5 Feb 2011

Hanya Penyokong UMNO Berhak Didahulukan?

Encik datang dari Umno bahagian mana?

SELAYANG, 5 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) merasa kecewa kerana selain pelajar sakit dan bekeluarga, pelajar pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.

Timbalan ketuanya, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib berkata, pihaknya mendapat maklumat dari pelajar Malaysia masih lagi berada di Mesir, bahawa terdapat pelajar lain dikemudiankan.

Menurutnya, hal ini mengecewakan kerana bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.

“Pihak kami menggesa supaya kerajaan menafikan hal ini dengan dibuktikan dalam bentuk tindakan, bukan omongan janji kosong semata. Maklumat menyatakan pelajar perlu menampung sendiri kos tambang balik ke Malaysia dari Jeddah atau pulang semula ke Mesir sekiranya keadaan pulih, juga menyebabkan ramai pelajar di Mesir tidak mahu berganjak dari kediaman mereka di Mesir.

“Ini disebabkan keadaan ekonomi pelajar dan keluarga mereka yang tidak mengizinkan menyebabkan proses memindahkan pelajar Mesir ke Jeddah menjadi bertambah sukar,” katanya dalam kenyataan kepada Media.

Menurut Ahmad Zaidy, untuk itu DPPNS mendesak supaya kerajaan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia. Katanya, ini berikutan jika dibandingkan kos sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini begitu juta dengan perayaan-perayaan lain dilaporkan menelan jutaan ringgit, kos membawa pulang pelajar dikatakan hanya kurang daripada itu.

“Kami juga mendapat maklumat ada ibu bapa pelajar datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir membuat aduan mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, 'Encik datang dari UMNO Bahagian mana?'.

“Hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat mengenai nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar saat-saat sebegini,” katanya.

Menurutnya lagi, sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga didakwa diugut diambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran, sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa di Wisma Putera pada Rabu (2 Feb 2011) lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Tegas Ahmad Zaidy, DPPNS berharap agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan menyarankan semua orang Islam di negara ini berdoa supaya semua selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan baik.

“Kepada ibu bapa ingin membuat semakan dan mengetahui perkembangan lanjut berkaitan pelajar di Mesir khususnya berasal dari Selangor, boleh berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam. “Talian 24 jam turut dibuka iaitu di 03-55143520/ 3534/ 3538/ 3539/ 3576,” katanya. -harakahdaily

Ulasan GB

Kenyataan di atas sekaligus menjawab tohmahan blogger-blogger dan ahli-ahli UMNO yang meminta suapaya pelajar-pelajar Mesir itu dibiarkan sahaja kerana mereka menyokong PAS.

Sedangkan "bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.

Ya, "hasil wang rakyat". Jika enggan menolong pelajar PAS, tidak mengapa, Allah pasti akan menolong juga, tetapi kerajaan BN jangan paksa ahli-ahli dan penyokong PR membayar cukai. Cukai dari kami kamu ambil, tapi kewajipan kepada rakyat anda lakukan secara berpilih, hanya untuk UMNO.

Guan Eng: Umno Mainkan Isu Rasis Untuk Tutup Rasuah & Korupsi

Risalah Balik Pulau: Umno dan Putrajaya ludah ke langit, kata Guan Eng

KUALA LUMPUR, 5 Feb — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata sekiranya risalah “My Balik Pulau” dianggap sebagai bahan yang lupa sejarah dan menghina Melayu, maka pihak yang bertanggungjawab kepada soal itu adalah “Umno dan kerajaan persekutuan sendiri.”

Oleh itu tegas Lim, Adun Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad yang meludah ke langit dan perlu menarik balik dan meminta maaf secara terbuka atas sikap perkauman antibukan Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang mempersalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

“Adun Umno ini telah menggembar-gemburkan risalah My Balik Pulau dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia, yang membuat laporan besar bertajuk “lupa sejarah, hina Melayu”,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Adun Umno telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat bertanggungjawab atas isi kandungan yang kononnya “lupa sejarah, hina Melayu” kerana mengeluarkan risalah “My Balik Pulau”.

“Sebenarnya Adun Umno ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah My Balik Pulau, bukanlah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetapi adalah Umno dan Kerajaan Perseketuan.

“Sekiranya betul My Balik Pulau lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri,” katanya.

Dalam kenyataannya dibawa Utusan Malaysia awal minggu ini, Muhammad Farid berkata, meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.

Wakil rakyat itu mendakawa beliau kesal kerana kandungan risalah tersebut seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu.

Selain itu, terdapat kandungan dan ilustrasi di dalamnya yang menghina orang Melayu.

Ia juga disokong Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain yang berkata pengedaran risalah itu berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum.

Abdul Said berkata, perbuatan tersebut seperti cuba menaikkan sentimen masyarakat Cina bahawa nenek moyang mereka yang mula-mula meneroka Balik Pulau, bukannya orang Melayu.

Menurutnya, sejarah sendiri telah menyatakan bahawa orang Melayu merupakan peneroka di situ dan fakta tersebut seharusnya tidak diubah.

Justeru kata Lim, apa yang keterlaluan ialah Adun Pulau Betong dan Utusan Malaysia telah membuat laporan berturut-turut mengecam kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mengeluarkan bahan lupa sejarah, hina Melayu bila Umno dan kerajaan persekutuanlah yang sepatutnya bertanggungjawab.

Malah tegas Lim, pada risalah “My Balik Pulau” pun ada dicetak nama penyumbang yang terdiri daripada Kementerian Pelancongan, kerajaan perseketuan dan pemimpin Umno Balik Pulau termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri. “Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat kerana terus pinggirkan orang Melayu.

“Dalam keghairahan membuat serangan hentam keromo ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan,” katanya.

