3 Dis 2011

SPR Cipta Alasan Baru "Tunggu Fatwa" Untuk Elak Guna Dakwat Kekal

Tunggu fatwa dakwat kekal hanya dalih SPR

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata alasan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersedia menggunakan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang tetapi perlu menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu yang aneh.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, sedangan pada tahun 2008 penggunaan dakwat kekal telah diluluskan malah telah mempunyai kelulusan daripada Majlis Fatwa.

"Alasan SPR itu satu yang aneh serta menunjukkan sikap dolak dalik mereka untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum yang akan datang.

"Selain itu juga ia mempunyai motif tersendiri untuk cari alasan agar penggunaan dakwat kekal tidak dilaksanakan, kenapa kena tunggu kelulusan dari Majlis Fatwa sedangkan pada tahun 2008 sebanyak RM2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal.

"Malah kelulusan Majlis Fatwa sudah diperolehi tetapi mereka mencipta alasan lain untuk menolak penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya tahun 2008," jelasnya.

Dalam pada itu Saifuddin memberitahu, SPR tidak perlu membangkitkan hal-hal sedemikian kerana perkara itu telah dibincangkan semasa pendengaran awam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

"Perkara tersebut telah dibincangkan semasa pendengaran awam PSC yang turut dihadiri Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ia tidak perlu timbul sekarang.

"Nampaknya SPR tidak bersedia untuk melaksanakannya serta menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil," ujarnya.

Tambahnya lagi, desakan yang dilakukan oleh Bersih 2.0 dan juga Pakatan Rakyat telah menunjukkan hasil yang baik di mana sewaktu perbahasan laporan awal cadangan PSC di Dewan Rakyat semalam menunjukkan cadangan pertama penambahbaikan pilihanraya adalah penggunaan dakwat kekal.

"Persetujuan telah diperolehi dan perbahasan semalam juga telah meluluskan apa yang dicadangkan oleh PSC jadi kena SPR ingin berdolak dalik.

"Pakatan Rakyat mendesak agar SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum ketiga belas nanti (PRU13) dan apa yang dibincangkan semasa pendengaran awam PSC, SPR hanya memberitahu memerlukan dua bulan untuk proses tenpahan dan pembelian dakwat kekal.

"Pakatan Rakyat berpendapat alasan itu cukup aneh dan tidak boleh diterima pakai," sambungnya lagi.

Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Malah Setiausaha SPR, Kamaruddin Ahmad Baria memaklumkan bahawa mereka sedia menggunakan dakwat kekal dan sedang menunggu kelulusan terakhir daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan bahan yang digunakan dalam dakwat itu mematuhi kehendak syariah.-HD

SPR sedia guna dakwat kekal jika dilulus Majlis Fatwa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Setiausaha SPR Kamaruddin Ahmad Baria memaklumkan kepada kami bahawa mereka sedia menggunakan dakwat kekal dan sedang menunggu kelulusan terakhir daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan bahan yang digunakan dalam dakwat itu mematuhi kehendak syariah,” kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat ahli-ahli parlimen DAP bersama Kamaruddin selama hampir sejam di Puitrajaya hari ini.

Bagaimanapun, seorang lagi ahli parlimen DAP, Teresa Kok yang hadir bersama sidang media itu, berkata Kamaruddin memberitahu mereka bahawa cadangan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi sebagai pengundi tidak hadir masih dikaji dan tidak akan dikasanakan segera.

Kedua-dua syor penggunaan dakwat kekal dan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi adalah antara sepuluh cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi pembahruan sistem pilihan raya di negara ini di Dewan Rakyat, minggu ini.

Agensi seperti SPR yang dinamakan dalam laporan itu diberikan tempoh dua minggu bagi melaksanakan cadangan berkenaan.

Sementara itu, mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, beliau bersetuju dengan cadangan dakwat kekal digunakan bagi mengelakkan tohmahan berlaku penyelewengan dalam pilih raya.

