9 Jan 2011

Motivasi: Rahsia Menjadi Pemenang

Anda orang biasa saja? Bukan artis? Bukan ahli perniagaan? Bukan ilmuwan? Bukan orang terkenal? Jangan khuatir, di sini ada tips untuk anda. Tips yang akan membuat anda menarik, menjadi peribadi penuh pesona.

Inilah rahsia-rahsia memiliki peribadi yang boleh mengubah kehidupan anda. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam, alang-alang berjuang biar sampai menang cemerlang!

Selamat mengikuti!


1. Berubahlah dengan waktu dan tempat!
Jangan selalu menuruti perasaan negatif, seperti: merasa bosan, lelah, jenuh, tersiksa dengan tempat atau masa lalu. Tersenyumlah, dan dunia akan tersenyum bersama anda! Menangislah, dan anda akan menangis sendirian! Mutiara kata ini mengisyaratkan agar kita selalu berbahagia dimana pun kita berada dan kapan pun. Jika kita merasa sebagai orang yang paling sedih atau menderita di dunia ini, yakinlah bahwa masih banyak orang lain yang lebih menderita daripada kita.

2. Carilah kenalan, teman, sahabat, berinteraksi sebanyak-banyaknya!
Sering-seringlah merantau, menjelajahi dunia. Semakin sering anda bertemu dan berinteraksi dengan banyak orang, maka kepribadian anda akan semakin matang tanpa anda sadari.

3. Cintailah orang lain seperti mencintai diri sendiri.

Dengan cinta, hidup menjadi indah, persahabatan menjadi langgeng, dan silaturahim tetap terbina. Tentunya cinta yang diberikan secara tulus tanpa balasan, tanpa mengharap balasan kecuali dari Allah semata.

4. Hargailah dan nikmatilah alam.
Dengan menghargai alam, jiwa menjadi tenang. Dengan menikmati alam hati menjadi senang. Temukanlah rahasia sesuatu itu tampak menarik, misalnya: bunga yang mekar, matahari yang bersinar, sawah yang terhampar.

5. Hargailah orang lain.
Misalnya dengan cara membuatnya bahagia, tersenyum, tertawa, memberi pujian yang tulus. Membahagiakan orang lain akan membuatnya membahagiakan kita di saat yang tak terduga, percayalah!

6. Jaga tingkah laku.
Banyaklah mendengarkan dan berfikir daripada berbicara, kecuali bila waktunya untuk berbicara. Dengan menjaga lisan dan perbuatan kita, berarti setengah pertempuran hidup telah kita menangkan.

7. Jangan kekanak-kanakan.
Sikap dewasa menunjukkan keperibadian yang kuat dan mempesona. Betapa banyak orang tua yang bahkan belum dewasa! Salah satu tanda kedewasaan seseorang antara lain adalah dari sikap, tutur kata, dan caranya di dalam mengambil keputusan secara arif dan bijaksana.

8. Merendah diri tapi jangan terlalu merendah diri.
Sudah seharusnyalah kita menerima dan memperbaiki kekurangan kita tanpa pernah merasa mrendah diri atau kecil di depan orang lain. Percayalah, tidak seorang manusia pun yang sempurna di muka bumi ini!

9. Jangan sombong.
Ketahuilah bahwa selalu ada yang lebih daripada kita. Kesombongan menandakan kekosongan.

10. Kembangkan minat pada berbagai hal.
Jangan membatasi diri anda, perluas bakat, minat, kemampuan, pengetahuan, dan keahlian anda. Memiliki satu keahlian atau spesialisasi akan terasa lebih baik dan sempurna jika ditunjang dengan keahlian dalam bidang yang lainnya, sehingga anda akan semakin "bersinar" dan penuh pesona.

11. Selalu baik pada orang lain.
Jangan pernah merasa dendam sekalipun kepada orang lain, bahkan kepada mereka yang pernah menyakiti kita. Cintailah yang di bumi, niscaya yang di langit akan mencintaimu.

12. Selalu belajar.
Semakin sering anda belajar, maka semakin banyak yang anda ketahui. Ilmu ini dapat menjadi lahan amal bagi anda, sehingga anda merasakan nikmatnya berbagi dan indahnya ilmu.

13. Selalu mengikuti informasi dan perkembangan terkini tentang apapun.
Dengan banyak mengetahui hal yang paling baru, maka anda akan tampil semakin percaya diri dan penuh pesona. Semakin banyak hal baru yang anda tahu, maka akan semakin banyak pula yang mencari dan mengejar anda...yakinlah!

14. Selalu tegap, siap, dan sedia.
Posisi atau postur tubuh anda di dalam berkomunikasi dengan orang lain akan mengungkapkan siapa diri anda yang sebenarnya. Oleh kerananya, milikilah perancangan, target, dan strategi (persiapan) yang matang dan semangat yang tak pernah pudar!

15. Selalu tersenyum pada orang lain.
Orang akan lebih senang melihat wajah yang dihiasi senyuman daripada wajah yang selalu disertai ratapan atau keluhan.

16. Senang bekerja sama dengan orang lain.
Inilah yang membuat jaringan (network) kita semakin luas, erat, dan kuat.

17. Senang menolong orang lain.
Dengan gemar menolong orang lain, maka pada hakikatnya kita menolong diri kita sendiri. Semakin banyak orang yang kita tolong, maka akan semakin sering pula kita ditolong oleh Allah dengan cara-Nya yang tak terduga.

18. Terimalah "ketentuan" apa adanya.
Tetaplah tenang dan tabah, ingatlah bahwa "badai pasti berlalu" dan "roda itu berputar". Jangan suka mengeluh, menggerutu, atau bahkan mencaci-maki nasib. Jangan sampai berkata atau menganggap bahwa Allah itu tidak adil! Justeru di sinilah letak keadilan-Nya.

Dengan merenungi dan menerapkan semua hal di atas, maka menjadi peribadi penuh pesona saat ini bukanlah sesuatu hal yang mustahil bagi diri anda. Jika masih belum percaya, cubalah dengan bermula hari ini!

[Bergambar] Bas Bergesel Dengan Treler, Seorang Maut, 7 Lain Cedera

Johor Baharu - Seorang pembantu kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kota Tinggi maut apabila bas kilang yang dinaikinya bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 25.5 Jalan Johor Baharu-Jalan Kota Tinggi, malam tadi.

Nor Hazieana Sulaiman, 23, yang duduk di tempat duduk hadapan cedera parah di dada dan mati di tempat kejadian.

Kemalangan pada pukul 8.30 malam itu turut menyebabkan pemandu bas dan enam penumpang lain cedera ringan, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Othman Muhammad Sebot ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian bas yang membawa 30 penumpang itu dari arah Johor Baharu manakala lori treler terbabit dari arah Kota Tinggi.