Lim menambah, sungguhpun yang “bersalah” adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi terus dijalankan ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang seolah-olah telah dijadikan tidak ubah seperti kambing hitam Umno.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno “yang jahat seribu jahat ini.”

Oleh itu, beliau mendesak Adun Umno Pulau Betong menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat atas fitnah jahat mereka.

“Sekiranya beliau gagal pada minggu depan, maka tindakan tegas akan diambil.

“Selain daripada mendedahkan muka rasis sebenarnya beliau kepada pengundi bukan Melayu di Balik Pulau bahawa beliau benci dan tidak perlukan undi bukan Melayu tindakan lain termasuk tindakan perundangan akan diambil,” katanya.

Lim juga berkata kemungkinan juga perkara itu akan dibangkitkan ketika mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang atas “permainan perkauman Adun Pulau Betong yang mahu melihat ketegangan kaum wujud dan harmoni baik di kalangan rakyat Pulau Pinang retak sama sekali.”

“Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan habis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah (kepimpinan) Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak kepada UDA,” katanya lagi. -TMI


Risalah 'hina Melayu': Lim mahu ADUN minta maaf

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu.

"ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi.

Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar harian tersebut pada Khamis lalu yang menyebut risalah berkenaan "mengandungi fakta sejarah tidak tepat" dan "disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum."

Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu."

ADUN berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu."

Dalam laporan sama, Muhammad Farid turut mendakwa, bahan dalam risalah berkenaan turut "menghina orang Melayu."

Sehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, Muhammad Farid bertindak "meludah ke langit" dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai satu "pembohongan dan fitnah" itu.

"ADUN Umno ini telah menggembar-gemburkan risalah 'My Balik Pulau' dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk 'Lupa sejarah, hina Melayu'.

"ADUN Umno ini telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bertanggungjawab atas isi kandungan (risalah ini).

"Sebenarnya ADUN UMNO ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah 'My Balik Pulau' bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari Umno dan kerajaan persekutuan.

Lim turut mendakwa, risalah berkenaan turut mencatatkan nama penyumbangnya iaitu kementerian pelancongan serta pemimpin Umno Balik Pulau "termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri."

"Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri (Pulau Pinang) kerana terus pinggirkan orang Melayu," katanya lagi.-mk



Wanita Masih Cam Polis Yang Didakwa Menampar Dan Merompaknya

Wanita cam polis didakwa tampar, rompak dirinya

Seorang pemilik kedai yang mendakwa ditampar dan dirompak oleh anggota polis berpakaian preman minggu lalu hari ini mengecam lima orang anggota pasukan itu yang didakwa melakukan perbuatan itu ke atasnya.

Chow Soo Meng, 36, mengenalpasti anggota polis lelaki itu dalam satu kawad cam di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya pagi ini.

Ibu kepada dua orang anak itu ditemani ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng. Polis turut merakam kenyataan wanita berkenaan dan juga kenyataan Lim.

Lim ketika dihubungi berkata, Chow telah mengenalpasti lima anggota berkenaan yang didakwa memecah masuk ke dalam kedainya tanpa mengemukakan waran.

Chow turut mengenalpasti pengawai polis yang didakwa menampar beliau dan juga seorang pegawai polis wanita, kata ahli parlimen DAP itu lagi.

Anggota polis berkenaan sebelum ini didakwa mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut.

Dalam laporan polisnya, anggota polis berkenaan didakwa telah mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin.

Polis telah menafikan dakwaan merompak Chow ketika wanita itu ditahan di kedainya di Sungai buloh pada malam Isnin lalu.

Satu kenyataan polis sebelum ini menyebut, anggota berkenaan merampas wang sebanyak RM15,900 untuk siasatan.

Polis mengesyaki wang berkenaan diperolehi daripada sumber haram.

Ulasan GB

Pelik bin ajaib. Jika benar polis menyatakan bahawa wang itu "disyaki" diperolehi dari sumber yang haram, apa keistimewaan di bawah undang-undang untuk polis menampar wanita hamil berkenaan, dan apa pula hak polis berkenaan "merampas" wang berkenaan sebelum "dipastikan" bahawa wang itu diperolehi dari sumber yang haram? Sumber yang haram pun tidak disebut di dalam kenyataan polis berkenaan.

Amat keeterlaluan. Pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat tiba-tiba menjadi mereka yang menggigit rakyat. Dan kemudian ada pula bantuan dari pihak atasan untuk melindungi pesalah berkenaan.

Jika demikian hanya, bagaimana mungkin polis hendak dihormati oleh rakyat?

Masalah Baru Selepas Banjir: Ada Gajah Liar Masuk Kampung

Rompin: Penduduk Kampung Denai dan Kuala Kembar, di sini, yang terputus hubungan selepas jalan utama menghubungkan penempatan itu dengan pusat bandar ditenggelami banjir sejak lima hari lalu kini berdepan masalah baru apabila diancam gajah liar yang menghuni hutan bersebelahan.

Kumpulan kira-kira 20 gajah liar itu dipercayai masuk ke penempatan penduduk untuk mencari makanan terutama pada waktu senja dan malam selepas habitatnya turut dinaiki air.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pianggu, Mohd Azli Abdullah berkata, penduduk menyedari gajah menghampiri kediaman mereka selepas mendengar bunyi tempikan haiwan itu.

“Penduduk bimbang keselamatan mereka terancam dengan kemunculan sekumpulan gajah liar yang berkeliaran di kawasan tidak jauh dari rumah penduduk.

“Pada waktu itu, penduduk tidak berani keluar rumah untuk menghalau gajah terbabit kerana bimbang diserang haiwan berkenaan yang turut memusnahkan tanaman,” katanya.

Katanya, penduduk Kampung Denai yang berjumlah kira-kira 50 keluarga Orang Asli suku kaum Jakun, manakala 10 keluarga warga Kemboja di Kuala Kembar kerap diancam gajah liar berikutan penempatan mereka berhampiran Taman Negara Endau-Rompin.

