13 Okt 2011

Empat Pelajar Jururawat Dicekup Berpesta Seks

Kelas’ seks empat gadis

KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin. Gambar hiasan

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan. -hm


5 ulasan:

  1. ini yg jenis bila mula bertugas jenis tak beretika dan nak marah2 pada pesakit... disebabkan ada jenis yg 4 ekor ni habis semua jururawat dapat nama yg busuk...

    BalasPadam
  2. Inilah hasilnya apabila pengkuliah yang mengajar kerana Allah ditahan oleh pihak berkuasa. Jangan persendakan hukum Allah kerana buruk akibatnya. Hanya nampak gerakan kristianisasi sahaja.. gejala merosakkan akidah oleh mereka yang dikatakan beragama Islam tidak dihiraukan.

    BalasPadam
  3. biasalah tu...i masa bujang pun mcm tu juga....tukar2 pasangan hampir triap2 malam katakan.....hehehe

    BalasPadam
  4. JAIS buat apa?Gaji buta.Habis tenaga asik nak tangkap Bob Lokman.Hampeh!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.