Idris Jala tukar pendirian, Malaysia tak akan bankrap
Ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu.
Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan.
Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif.
"Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.
"Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya dipetik Bernama ketika taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di Kuala Lumpur.
Pada 27 Mei tahun lalu, Idris berkata rakyat Malaysia mesti bersedia menghadapi pengurangan subsidi kerajaan, atau apa yang disebut sebagai "rasionalisasi subsidi", atau negara akan menghadapi kebankrapan menjelang 2019.
"Kita tidak mahu berakhir sebagai satu lagi Greece," katanya pada hari tersebut.
Subsidi untuk petrol, makanan, elektrik, dan beberapa barangan keperluan lain membentuk sebahagian besar perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan dan merupakan hampir lapan peratus daripada KDNK. -mk
Berita sebelum ini:
Ulasan GB
Pertamanya, ada kemungkinan Idris Jala telah disergah oleh menteri-menteri kabinet yang lain kerana kenyataan awalnya menyatakan negara masih ada risiko menjadi muflis membawa banyak kemudharatan kepada BN di dalam pilihanraya nanti.
Kedua, justifikasi untuk melaraskan (baca: menghapuskan) subsidi sudah di kesan oleh rakyat.
Sebelum ini GB sudah mengulasnya. Petikan:

Idris Jala: Malaysia masih ada risiko jadi muflis
KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara muflis dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan.
“Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku,” kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Beliau mencetuskan kebimbangan yang sama tahun lalu ketika ramai membicarakan mengenai isu subsidi, yang kemudiannya menjadi kontroversi.
Hutang kebangsaan Malaysia meningkat 12.3 peratus untuk mencecah RM407 bilion tahun lalu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu.
Meskipun ekonomi mengalami pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu, defisit fiskal tahun lalu mengekalkan hutang awam lebih 50 peratus berbanding kadar KDNK bagi tahun kedua berturut-turut.
Pakar ekonomi juga berkara bahawa pertumbuhan ekonomi negara boleh perlahan ke paras 3.6 peratus tahun depan daripada kadar 4.3 peratus yang dijangkakan tahun ini ekoran risiko kemelesetan berganda global.
Bagaimanapun kata beliau, Malaysia tidak akan melalui kemelesetan tetapi akan melalui perkembangan ekonomi yang perlahan ekoran merebaknya krisis kewangan di Eropah.
Katanya, jangkaan beliau tidak bermakna Putrajaya akan berhenti daripada membuat pinjaman.
“Kita harus membuat pinjaman dengan syarat wang itu digunakan untuk pelaburan berbanding untuk perbelanjaan operasi,” kata beliau lagi.
“Kita harus memastikan pinjaman kita sepadan dengan pelaburan,” katanya lagi. -TMI
Ulasan GB
Pertamanya, ada kemungkinan Idris Jala telah disergah oleh menteri-menteri kabinet yang lain kerana kenyataan awalnya menyatakan negara masih ada risiko menjadi muflis membawa banyak kemudharatan kepada BN di dalam pilihanraya nanti.
Kedua, justifikasi untuk melaraskan (baca: menghapuskan) subsidi sudah di kesan oleh rakyat.
Sebelum ini GB sudah mengulasnya. Petikan:
Sebenarnya kita sudah dapat membaca... kenyataan Idris Jala tersebut adalah justifikasi kerajaan Najib untuk melakukan "penyelarasan subsidi" sekali lagi - dalam erti kata menarik subsidi daripada beberapa barang keperluan dan sekali gus bererti kenaikan harga bagi barangan tersebut.
Beliau menggunakan alasan bahawa negara mungkin bankrap jika negara terus memberikan subsidi... ke atas barangan keperluan.
GB ingan tegaskan kepada Idris Jala yang telah membutakan matanya mengenai Laporan Audit 2010 bahawa: kebankrapan negara BUKAN disebabkan oleh subsidi tetapi adalah disebakan oleh ketirisan, rasuah, pembaziran, ketidak-cekapan, ketidak-berkesanan yang menjadi amalan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib kini.
Justeru itu jangan jadikan alasan pemberian subsidi sebagai sebab negara jadi bankrap. Tetapi adalah diakibat dari faktor-faktor kerajaan BN sendiri yang projek NKRAnya hanya mitos dan gimik yang sedap didengar tetapi hampas belaka.
Buka lembaran Laporan Audit 2010 itu dan perbaiki segala kepincangan yang didedahkan. Ambil tindakan segera ke atas pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan yang inefficient dan uneffective terutama yang melakukan korupsi.
Sekiranya itu tidak dilakukan, tunggu sehingga hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya: BN should get out from Putrajaya!
Cuba ingat kembali semasa MAS dipegang Idris. Tak berdaya maju pun. Malah bangunan MAS dijual untuk cari wang. Sampai sekarang MAS terumbang ambing. Track record Idris Jala memang teruk. Siapa nak percaya cakap dia. Cakap Melayu pun tak pandai dandia tak layak berada dalam kabinet.
BalasPadamzaes berapa banyak hang p dok jala pak2 menteri sehingga boleh tukaq cakap hang sendiri (muflis) ada masuuuuk kut berapa juta?
BalasPadamaku rasa idris digertak oleh menteri2 lembu, dan aku jugak rasa idris yang bijak ni sengaja ikut gertakan menteri2 lembu tu. sbb takkan tak faham2 lagi...idris cuma nak bagitau yg menteri2 lembu kat atas tu takmau dia bagitau pasal keadaan ekonomi malaysia. ini maksud sebenar idris jala. teknik psikologi.
BalasPadamIdris Jala ni ada sijil apa? Kata pandai akaun, Tapi apesal macam lembu je?
BalasPadamlidah bercabang mengalahkan biawak sungai...kalau jumpa gobala dgn anak jala nie mau dok katok 2-2 ekoq nie senang citer bagi mampuih.
BalasPadam