“Namun, setakat ini belum ada kes penduduk diserang gajah atau haiwan buas lain, sebaliknya hanya merosakkan tanaman seperti sawit, getah dan pokok buah-buahan. Selain gangguan gajah, penduduk turut mengadu diancam babi hutan yang kerap merosakkan tanaman,” katanya.

Penduduk Kampung Denai, Long Abdul Aziz, 41, berkata dia yang menetap di perkampungan itu sejak 1987 memelihara anjing untuk menjaga keselamatan keluarga terutama daripada gangguan haiwan liar.

“Saya membela lima ekor anjing bagi menghalau kehadiran binatang liar seperti babi hutan yang banyak berkeliaran di kawasan rumah. “Pada musim tengkujuh ini, haiwan terbabit kerap datang kerana mahu mencari makanan menyebabkan saya meningkatkan keselamatan, selain membawa isteri dan dua anak berpindah ke pusat penempatan sementara mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Denai,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain berkata, penduduk terbabit diingatkan supaya berwaspada terhadap haiwan liar itu bagi mengelakkan mereka diserang.

“Kejadian haiwan liar mengancam penduduk kerap berlaku di kawasan penempatan berhampiran pinggir hutan dan sungai. Mereka yang terbabit dinasihatkan supaya menghubungi pihak berkuasa jika ancaman semakin buruk,” katanya.

Mengulas keadaan banjir di kawasan berkenaan, Ahmad Johari berkata, penduduk yang menghuni di pusat penempatan sementara berikutan rumah mereka dinaiki air sudah kembali ke kediaman masing-masing selepas banjir surut.

Bagaimanapun, katanya, masih ada penempatan penduduk yang terputus hubungan akibat jalan ditenggelami banjir menyebabkan mereka sukar mendapatkan bekalan makanan dan perubatan.

“Selain Kampung Denai dan Kuala Kembar, kawasan paling teruk terjejas ialah Mentalong membabitkan 57 keluarga apabila bukan saja jalan utamanya ditenggelami air malah jambatan di kampung berkenaan juga runtuh,” katanya.

UMNO Jahiliyah: TGNA Sedia Dialog Dengan UMNO

Kota Baharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, bersetuju untuk bersemuka serta berdialog dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak berpuas hati terhadap kenyataannya dalam usaha menjernihkan isu berbangkit yang dianggap kontroversi.

Bagaimanapun, Menteri Besar itu memberi syarat, dialog berkenaan hendaklah berlandaskan al-Quran dan ia (Al-Quran) juga harus dijadikan sebagai ‘orang tengah’ dalam pertemuan itu nanti.

Katanya, tiada guna jika beliau berdialog dengan pihak terbabit tanpa bersaksikan al-Quran kerana pertemuan itu akan hilang panduan dalam mencari kebenarannya.

“Saya bersetuju benar kalau ada orang hendak berdialog kerana ajaran Islam meminta umatnya berdebat atau berdialog dan ia hendaklah dilakukan dengan cara terbaik. Berdialog dan berhujah ini adalah ajaran agama (Islam), saya bersedia bertemu mereka.

“Saya meminta pada dialog itu nanti, hendaklah pegang (berpegang) kepada al-Quran iaitu dengan menjadikan al-Quran sebagai orang tengah, kalau berdialog saja tanpa panduan (al-Quran), tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji kenyataan kontroversi Nik Aziz sebelum keadaan menjadi lebih keruh serta huru-hara nanti.

Isu ini berbangkit apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.

Sebelum itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Pelajar Murung, PTPTN Lambat Masuk

Pelajar 'terseksa' PTPTN belum diterima - PKPIM

KUALA LUMPUR - Ramai pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta mendakwa mereka masih belum menerima wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi semester ini.

Lebih mengecewakan lagi ada sesetengah universiti sudah menuntut yuran peperiksaan akhir semester namun, wang pinjaman itu masih belum diperoleh.

Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai masalah tersebut membabitkan pelajar di seluruh negara.

"Kes ini bukan kes kecil sebaliknya dihadapi oleh begitu ramai penuntut di seluruh negara. Malah mungkin ada pelajar sekarang sedang berlapar dan menanggung seksa kerana tiada wang," dedahnya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Ahmad Afif, selain itu, masalah yang timbul ekoran kelewatan wang PTPTN juga melewatkan pelajar membeli buku teks, pembayaran yuran universiti dan pembayaran sewa tempat tinggal.

"Bayangkan, bagaimana seorang pelajar yang datang daripada keluarga sederhana terpaksa mengikat perut selama beberapa bulan kerana tidak mempunyai wang selama satu semester," jelasnya.

Lebih memburukkan keadaan, kos makanan dan minuman di institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang mencecah lebih kurang RM10 sehari.

"Jadi, bagi sebulan kos paling minimum hanya untuk makan dan minum sahaja sudah cecah RM300. Tambah pula yuran pengajian sekitar RM350 sehingga RM800 dan buku-buku rujukan akademik mencecah RM250.

"Bayangkanlah jumlah sekitar RM1,500 yang terpaksa ditanggung sendiri oleh para pelajar universiti kita sebelum masuknya pertengahan semester. Bagaimana mereka mahu bertahan sehingga tiga bulan untuk satu semester," katanya.

Justeru, PKPIM mahu PTPTN memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut dan mencari satu mekanisme bagi menyelesaikan segera masalah tersebut.

Iran Sifatkan Mubarak "Hamba" Israel Dan Amerika

Pemimpin Agung Iran selar Hosni

TEHERAN - Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menyelar Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dilabelkannya sebagai orang gaji pemimpin Israel dan Amerika Syarikat.

