26 Okt 2011

[Video] TERKINI: Letupan & Kebakaran Besar Di Depot Sirte Libya, 100 Terbunuh

Sirte - Sebuah tempat pengisian bahan bakar diberitakan terbakar di kota kelahiran Muammar Gaddafi di Sirte hari ini. Dilaporkan lebih dari 100 orang terbunuh.

Insiden ini terjadi setelah hampir seminggu lalu Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh pihak tentera Majlis Transisi Nasional (NTC).

"Ada letupan besar dan disertai api menjulang. Lebih dari 100 orang terbunuh dalam kejadian ini sementara 50 orang lainnya cedera," jelas Komandan pasukan NTC Leith Mohammad seperti dipetik AFP, Rabu (26/10/2011).

Lokasi terjadinya letupan tersebut menyebabkan ramai yang terkorban dalam keadaan memilukan. Sebahagian besar dari mayat sudah tidak berbentuk lagi dan dalam keadaan hancur luluh akibat terbakar oleh api.

Insiden ini terjadi ketika penduduk hendak beratur untuk mengisi kereta mereka dengan bahan bakar. "Kami masih belum mampu memadamkan api hingga saat ini," jelas Mohammad.

Sebahagian besar yang terkorban adalah penduduk yang kembali ke kota Sirte, setelah selesai kembali dari pertempuran yang terjadi antara pasukan NTC dengan para tentera yang taat kepada Gaddafi. Mereka kembali untuk memeriksa barang-barang peribadi yang mereka miliki.

Sebuah stesyen radio dan dua tangki besar menganduni minyak berada hampirnya, kata koresponden, yang melihat sekurang-kurangnya 29 kenderaan dihitamkan oleh asap dari api menjulang ke angkasamembakar apa saja yang ada di badan, seperti kasut, baju dan lain-lain.

“Letupan itu berlaku pada tengahari semalam (Isnin) ,” kata Ali Faraj yang menolong mengeluarkan mangsa yang cedera. “Ia amat kuat. Saya tinggal 25 kilometre jauhnya dan masih boleh mendengarnya.”

Faraj mengadu dengan marah ketiadaan ambulan untuk membawa mereka yang cedera ke hospital.

“Tiada ambulan untuk menghantar yang tercedera ke hospital, tiada trak untuk para pemadam api, dan kami tak brupaya untuk memadamkan kebakaran tersebut… kerana pihak rejim baru (NTC) telah mencuri semua kenderaan untuk digunakan semasa pertempuran,” tambahnya.

Omran Ajelli, seorang doktor di Hospital Ibn Sina, menyatakan beliau merawat 26 mangsa, lima daripada “di dalam keadaan kritikal” dengan badan melecur kerana terbakar.

Hingga saat ini belum diketahui apa penyebab dari letupan tersebut. Pihak berkuasa masih mencari apakah ada unsur yang disengajakan dalam kejadian tersebut.





Ulasan GB

Setiap satu kejadian itu adalah pengajaran.

Dengan maaf, baru semalam GB sudah dapat merasai bahawa "kemurkaan Allah" sengaja ditempah.

Terdapat laporan sebelum ini menyatakan mayat Gaddafi ditelanjangkan, malah diseret dan diberikan penghinaan oleh para pejuang NTC.

Jika laporan itu benar, maka bererti ia sudah keterlaluan. Apatah lagi tembakan dilakukan tatkala Gaddafi sudah mengeluarkan perkataan rayuannya "jangan tembak, jangan tembak...".

Hadith Nabi saw: Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah mencaci maki orang-orang yang telah mati, kerana mereka telah sampai pada balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." Riwayat Bukhari.

Jika dicacimaki orang yang telah mati itu tidak dibolehkan, apatah lagi disakiti, dikasari dan diaibkan mayat Gaddafi itu.

Dari 'Aisyah bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Mematahkan tulang mayit adalah sama halnya dengan mematahkannya dalam keadaan hidup." Riwayat Abu Dawud dengan sanad menurut syarat riwayat Muslim.

