Tun Mahathir cuba alih isu
KUALA LUMPUR, 18 Dis: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.
"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.
"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya.
Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.
Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.
Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".
"Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'.
"Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri.
Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.
"Beliau sepatutnya bersumpah yang beliau tidak pernah memohon bantuan dari Bank Dunia, dan jika laporan tersebut itu tidak benar maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang.
"Tapi adakah beliau seberani itu untuk bertindak, yang saya pasti beliau akan terus menyerang Anwar kerana baginya isu Bank Dunia sewaktu Anwar berada dalam kabinet beliau," kata Mahfuz.
Ulasan GB
Bagi UMNO, sumpah dijadikan mainan bibir. Semata-mata untuk meyakinkan orang lain terhadap sesuatu perkara.
Sumpah laknat sudah banyak kali diulas oleh ramai ulamak sebelum ini dan yang jelas: di dalam Islam, sumpah tidak boleh dipermain-mainkan.
Apabila keadaan cukup terdesak, dengan tujuan untuk berlindung dari terbuka keaiban, kini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendedahkan dirinya seorang yang setaraf Saiful yang pernah melafazkan sumpah laknat - yang mana di dalam kes Saiful, akhirnya laknat itu menimpa dirinya apabila pertunangannya terputus dan kes hubungan intimnya dengan peguam Pendakwa Raya Farah Azlina terbongkar. Kesan sumpah laknat Saiful BELUM BERAKHIR.
Begitu juga sumpah laknat Datuk T. Kini Tun Mahathir pula mengekorinya.
Berlagak semacam terlalu pandai agama, mencabar orang lain bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran, sedangkan ajaran Al-Quran sendiri ditinggalkan malah ditentang.
Jangan lupa bahawa Mahathir telah banyak kali menghentam hukum dan undang-undang Islam, malah menghina sunnah Rasululah saw. Sebelum ini kita telah mendedahkan bahawa beliau terlupa dan buta bahawa anaknya yang bernama Mirzan adalah seorang ahli lembaga pengarah syarikat arak.
Seorang bapa yang membenarkan anaknya bergelumang dengan puca rezeki yang haram di sisi agama. Orang sebegitu hendak dilayan bersumpah dengan Al-Quran?
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

KEADILAN dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia
KUALA LUMPUR: KEADILAN mendedahkan bukti pautan memuatkan senarai pinjaman Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar.
Rujukan pautan itu di sini
Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999.Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkong dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.
Sedangkan, Anwar ketika masih Menteri Kewangan pernah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.
“Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.
“Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel,” kata kenyataan media KEADILAN hari ini.
Dr M cabar Anwar tunjuk surat pinjaman Bank Dunia
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.
Dr Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu tetapi, sekiranya apa yang didakwa oleh Anwar itu benar, sila tunjukkan surat itu.
"Saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.
"Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran. Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di Butterworh hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah berita online (Malaysiakini) hari ini, yang melaporkan bahawa Anwar telah membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir bahawa bekas perdana menteri itu pernah menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.
"Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada bank dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita. Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya," katanya.
Sementara itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut bersama berkata beliau boleh menjadi saksi bahawa Dr Mahathir adalah orang yang menolak pertolongan bank dunia dan apa yang didakwa oleh Anwar itu tidak benar.
Nor Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau masih ingat ada satu ketika wakil daripada bank dunia dan IMF telah datang untuk mencari Dr Mahathir untuk membincang tentang cara untuk elakkan krisis pada 1999.
"Wakil bank dunia itu telah mencadangkan kepada Dr Mahathir untuk menambah kadar faedah rumah, kerajaan pula tidak boleh belanja dan bank negara harus tarik balik semua pinjaman untuk elakkan krisis ekonomi.