Beliau yang berkata demikian dalam khutbah Jumaat di sini semalam menegaskan selama 30 tahun Mesir berada di tangan seorang pemimpin yang tidak bercita-cita untuk mendapatkan kebebasan.

Menurutnya, Hosni adalah musuh kepada mereka yang sedang mencari kebebasan.

"Beliau bukan sahaja tidak anti-Zionis tetapi merupakan teman, rakan, tempat mengadu dan hamba Zionis. Buktinya kehambaan Hosni terhadap Amerika tidak mampu membawa Mesir satu langkah ke arah kemakmuran," katanya.

Khamenei yang juga merupakan pemimpin agama Iran berkata, Israel adalah negara yang paling prihatin tentang pemberontakan di Arab.

"Hari ini apa yang lebih penting daripada para pegawai Tunisia dan Mesir yang melarikan diri, Israel dan Zionis yang paling bimbang tentang peristiwa ini kerana jika Mesir berhenti menjadi sekutu mereka dan meletakkannya di tempat yang betul, ia akan menjadi peristiwa besar di kawasan itu," katanya. - AFP

Wartawan Berita Harian Dan TV3 Merasai Sendiri Kena Tahan Di Mesir

Nyawa kami di hujung parang' - daripada Nazmi Yaakub di Kaherah, Mesir

Petugas media ditahan empat kali sebelum disiasat di balai polis tentera

NYAWA di hujung parang! Itulah empat jam paling cemas dan mendebarkan bagi saya dan petugas media Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) ketika ditahan empat kali, termasuk penunjuk perasaan bersenjatakan besi dan parang, ketika melakukan liputan pemindahan kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir di sini, kelmarin.

Ketika itu, kira-kira jam 12 tengah hari waktu tempatan, kami dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Hotel Hyatt, berhampiran Medan Tahrir di sini.

Kami mengambil keputusan untuk kembali ke Hotel Hyatt yang terletak kira-kira 40 kilometer dari lapangan terbang dan seorang pemandu teksi hanya dikenali ‘Shohib’ berusia sekitar 40-an yang menawarkan diri menghantar kami ke hotel berkenaan. Bagaimanapun, beliau mengambil laluan berbeza kelazimannya.

“Saya tahu bandar ini dan saya sudah bertahun-tahun menjadi pemandu. Kalau kita gunakan lebuh raya, kita akan tersangkut dalam kesesakan jalan raya kerana lebuh raya itu betul-betul melepasi Medan Tahrir yang berada di bawahnya,” katanya memberi alasan memilih Terowong Solah Salim.

Apabila keluar daripada Terowong Solah Salim itu, teksi yang dipandu Shohib masuk ke kawasan berhampiran Medan Tahrir tetapi berpusing-pusing mencari jalan pintas ke Hotel Hyatt.

Kebanyakan jalan dihalang penghadang besi selain dikawal sekumpulan lelaki bersenjatakan besi, cota, kayu panjang, tukul, cangkuk besi dan parang. Malah, lebih mengejutkan, ada yang turut disertai kanak-kanak.

Teksi kami dihalang penunjuk perasaan, tetapi sekatan kali pertama itu hanya membabitkan desakan sekumpulan lelaki supaya kami membuka beg masing-masing atas alasan mahu memastikan kami tidak membawa barangan larangan atau senjata.

Kami bagaimanapun berkeras untuk tidak membuka beg dan akhirnya mereka mengalah, lalu membenarkan kami melepasi sekatan itu. Namun, nasib tidak memihak kami untuk kali kedua setibanya di satu bulatan kira-kira 100 meter dari lokasi pertama terbabit apabila teksi kami sekali lagi diarahkan berhenti.

Pada awalnya, kami berasa agak selamat memandangkan kereta kebal dengan tentera berkawal di sebelah sekatan itu, malangnya kehadiran mereka langsung tiada ertinya yang tidak membantu langsung bagi meredakan ketegangan. Kereta mula dikerumuni penunjuk perasaan yang mencecah sekurang-kurangnya 30 orang.

Sekali lagi, mereka memaksa kami membuka beg yang dibawa.

Saya cuba berkeras, tetapi apabila melihatkan mereka bersenjatakan besi dan parang, saya akur dan mereka kemudian merampas komputer netbook serta memaksa saya menghidupkannya.

Lelaki berusia sekitar 30-an itu melihat fail dalam komputer itu, sebelum mengangkatnya tinggi seperti mahu menunjukkan apa yang ditemuinya.

Nasib rakan yang juga jurugambar New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Fauzan Jaafar juga sama, apabila begnya turut diselongkar penunjuk perasaan yang turut mengherdiknya sebaik menemui alat pemancar satelit yang didakwa tidak dibenarkan di Mesir.

Bagi meredakan keadaan runcing itu, saya yang bertutur bahasa Arab, memaklumkan bahawa kami adalah rakyat Malaysia, beragama Islam dan menjadi tetamu Kedutaan Besar Malaysia untuk membuat liputan.

“Ya, ya kami tahu, kami tahu. Tapi kami mahu memeriksa kamu kerana kami jaga keselamatan di sini. Kami mendapat kuasa daripada tentera. Kamu serahkan pasport dan keluar daripada kereta. Kami mahu pastikan kamu bukan orang jahat,” kata pemuda yang bersenjatakan cota.

Bukan saja lelaki dewasa yang menyelongkar beg saya, bahkan kanak-kanak berusia kira-kira 9 tahun yang bersenjatakan parang juga mengarahkan saya membuka beg.

Pada masa sama, kolar baju jurugambar NSTP ditarik kerana penunjuk perasaan itu mahu mengeluarkan kami daripada kenderaan, sebelum leher bajunya sekali lagi ditarik dari belakang.