"Lori treler itu dikatakan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan ia bergesel dengan bas kilang terbabit di satu selekoh," katanya.

Beliau berkata pemandu dan kelindan treler terbabit tidak cedera dan belum tampil untuk membuat laporan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian hotline polis di 07-2212999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -Bernama


Keadaan bas kilang yang bergesel dengan treler

Siti Suriani cedera di mulut dan dagu dibawa ke hospital

Ibu Nor Haziena, berpakaian hijau, meraung hiba apabila mayat anaknya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi. Suami Nor Haziena, berpakaian T-shirt merah, tercampak melalui tingkap bas dan mengalami cedera ringan.

Gambar-gambar ihsan NST/ Ahmad Othman


Penubuhan Suruhanjaya Diraja Siasat Kematian Teoh - 1Malaysia Ditipu Lagi?

Peguam Teoh beng Hock Kecewa Dengan Skop Suruhanjaya Diraja

PETALING JAYA: Peguam kepada keluarga Teoh Beng Hock meluahkan rasa kecewa dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja berhubung kes kematian pembantu politik kepada Exco Selangor tersebut.

Gobind Singh Deo berkata, kekecewaan tersebut ekoran skop suruhanjaya tersebut yang tidak akan melibatkan bagaimana Teoh, 30, menemui ajalnya.

Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, suruhanjaya itu akan mengkaji kaedah soal-siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sekiranya berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh.

“Saya memohon supaya Suruhanjaya tersebut membesarkan skop lingkungan mereka yang melibatkan perkara yang mengelilingi kematian Teoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Tambahnya, sukar untuk diketahui jika berlaku pencabulan hak asasi terhadap Teoh, jika fakta mengenai kematian tersebut tidak dikemukakan.

Beliau juga mengesahkan akan mewakili keluarga Teoh dalam Suruhanjaya Diraja tersebut.

Pada Jumaat, Najib mengumumkan Suruhanjaya Diraja akan diwujudkan selama tempoh masa tiga bulan selepas tauliah pelantikan Pesuruhjaya dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pengumuman itu dibuat selepas Mahkamah Koroner Shah Alam, dekat sini, pada Rabu lalu memberikan keputusan terbuka mengenai punca kematian Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abas dalam keputusannya tidak dapat menentukan sama ada kematian Teoh disebabkan oleh bunuh diri atau dibunuh.

Beliau bagaimanapun memutuskan Teoh mati antara pukul 7.15 dan 11.15 pagi, 16 Julai 2009 disebabkan oleh kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat tinggi.

Mayat Teoh ditemui di luar koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam selepas dia dipanggil untuk disoal siasat oleh SPRM di pejabat yang terletak di tingkat 14 plaza sama. -mstar


Majlis Peguam, Suhakam mahu suruhanjaya turut siasat punca kematian Teoh

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Majlis Peguam dan Suhakam turut menyertai desakan agar Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja yang boleh menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock tanpa hanya mengehadkan kepada skop meneliti prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2099 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh.

Suruhanjaya itu yang akan diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM.

Susulan pengumuman itu semalam, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memberitahu, pembentukan suruhanjaya diraja tanpa turut menyiasat persekitaran yang membawa kepada kematian Teoh tidak ada sebarang makna dan ia satu langkah membazir wang rakyat.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan juga berpendapat demikian. “Apa yang penting, dia (Teoh) mati ketika berada dalam tahanan SPRM. Beban adalah pada SPRM untuk menjelaskan apa yang berlaku,” kata Ragunath (gambar) kepada The Malaysian Insider.

“Mengenai soal kebersalahan, adalah penting untuk difahami bahawa Teoh merupakan seorang saksi. Adakah dia telah berhadapan dengan tekanan ketika disoal siasat?

“SPRM mesti mengambil tanggungjawab,” kata beliau. Ragunath yang sebelum ini melahirkan pendapat bahawa inkues itu tidak bermakna selepas koroner memberikan keputusan terbuka menambah, kerajaan bertanggungjawab kepada keluarga Teoh untuk memberi keadilan.

“Koroner memutuskan tidak bunuh diri ataupun dibunuh, jadi bagaimana dia mati? Mereka mesti datang dengan rumusan,” kata beliau.

Justeru, kata Ragunath, apabila Najib menggariskan terma rujukan kepada suruhanjaya beliau sewajarnya memberikan kuasa untuk melihat punca yang membawa kematian Teoh dan tatalaku pegawai-pegawai SPRM.

Malah kata beliau, pentadbiran Najib mesti memberi kuasa kepada suruhanjaya diraja untuk meneliti protokol kesemua badan penguat kuasa, bukan hanya SPRM bagi membuktikan bahawa kerajaan persektuan serius untuk mendapatkan keyakinan rakyat ke atas institusi-institusi awam.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi semalam bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abas pada Rabu lalu memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid.

Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah juga menyokong gesaan agar suruhanjaya diraja diberikan kuasa meluas.

“Skop kerja suruhanjaya diraja tidak wajar dihadkan... jadi, syor-syornya akan menjadi panduan komprehensif bagi SPRM untuk bergerak ke depan,” kata ketua bahagian aduan dan pertanyaan Suhakam ini.

“Jika mereka mahu menyiasat prosedur, bukannya prosedur-prosedur dalam buku tetapi teliti penggunaan prosedur yang sebenar, mereka harus meneliti dengan terperinci.

“Jika penemuaan menunjukkan pegawai-pegawai (SPRM) bersalah, ia akan membantu kerajaan membersihkan badan penguta kuasa,” katanya lagi.

Sebagaimana ditekankan oleh Ragunath, Muhammad Sha’ani berkata, Teoh hanya seorang saksi yang dibawa untuk membantu siasatan SPRM. Kata beliau, undang-undang dalam prosiding jenayah memberikan lebih perlindungan kepada suspek berbanding saksi.

“Sekarang orang ramai takut untuk membuat laporan, mereka tidak akan tampil untuk membuat pendedahan,” katanya lagi.

“Ramai yang sudah jadi mangsa. Ia sesuatu yang sudah diketahui (ramai), bukannya persepsi awam,” kata beliau sambil menambah, terdapat banyak aduan mengenai dakwaan intimidasi terhadap pegawai-pegawai SPRM.

Katanya, perbicaraan membabitkan bekas pengurus besar Sime Darby dan juga peguam terkenal Datuk Rosli Dahlan adalah antara beberapa kes dakwaan intimidasi semasa siasatan SPRM. -TMI


PKR Perak Mahu Mustaffa Kekal

Ipoh – Satu memorandum diserahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meminta supaya Mustaffa Kamil Ayub dikekalkan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (PMPN) Perak.

