Kota Suci Makkah telah berevolusi secara drastik dalam beberapa dekad terakhir. Yang mengkhuwatirkan ialah, Masjidil Haram bakal tenggelam dalam mewahnya pencakar langit yang bertebaran di Makkah.
Namun, Datuk Bandar Makkah membantah pembangunan yang kian pesat tanpa perhitungan. Sebaliknya, pihak berkuasa Makkah mempertimbangkan lebar jalan dan lokasi sehingga tidak sembarangan gedung pencakar langit boleh dibangunkan.
"Projek masa depan akan jauh dari Masjidil Haram, sekitar 300 meter. Bangunan sendiri akan memiliki ketinggian wajar antara 8 hingga 10 lantai," kata Datuk Bandar Makkah, Osama Al-Bar, seperti dikutip Reuters, Rabu (9/11).
Dalam enam tahun, tambahnya lagi, pihak berkuasa Makkah berharap infrastruktur kota Makkah akan bertambah sehingga mempermudahkan umat Islam dari seluruh dunia menuju Masjidil Haram. "Kami akan membuat jalan, pedestrian, jambatan dan jalur untuk MRT," katanya.
Al-Bar juga akan memastikan projek jangka panjang di sekitar masjid akan meliputi hotel, gedung-niaga dan kafe. Pembangunan wilayah pinggiran kota, termasuk perumahan dan taman bagi penduduk, telah diselesaikan.
"Makkah dikenali sebagai sebuah kota tua, memiliki beberapa bangunan tua yang tidak teratur rapi. Projek pembangunan akan mengubah dan meningkatkan kapasiti dan layanan kota Makkah," kata Bar.
Pada tahun 2020, lanjut Al-Bar, penduduk Makkah dan para jamaah haji bakal melihat impak dari pembangunan.
Meskipun bermaksud mengatur semula ruang kota, terdapat pihak yang melihat pembangunan itu meniadakan keaslian kota Makkah. Yang terjadi, nuansa kota ala peradaban barat lebih menonjol berbanding dengan keistimewaan kota Makkah sediri.
Sebagai contoh, Menara jam Raja Abdulaziz. Bangunan ini dimaksudkan untuk menjadi pusat waktu dunia Islam. Namun, senibinanya tidak mencerminkan selayaknya peradaban Islam. Bahkan ada kecenderungan pembangunan ini lebih bernuansa kebaratan.
"Apa yang tidak menyenangkan adalah rekabentuk luar tidak mengikuti tradisional Arab. Bangunan ini seolah-olah seperti bangunan di Australia, tidak memberikan nuansa Arab dan Makkah," kata Wafa Abbet, jamaah haji berasal dari Australia. -republika

senibina jam tu keje org malaysia kan?
BalasPadamkeje org Malaysia tapi syarikat jerman
BalasPadamPendapat aku le, Kerajaan Saudi ni yg aku tau banyak tolong2 prog Islam di serata dunia, tapi pasal TERLAMPAU kaya, tu yg bina MELAMPAU2 tu,yg aku rasa tak perlu sangat, kan Islam kata SEDERHANA. Tak payah le tayang2 lebih2 di dunia ni.
BalasPadamBantuan kpd yg memerlukan tu yg perlu diLEBIH2kan lagi.
bab tolong prog Islam tuh , dah jadi kewajipan. akan tetapi yg lebih penting tuh... Palestin tuh. Satu sen pon tak sampai kat menteri Hamas. NAk tau cite sebenar pi tanye MAPIM.. pose lepas depa pi sana jumpa Ismail Haniyeh.
BalasPadammanPokken
makin ramai jemaah haji nanti yg terpesona dengan keindahan buatan manusia di Mekah berbanding keindahan semulajadi Mekah ciptaan tuhan.
BalasPadamrukun2 haji membawa jemaah ke Arafah, Mina, untuk merasai sebagaimana jemaah terdahulu rasa, melihat keadaan gunung-gunung Mekah, kesengsaraan seperti gambaran di padang masyar, kesengsaraan sepertimana siti hajar rasai dulu. bagaimana jika pengerjaan haji dimudahkan segalanya?
akhir zaman nanti, pengerjaan haji adalah bermotifkan lebih kepada pelancongan daripada ruh haji itu sendiri.
Petanda kiamat semakin hampir....
BalasPadamBANUGUNAN NI PULAK JD FOKUS, TRADEMARK BERBANDING KAABAH? AA PAHALA KE TGK BANGUNAN TINGGI NI BERBANDING TGK KAABAH...
BalasPadammengikut sejarah, setiap kali lepas buat bangunan megah2, pemerintah akan lenyap tinggal sejarah...
Buatlah elok2, kemas2, besaq2, cantik dan juga bersih2 untuk memudahkan jemaah haji dan umrah. Kalau orang barat nak mai pun mai lah. Mai lah kerana 'wa atimmul hajjawal umrata lillah', tunaikanlah haji dan umrah kerana Allah. Biaqlah depa ramai2 pakat apply visa 'asyhaduanlla ilaa ha illallah..'.
BalasPadam