Selepas melihat Fauzan dan wartawan TV3, Razali Awang ditarik keluar, saya mengambil keputusan keluar, lalu mencari pemandu teksi itu. Saya tidak tahu sama ada Shohib sudah tidak dapat membuat apa-apa atau sengaja tidak mahu tetapi curiga saya mungkin berasas kerana dia mematikan enjin kereta.

Ketika itulah, ada lelaki yang memaksa saya, Fauzan dan Razali menaiki kereta lain. Bagaimanapun, kereta kami tidak bergerak jauh, sebaliknya berhenti kira-kira 50 meter apabila askar pula menahan kami dan pemandunya keluar bercakap dengan askar itu. Ketika itulah, seorang lelaki berusia 30-an yang mengenakan jaket denim dan pistol terselit di pinggangnya, masuk ke sebelah pemandu kereta kami sebelum kereta itu bergerak.

Saat itu, saya tergamam kerana beranggapan kami akan dibawa ke tempat lain untuk ‘dihukum.’ Mujurlah kereta kami betul-betul berhenti di hadapan balai polis tentera, sehingga kami diiring masuk ke dalam bangunan yang berpagar itu.

Dalam balai polis tentera itu, saya melihat kira-kira 10 wartawan asing termasuk dari Republik Chech, Poland, Belanda dan Perancis duduk bersandar di sebuah stor yang diubah suai sebagai lokap sementara.

Lebih dua jam menjadi ‘tahanan,’ kami kemudian disoal siasat salah seorang pegawai. Kami dibebaskan keluar selepas itu dan mengambil keputusan menahan teksi tetapi malangnya tidak sampai 100 meter dari balai itu, kami sekali lagi ditahan kumpulan penunjuk perasaan lain.

Bagaimanapun, drama hampir empat jam berakhir juga apabila rintangan terakhir itu dapat diharungi tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

KRONOLOGI

# 12 tengah hari: Bertolak dari Lapangan Terbang Kaherah.
# 12.30: Keluar dari Terowong Solah Salim dan mencari jalan lain ke hotel.
# 12.35: Teksi ditahan di sekatan pertama penunjuk perasaan. Berjaya lepas.
# 12.40: Teksi ditahan di sekatan kedua penunjuk perasaan. Dikerumuni 30 penunjuk perasaan. Disiasat dan beg diselongkar. Kumpulan pemberita dipecah dua.
# 1.10 petang: Pemberita dibawa ke balai polis tentera. Ditahan dengan pemberita asing. Disoal siasat oleh pegawai tinggi.
# 3.40: Dibebaskan.
# 3.45: Teksi ditahan di sekatan ketiga dan diarah kembali ke balai polis tentera.
# 3.50: Polis tentera tidak benarkan masuk, diarahkan keluar. Berjalan kaki selepas teksi enggan hantar.
# 4.10: Ditahan di sekatan jalan raya oleh tentera. Reaksi mesra. Dibenarkan berjalan keluar.
# 4.30: Sampai di bulatan pintu masuk Terowong Solah Salim.
# 4.40: Ambil keputusan patah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

INFO

# Penerbangan membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir ke Jeddah - Jumaat 4 Februari 2011

- Penerbangan MAS dari Kaherah (11.25 pagi/7.50 petang)
- Penerbangan AirAsia dari Kaherah (4.30 petang/10.30 malam)

# Dua penerbangan pesawat TUDM C-130 dari Jeddah ke Mesir

- Berlepas ke Kaherah dan Iskandariah (2 petang)

Anak Lemas Di Lagun Ketika Cari Kepah

Paser Putih - Seorang bapa tidak menyangka hasrat anak perempuannya beria-ia ingin berkelah di Lagun Kuala Semerak di sini kerana tidak puas mandi sambil mencari kepah kelmarin merupakan petanda kematiannya selepas "ditelan" di lagun itu semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Rabiatul Adawiyah Razni, 8, menjadi korban lemas ketika berkelah di lagun itu yang mempunyai dasar yang jerlus.

Mereka yang menetap di Kajang, Selangor mengambil peluang bersantai sekeluarga di situ apabila pulang bercuti di Machang dekat sini sempena Tahun Baru Cina.

Bapa mangsa, Razni Tahir, 39, dari Laklok, Machang berkata, sebelum kejadian anak sulung daripada lima beradik itu begitu ceria bermain tidak jauh dari tempat dia mencari kepah.

Menurutnya, ketika itu anaknya bersama bapa saudaranya, Mohd. Ilham Mazlan, 13, hanya berada di tepi air di lagun berkenaan.

Pada masa yang sama, katanya, dia sering menasihatkan mangsa supaya tidak pergi terlalu jauh kerana air semakin pasang dan ada tempat yang lebih dalam.

"Tidak sampai lima minit saya berleter, Rabiatul Adawiah bangkit dari tempat duduknya dan terus menuju ke tengah lagun.

"Saya menjerit dengan kuat melarangnya jangan pergi jauh tetapi tidak diendahkan olehnya sebelum kelibatnya hilang selepas terjerlus dalam lagun tersebut," ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Razni memberitahu, mereka sekeluarga telah berkelah di lagun itu kelmarin.

Malah katanya, dia mengetahui ramai mangsa yang lemas di lagun itu sebelum ini dan tidak menyangka kejadian yang sama menimpa anaknya pula.

"Bagaimanapun arwah menyatakan keinginannya berkelah lagi di lagun ini selepas menyatakan seronok dan tidak puas bersantai di sini semalam (kelmarin)," ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.55 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama lima anggota bomba serta lima anggota Unit Skuba dari Kota Bharu.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui berada dalam keadaan terdampar tidak jauh daripada tempat kanak-kanak itu lemas pada pukul 2.20 petang.

