14 Okt 2011

"Zulkifli Bidas Pak Janggut" : Utusan Diarah Bayar Khalid Samad RM60,000

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan akhbar Umno, Utusan Malaysia membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad kerana memfitnah ahli parlimen Shah Alam itu.

Keputusan itu dibuat hakim Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini berhubung berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang mewakili Khalid berkata, selain membayar RM60,000 itu, Utusan juga diarah membayar kos perundangan.

"Mahkamah arahkan Utusan membayar RM60,000 kepada Khalid Samad sebagai gantirugi kerana memfitnah.

"Utusan juga kena bayar kos yang jumlahnya akan ditaksir kemudian,"
katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Hakim juga memberi tempoh satu bulan kepada Utusan untuk mengemukakan rayuan.

Utusan pada 11 Oktober lalu melaporkan 'Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.'

Di dalam samannya sebelum ini Khalid menyatakan berita fitnah itu merujuk kepada beliau meskipun nama beliau tidak disebut.

Beliau menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar itu, sebagai defenden dalam saman tersebut.

Ini kerana sebelum berita itu diterbitkan, beliau ada menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut Khalid ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam.

Hakim pada perbicaraan 30 September lalu, bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal.

Pada 11 Oktober lalu, mahkamah telah mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi.

Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili peguam Mohan dari Tetuan Shafiee & Mohan. -hd


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


khalid samad utusan


Pak Janggut



4 ulasan:

  1. Kenapa tidak defenden pertama Zul Celupar dan defenden kedua adalah Utusan ? dan sedikit sangat saman tu pihak utusan senyum sesaja sepatutnya fitnah terancang tidak bertamadun ini didenda 5juta kpd kedua2 belah pihak bukankah berbaloi??Yang pasti pembayaran denda itu digunakan dari duit rakyat dan adalah tepat sebahgian dari nya dimasukan ketabung pakatan rakyat untuk tujuan parti ..sekadar cadangan!

    BalasPadam
  2. Semuga yg semakin faham agama & amalkan bukan UM & Zul N yg ego, tapi pak Hakim & org2 Islam & buka Islam yg lain.

    BalasPadam
  3. Sabar bro kayu_cemeti,
    Bereskan satu-satu. Selepas pasti utusan kena pulas barulah 'rentap' pecacai yang timbulkan isu tuh. Eviden nyata dan mantap.

    BalasPadam
  4. bagi kat zul sikit dia tu lapaq duit

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.