24 Dis 2011

Salahguna Wang Zakat: Jamil Khir Khianati Orang Miskin, Bukti Beliau Tidak Amanah

Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat

Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim.

Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

“Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat,” katanya.

Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).

Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat.

Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.

“Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.

“Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat balik,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Guna wang zakat bukti Jamil Khir tidak amanah – Izzah

KUALA LUMPUR 23 Dis: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan beliau seorang yang tidak amanah.

“Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat),” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain.

Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut.

“Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendengar aduan penduduk di Taman Sentosa.

Sementara itu, Izzah yang ditemui selepas lawatan kawasan penduduk di Taman Seri Sentosa, Klang Lama menggesa Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) memberi perhatian terhadap rungutan penjaja di situ.

Ia berhubung aduan bahawa DBKL menindas beberapa penjaja di kawasan tersebut.
Menurutnya, DBKL tidak seharus berat sebelah untuk mengambil tindakan dan perlu mengambil kira pendapat penduduk setempat.

“Kalau betul nak ambil tindakan, jangan pilih bulu. Jangan ditindas peniaga-peniaga tertentu yang mencari rezeki,” katanya.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





19 ulasan:

  1. Puak-puak UMNO ini sudah sampai ke peringkat maksima mempermainkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Mereka ini sebenarnya bukan memperbodohkan umat Islam tetapi sudah sampai keperingkat main-main dengan peraturan Allah s.w.t.
    Kalau inilah bangsa Melayu boleh lagi untuk mengangkatnya menjadi pemimpin, apa nak dikata lagi tunggulah pengajaran yang akan diturunkan oleh Allah s.w.t. kerana janji Allah itu adalah benar/

    BalasPadam
  2. Salam. Jamil tolong pertahan tindakan anda. Keluarkan la hadis ka ayat Quran ka, dalil aqli ka, bersihkan nama anda.
    DSN kena tegas, kalau yang tak amanah diketepikan maka BN akan dihormati. Rakyat bukan tak sokong UMNO tapi kerana beberapa kerat yang menjadi duri dalam daging, Jika DSN berani bertindak saya percaya BN akan terus berkuasa........... saya tetap bagi undi.

    BalasPadam
  3. Apa pun alasannya nnti sikap tidak amanah Jamil Khir sudah terbukti. Tarafnya skrg samalah dgn seorang pencuri dan lebih teruk lagi dia lebih papa kedana daripada org yg layak menerima zakat. Amat memalukan seluruh umat Islam seorang yg berpengetahuan tinggi dlm agama sepertinya sanggup curi wang zakat. Mungkin ada lagi kes-kes lain yg masih tidak diketahui umum. Begitu rendah akhlaknya.....

    BalasPadam
  4. Wahai saudara2ku seISlam...kaji dulu sebelum berkata ..kelak fitnah, anda yg rugi ..

    BalasPadam
  5. Dulu saya cukup kagum dengan ceramah yang diberi Jamil Khir dalam Forum Hal Ehwal Islam.

    Rupa-rupanya pandai cakap sahaja (teori) untuk orang lain dengar. Dia sendiri rupanya tidak amalkan.

    Patutlah tiba-tiba sahaja masuk UMNO yang tak berapa suka Islam.

    BalasPadam
  6. Kalau ikut hukum hudud boleh jadi abang jamil kita ni dah kena kerat tangan.keh, keh...

    BalasPadam
  7. tu dia!! umno kini tercalar teruk! kes yang tak dapat disembunyikan dan amat memalukan ialah video seks yang dikendalikan oleh 'datuk t'. kini berbagai-bagai perbuatan mungkar terdedah. Allah Maha Kaya. di dunia boleh disembunyikan, di akhirat nanti tak ada peguam! ingatlah tuu!!!

    BalasPadam
  8. Dah tau dah duit zakat utk asnaf napa di bg?urusan zakat biar lah jujur...mualaf pun ada yg xdapat zakat....nie apa cerita nie...xtakut gan balasan allahswt kerrrrr..ilmu agama tinggi tp berani xjujur pada kami yg memerlukan...xde haq org cmni di hormatu

    BalasPadam
  9. Sangat takut aku bila bercampur dgn org2/puak2 yg suka pada kemewahan melampau2 ni, takut aku tergoda hingga menafikan hak org lain & melanggar perintah Allah & Rasul saw.

    Bila aku mati, harta2 tu tak dapat menolong ku.. apalagi lah puak2 & kawan2 ku tu.. Menyusahkan aku ade le..

    BalasPadam
  10. Saya muskil kenapa PAS tak komplin ? Pemuda PAS sebok belakon atau sedang tidur ?

    BalasPadam
  11. woi anon & din tak beramboi. dah terang lagi bersuloh...dah suloh dgn lampu spotlight lagi. hgpa pencacai umno memang lagu tu. khianat memang dah jadi dinner@darah daging hgpa. bohong hgpa punya breakfast. kesian, hati hgpa dua kelam...sama kelam dgn mankok hayun jamil pencen askar.

    BalasPadam
  12. ditentang untuk hukum qazaf dan ambil duit zakat lepas tu berbohong pula! apakah perlu kita sembahyang jenazah untuknya?

    BalasPadam
  13. Ibu saya sering berpesan ketika saya kecil-kecil dahulu..sebaik mana pun kamu kalau berkawan dengan orang jahat akhirnya jahat juga kamu nanti...fikir2kan lah..

    BalasPadam
  14. harimau mati meninggalkan belangnya manusia mati meninggalkan namanya.

    BalasPadam
  15. Untuk Tontonan Sdr Aliph,

    Kalaulah PAS bercakap, depa kata ini permainan politik. Tak kan hang tak faham atau buat-buat tak faham? bebai kot.

    BalasPadam
  16. menteri misai tebal ni tahu hukum bahawa dia boleh guna zakat tu untuk survival politiknya kot? dia dok berangan nak jadi mb kedah: kenalah bertanding dun, di mana? kawasan yanlah kot, lawan dengan dto' seri diraja azizan razak. sahih kalah. silap-silap hilang deposit yang boleh jadi songlap duit zakat juga.

    BalasPadam
  17. bertaubatlah sebelum mulut dipenuhi tanah.

    BalasPadam
  18. bertaubatlah sebelum mulut dipenuhi tanah

    BalasPadam
  19. ALAHAIIIII.........SEMUA BENDA BOLEH BOLEH JUAL..BUKAN BARANG SAJA...AGAMA BOLEH JUAL...ZAMAN SEKARANG BUKAN PELIK LAGI..KALAU SETAKAT OSTAD MACAM NI....KALAU FITNAH SURUH JE SUMPAH....BUKAN SUSAH...MALAYSIA BOLEH..SALAM 1 MALAYSIA...ISLAM ADAHARI...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.