Pengalaman Ngeri Pelajar Di Mesir: ‘Pistol di muka’

Sepang: “Hanya wajah ibu, ayah dan adik beradik terbayang di kepala tatkala diacukan pistol di muka oleh seorang perusuh yang cuba menakut-nakutkan saya dan beberapa kawan lain,” kata Siti Nabilah Mohd Azaman, 20, yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, di sini, semalam.

Gambar: PELAJAR yang pulang dengan pembiayaan sendiri membaca doa sebaik tiba dari Kaherah di KLIA, Sepang, semalam.

Nabilah pelajar tahun pertama jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar yang menaiki pesawat Etihad Airways dari Abu Dhabi tiba di KLIA kira-kira jam 3 petang. “Perusuh itu berbuat demikian kerana menyangka kami penyokong Hosni Mubarak walaupun ketika itu saya bersama tiga rakan hanya keluar rumah untuk membeli makanan.

“Kami terpaksa menghadapi detik mencemaskan itu kira-kira 20 minit dan menjelaskan kepada perusuh itu kami bukan rakyat Mesir serta merayu supaya tidak diapa-apakan sebelum dia melepaskan kami,” katanya. Menurutnya, dia bersyukur apabila perusuh itu menerima alasan mereka sebelum mengarahkan mereka pulang segera kerana keadaan tidak selamat dan berbahaya pada ketika itu.

“Kejadian ini berlaku pada waktu petang dan tidak ada sebarang aktiviti demonstrasi di jalan raya berbanding beberapa hari sebelum itu. “Kami bersyukur kerana tidak diapa-apakan dan terus pulang ke rumah serta tidak sempat hendak membeli makanan dan barangan keperluan lain,” katanya. Seorang lagi pelajar, Farid Hashim, 23, berkata, rumah sewa yang didudukinya bersama tiga rakan lain cuba dipecah masuk dua perusuh yang mahu menyelamatkan diri daripada ditahan polis yang berkawal di sekitar kawasan berhampiran.

“Kami sempat menyergah dan menakut-nakutkan dua perusuh yang cuba menceroboh rumah dan mereka terus melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami.

“Saya berasa seperti di kawasan medan perang kerana di sekeliling jalan dan rumah dipenuhi dengan penunjuk perasaan yang meminta Perdana Menteri Mesir, Hosni Mubarak berundur,” katanya.

Farid yang juga pelajar tahun empat Universiti Iskandariah berkata, dia dapat melihat kereta kebal berhenti di depan rumah mereka bagi menghalang perusuh dan mengawal lalu lintas di kawasan itu.

“Memikirkan keadaan di sekitar rumah yang tidak lagi selamat, kami bercadang pulang ke Malaysia dan menempah tiket kapal terbang secara online dan menaikinya di Bahrain. “Kami bersyukur sepanjang perjalanan ke Bahrain, kami tidak mempunyai masalah cuma perlu menghadapi pemeriksaan dan ‘berkampung’ sehari di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain sebelum berlepas ke tanah air,” katanya.

Ulasan GB

Kisah mencemaskan di atas, seperti kisah-kisah yang dialporkan oleh akhbar media massa perdana - misalnya kisa pelajar yang terpaksa tidur dengan pisau - tidak dipandang serius oleh kerajaan.

Kerana apa rakyat berkata demikian?

Kerana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail menyatakan bahawa kononnya pelajar Malaysia tidak mengalami trauma melampau kerana kerajaan sudah mengingatkan mereka konflik di Kaherah bukannya peperangan, sebaliknya tunjuk perasaan rakyat terhadap politik domestik Mesir. (Berita Harian 5/2/2011)

Apakah pistol yang ditonyoh di muka tidak menjadikan pelajar berada di dalam trauma?

Come on Setpol PM. Please be real.


Di Jeli Ada Babi Hutan Serang Wanita Warga Tua

Jeli: Seorang wanita warga tua terpaksa menggunakan sepenuh tenaganya untuk bertarung dengan seekor babi hutan, sebelum berjaya menewaskan binatang itu, pada kejadian Isnin lalu.

Menceritakan peristiwa jam 8 pagi itu, mangsa Bunga Musa, 70, berkata sebelum kejadian, beliau ke kebun getahnya di Kampung Gemang, dekat sini untuk memetik limau madu yang ditanam di kebun itu selain hendak membersihkan semak di situ.

Katanya, ketika sedang menebas semak di kebun berkenaan, tiba-tiba muncul seekor babi hutan sebesar kambing jantan dipercayai dari hutan berhampiran yang terus menyerangnya.

“Walaupun memegang parang, serangan babi hutan itu yang pantas menyebabkan saya tidak dapat mengelaknya sehingga saya terjatuh.

“Binatang itu semakin ganas dan terus menyerang serta menggigit. Saya mengumpul kekuatan dengan memaut dan mencekik kuat leher babi hutan itu sekuat hati hampir setengah jam, sebelum melepaskan binatang itu apabila mendapati ia sudah lemah.

“Dengan kekuatan yang ada, saya gagahi juga berjalan keluar dari kebun getah itu dan akhirnya dengan bantuan jiran, dibawa ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di HTM, semalam.

Bunga berkata, beliau sudah mengerjakan kebun getah itu sejak usia muda lagi dan ini adalah peristiwa pertama beliau diserang babi hutan yang tidak mungkin akan dilupakan.

“Apabila memikirkan kejadian itu, saya tidak tahu bagaimana boleh melawan babi hutan itu yang sudah tentu kekuatannya melebihi keupayaan saya. Mungkin Tuhan masih menyayangi saya.

“Keadaan saya kini semakin bertambah baik, cuma mengalami luka kecil akibat digigit binatang itu dan kejadian itu tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus ke kebun. Namun kali ini mungkin saya akan mengajak jiran untuk menemani ketika di kebun itu,” katanya. -BH

Polis Indonesia Nafi Luna Maya Diarah Bogel Sewaktu Siasatan

Ibu pejabat Polis Repablik Indonesia menafikan Luna Maya dibogelkan sewaktu diperiksa oleh pegawai siasatan, dalam kes penyebaran video pribadi berisi adegan seks.