Ketua Penerangan PKR Negeri, Zulkifly Ibrahim berkata, undian memilih PMPN dibuat pada 16 Disember lalu selepas pertemuan ketua cabang dengan Naib Presiden, Datuk Dr Mansor Osman.

Menurutnya, Mustaffa Kamil mendapat 13 undi, manakala Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty 10 undi.

“Mengapa pimpinan pusat hantar Naib Presiden, Fuziah Salleh pada 23 Disember lalu untuk bertemu lima pimpinan kanan cabang dengan misi mendapat persetujuan bagi perlantikan PMPN.

“Ini bertentangan dengan fasal 16.6 perlembagaan parti yang menetapkan Pengerusi Majlis Pimpinan setiap negeri dan Wilayah Persekutuan hendaklah dilantik presiden setelah berunding dengan ketua cabang di negeri berkaitan,” katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Zulkifly berkata, keadaan itu telah menimbulkan situasi dan keadaan yang kurang selesa dalam kalangan pemimpin cabang negeri.

Beliau berkata, perkara ini telah menimbulkan keraguan dan konflik pada pimpinan cabang dalam konteks mewujudkan budaya patuh terhadap perlembagaan di dalam parti.

“Dalam saat parti yang sedang tercemar imejnya, berikutan manipulasi dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan hubungan sesama ahli-ahli yang masih belum dipulihkan, tiada indikator yang serius untuk menyelesaikan bantahan yang dikemukakan oleh cabang yang terlibat.

“Kini timbul satu lagi keadaan yang memualkan khususnya di Perak yang mengundang bencana kepada parti dalam menghadapi PRU13 yang sangat hampir iaitu melibatkan pemilihan PMPN,” katanya.

Beliau berkata, di dalam memorandum itu juga turut disertakan dengan pendapat perundangan mengenai pelantikan PMPN.

Menurutnya, pelantikan mana-mana pihak selain daripada yang diputuskan oleh suara majoriti ketua-ketua cabang adalah bercanggah dengan perlembagaan parti yang diamalkan berdasarkan prinsip demokrasi yang adil dan bebas.

Beliau berkata, Presiden telah memberi hak mengundi kepada ketua-ketua cabang sebagai kaedah pemutus dan keputusan itu mestilah dilaksanakan bagi mengelakkan pertikaian atau keraguan terhadap integriti parti serta pimpinannya. -SH

Ketua Kampung Cabul Pelajar Tadika

Rahsia terbongkar

KUALA KUBU BHARU: Rahsia selama dua tahun menjadi mangsa seks ‘Pak Cik Jan’ akhirnya terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu menceritakan kejadian terbabit kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat, Selasa lalu.

Susulan laporan itu, polis menahan suspek berusia 53 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tadika milik isterinya.

Difahamkan, hanya kanak-kanak perempuan terbabit menjadi mangsa cabul lelaki itu kerana dia dikatakan berkulit putih dan lebih comel daripada kanak-kanak lain.

Lelaki berkenaan yang juga ketua kampung membantu menjaga tadika terbabit yang beroperasi hampir 10 tahun dan mangsa adalah anak saudaranya sendiri.

Lebih menyedihkan, suspek yang layak dipanggil datuk itu juga disyaki pernah meliwat mangsa sejak empat tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, bapa mangsa yang juga pembantu Pejabat Kesihatan Kuala Kubu Bharu menyedari perbuatan itu apabila dimaklumkan mangsa kerap mengadu sakit di kemaluan.

“Mangsa mengadu sering dicabul oleh suspek sejak dua tahun lalu.

“Bapa mangsa membuat laporan Selasa lalu,” katanya kepada Metro Ahad di sini, semalam.

Menurutnya, suspek direman 5 Januari lalu dan dibebaskan kelmarin selepas dijamin ahli keluarganya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 337e Kanun Keseksaan kerana cubaan mencabul mangsa.

Isteri Tua Takkan Maafkan Perbuatan Isteri Muda

Saya tak maafkan dia: Siti Aminah

ALOR SETAR - “Saya tak boleh maafkan dia,” tegas Siti Aminah Hanapi, 50, yang masih terkejut dan trauma dengan peristiwa dialaminya kelmarin.

Dia berkata, hubungannya dengan isteri kedua yang hanya dikenali sebagai Mah adalah biasa dan tidak mempunyai sebarang masalah sehingga peristiwa yang menyebabkan dia dan anaknya, Nurul Syuhada Saad, 17, cedera parah akibat ditetak dengan parang panjang oleh madunya.

“Pada peringkat awal perkahwinan suami dengan isteri keduanya, saya tidak mengetahuinya, namun apabila suami mengambil keputusan membawa Mah tinggal bersama, saya akur.

“Kami tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu di rumah saya di Kampung Baru, Tepi Sekolah Sri Muda, Sungai Korok selepas dia berpindah dari rumah sewanya di Kuala Nerang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, semalam.

Difahamkan, usia perkahwinan Siti Aminah dengan Saad Husin, 51, sudah mencecah 30 tahun dan perkahwinan keduanya dengan Mah hanya dua tahun lalu dan mendapat seorang anak lelaki kini berusia lapan bulan dikenali sebagai Alif.

Menceritakan peristiwa berlaku kira-kira jam 10 pagi kelmarin, Siti Aminah berkata, beliau terkejut dengan tahap kecederaan yang dialaminya kerana menyangka hanya dahinya yang cedera.

“Apabila melihat cermin pagi ini (semalam) rupanya pipi hingga ke bibir turut cedera.

“Dengan kecederaan yang dialami ini, saya tidak pasti bila akan dibenarkan keluar daripada hospital,” katanya.

Menurutnya, anak keempat, Siti Musliha, juga cuba diserang tetapi sempat mengelak dan melarikan diri. Bagaimanapun, Nurul Syuhada yang cuba menyelamatkannya cedera terkena parang panjang.

“Sebelum kejadian, bayinya menangis dan saya minta izin untuk memberi bayi itu makan, dia kata kalau nak, datang ambil, tetapi saya diserang sebaik pintu bilik dibuka. Selepas ditetak di dahi, dia duduk atas badan dan cuba mencekik saya, mujurlah Nurul Syuhada ada ketika itu dan sempat menariknya.

“Saya tidak menyangka perkara ini akan terjadi, bagaimanapun saya serahkan kepada polis untuk menyelesaikan kes ini.

“saya sekarang membuat tudung saji sebagai kerja sambilan dan tempahan dan perlu disiapkan dalam masa terdekat namun setelah insiden ini, saya kehilangan punca pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Siti Aminah berkata, suaminya meminta agar tidak membuat laporan polis tetapi menyerahkan kepada anak untuk membuat keputusan.

“Pagi ini suami tidak datang jenguk saya dan dimaklumkan dia bawa isteri kedua dan anaknya lari, mungkin balik ke Kuala Nerang.

