4 Nov 2011

Mat Salleh Melihat Gelagat Penonton M'sia Dengan Penuh Kehairanan

Daripada ruangan pembaca mstar:

SAUDARA PENGARANG,

SAYA mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menulis perihal perkara ini kerana menghormati mendiang Marco Simoncelli yang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri dalam perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Sepang 23 Oktober yang lalu.

Saya adalah sebahagian daripada beribu peminat MotoGP yang berada di tempat duduk utama ketika kejadian itu berlaku.

Kami dapat menyaksikan dengan jelas kemalangan yang berlaku itu menerusi paparan skrin besar yang terletak di atas bangunan paddock bertentangan dengan tempat duduk utama.

Namun begitu apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah gelagat sebahagian besar penonton di tempat duduk utama yang memperlihatkan sisi buruk mereka kepada bukan sahaja para tetamu luar yang turut hadir menyaksikan perlumbaan tersebut tetapi juga kepada anggota-anggota pasukan yang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Lebih kurang sejam selepas skrin besar di hadapan tempat duduk utama menyiarkan kenyataan ringkas bahawa perlumbaan dibatalkan, para penonton telah bertindak membaling apa sahaja yang ada di tangan mereka - botol air mineral, payung, air kotak dan juga bungkusan makanan di atas trek sambil melaung-laungkan kata-kata maki ke arah anggota-anggota pasukan yang bertanding.

Gelagat mereka ini telah mencetuskan kehairanan kepada para anggota pasukan yang berada di paddock kerana keputusan untuk menghentikan perlumbaan adalah keputusan pihak penganjur dan pemegang lesen perlumbaan.

Mereka melihat gelagat rakyat Malaysia sambil mengeleng-geleng kepala tanda kecewa seolah-olah rakyat Malaysia tidak memahami mengenai protokol perlumbaan apabila sesuatu kemalangan besar berlaku.

Adalah menjadi amalan bahawa perlumbaan akan dibatalkan jika berlakunya kemalangan besar yang mengancam nyawa pelumba. Kita telah menyaksikan peristiwa ini berulang-ulang kali tetapi malangnya penonton Malaysia memilih untuk memperlihatkan sikap tidak bertamaddun mereka dengan bertindak membaling botol ke atas trek malah menghamburkan kata-kata makian ke arah pelumba dan pasukan mereka.

Mereka tidak bersalah apa-apa di atas keputusan untuk membatalkan perlumbaan.

Ya, memanglah amat malang wang yang dibayar untuk membeli tiket MotoGP ini tidak kelihatan berbaloi jika dibandingkan dengan hanya sempat menyaksikan dua pusingan perlumbaan sahaja.

Tetapi perlumbaan yang mengorbankan pelumba dari Itali itu sememangnya patut dihentikan.

Jika ada sekali pun kelemahan di pihak penganjur yang boleh diambil iktibar agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi ialah mereka tidak mengumumkan mengapakah perlumbaan itu terpaksa dibatalkan.

Satu-satunya pengumuman yang dibuat pada hari itu ialah "Perlumbaan Dibatalkan". Itu sahaja. Tiada sebab tiada alasan yang diberi.

Ada yang mengatakan, pengumuman mengenai punca pembatalan perlumbaan memang tidak patut diumumkan selagi pasukan perubatantidak mengesahkan status kecederaan Marco atau keluarganya perlu dimaklumkan terlebih dahulu.

Tetapi orang Malaysia tidak faham akan semua ini. Yang mereka tahu ialah mereka telah membayar wang yang banyak untuk membeli tiket bagi menonton perlumbaan 500cc tetapi kenapa tiba-tiba dibatalkan.

Jadi akhirnya mereka mengamuk dengan melakukan sesuatu yang akhirnya memalukan imej negara dan sukan moto negara.

Saya perhatikan ramai mat salleh yang takut melihat gelagat barbarik penonton Malaysia dengan segera meninggalkan litar Sepang. Saya kurang pasti, apakah insiden yang menakutkan ini akan membawa mereka kembali ke sini tahun hadapan.

MAT LAN MAT DIN
Klang, Selangor


10 ulasan:

  1. penonton malaysia kurang ilmu....tak profesional kata kan..ni ikut menteri la ni..menteri borek rakyat rintik

    BalasPadam
  2. Salam GB,saya setuju,Pemikiran kebanyakan penonton Malaysia,tak kiralah motor GP ke bola sepak ke, masih ditahap budak sekolah rendah.