Hal tersebut ditegaskan Ketua Polis Indonesia Jenderal Polis Timur Pradopo. “Tidak ada. Semua dalam lingkungan siasatan, kita lakukan sesuai undang-undang,” tegasnya kepada wartawan di ibu pejabat Polis Repablik Indonesia, Jalan Trunojoyo Jakarta, Jumat (4/2/2011).

Semalam, Luna Maya membuat aduan ke Komnas HAM kerana menjadi korban penyebaran video peribadi yang berisi adegan seks. Pengaduan Luna disokong oleh aktivis perempuan, Yeni Rosa Damayanti, LBH APIK, dan Perempuan Mahardika.

Sebelumnya diberitakan, kedatangan Luna Maya ke Komnas HAM selain masalah bakal didakwa di bawah Undang-undang Pornografi yang tidak tepat, juga ada masalah lain yakni pengaduan Luna, kerana ada tindakan polis yang sebelum ini pernah meminta suspek-suspek kesalahan disuruh berbogel dalam pemeriksaan polis.

Namun dalam sidang konferensnya, Luna tidak menyentuh pengaduan tentang tindak polis dalam siasatan tersebut. Hanya tiga hal yang dicatat Komnas HAM, yakni penyimpangan terhadap pelaksanaan undang-undang, ada hak-hak privasi terlampau jauh dilanggar, dan ketiga diskriminasi sosiologi terhadap korban dalam bentuk pengabaian. -okezone

[Bergambar] Lucu. Pelajar Malaysia Dipindahkan Setelah Protes Berakhir?

Meskipun demonstrasi di Mesir semalam disebut sebagai Hari Pengunduran - hari terakhir untuk rakyat Mesir memprotes Presiden Hosni Mubarak, kerajaan Malaysia masih enggan untuk mengakui KELEMBAPAN di dalam membuat keputusan memindahkan para pelajar kita di Mesir.

Dilaporkan setakat tengah malam tadi waktu tempatan (kira-kira jam 6 pagi ini waktu Malaysia) seramai 3,600 rakyat Malaysia, terutama pelajar di Mesir sudah dibawa keluar dari Kaherah dan Iskandariah ke Jeddah, Arab Saudi menerusi 10 penerbangan.

Jumlah tersebut merupakan hanya 30% dari jumlah 11,000 para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Jika dicampurkan dengan yang bukan-pelajar jumlahnya 14,000. Bererti peratus yang dibawa keluar

Bernama melaporkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kecewa dengan tuduhan bahawa kerajaan lewat membawa keluar rakyat Malaysia sedangkan Wisma Putra sudah memohon hak pendaratan sebelum situasi keselamatan di Mesir meruncing, tetapi ditolak pihak berkuasa negara berkenaan dengan alasan Kerajaan Mesir mampu mengawal keadaan.

“Hanya bila tahap merah, Mesir baru beri hak pendaratan, malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga baru nak bawa keluar kakitangannya semalam (kelmarin). Amerika Syarikat juga berbuat demikian semalam (kelmarin),” katanya.

Hanya bila tahap merah baru kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar hendak berusaha keluarkan pelajar-pelajarnya!

Kita telah mempersoalkan sebelum ini mengapa missi tersebut tidak dimulakan lebih awal iaitu hari sebelum protes bermula sedangkan laporan mengenainya sudah tersebar luas di media massa anatarabangsa sejak protes telah tercetus di Tunisia lagi?

Malah Perdana Menteri, DS Mohd Najib sendiri dilihat lembab di dalam membuat keputusan, guna kapal laut atau udara, itupun demonstrasi sudah berjalan 5 hari, dan negara-negara China, Indonesia dan lain-lain telah berjaya mengeluarkan pelajar-pelajar mereka sebelum protes bermula lagi.

Peliknya, Malaysia terpaksa menghantar Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay untuk MENYIASAT terlebih dahulu keadaan di Mesir. Apa gunanya Kedutaan Malaysia di Mesir?

Sindrom penafian yang diambil oleh Menteri Luar tersebut amat dikesali.

Sepatutnya beliau dan kerajaan Malaysia meminta maaf di atas kelalaian dan kelewatan tetapi sebaliknya menyalahkan orang lain disamping mempertahankan incompetency di pihak mereka.

Perbaikilah kelemahan, bukan mempertahankannya.

Malah lebih mendukacitakan Anifah mempersalahkan blogger pula. GB sudah ulas hal tersebut di SINI.









PRK Merlimau: Shahrizat Harap BN Pilih Wanita Sebagai Calon

Semalam Pergerakan Wanita UMNO mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan calon wanita bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata harapan dan hasrat pergerakan itu sudah disampaikan kepada Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang juga Ketua Menteri Melaka.

"Kita menunggu keputusan daripada Ketua Menteri Melaka," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Sungai Ramai dekat sini, Jumaat.

Mohd Ali juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, diminta mengulas tujuh nama termasuk seorang wanita yang diserahkan UMNO bahagian Jasin kepada Mohd Ali untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.

Dan berdasarkan nama yang diserahkan itu, calon wanita tersebut adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang yang juga seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Melaka.

Shahrizat berkata jentera pilihan raya wanita UMNO telah bersiap sedia untuk membantu calon BN memenangi pilihan raya tersebut.

"Mereka sudah mahir dalam kerja-kerja pilihan raya dan mereka menunjukkan kepimpinan yang baik," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.




[Video & Bergambar] Hari Pengunduran - Hari Terakhir Protes

Puluhan ribu penduduk Mesir bersolat di Dataran Tahrir, Kaherah dan berdoa bagi menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur dengan segera.