“Saya tidak membantah jika anak nak bawa kes ini ke pejabat agama,” katanya.

Siti Aminah menerima hampir 30 jahitan di pipi dan 20 jahitan di dahi akibat tetakan dalam kejadian kelmarin, bahkan ujian x-ray mendapati terdapat kesan retakan pada kepalanya. -SH

Ulasan GB

Kes semalam ni bila diikuti semula, ia ada kepelikannya.

Biasanya isteri tua mengamuk bila suaminya berkahwin lain.

Di dalam kes di atas, isteri muda pula yang mengamuk.

Itulah donia...

[Bergambar & Video] Ahli Kongres Amerika Cedera Parah Ditembak, 6 Terkorban

Seorang lelaki melepaskan tembakan ke atas anggota Kongres wanita yang sedang mengadakan pertemuan dengan pemilih-pemilhnya di luar kedai runcit, membunuh hakim mahkamah persekutuan Arizona dan lima yang lain.

Anggota Kongres itu, Gabrielle Giffords (gambar) dari parti Demokrat, sedang bertarung dengan nyawa dan pegawai perubatan optimistik beliau boleh diselamatkan.

Laporan awal menyebut wakil rakyat itu menjadi sasaran penembak tersebut.

John Roll, seorang hakim persekutuan dari Arizona, berada di antara mereka yang terkorban dalam tembak-menembak itu.

Insiden ini telah menghantar gelombang kejutan di seluruh negara.

Mereka yang disahkan terkorban ialah:
John M. Roll, 63, seorang hakim mahkamah daerah persekutuan.
Gabriel Zimmerman, 30, pengarah Giffords 'liputan masyarakat.
Dorwin Stoddard, 76, seorang pendeta di Mountain Ave. Gereja Kristian.
Christina Greene, 9, seorang mahasiswa di Mesa Verde SDN.
Dorthy Murray, 76.
Phyllis Scheck, 79.

Presiden Barack Obama menyifatkan kejadian itu satu tragedi kepada negaranya. Berikut ialah kenyataannya:

Pagi ini, dalam satu tragedi tak terkatakan, beberapa orang Amerika telah ditembak di Tucson, Arizona, pada pertemuan dengan para pemilih dengan ahli Kongres Gabrielle Giffords. Dan sementara kami terus menerima maklumat, kita tahu bahawa beberapa telah terkorban, dan Perwakilan Giffords pula didalam keadaan kritikal.

Kita belum mendapat maklumat lengkap. Apa yang kita tahu adalah tindakan tidak masuk akal dan kekerasan mengerikan yang tidak mempunyai tempat di dalam sebuah masyarakat bebas.

Saya meminta semua rakyat Amerika untuk bersama dengan saya dan Michelle untuk mendoakan Giffords, mangsa tragedi ini, dan keluarga mereka.










Korban Pertama Banjir Kelantan

Kanak-kanak perempuan korban pertama banjir Kelantan

Gambar: GAYAH Hassan, 35, dan suaminya Kamaruzaman Ismail, 41, disamping mayat anak mereka, Siti Aisyah, 10, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Peringat yang lemas ketika bermain bersama rakan berhampiran rumahnya yang ditenggelami air di Kampung Belukar Limbat, Kota Bharu, hari ini. - Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BARU, 8 Jan – Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pertama banjir yang sedang berlaku di Kelantan apabila dia lemas ketika bermain air di kawasan rumahnya di Kampung Belukar Limbat dekat sini pagi tadi.

Ibu mangsa, Gayah Hassan, 35, hanya mampu melihat Siti Aisyah Kamarulzaman, 10, anak ketiga daripada lima beradik itu terkapai-kapai sebelum tenggelam dan dibawa arus.

“Setiap tahun kawasan rumah saya akan ditenggelami air. Anak-anak memang dah biasa main air termasuklah Siti Aisyah. Saya benarkan mereka bermain tetapi betul-betul di hadapan rumah, kira-kira tiga meter dari rumah.

“Ketika kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, saya memang ada memerhatikan Siti Aisyah dan adik-beradik dia yang lain main air, tetapi tak sangka ada kawasan yang airnya dalam menyebabkan Siti Aisyah lemas,” katanya kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) di sini.

Siti Aisyah merupakan murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Peringat.

Menurut Gayah, setelah melihat anaknya lemas, dia cuba menyelamatkan anaknya bagaimanapun arus deras dan air sedalam satu meter menyebabkannya gagal berbuat demikian.

Pegawai Bomba Kanan II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Baru, Hasmadi Jusoh berkata pihaknya menemui mayat kanak-kanak tersebut pada pukul 1.30 tengah hari yang tersangkut di dasar tali air kira-kira dua meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas. – Bernama

Pengajaran

Yang tua-tua, pastikan anak-anak tidak bermain air di masa banjir. Kerana macam-macam boleh berlaku. Arus boleh tiba-tiba menjadi deras, dalam air ada macam-macam benda yang hidup seperti ular dan binatang lain yang berbahaya, kayu tunggul paku dan sebagainya. Beringat sebelum kena.

Nyaris Maut Kereta Terbalik Kerana Kejar Lampu Isyarat

Akibat Kejar Lampu Isyarat Hijau

Seremban, 8 Jan -- AKIBAT... ingin mengejar lampu isyarat hijau di persimpangan jalan seorang pemandu dan rakannya nyaris maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta lain lalu menyebabkan kereta mereka terbalik dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 9 malam di Persimpangan Taman Desa Dahlia Taman Kobena, Senawang dekat sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang di pandu dari arah Senawang Jaya cuba memecut untuk melepasi lampu isyarat di persimpangan itu. Pada masa yang sama sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki dua orang lelaki keluar dari arah simpang Taman Desa Dahlia dan menyebabkan kedua-dua kereta itu bertembung.

Ekoran dari perlanggaran itu menyebabkan kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu terbalik manakala kereta Proton Saga itu turut remuk di bahagian depan kereta.

Kedua-dua penumpang Proton Wira itu yang mengalami kecederaan di badan dan kaki di hantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan manakala kedua-dua penumpang kereta Proton Saga itu tidak mengalami kecederaan.

Pengajaran

Hijau: jalan Kuning: bersedia Merah: berhenti

Ambil iktibar dari kes kemalangan di atas. Ramai pemandu yang berkejar-kejaran memecutkan kendeaan apabila melihat lampu hijau sudah berkelip-kelip, sedangkan ia sepatutnya isyarat untuk pemandu memperlahankan kenderaan.


Hangat Mengenai Kes Adukataruna

Blogger dakwa dipukul depan masjid

MASJID Rusila tempat AdukaTaruna mendakwa dia dipukul.

