Paser Putih - Seorang bapa tidak menyangka hasrat anak perempuannya beria-ia ingin berkelah di Lagun Kuala Semerak di sini kerana tidak puas mandi sambil mencari kepah kelmarin merupakan petanda kematiannya selepas "ditelan" di lagun itu semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Rabiatul Adawiyah Razni, 8, menjadi korban lemas ketika berkelah di lagun itu yang mempunyai dasar yang jerlus.
Mereka yang menetap di Kajang, Selangor mengambil peluang bersantai sekeluarga di situ apabila pulang bercuti di Machang dekat sini sempena Tahun Baru Cina.
Bapa mangsa, Razni Tahir, 39, dari Laklok, Machang berkata, sebelum kejadian anak sulung daripada lima beradik itu begitu ceria bermain tidak jauh dari tempat dia mencari kepah.
Menurutnya, ketika itu anaknya bersama bapa saudaranya, Mohd. Ilham Mazlan, 13, hanya berada di tepi air di lagun berkenaan.
Pada masa yang sama, katanya, dia sering menasihatkan mangsa supaya tidak pergi terlalu jauh kerana air semakin pasang dan ada tempat yang lebih dalam.
"Tidak sampai lima minit saya berleter, Rabiatul Adawiah bangkit dari tempat duduknya dan terus menuju ke tengah lagun.
"Saya menjerit dengan kuat melarangnya jangan pergi jauh tetapi tidak diendahkan olehnya sebelum kelibatnya hilang selepas terjerlus dalam lagun tersebut," ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Razni memberitahu, mereka sekeluarga telah berkelah di lagun itu kelmarin.
Malah katanya, dia mengetahui ramai mangsa yang lemas di lagun itu sebelum ini dan tidak menyangka kejadian yang sama menimpa anaknya pula.
"Bagaimanapun arwah menyatakan keinginannya berkelah lagi di lagun ini selepas menyatakan seronok dan tidak puas bersantai di sini semalam (kelmarin)," ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.55 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama lima anggota bomba serta lima anggota Unit Skuba dari Kota Bharu.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui berada dalam keadaan terdampar tidak jauh daripada tempat kanak-kanak itu lemas pada pukul 2.20 petang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.