13 Okt 2011

Wanita Maut Disamun Dan Dilanggar Dengan Keretanya Sendiri

Sayang kereta nyawa melayang

Gambar KESAN darah Moy Lay yang dilanggar dan diseret oleh penjenayah yang menyamun kereta mangsa di Jalan Kapar, Klang kelmarin.

KLANG - Malang nasib seorang wanita apabila dia bukan saja gagal menyelamatkan kereta Toyota Altis miliknya daripada dilarikan penyamun malah berakhir dengan nyawanya melayang akibat dilanggar dan digilis oleh penjenayah yang tidak berhati perut dalam kejadian di Jalan Kangar 92, Jalan Kapar di sini kelmarin.

Semasa kejadian pada pukul 7.15 malam itu, mangsa Teoh Moy Lay, 52, mati akibat cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar dan diseret sejauh 54.8 meter.

Lebih menyayat hati, kejadian tersebut disaksikan oleh suami dan anak Moy Lay selepas mereka berlari keluar dari rumah sebaik mendengar jeritan mangsa.

Mengimbas tragedi itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis mengesyaki kedua-dua suspek itu mengekori Moy Lay yang memandu kereta Toyota Altis bernombor pendaftaran BKV 3882 yang bekerja di sebuah syarikat kredit dan kereta terpakai di ibu negara sehingga sampai di hadapan rumah mangsa.

Menurut beliau, sampai di rumah mangsa, salah seorang suspek turun dari keretanya sebelum bertindak menaiki kereta mangsa.

Ketika itu mangsa baru turun dari keretanya dan enjin tidak dimatikan kerana mahu membuka pintu pagar. -kosmo

Ulasan GB

Ada moral di situ, iaitu di perenggan terakhir.

Ketika itu mangsa baru turun dari keretanya dan enjin tidak dimatikan kerana mahu membuka pintu pagar.

Justeru itu berwaspadalah selalau.

4 ulasan:

  1. Ya,betul,kadang-kadang kita sendiri pun tidak akan menyangka perkara yang akan berlaku sehingga kita berfikir diluar kotak fikiran kita. Semoga berita ini menjadi ikhtibar buat saya dan semua agar bersikap lebih berhati-hati dan berwaspada.

    BalasPadam
  2. kalau pintu pagar dibiar terbuka dan boleh kita terus masuk pun ada bahaya juga.....nanti senang2 dia masuk kawasan dan rumah kita......semua tak kena didunia ini sebab semuanya adalah ketentuan dan kuasa Allah keatas segala sesuatu......

    Jadi hanya Allah sahaja yg berkuasa dan mampu melindungi diri kita sebenarnya...wallahualam.

    BalasPadam
  3. Nak heran apa? Indeks jenayah dah menurun. Inilah dalilnya!

    BalasPadam
  4. Ya, usaha tu mmg digalakkan/disuruh, tapi sapakah yg lebih mampu memelihara kita? Org Islam semua tau jawapannya. Org bukan Islam pun tau, cuma mereka salah cara utk mengabdikan berserah pada yg Maha Kuasa.

    Tapi klu sengaja tak mau faham juga tak tau le. Ade ke patut baru nak cadang laksanakan hukum2 dari Yg Maha Kuasa ditolak dgn macam2 alasan, macam le dunia ni depa yg punya, sendiri punya kuku pun tak mampu cipta sendiri. Apa lagi yg lain2.

    Bkn Islam kurang faham tu tak le heran sangat , ni yg Islam pun ..alahai..

    Ni klu masih x nampak tak tau le ... umat Nabi Nuh, banjir luar biasa dah berlaku tanpa disangka2, masih tak nampak lagi..

    Ya Allah, ramaikanlah mereka2 yg kembali kepadaMu berbanding yg ingkar. Amin!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.