KUALA TERENGGANU – Blogger yang terkenal dengan kontroversi kerana menghina institusi kesultanan Johor, AdukaTaruna menghadapi saat cemas dikepung dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong sebuah parti politik di hadapan Masjid Rusila, Marang kelmarin.

Kejadian itu berlaku selepas blogger yang nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 2.20 petang.

AdukaTaruna dalam entri blognya itu semalam menjelaskan, niatnya hanya mahu menemubual Hadi.

Bagaimanpun sebaik menegur Abdul Hadi, dia mendakwa muncul seorang lelaki yang terus merentap bajunya kerana dikatakan tidak puas hati dengan tindakan mangsa menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis. -kosmo


Gua tolak untuk ditemuramah media perdana.
Oleh : AdukaTaruna

Semasa gua medical checkup (betul ke istilah ni Hanz?), Dr Ilyana (cun siot), telah memastikan gua ok. Sebab telinga gua mengeluarkan sejenis cecair, telinga gua pun dia teropong. Cuma, mata gua masih kabur sebelah kanan, akibat pukulan curi tu terkena anak mata gua. Kalau tak pulih, gua akan buat pemeriksaan lanjut di KB.

Then, satu Dr perempuan, senior kot, datang dan meminta Dr Ilyana memasang penyokong leher. Ala macam Ketua Putera UMNO pakai tu. Gua dah mula alert dah. Gua rasa, gua ok.

"Nanti kamu kena pakai ni, dan kena baring. Kita akan tolak ke bilik X-ray."

"Eh... takpa lah. Gua ok nih. Gua boleh jalan ke bilik X-ray."

Gua takut, ada motif politik. Jap lagi, time gua baring dan diusung ke bilik x-ray, wartawan media perdana pun tangkap gambar. Gua enggan berada dalam media perdana sebab itu bacaan / tontonan Melayu Hutan. Diorang takan dapat pemberitaan seimbang. Kerja2 macam ni, biar gua berada dalam medium internet sahaja lah. Media perdana nak petik, petik dari blog. At least dapat memperkenalkan Melayu Hutan dengan medium internet.

"Ini, prosedur, En Khairul."

"Jap. Kes gua adalah kes politik. Tapi gua tak mahu urusan perubatan gua dipolitikkan."

"Politik2 kita tak campur, tapi ni prosedur kerja kita." Sampuk sekor Dr lelaki.

Akhirnya gua mengalah, dan ternyata Dr di situ betul. Gua salah. Alhamdulillah. Gua tidak menjadi mangsa manipulasi. Dan terbaru, gua dihubungi oleh seorang awek yang mendakwa dirinya wartawan Kosmo!. Sebelum awek tu publish perbualan gua, gua publish dulu dalam blog. Ngeee...

"Bro.. ada satu awek minta no tepon gua. Dia kata dia dari Kosmo! Edisi Terengganu. Dia nak adjust gua untuk sesi temuramah. Tapi gua tengah adjust dia untuk second wife."

"Babi lu!"

"Jangan marah bro. Maybe kelayakan untuk bertanya soalan pada TGHA adalah poligami."

Today
[Manirah Othman]
6:51pm
salam
Manirah is online.6:51pm
[You]
6:51pm
salam
[Manirah Othman]
6:52pm
en aduka ada kat mana sekarang?
[You]
6:52pm
kat rumah la. nape?
[Manirah Othman]
6:53pm
saya di terengganu
boleh saya berjumpa dengan en aduka. nak interview sikit berkenaan kejadian di rusila semalam
[You]
6:53pm
perkenal dulu awak siapa. dari mana.
[Manirah Othman]
6:54pm
sorry.. saya manirah dari Kosmo! Terengganu
saya terbaca blog aduka mengenai kejadian di rusila..
[You]
6:56pm
oic... Kosmo Terengganu. Jauh ma.. gua kat Kelantan.
[Manirah Othman]
6:56pm
ooo.. kelantan area mana?
[You]
6:56pm
Pengkalan Chepa
[Manirah Othman]
6:58pm
kita ada reporter di sana.. kalau boleh nak minta alamat atau nombor telefon.. atau appointment untuk berjumpa dalam masa terdekat..
[You]
7:02pm
maaflah cik Manirah (dok Manir kot. Haha). Saya menolak untuk berada dalam medium media perdana. Ada sebab2 dia. Gua sedaya upaya gua, hanya akan berada dalam medium internet sahaja bagi kerja2 seperti ini. Perselisihan dalam jemaah.
harap lu boleh faham. apa pun, gua ucapkan terima kasih. Semoga sukses dalam kerjaya anda. Amin.
[Manirah Othman]
7:03pm
begini en aduka
[You]
7:03pm
yup
[Manirah Othman]
7:04pm
kita cuma ingin tahu lebih lanjut mengenai kes yang sudah dijelaskan dengan terpeincinci dalam blog en aduka yang rasanya lebih elok sekiranya kami dapat menemuramah secara berdepan..
[You]
7:05pm
saya hanya berada dalam medium internet saja dalam benda2 melibatkan Barisan Rakyat ini, Cik Manirah. Insyaallah. Kalau Cik Manirah nak petik, petik dalam blog saya jer la.
[Manirah Othman]
7:06pm
ooo.. tapi boleh saya tanya.. apa soalan yang en. aduka nak tanya TGHA semalam?
[You]
7:06pm
ok lah Cik Manirah. Saya nak mandi nih. Dah nak magrib.
Mana boleh bagitau Cik Manirah. haha. Tu soalan saya pada TGHA.Tapi bukan pasal Kerajaan Perpaduan. Pasal penipuan.
[Manirah Othman]
7:09pm
kalau boleh bagi hint sedikit penipuan apa? kalau tak boleh detail mungkin boleh secara general
[You]
7:09pm
Kalau Cik Manirah terjah jugak gua nak temuramah gua kat Kelantan ni, silakan lah. Gua akan rampas handphone, belasah depan masjid, kurung dalam bilik. Muahahaha. Takda lah gurau jer. Yang nyata, saya tolak. Terima kasih.
Assalamualaikum
[Manirah Othman]
7:10pm
waalaikumussalam... -adukataruna



Kronologi Kejadian - versi mangsa

Gua akan jumpa Hadi di Rusila lagi, insyaallah.
Oleh : AdukaTaruna

"Kamu ni berani sampai jadi bodoh, Aduka."

"Nombor pangkal, berapa, En?"

"Berapa diorang bayar?"

Itu antara soalan yang ditanya oleh pihak polis kepada gua. Mereka hairan, kenapa gua ke lubuk 'ganas' untuk bertanya soalan yang tidak disukai oleh 'orang yang ganas'. Sampai gua sendiri dianggap polis sebagai SB. Tu yang tanya nombor pangkal tu. Memula gua tak faham. Teringat pembaca gua Al Mansur dari Sabah dulu. Dia pun tuduh gua SB gak.

