9 Jan 2011

Isteri Tua Takkan Maafkan Perbuatan Isteri Muda

Saya tak maafkan dia: Siti Aminah

ALOR SETAR - “Saya tak boleh maafkan dia,” tegas Siti Aminah Hanapi, 50, yang masih terkejut dan trauma dengan peristiwa dialaminya kelmarin.

Dia berkata, hubungannya dengan isteri kedua yang hanya dikenali sebagai Mah adalah biasa dan tidak mempunyai sebarang masalah sehingga peristiwa yang menyebabkan dia dan anaknya, Nurul Syuhada Saad, 17, cedera parah akibat ditetak dengan parang panjang oleh madunya.

“Pada peringkat awal perkahwinan suami dengan isteri keduanya, saya tidak mengetahuinya, namun apabila suami mengambil keputusan membawa Mah tinggal bersama, saya akur.

“Kami tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu di rumah saya di Kampung Baru, Tepi Sekolah Sri Muda, Sungai Korok selepas dia berpindah dari rumah sewanya di Kuala Nerang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, semalam.

Difahamkan, usia perkahwinan Siti Aminah dengan Saad Husin, 51, sudah mencecah 30 tahun dan perkahwinan keduanya dengan Mah hanya dua tahun lalu dan mendapat seorang anak lelaki kini berusia lapan bulan dikenali sebagai Alif.

Menceritakan peristiwa berlaku kira-kira jam 10 pagi kelmarin, Siti Aminah berkata, beliau terkejut dengan tahap kecederaan yang dialaminya kerana menyangka hanya dahinya yang cedera.

“Apabila melihat cermin pagi ini (semalam) rupanya pipi hingga ke bibir turut cedera.

“Dengan kecederaan yang dialami ini, saya tidak pasti bila akan dibenarkan keluar daripada hospital,” katanya.

Menurutnya, anak keempat, Siti Musliha, juga cuba diserang tetapi sempat mengelak dan melarikan diri. Bagaimanapun, Nurul Syuhada yang cuba menyelamatkannya cedera terkena parang panjang.

“Sebelum kejadian, bayinya menangis dan saya minta izin untuk memberi bayi itu makan, dia kata kalau nak, datang ambil, tetapi saya diserang sebaik pintu bilik dibuka. Selepas ditetak di dahi, dia duduk atas badan dan cuba mencekik saya, mujurlah Nurul Syuhada ada ketika itu dan sempat menariknya.

“Saya tidak menyangka perkara ini akan terjadi, bagaimanapun saya serahkan kepada polis untuk menyelesaikan kes ini.

“saya sekarang membuat tudung saji sebagai kerja sambilan dan tempahan dan perlu disiapkan dalam masa terdekat namun setelah insiden ini, saya kehilangan punca pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Siti Aminah berkata, suaminya meminta agar tidak membuat laporan polis tetapi menyerahkan kepada anak untuk membuat keputusan.

“Pagi ini suami tidak datang jenguk saya dan dimaklumkan dia bawa isteri kedua dan anaknya lari, mungkin balik ke Kuala Nerang.

“Saya tidak membantah jika anak nak bawa kes ini ke pejabat agama,” katanya.

Siti Aminah menerima hampir 30 jahitan di pipi dan 20 jahitan di dahi akibat tetakan dalam kejadian kelmarin, bahkan ujian x-ray mendapati terdapat kesan retakan pada kepalanya. -SH

Ulasan GB

Kes semalam ni bila diikuti semula, ia ada kepelikannya.

Biasanya isteri tua mengamuk bila suaminya berkahwin lain.

Di dalam kes di atas, isteri muda pula yang mengamuk.

Itulah donia...

2 ulasan:

  1. ini semua kes hidup susah nak kawin lebih. kalu isteri hanya buat tudung saji nak tambah pendapatan suami tak payah lah nak berbini dua. jangan ikutkan pelir, ada kepala tak ada otak, tak boleh pikir. bahalul punya laki.

    BalasPadam
  2. Tak peliklah GB... saya dah lalui semua ni. Isteri tua lagi senang handle berbanding isteri muda. Inilah kehidupan sebenar...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.