23 Dis 2011

Salahguna Kedudukan MB: Mahkamah Dapati Khir Toyo Bersalah Tuduhan Rasuah

Mahkamah dapati Khir Toyo bersalah tuduhan rasuah

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu. -mk

Ulasan GB

GB sudah ulas di Khir Toyo Bakal Habiskan Sisa Hidupnya Dalam Penjara?. Petikan:

Tak tentu arah Khir Toyo sekarang ini apabila ada skrip lain sedang mengatasi skrip untuk membebaskannya.

Maka didedahkanlah skrip dari 3 Menteri Kabinet yang dikatakan sedang berkonspirasi untuk beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Tetapi beliau tak dedahkan pula bahawa sebelumnya ada skrip lain dari kalangan pihak paling berkuasa di dalam sistem kehakiman negara untuk membebaskan beliau dari tuduhan rasuah. Buktinya: apa pihak yang sudah menyuruh beliau duduk diam-diam dan jangan buat kenyataan mengenai kesnya.

Tetapi mungkin Khir berang kerana tak tahan kena bela diri di atas tuduhan rasuah, maka beliau buat juga kenyataan dedahkan apa yang dikatakan konspirasi menteri-menteri berkenaan terhadap dirinya. Sepastinya beliau sudah diberitahu ada kemungkinan skrip asal untuk membebaskannya sudah ditewaskan dengan skrip lain yang lebih bermutu tinggi.

Tak apalah Khir. Tuan pun dah lama "sapu" bersih wang rakyat semasa menjadi MB. Mungkin di dalam penjara tuan boleg "berriadah" memperbanyakkan ibadah menyuci diri dan kemudiannya siapa tahu diterima semula ke dalam masyarakat macam Mokhtar Hashim yang pernah jadi seorang Menteri kabinet kemudian, dihukum gantung sampai mati, kemudian mendapat keampunan dari Yang Di Pertuan Agong dengan cuma dipenjara seumur hidup. Kemudian setelah menjalani 10 tahun dalam penjara, beliau mendapat keampunan daripada Agong untuk dibebaskan.

Gigil tak bila GB kata kena masuk penjara jugak? Relaxler. Lom kena lagi. Doa banyak-banyak.


Dan di dalam satu lagi ulasan GB di Siapa Yang Bakal Terkena Suweh Penyapu?. Petikan:

Kumpulan UMNO yang dahulunya ber"kepala lembu" kini "bertopeng dan berpenyapu".

Penyapu dikatakan sebagai sesuatu simbol yang tidak baik. Di dalam adat bangsa Melayu yang dipercayai sebilangan besar ahli UMNO sendiri, ia pembawa suweh... maka dibawalah penyapu ke hari demonstrasi semalam.

Jangan lupa Khir Toyo yang dahulu menghadiahkan penyapu kepada PBT, tiba-tiba beliau yang ditimpa suweh sehingga sekarang tak habis-habis lagi.


7 ulasan:

  1. Apakah Hasan Ali akan masuk UMNO dan bertanding di DUN Sungai Panjang menggantikhn Khir Toyo, dan seterusnya menjadi MB Selangor jika BN menang di Selangor dalam PRU 13 nanti? Apakah ini yang dirancang?

    BalasPadam
  2. OMPUTIH KATA WHAT GOES AROUND COMES AROUND ,NANTI YANG LAIN-LAIN ANAK HANTU DAN JIN CAMNA ?

    BalasPadam
  3. Bakal jadi kambing hitam UMNO. Lepas ni UMNO akan kata mereka tak pilih bulu. Salah tetap salah dan mahkamah telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baiknya.
    d

    BalasPadam
  4. Pakcu mencelah sikit...

    Dalam hukum mahkamah ni kalau kes yang meyebelahi kita dan kita menang maka O.K ... puas hati. Puji mahkamah...

    Tapi dalam kes lain pula jika kita yang kalah maka itu kurang o.k malah pasti akan kata hakim berat sebelah atau paling tidak...bertempik sorang diri..atau ajak geng belarak pula kot.

    Pakcu rasalah tuan badan sendiri lebih tahu kebenaran yang sejati...
    Jika kita benar-benar tak bersalah dan terkena hukum didunia ini maka di akhirat nanti Tuan Hakim yang putus kes tu akan tercabar...

    Tapi kalau dah betul-betul kena kerana kita yang buat silap maka tanggung sendirilah apa yang patut....

    Demikianlah apa yang tersurat dan yang akan terjadi hari ini dan esok....
    Dunia ada undang-undang. Akhirat pun ada undang-undang...

    BalasPadam
  5. Halo Wak Toyol....

    Gua kasi tau sama lu...lu jgn lari Indon ma...
    Mana lu mau pigi sklg....sapa mau tolong sama lu sklg. Itu Ramli gengster Sg Besar ada tengok sama lu ka. Ada tolong ka sama lu...

    Org Cina Sg Besar manyak tala suka lu sama itu Ramli gila punya org. Lu tau kaa.
    Bodo punya org...
    Busuk punya org...
    Tapi lu jgn takut.
    Nnti gua sama kwn-kwn dtg tengok sama lu di penjara. Mana penjara lu duduk...kasi tau ma.,

    BalasPadam
  6. Alloo...jangan bising2, wak toyol takkan masuk penjara. Tengok hukuman yang mungkin di atas ;
    "kemungkinan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya

    BalasPadam
  7. Mungkin Dr Khir dah tak berguna lagi bagi UMNO. Ini kerana ramai lagi pembesar UMNO yang ada kes rasuah masih belum didakwa pun. Mungkin mereka masih berguna lagi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.