"Takkan kamu sanggup buat begini saja-saja kalau takda apa-apa?"

Macam biasa, siasatan polis akan bermula dari di mana gua berada. Latar belakang kumpulan. Soalan nilah yang sukar gua nak jawab.

"Rokok tu racun, En. Tapi En hisap. Mustahil kalau En sanggup masukkan racun dalam badan sendiri, dalam badan anak-anak sendiri di rumah, kalau takda apa-apa? Tu jer la yang saya mampu jawab dengan soalan En ni."

Sebenarnya, seburuk mana pun manusia itu, penagih dadahkah dia, kutu rayaukah dia, penunggu hukuman matikah dia, semuanya mempunyai hubungan peribadi dengan Allah sendiri. Hubungan peribadi dengan Penciptanya sendiri. Hubungan Allah dengan hamba2nya bukan dengan ulama sahaja.

Inilah asas yang membuatkan gua ke lubuk ganas, bertanya soalan kepada orang ganas. Dan demi Allah, bergantungkan sepenuhnya kepada kemampuan yang Allah akan berikan kelak, GUA AKAN CUBA BERTEMU DENGAN PRESIDEN PAS SEKALI LAGI.

Kronologi gua setakat sebelum gua ke balai polis.

Kepada pembaca, bacalah dengan semua sumber. Anda mempunyai hak untuk menilai sendiri. Gua tak pernah paksa. Sokong gua ikut tajuk supaya gua tidak musnah kemudian hari.

Ini adalah kronologi alternatif dari rakan yang turut serta : C++

Dan ini pula kronologi dari pihak gua.

Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Demi Allah, gua bersumpah, apa yang gua tulis ini adalah benar, dari pemahaman gua sebagai manusia. Jika gua tidak benar dari pemahaman gua sebagai manusia, moga Allah jatuhkan laknat buat diri gua.

Sedikit asas permulaan cerita gua di Kelantan. Gua berhadapan masalah dengan handycam. Gua merayu di internet supaya ada yang memberi pinjam gua handycam. Semuanya kerana Allah.

Gua dihubungi Pink Turtle. Dia ada handycam. Tapi chargernya ada pada kawan. Masa semakin suntuk. Gua serahkan semuanya kepada Allah. Hujan lebat. Nak ambil charger, nak jemput bini, nak jemput adik ipar sekolah. Seorang dermawan drive dalam hujan lebat dari Kuala Krai, bertemu di Masjid Taman Uda, memberi pinjam handycam. Gua lulit dengan mengatakan gua bertolak paling lewat Isyak. Tapi sebenarnya plan bertolak pagi esok. 9.30pg.

9.20 sms dari rakan yang mengatakan dia dan rakan tidak dapat hadir. Tapi beri gua kereta. Gua pasrah dan menyerahkan kepada Allah. Semua orang jahat dan baik mempunyai hubungan peribadi dengan Penciptanya. Gua kol member lain. Sorang tak dapat, 2 lagi tak angkat. Jumaat. Tidur lagi mungkin. Kol sorang lagi. Angkat. Dan ajak dia ke Terengganu dengan bagitau serba sedikit. Member bukan jenis politik. Jadi gua faham keberanian dia adalah tahap biasa. Walaupun dia seronok akan dapat jumpa Tuan Guru Presiden PAS di Terengganu.

12.30 - Gua sampai. Gua jumpa C++ di Restoran Lempeng (seingat gua). Berdekatan dengan Masjid Rusila.

12.50 - Gua bersiap2 menunaikan solat Jumaat. Tukar selipar, etc. Dan masuk ke perkarangan masjid. Ambil wuduk dan terus ke saf beberapa di depan (tak ingat). Lepas solat sunat, gua sempat ambil gambar mimbar.

Tak ingat masa - Solat Jumaat habis. Gua solat sunat. Dan tunggu TGHA habis wirid dan solat sunat. Member gua (bukan C++) dah 'takut2' (pada tafsiran gua) dan berkata dia mahu ke tandas. Mungkin dia dapat agak situasi sebenar bukan seronok apabila bersembang sambil makan di Restoran Lempeng tadi (tafsiran gua). Pada hal dia ditugaskan sebagai kameraman 1, manakala C++ adalah kameraman lulit.

Tak ingat masa - TGHA beredar dari tempat solat menuju ke pintu keluar, bahagian depan, sebelah kanan jika kita mengadap kiblat. Terdapat ramai yang serbu berpusu-pusu bagi mencium tangan. Member gua tak tau mana. Gua turut bangun, bagi isyarat kepada C++, dan terus merapati TGHA. Gua telah berjanji, gua akan berbahasa dengan baik.

(Seingat gua, inilah dialog gua dengan TGHA)

"Assalamualaikum, Tuan Guru."

Melihatkan muka gua, muka TGHA terus berubah (tafsiran gua terhadap perubahan air muka).

"Saya AdukaTaruna dari Kelantan, ingin bertanya kepada Tuan Guru (selepas ini gua guna istilah TG), beberapa soalan."

"Saya sibuk. Saya ada program lain."

Ketika ini gua risau jika tiada rakaman. Gua keluarkan handphone China, dan on videocam. Setiap manusia mempunyai hubungan peribadi dengan Penciptanya (tafsiran gua).

Selesai on videocam, TGHA telah berada jauh sedikit. Gua terus mendapatkannya, tanpa memakai selipar. Seingat gua, inilah dialog gua :

"TG, saya mohon 5 minit sahaja untuk bertanya soalan."

Gua merayu sehingga berada di dalam dan di depan tangga rumah TGHA.

Seingat gua (tiada rakaman video pada gua), inilah dialog TG.

"Saya sibuk. Saya sibuk. Saya ada program lain."

Ketika inilah muncul Lelaki 1 dan merentap baju gua. Seingat gua, dia memarahi gua. Dan menggugut untuk mencederakan gua. Gua menjelaskan tujuan gua datang, untuk bertanya soalan. Dalam keadaan videocam masih ON.

Lelaki 1 minta rampas handphone gua. Dan muncul Lelaki 2 (budak kurus berkopiah) merampas handphone gua dengan bantuan Lelaki 1 dan beberapa lelaki yang gua tak sure berapa jumlahnya. Semua kejadian ini berlaku di hadapan THGA; dalam dan di hadapan rumah TGHA; malah seingat gua, gua dan lelaki 1 berada di atas simen rumah TGHA. Dianggarkan 50 lelaki berada di situ.

Mungkin isyarat TGHA (tafsiran gua), gua kemudiannya ditarik oleh beberapa lelaki, dibawa ke hadapan Masjid Rusila, kira2 semeter dari sempadan meletak selipar. Gua dikerumuni oleh lebih 100 orang. Mereka berkata inilah AdukaTaruna. Salah seorang dari mereka mengambil gambar gua, gua sempat buat aksi 'peace'. Mereka memaki, mengugut dan mencadangkan gua dicederakan.