Perhimpunan itu menumpukan usaha ke arah meminta Hosni yang memerintah selama 30 tahun berundur dengan segera.

"Hari ini merupakan hari terakhir, hari ini adalah yang terakhir," kata para penunjuk perasaan.

Suasana di Dataran Tahrir kelmarin umpama satu pesta dengan nyanyian beramai-ramai para penunjuk perasaan anti-Hosni.

Menteri Pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi turut hadir di dataran itu manakala tentera mengawal ketenteraman.

Mohamed kelihatan berbual dengan beberapa askar di dataran tersebut.

Hosni dibenci oleh para penunjuk perasaan kerana beliau dianggap gagal membawa kemajuan di negaranya ekoran kadar pengangguran yang tinggi, menindas ahli politik pembangkang dan pentadbirannya dianggap melakukan korupsi. - Agensi


Ratusan ribu sertai ‘hari pengunduran’

Penunjuk perasaan di Mesir berhimpun secara besar-besaran semalam melancarkan demonstrasi ‘hari pengunduran’ bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur selepas beliau berkata akan meletakkan jawatan tetapi bimbang akan mengakibatkan kekacauan lebih buruk di negara itu.

Ratusan ribu penunjuk perasaan yang berkubu sepanjang malam di Medan Tahrir di Kaherah, yang menjadi tumpuan utama demonstrasi menentang Mubarak yang tidak pernah berlaku sebelum ini, disertai oleh orang ramai yang datang ke tempat itu dari seluruh penjuru bandaraya Kaherah sejak awal pagi dalam demonstrasi hari ke-11 itu.

Selepas pertempuran berdarah beberapa hari lalu antara penunjuk perasaan dan kumpulan proMubarak dengan insiden membaling batu tercetus, kumpulan penunjuk perasaan kini memakai topi keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga. Kedua-dua kumpulan menjalankan pemeriksaan pengenalan diri sebelum memasuki medan berkenaan bagi mengelak pihak bertentangan menyusup masuk dan seterusnya mencetuskan provokasi.

Menteri Pertahanan, Mohammed Hussein Tantawi turut mengunjungi medan itu dengan memakai topi tentera bagi menyaksikan sendiri keadaan di situ, lapor televisyen kerajaan.

Naib Presiden, Omar Suleiman yang menjadi pilihan Washington dalam rancangan menggantikan kepemimpinan Mubarak pada masa depan lewat malam semalam menuntut supaya penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi, namun berjanji pihak tentera tidak akan menggunakan sebarang kekerasan terhadap penunjuk perasaan.

Washington mengecam keras keganasan yang berlaku terhadap kumpulan penunjuk perasaan itu yang menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 800 lagi cedera sejak beberapa hari lalu dengan mengatakan mereka mempunyai bukti bahawa kejadian itu dirancang.

Jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowle berkata, kerajaan Ameika Syarikat mengesan keganasan itu dilakukan pihak yang rapat dengan kerajaan dan parti pemerintah walaupun tidak berapa jelas sejauh mana kaitan mereka. - AFP
















Video Porno Ariel Merosakkan 5 Bahagian Otak

Hukuman terhadap Ariel dalam kes penyebaran video porno yang 'hanya' 3 setengah tahun dikesalkan KPAI (Komisi Perlindungan Anak Indonesia). Sebab, video itu mampu merosakkan lima bahagian otak anak, lapor okezone.

Sebagaimana dijelaskan Maria Advianti,S.P, Pesuruhjaya Bidang Pornografi & Napza KPAI, video porno Ariel memberi kesan yang buruk bagi anak-anak di bawah umur, samada anak itu menjadi korban ataupun pelaku korban.

Kesan yang ditimbulkan dari peredaran video porno tersebut telah merosakkan moral jutaan anak bangsa, di mana anak–anak dapat menonton video dari handphone dan internet. Apalagi, di Indonesia masih tersangat mudah untuk mengakses serta memperolehi video porno ariel maupun video porno lainnya.

Menonton video porno boleh menyebabkan kecanduan pornografi. Menurut Maria, ada lima bahagian otak yang dirosak akibat kecanduan pornografi, iaitu orbito frontal midfrontal, insula hippocampus temporal, nucleus accumbers patumen, cingalute dan cerebellum.

"Efeknya, cara menganalisa, penilaian, pemahaman, pengambilan keputusan, makna hubungan dan hati nurani anak yang kecanduan pornografi akan rosak. Anak juga mudah menjadi depresi, mudah tersinggung, menarik diri, dalam berbahasa menjadi lebih mengarah kepada seks, dan mengasingkan diri," kata Maria.

Sementara itu, menurut penelitian dari Mark B Kastleman, ahli psikologi khusus penanganan bagi korban pornografi, kesan buruk bagi anak dan korban pornografi adalah anak dan remaja memiliki mental model porno atau perpustakaan porno yang dapat diakses bila dan di mana saja, kerosakan otak kekal (Visual Crack Cocain/Erototoksin), anak yang belum baligh boleh 33–36 kali ejakulasi, dan menjadi pecandu pornografi seumur hidup sehingga iman akan rosak dan terkikis.

Tak hanya itu, efek dari menonton video Ariel menyebabkan ramai anak diperkosa. Data KPAI selama 2010 menunjukkan, terdapat 40 kes pemerkosaan dan kekerasan seksual yang dialami anak setelah pelaku menonton video porno Ariel.

Anak–anak yang menjadi korban berusia 4–12 tahun, sedangkan korban pelaku berusia 16–18 tahun. Para pelaku mengaku sebelum memperkosa, menonton video Ariel, dan seluruh pelaku yang ditangkap polis mengaku terangsang setelah menyaksikan video Ariel.(ang)

Dah tengok belum gambar PANAS Ariel dan Luna?

Gambar Terhangat Ariel-Luna! Klik SINI