“Dunia Islam lain dah terima. Mereka juga ada ulama dan ilmuan agung. (Jadi) setuju sangat agar tohmahan dihilangkan dan setara keadilannya,” katanya dalam sms ringkas kepada Malaysiakini.

Menurut beliau penggunaan dakwat kekal bukan sesuatu yang baru tetapi telah juga di beberapa negara, termasuk Bangladesh dan Indonesia. -mk


8 ulasan:

  1. SPR KA ARAHAN PARTI GEROMBOLAN KA ? BILA DAH TAU RAKYAT MARHAEN MELUAT DENGAN SEGALA KEBEJATAN & PENYELEWENGAN ERBAGAI ALASAN TAK LOGIK KELUAR !

    BalasPadam
  2. Mesir baru adakan pilihanraya. . Mesir sendiri gunakan dakwat untuk pengesahan penggundian.. Tiada Masalahpun.. Mesir banyak para ulamak berhaluan kanan dan kiri . . Carilah fatwa lain SPR . Fatwa boleh atau tdak makan hasil penipuan apabila menang pilihanraya dengan cara menipu. . SPR = UMNO. . UMNO = SPR

    BalasPadam
  3. APAKAH PERKARA YANG JELAS MELIBATKAN KEMUNGKARAN DAN KEZALIMAN (MINIPU) MASIH PERLUKAN FATWA? WAHAI PENGERUSI SPR BERJAWABLAH KAMU DIHADAPAN ALLAH NANTI, KETIKA ITU KAMU BAWALAH BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG KAMU BELA DIATAS DUNIA INI UNTUK MEMBELA KAMU DIAKHIRAT NANTI.

    BalasPadam
  4. SPR! jangan kamu tiup api kemarahan rakyat, jangan kamu suburkan kebencian rakyat dan jangan kamu panaskan darah yang mengalir dalam tubuh kami, mahukah kamu melihat sebagaimana keadaan yang berlaku di MESIR, TUNISIA, LIBYA? Bagaimana kuat kumpulan yang kamu dokong dan sekutu-sekutunya kebangkitan rakyat mampu merobohkanya. Jangan perlekehkan kuasa rakyat.

    BalasPadam
  5. Agak2 nya , kalau Pengerusi SPR dan kuncu2nya pencen nanti .. , kat mana agaknya dia nak duduk. Makan gaji dan terima duit pencen yang selama ni menipu rakyat, ikut telunjuk pemerintah yang tak adil dan yang paling ngeri sekali .... apakah alasan yang hendak dijawab didalam kubur dan di padang mahsyar nanti. ' Itupun kalau sempat pencen , kalau ditarik nyawa sekarang ni, macamana pula gamaknya. Hari-hari tipu rakyat , tak taku azab ALLAH ke .......?

    BalasPadam
  6. Diharap orang SPR jalankan tugas ikhlas dan amanah.

    BalasPadam
  7. Kita semua sedar bahawa manusia kini tidak boleh lari dari melakukan kesilapan, tetapi mencari kesilapan , menganiya orang , menipu rakyat dan melakukan sifat2 mazmumah adalah beberapa perbuatan yang sepatutnya ditinggalkan jika kita diberi pinjamkan kuasa. Apakah si pengerusi dan kuncu2 SPR dan psmerintah yang ada telah merasakan diri itu adil keatas rakyat malaysia. Ingat azab ALLAH tiada bandingan nya keperitan di dunia ini.....

    BalasPadam
  8. Fatwa apa? Dakwat celup ni sudah digunakan dinegara-negara yang pengundi Islamnya ramai seperti diIndonesia,Pakistan,India,Sudan dan baru-baru ni diMesir.Apakah orang Melayu/Islam diMalaysia ni lebih Islam dari orang Islam lain didunia?Takkan nak ikut fatwa Brahim Katak? SPR jangan cari alasan dan jangan jangan jadi pencacai UMNO.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.