Terdapat ramai dari mereka yang memiliki handycam dan kamera digital. Menandakan bahawa kehadiran gua sebenarnya memang diketahui. Mustahil datang solat Jumaat membawa handycam (tafsiran gua). Mereka merakamkan ucapan gua di situ, ketika gua pasrah kepada Allah kerana bimbang tiada rakaman bagi pihak gua. Setiap hamba mempunyai hubungan peribadi dengan Penciptanya.

Ketika gua bercakap hak-hak gua sebagai rakyat yang berada dalam kerangka demokrasi, gua dipukul dari belakang sebanyak 2 kali, seingat gua. Semua ini, dirakam oleh jemaah Rusila. Gua tak sure sama ada mereka akan upload perkara itu demi Allah atau menyembunyikan perkara itu demi kasta ulama. Dan gua tak sure sama ada, ada rakaman video bagi pihak gua, atau tidak.

Berkali-kali gua menyatakan hak gua untuk beredar ke balai polis bagi membuat report rampasan handphone, tetapi tidak dibenarkan Lelaki 3. Gua cam lelaki 3 sampai sekarang. Insyallah. Ketika gua dikepung oleh lebih 100 orang, tiada satu pun pihak yang tampil memperkenalkan sebagai Batu Api atau Songkok Putih.

Kemudian, Lelaki 3 dan beberapa lelaki yang gua tak sure jumlahnya, menarik tangan dan baju gua ke tingkat 1. Gua merentap kembali tangan gua dan membuat bahasa tubuh supaya jangan 'seret' gua. Gua boleh jalan sendiri. Tak lari dan bersumpah atas hubungan peribadi setiap hamba dengan Penciptanya, sedikit pun gua tidak takut.

Gua ditahan dalam sebuah bilik di Tingkat 1. Pintu ditutup. Ada kira2 15 lelaki di dalam. Siap membuat rakaman video lagi. Di luar bilik terdapat ramai lagi lelaki dan anak-anak lelaki. Mereka meinjau2 dicelah2 tingkap. Gua diberikan hak buang air dan disuruh duduk.

Berkali-kali gua menjelaskan hak gua untuk beredar dan membuat laporan polis, tetapi ditahan. Seorang lelaki Melayu tua dipercayai bernama Wahab berkutbah kepada gua, TGHA adalah ulama yang diiktiraf antarabangsa. Melawan masuk neraka. Kita semua mati, etc. Kejadian dirakamkan oleh pihak mereka.

Sepanjang gua ditahan secara salah itu, tiada siapa pun memperkenalkan diri sebagai Batu Api atau Songkok Putih. Gua menjelaskan bahawa, gua difahamkan oleh Terengganukite, di bawah Lajnah IT PAS Dungun (seingat gua), dan laman blog Batu Api yang dipercayai di bawah Suhaimi Embong (seingat gua), telah memaklumkan kehadiran gua; dan pihak Rusila tahu kehadiran gua. Lelaki separuh tua yang gua percayai sebagai pengerusi Masjid Ruslia menafikan. Sehinggalah gua menjelaskan bahawa penahanan mereka ke atas saya adalah salah, dan boleh dianggap satu penculikan, barulah mereka 'cuak' (tafsiran gua).

Lelaki yang gua percaya sebagai Pengerusi Masjid Rusila mendakwa, dia boleh lepaskan gua. tetapi jika berlaku apa-apa, mereka tidak bertanggungjawab. Lelaki 3 membantah. Gua setuju dan bangun. Terus bersalaman dengan semua, termasuk lelaki yang merakamkan dengan handycam. Tiada rakaman bagi pihak gua. Kalaulah EdyesDotCom ada (tafsiran gua).

Gua keluar dan bersalam dengan ramai lelaki yang berada di luar pintu. Termasuk beberapa kanak-kanak. Gua turun tangga dengan diringi oleh beberapa lelaki yang gua tak sure jumlahnya. Gua menuju ke pintu besar. Kereta gua parking di depan HPA. Setengah sampai ke pintu besar, gua dikejar dan dipanggil oleh lelaki yang gua percaya bernama Wahab. Dia meminta kad pengenalan gua.

Gua menjelaskan pakcik tiada hak meminta kad pengenalan gua. Tapi gua sedia berikan butiran diri gua. Gua berikan kertas (sejenis kad). Dia tulis, tapi tak boleh sebab tangan dia gua lihat menggigil (tafsiran gua). Pakcik Wahab suruh gua tulis, on the way nak tulis, gua ambil keputusan, lu nak gua, bukan gua nak lu. Ini berkaitan dengan tindakan bodoh UG Selangor dulu. UMNO nak bagi tawaran, UMNO kena datang, bukan PAS yang datang. So, gua suruh kanak-kanak yang mengekori gua tu tulis. Diambil pakcik Wahab dan dia tulis butiran gua. Nama penuh, no KP, dan alamat Kelantan dalam keadaan tangan gigil.

Selesai dari tu, gua didatangi oleh lelaki yang memperkenalkan diri sebagai cybershot. Dia menjelaskan dia sedih dengan apa yang berlaku. Dia meminta gua menjelaskan dakwaan gua terdapat kenyataan Songkok Putih di bawah Bicara Webmaster. Gua mengajak dia minum di seberang jalan. Tapi tak boleh lama, kerana gua perlu membuat laporan polis. Gua bertanya dia jam supaya kelak gua boleh ingat (jam gua takda). cybershot menjawab sekarang pukul 2.45.

Lelaki yang mendakwa Cybershot menawarkan khidmat menghantar di mana-mana sahaja gua nak pergi. Gua menolak dengan baik, dan gua nak ke balai polis dengan kereta gua (yang dipinjam dari Man). Cybershot membantu dengan menunjukkan arah ke Balai Polis Marang.

Gua menuju ke Balai Polis Marang dalam keadaan semua nombor telefon yang gua boleh hubungi tiada. Gua tak ingat nombor, sebab gua berpandukan nama phonebook. Kalaulah gua mahir kaedah Mokhdar..

Sekian dulu, gua akan sambung lagi. Gua bersumpah atas hubungan peribadi setiap hamba dengan Penciptanya, gua akan datang untuk bertanya soalan kepada Presiden PAS sekali lagi. Mungkin selepas tarikh bicara gua. 15 Mac. Insyaallah. Dan wallahualam. -adukataruna


Ulasan GB

Imej PAS cukup tercemar dengan "insiden" di atas. Yang berakal mampu memikirkan hikmah kejadian.