"Namun Dr Mahathir memberitahu mereka bahawa cadangan itu akan membawa kepada 'bloods in the street' dan mereka berkata 'let it be bloods in the streets' tetapi cadangan itu telah dibantah keras oleh Dr Mahathir yang kemudiannya menghalau wakil bank dunia itu keluar dari pejabatnya pada ketika itu," katanya.- Bernama
Ulasan GB
Bagi UMNO, sumpah dijadikan mainan bibir. Semata-mata untuk meyakinkan orang lain terhadap sesuatu perkara.
Sumpah laknat sudah banyak kali diulas oleh ramai ulamak sebelum ini dan yang jelas: di dalam Islam, sumpah tidak boleh dipermain-mainkan.
Apabila keadaan cukup terdesak, dengan tujuan untuk berlindung dari terbuka keaiban, kini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendedahkan dirinya seorang yang setaraf Saiful yang pernah melafazkan sumpah laknat - yang mana di dalam kes Saiful, akhirnya laknat itu menimpa dirinya apabila pertunangannya terputus dan kes hubungan intimnya dengan peguam Pendakwa Raya Farah Azlina terbongkar. Kesan sumpah laknat Saiful BELUM BERAKHIR.
Begitu juga sumpah laknat Datuk T. Kini Tun Mahathir pula mengekorinya.
Berlagak semacam terlalu pandai agama, mencabar orang lain bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran, sedangkan ajaran Al-Quran sendiri ditinggalkan malah ditentang.
Jangan lupa bahawa Mahathir telah banyak kali menghentam hukum dan undang-undang Islam, malah menghina sunnah Rasululah saw. Sebelum ini kita telah mendedahkan bahawa beliau terlupa dan buta bahawa anaknya yang bernama Mirzan adalah seorang ahli lembaga pengarah syarikat arak.
Seorang bapa yang membenarkan anaknya bergelumang dengan puca rezeki yang haram di sisi agama. Orang sebegitu hendak dilayan bersumpah dengan Al-Quran?
klik untuk baca
Nampaknya Mahathir terus menerus menipu kerana adanya pemimpin dan ahli UMNO yang masih mempercayainya. Orang yang cerdik dah lama tak percaya kelentong Mahathir. Inilah bahananya banyak sangat bercakap dan masih tak sedar diri dah pencen.
BalasPadamRasanya kalau Mahadir berdiam diri adalan lebih baik.
BalasPadamTun Mahathir jangan mati dulu....
BalasPadamAda banyak pekara yang belum selesai sebagaimana slogannya dalam PWTC "Perjuangan yang belum selesai".
Masih ada masa lagi untuk Tun berkempen keliling Malaysia sambil bersumpah bohong memberi tahu rakyat bahawa Tun bukan perompak harta negara, bukan perosak agama islam, bangsa melayu dan budaya malaysia.
Alahai... Tun.... dah dekat dengan pilihanraya Anuar buka pekong yang tersorok didada Tun pulak. Anuar memang tak patut, tak gitu ?
Tidakkah Tun mudah luga bahawa Anuar sudah berkata... lagi ditekan lagi dia melawan ?
Kami sokong Anuar Ibrahim. Padan muka Tun... !!
kami xmau dgr lg apa tun cakap...dah pencen dok diam2 jgn dok cmpoq pentdbiran malaysia...xdaq sapa nak dgq cakap dia....dia berangan2 nak perintah malaysia buat kali terakhir kot?
BalasPadamAda apa pada manusia yang hina Nabi SAW,hina para ulamak dan nak buat terjemahan Quran yang lain? Ada apa "sumpah dalam mesjid" pada dia? Lagi lama dia hidup lagi banyak "kekotorannya" akan terbuka.Munkn dia tidak dimasukkan kedalam penjara,tapi inilah "penjaranya".
BalasPadamTun Mahathir oh Tun Mahathir !, kenapalah sampai tua pun masih tak habis nak marah-marah. Cuba belajar dari Pak Lah makin lama makin berisi, barkat ajaran Islam Hadari.
BalasPadam