercayai kata-kata beberapa pemimpin BN bahawa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri selepas ditemui mati di Plaza Masalam dua tahun lalu.
“Malahan mereka percaya bahawa Teoh dibunuh. Persoalannya terletak kepada kerajaan, sejauh manakah kerajaan serius dalam mencari siapa yang bertanggungjawab dan seterusnya mengambil tindakan.
“Kematian tragis Ahmad akan menimbulkan kecurigaan yang lebih mendalam dan seterusnya menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap kaedah operasi dan cara penyiasatan SPRM,” kata beliau lagi sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad, penolong pengarah Kastam Selangor.
Allahyarham Ahmad ditemui mati di kawasan gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Conchrane di sini pagi tadi.
Dua tingkap bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak ditutup rapat.
“DAP melahirkan rasa marah atas kejadian seumpama ini sedangkan trajedi kematian Teoh Beng Hock masih belum dapat diselesaikan. Adakah SPRM masih belum bangun dan mendapat pengajaran?” kata beliau lagi.
Ahmad merupakan salah seorang individu yang ditahan pada 1 April lalu dalam satu operasi besar-besaran - Operasi 3B - yang membabitkan cukai tidak dibayar dan dibebaskan dengan ikat jamin keesokan harinya.
Kata Lim, kematian Allahyarham Ahmad dan beberapa rantaian peristiwa yang menyebabkan kematian mengingatkan kembali kematian tragis Teoh di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM, Selangor.
“Walaupun SPRM telah berjanji bahawa kes seperti itu tidak akan berulang selepas kematian Teoh Beng Hock dan tempoh jawatan pengarah yang lepas tidak disambung, namun kematian Ahmad pagi tadi menunjukkan bahawa SPRM tidak pernah belajar daripada kematian tragis Teoh,” katanya.
Malah kata Lim, SPRM perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia masih relevan untuk melaksanakan tugas antirasuahnya secara efektif, efisen, tidak berat sebelah dan profesional tanpa ada sebarang kecederaan ataupun kematian terhadap suspek.
“SPRM tanpa kredibiliti menunjukkan kerajaan BN tidak serius untuk memerangi rasuah.
“Untuk merombak semula, DAP mendesak kerajaan persekutuan untuk menubuhkan badan siasatan bebas oleh Transparency International bagi mengkaji semula operasi dan kaedah SPRM,” katanya lagi.
Ulasan GB
Rakyat berkata:
Apa lagi yang akan disembunyikan kali ini? Apa lagi cover up yang hendak dilakukan kali ini?
Apa lagi hipotesis gila seperti "terjun", "bunuh diri", dan seumpamanya yang akan dicipta oleh SPRM dengan menteri-menteri gila di atas kematian ini?
Apa lagi helah peguam SPRM hendak pertahankan pegawai-pegawai SPRM?
Siapa lagi yang akan terbunuh selepas ini?
Rakyat akan beremosional apabila ia sudah sampai ke tahap begini. Melibatkan kematian yang dasyat. Kesan darah ditemui. Walaupun polis pada peringkat ini mengklasifikaikan ia sebagai "kematian mengejut", namun rakyat lebih terkejut kerana mana mungkin kes bunuh diri berlaku lagi selepas tragedi Teoh Beng Hock?
Buka kembali CCTV. Pastikan kali ini tidak ada alasan untuk tidak dapat membaca CCTV kerana tidak mungkin rakaman penuh tidak dilakukan setelah berlakunya peristiwa Teoh Beng Hock.
Saya cadangkan pejabat SPRM diadakan di dalam khemah di satu kawasan padang. Jangan bagi depa duduk bangunan mewah bertingkat2 lagi. ada harapan yang orang kena siasat akan mati lagi.
BalasPadamhai...lepas ni kalu dok dlm khemah ada la pulak yg mati...nanti dia kata minum racun la plak...sedih2..
BalasPadamSetuju dgn anon di atas, pejbat SPRM paling tinggi pun 2 tingkat aje. Sewa aje kat kedai dua tingkat. Kalau jatuh cuma cedera ringgan je.
BalasPadamdah 2 kes dah, something not right here.
tak marah cm nk tau kbnrn jee
BalasPadamMungkin ada sesuatu yang tak kena, tapi tak boleh nak salahkan SPRM.
BalasPadamYang mati tu adalah saksi, yang ruginya pihak SPRM juga. Dan cuba fikir siapa yang beruntung dalam kes ini dan yang lepas tu.
Saya rasa eloklah dipasang grill keselamatan pada setiap bangunan SPRM, dan semua saksi yang dipanggil atau yang datang dengan rela hati diawasi sekurang-kurangnya 2 orang pegawai sehinggalah mereka meninggalkan bangunan tersebut.
kpd pemimpin pembangkang..
BalasPadamkami dah beralih arah sbg tanda protes kezaliman kerajaan yg pentingkan duti drp nyawa pegawai yg dah menghambakan lebih separuh hidupnya kpd kerajaan, penipuan media yg menyerupai yahudi, tiada pembelaan langung dr mana2 dr pihak kerajaan dll. Utk makluman, tiada ODS yg akan dibiarkan seorang diri (khuatir mengakses data, mencuri dsbnya) di mana2 pej. sprm, sepanjang masa akan diiring hatta ke tandas sekalipun, tanyalah siapa2 pun yg pernah ke sana wlaupun sbg pemberi maklumat. Baju arwah pakai pun koyak, kalau dia terjun or terjatuh, nape baju dia koyak??
tlglah kami wahai pemimpin2 pembangkang, kami kakitangan awam sgt memerlukan anda...
kami dah beralih arah sbg tanda protes kezaliman kerajaan yg pentingkan duti drp nyawa pegawai yg dah menghambakan lebih separuh hidupnya kpd kerajaan, penipuan media yg menyerupai yahudi, tiada pembelaan langung dr mana2 dr pihak kerajaan dll. Utk makluman, tiada ODS yg akan dibiarkan seorang diri (khuatir mengakses data, mencuri dsbnya) di mana2 pej. sprm, sepanjang masa akan diiring hatta ke tandas sekalipun, tanyalah siapa2 pun yg pernah ke sana wlaupun sbg pemberi maklumat. Baju arwah pakai pun koyak, kalau dia terjun or terjatuh, nape baju dia koyak??
BalasPadamtlglah kami wahai pemimpin2 pembangkang, kami kakitangan awam sgt memerlukan anda...
April 7, 2011 11:35 AM
AYUH KITA SESAMA RAKYAT SALING TOLONG MENOLONG
Caranya.
1. Lakukan perubahan dalam PRU13 nnti.. guna tangan kita sendiri untuk tolong diri kita semua
2. Memertabatkan pemimpin yang berkorban utk rakyat bukannya pemimpin yang Mengorbankan rakyat..
PILIHAN DI TANGAN KITA... AYUH KITA BERSAMA ANGKAT PIMPINAN PR DLM PRU13 NNTI.