Kisah-kisah di zaman Rasulullah saw:

“Rasulullah saw.bukanlah orang yang keji, beliau tidak membiarkan kekejian, tiada mengeluarkan suara keras di pasar-pasar dan tidak membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan. Beliau suka memaafkan dan berjabat tangan.”(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Muahammad bin Ja’far, dari Syu’bah, dari Abi Ishaq, dari Abi `Abdullah al Jadali, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)

Rasulullah saw. tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya, kecuali tatkala beliau berjihad fi sabilillah. Beliau pun tidak pernah memukul pembantu dan wanita.”
(Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al Handzani, dari `Ubadah, dari Hisyam bin `Urwah, dari bapaknya, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)

“Aku mendengar Jabir bin `Abdullah r.a. berkata: `Tak pernah kudengar
Rasulullah saw. dimintai sesuatu, kemudian beliau berkata “tidak”.

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari `Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan,yang bersumber dari Muhammad bin al Munkadir r.a.)


Kisah Umar Al-Khattab, petikan

Begitu juga sebelumnya, Umar lah yang mempertahankan Rasulullah apabila ada seorang badwi menyentap rida’ Rasulullah, hingga leher baginda menjadi merah. Umar hendak memenggal kepala arab badwi itu, dan Rasulullah SAW menghalang.

Begitulah juga ketika Abdullah ibn Ubay ibn Salul menjadi amat melampau dalam kemunafikannya, Umar menawarkan diri untuk menebas kepala Ketua Munafik itu, namun Rasulullah juga menghalangnya. Sedangkan Umar, adalah manusia terpantas dalam mempertahankan Rasulullah SAW.


Mungkin berkaitan

Anak Lembu Mati Dibedal Anjing-anjing Liar Di Terengganu

Anak Lembu Mati Dibedal Anjing-anjing Liar Di Terengganu

Bangkai anak lembu yang telah dibaham oleh anjing-anjing liar.


Besut: Seorang peneroka Felda Tenang, Hulu Besut, Zulkifli Zakaria, 25 menunjukkan bangkai anak lembu miliknya yang menjadi mangsa serangan anjing-anjing hutan di kawasan rancangan tersebut.

Serangan anjing-anjing liar berkenaan itu sebelumnya pernah menyerang lembu-lembu lain di kawasan tersebut hingga menyebabkan berpuluh-puluh ekor lembu milik mereka mati dengan kerugian dianggarkan RM80,000. -Bernama

Ulasan GB
Ayat manzurah - ayat yang dilihat dengan ketajaman mata hati seperti berita-berita ini:

Patung Bogel Dijual Secara Terbuka Di Perlis

Tikus Dalam Kuah Roti Canai..

Di Kulim Ada Kepala Babi Hutan

Ikan Kepala Buaya Di Selangor




Maut Tatkala Pulang Dapatkan Tandatangan Bapa Untuk PTPTN

Perjalanan terakhir

REMUK... Ahmad Lazim melihat kereta yang meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Syahirah Ahmad Lazim.

JASIN: Kepulangan seorang pelajar ke kampung di Rengit, Batu Pahat untuk mendapatkan tandatangan bapanya bagi permohonan pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi perjalanan terakhir apabila terbabit dalam kemalangan ngeri, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, Syahirah Ahmad Lazim, 19, penuntut Diploma Kejururawatan Kolej Segi, Kuala Lumpur mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta, Zari Affendi Harun, 33, cedera parah di kaki kiri dan patah rusuk kiri.

Kejadian berlaku di Kilometer 187.1 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan, dekat sini, apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler dalam perjalanan ke Johor Bahru sebelum terbabas.

Bapa mangsa, Ahmad Lazim Kasim, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan anak kedua daripada enam beradik itu terbabit dalam kemalangan oleh penduduk kampung jam 4.15 pagi.

Menurutnya, dia yang baru terjaga daripada tidur turut dimaklumkan Syahirah sudah tiada selepas identiti anaknya dikenal pasti seorang anggota polis yang melakukan siasatan di tempat kejadian.

“Isteri (Noriah Basri, 48) sedih mendengar berita memilukan itu kerana arwah menghubungi saya kira-kira jam 7 malam semalam (kelmarin) memaklumkan dia mahu pulang ke kampung (Jambi Darat, Rengit, Batu Pahat).

“Dia memaklumkan mahu pulang untuk mengisi borang pinjaman pelajaran PTPTN bersama kawan, tetapi tidak memberitahu akan pulang menaiki apa kerana seperti biasanya arwah pulang dengan menaiki bas.

“Saya juga tidak menyangka dia kini pergi buat selama-lamanya namun reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Jasin, di sini.

Malah, katanya, impian anak perempuannya untuk bergelar jururawat juga tidak kesampaian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian berlaku apabila kereta dipandu Zari Affendi melanggar belakang sebelah kanan treler membawa muatan minyak masak sebelum hilang kawalan lalu terbabas.

Pengajaran:

Beberapa kejadian kemalangan maut sebelum ini melibatkan remaja perempuan dan lelaki - bukan muhrim - di jalanraya.

Ada "teguran" Allah di sana bagi yang mahu ambil iktibar.

[Bergambar] Sultan Kelantan Turun Padang Lawat Mangsa Kebakaram

Sultan Muhammad Ke-V Di Gua Musang

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 7 Januari 2011, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, yang di dalam keberangkatan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui jalan darat, telah meluangkan masa selama sehari semalam untuk bersama-sama dengan penduduk di sekitar jajahan Gua Musang.

Aturcara Tuanku pada hari itu dimulai dengan majlis solat Jumaat bersama-sama para penduduk di Masjid Mukim Sungai Terah yang diikuti oleh pengurniaan sumbangan kewangan kepada masjid tersebut, pengurniaan bantuan zakat kepada 100 fakir miskin dan pengurniaan geran tanah kepada 31 penduduk di sekitar jajahan tersebut.

Setelah santap bersama-sama para pembesar, pemimpin dan pegawai kerajaan di Istana Persinggahan Gua Musang, Tuanku kemudiannya meluangkan masa untuk melawat tapak kebakaran membabitkan 43 keluarga di Bandar Lama Gua Musang di samping memberikan bantuan material dan sokongan moral kepada kesemua mangsa yang terlibat.

Pada sebelah malamnya pula, Tuanku meluangkan masa untuk meraikan kira-kira 200 penduduk kaum asal di sekitar jajahan tersebut dengan menganjurkan satu majlis barbecue khusus untuk mereka di Istana Persinggahan Gua Musang. Bagi melahirkan penghargaan mereka kepada Tuanku, penduduk-penduduk asal tersebut telah menyajikan beberapa persembahan tradisional, termasuk tarian rewang, kepada Tuanku.

Disertakan di sini beberapa keping gambar yang berkaitan untuk tatapan semua.

Terima kasih.


































umber: thekelantaninsider