    BalasPadam
  3. Ia patut berhenti perlumbaan sekiranya ada kemalangan yg serius...

    BalasPadam
  4. tak payah buat lagi baik, gunakan wang tersebut untuk kos pelajaran dan perubatan mereka yang tak mampu.

    BalasPadam
  5. Salam 1MotoGP...
    Saya duduk d granstand yg mengadap paddock. Sebenarnya pihak penganjur yg harus d persalahkn sebab tiada langsung maklumat susulan drpd kemalangan tsb. Screen yg ada d bumbung paddock sepatutnya mempamirkn aktiviti menyelamat oleh crew dilitar. Kami d grandstand spt hilang punca... Selepas letih menunggu selama 40 minit, penganjur mengumumkn perlumbaan d batalkn tanpa sebab. So memang padanlah penonton marah & mengamok. Satu lagi hal berkenaan kawalan traffik oleh pihak polis, selepas tamat acara gp.. semasa keluar drpd kawasan litar F1 sepang... MEMANG HAMPEH GILER... jem 3 jam. lebih baik panggil RELA jaga traffik...

    BalasPadam
  6. tidak patut salahkan penonton....selain daripada maklumat yang diberikan lambat dan kurang jelas pihak penganjur sepatutnya memulangkan dalam 20% atau 30% harga tiket yang telah dibeli.Ini kerana untuk menonton moto gp banyak wang yang dikeluarkan bukan sahaja tiket tetapi parking,makan, minum,tol,minyak dan banyak lagi.sekiranya pihak penganjur memulangkan sedikit peratus tiket dan maklumat yang diberikan cepat serta tepat perkara sebegitu akan dapat dielakkan

    BalasPadam
  7. Generasi baru didikan UMNO-APCO. Ini baru sebahagian aje. Yang dok rogol, liwat, zina, rempit, ..... berlambak lagi.
    Tahniah UMNO-APCO kerana menjadikan Malaysia KU satu negara yang TIDAK BERTAMADUN. Lemah lembut, perihatin, kasihan ... sifat yang sudah hilang entah ke mana. Yang tinggal ... tak boleh bercakap BENAR.

    BalasPadam
  8. Kadang2 yang bagi komen elok dlm blog pun boleh bertukar watak bila berada dilapangan...Rasanya kebanyakan yang hadir tu semuanya mendapat pendidikan formal...Mentaliti dan kesabaran sahaja yang membezakan...wallahhu

    BalasPadam
  9. Salam aidiladha pd sume pembaca GB..

    Sy amat setuju dgn ajimie69 & anon (November 5, 2011 10:04 AM)..sy turut pergi menonton moto Gp tersebut...Sepatutnya penganjur bgtau detail kenapa dibatalkan..bkn sekadar bgtau batal mcm tu shj..KAMI WARGA PENONTON BUKAN LA SINGKAT AKAL SANGAT mcm bro ijoks2009 ckp..jgn poyo la..sekurgnya beritahu sebab musabab nya dibatalkan perlumbaan itu, bukan penonton xboleh hormati keputusan penganjur sekiranya diberitahu...penonton yg datg seorg mungkin tiada masalh..bg yg dtg bawa family..mcm mana pula...kesian, kene keluar duit bnyk...Mat Saleh lain cerita la...diorg xda masalah untuk membayar harga tiket tersebut kerana tukaran matawang diorg tingi...penonton yg dtg dgn niat nk bawa fmily tgk sukan ANTARABANGSA yg setahun sekali diadakan, tiba2 dibatalkan begitu sahaja, pasti rasa kecewa....sy berpendapat bro ijoks2009 adalah soerg yg BODOH & TAK BERAKAL PANJANG..dasar duduk di IJOK..hulu banat dlm utan sana jgn bnyk bunyi laaa...pergi kawan dengan monyet@ kera @ yg seangkatan dgnnya....penonton pergi sana mungkin ade yg nk tgk kehebatan org luar a.k.a mat salih mempamirkan kehebatan mereka yg sering dibanggakan tuh...bkn sesaja je pegi sana...sekian..andai tulisan sy menyakitkan hati..sy mohon maaf...

    BalasPadam
  10. Mengenai komen yg pihak penganjur harus bgtau secara detail dan cepat kenapa perlumbaan dibatalkan.
    Pada amnya, dah ada kemalangan, kematian - keluarga mangsalah yang harus diberitahu dulu.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.