Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur'
Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau “winnable candidate” berundur pada pilihan raya umum akan datang.
Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan.
Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden.
Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi.
Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.
Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini.
“Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul,” petik notis itu.
Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian. -mk
Laporan sebelumnya
Ulasan GB
Sememang wajar ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu berundur. Paling tidak pun rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO sendiri sudah melihat "kebebalan" mereka. Buat kenyataan sedia berundur, lepas tu baru tersedar risikonya bahawa ahli-ahli UMNO memang hendakkan ketiga-tiga berundur sehingga mengejutkan pimpinan tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Akhirnya ketiga-tiganya tarik semula kenyataan yang dibuat bersama - yang lucunya - suruh orang lain pula berundur.
Buruk betul!

Ketiga-Tiga Naib Presiden UMNO Sedia Tarik Diri Bertanding PRU-13
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Ketiga-tiga Naib Presiden Umno Khamis menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada Khamis.
Hishammuddin yang mewakili ketiga-tiga mereka berkata "tiada masalah" apabila ditanya adakah mereka sanggup melepaskan kerusi masing-masing jika difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.
Katanya ini adalah selaras dengan ucapan dasar presiden parti yang antara lain menyebut anggota parti perlu menilai sama ada mereka dapat membantu parti memenangi pilihan raya umum jika bertanding nanti atau hanya merugikan parti jika berbuat demikian.
"Presiden parti tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada parti, namun kita sendiri mesti lakukan muhasabah pada diri. Kalau kita tidak boleh memberikan kemenangan kepada parti lagi maka kita perlu mengundurkan diri."
Najib semasa berucap pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini secara halus meminta para pewakilan mencontohi sifat sahabat Rasulullah, Khalid al-Walid yang taat mengundurkan diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh khalifah, dan hanya berkerja sebagai tentera biasa sekalipun sedang berada di kemuncak kariernya yang tidak pernah kalah dalam sebarang peperangan. -Bernama
Ulasan GB
Sememang wajar ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu berundur. Paling tidak pun rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO sendiri sudah melihat "kebebalan" mereka. Buat kenyataan sedia berundur, lepas tu baru tersedar risikonya bahawa ahli-ahli UMNO memang hendakkan ketiga-tiga berundur sehingga mengejutkan pimpinan tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Akhirnya ketiga-tiganya tarik semula kenyataan yang dibuat bersama - yang lucunya - suruh orang lain pula berundur.
Buruk betul!
Lagi bagus kalau UMNO tidak meletakkan calon dalam PRU13 @ tidak bertanding. Aman Kerajaan Malaysia untuk 5 tahun.
BalasPadamUMNO!!! jangan perasan aku komen macam ni sebab gentar pada parti buah lasu.
Mereka bertiga tu acah aje. Lepas menjawat Naib Presiden, salah seorang akan jadi Timbalan Presiden. Tak kan nak tarik diri kot.
BalasPadamBesar beza Khalid Ibnu Walid dengan Pemimpin UMNO.
BalasPadamKhalid ditarbiah dengan Al-Quran dan berjuang demi redha dan syurga Allah SWT. Menjadi panglima atau tidak, tidak membezakan ganjaran Allah SWT kepada beliau. Pemimpin seperti ini hanya wujud dlm PAS kerana PAS mendidik ahli dengan Al-Quran, Syurga dan Neraka.
UMNO mendidik ahli dengan projek dan kekayaan segera. Memegang jawatan kepimpinan akan tingkatkan peluang untuk kaya dan laba.
Siapa yang boleh nafikannya ? Mana pemimpin UMNO yang hidup miskin macam Saidina Umar Al-Khattab atau Tok Guru Nik Aziz Nik Mat ?
Mengharapkan pemimpin macam Khalid Ibnu Walid dalam UMNO macam mengharap bulan jatuh ke riba.
Tidak akan ada kerana wang menjadi sasaran perjuangan mereka.
Tanpa pangkat dan wang, tiada ahli yg akan menjadi rakan atau kawan.
Lihatlah apa yg berlaku kpd pemimpin UMNO yang kalah dlm pemilihan atau tidak menjadi YB ?
UMNO blh dpt pemimpin macam Khalid hanya apabila Al-Quran menjadi dokongan mereka. Redha Allah menjadi tujuan. Syurga menjadi balasan, neraka menjadi batasan.
Anon 1.00pm,
BalasPadamTak usah nak bandingkan pemimpin-pemimpin UMNO dengan Khalid ibni Walid.Perbezaan jarak antara bumi dengan langit.Jangankan peribadi Khalid Ibni Walid,dengan SEPATUNYA pun tak wajar dibandingkan dengan pemimpin UMNO sekarang.
Perbandingan BAGI UMNO paling sesuai ialah dengan LEMBU ternakan syarikat keluarga Syarizat. Mereka tinggal dalam rumah-rumah mewah dan lembu Fidlot itupun dah tinggal di kondo yang berharga hampir RM10 juta.
BalasPadamWakkaka.. umno.. umno... Lagi dibiar lama memerintah akan tergadai negara ini. Sekarang nukan lagi gilirasn kamu. Ini adalah giliran Pakatan Rakyat. PAKATAN RAKYAT.