Kemurkaan Allah sengaja ditempah oleh rakyat Libya.

17 ulasan:

  1. anda betul GB.

    saya pun hairan beberapa blog pro-pas seperti addin, tulahan, selatanonline dan beberapa yg lain menyiarkan tulisan orang-orang wahabi yang terlalu sangat bencinya Gaddafi sehingga menuduh Gaddafi anak haramlah dan sebagainya, walhal Gaddafi sudah mati untuk mempertahankan diri.

    sekalipun kita tak suka Syiah, tetapi orang macam Gaddafi dan Ahmedinejad tidak pernah tinggal solat.

    jadi jangan pula kita pandai2 jadi hakim untuk kata dia bukan Islam.

    sekalipun mufti besar libya menuduh Gaddafi kafir dan tak perlu disolatkan jenazahnya, jgn lupa mufti itu adalah lantikan NTC yang didokong oeh NATO, sama seperti mufti-mufti UMNO yang didoskong oleh AMCO.

    Mahathir pernah tuduh Ibrahim Libya tidak syahid. Jadi apa heran "fatwa" mufti libya yang jadi bpneka NATO itu.

    Bodohnya umat Islam di negara ini yang masih percaya dakyah2 Barat bersama dengan penguasa tempatan yang jahil malah cuba menghancurkan Islam.

    Saya teringat kes Mat Indera pula yang dituduh kominis. Walhal Mat Indera telah mati untuk pertahankan dirinya.

    BalasPadam
  2. Gaddafi tidak pernah tinggal solat?

    adakah anda pasti? anda perlu talian hayat? adakah anda lihat Gaddafi setiap kali beliau solat?

    dan NTC Libya bukannya didokong oleh NATO. siapa kah anda yg begitu mudah keluarkan kenyataan sebegini? anda menetap di Libya sepanjang Februari sehingga Oktober 2011? anda mempunyai mata dan telinga yg tinggal di Libya? atau anda bekerja dengan NATO yg anda begitu yakin akan statement tersebut?

    BalasPadam
  3. anon 8:12

    pasti tak pasti dia tak tinggal solat kita mesti bersangka baik. awak pasti ker dia tinggal solat?

    "anda mempunyai mata dan telinga yg tinggal di Libya? "

    saya tanya balik kpd anda, anda mempunyai mata dan telinga yg tinggal di Libya?

    banyak dalam tulisan mengkritik Gaddafi itu pun karut. Dikatakan Gaddafi anak haram. Agaknya penulisnya dan para penyokong penulis itu wujud ker masa Gaddafi dilahirkan sampai tahu dia anak haram?

    NATO sudah berjaya memperalatkan rakyat Liyan yang berperwatakan UMNO untuk menyokongnya menumbangkan Gaddafi. Lalu disuruhnya budak berusia 17 tahun membunuh Gaddafi. Sebab budak 17 tahun tidak dikenakan sebarang pendakwaan. NATO boleh cuci tangan.

    Lepas tu suruh mufti "besar" libya buat fatwa Gaddafi sudah kafir dan tak perlu solat jenazah.

    Dedahkan mayat itu kepada orang ramai, usah kebumikan cepat-cepat biar sampat mayatnya busuk dan berulat.

    Begitukah tabiat umat islam yang baik?

    BalasPadam
  4. Yong setuju. Islam tak pernah mengajar kita membunuh tawanan perang, walau macam mana jahat pun tawanan itu. Presiden Serbia yang jahat tu pun tak dibunuh.

    BalasPadam
  5. saya keliru dengan banyak keadaan.jadi saya ambil keputusan utk berdiam diri shj,x mahu komen apa-apa

    BalasPadam
  6. "saya pun hairan beberapa blog pro-pas seperti addin, tulahan, selatanonline dan beberapa yg lain menyiarkan tulisan orang-orang wahabi yang terlalu sangat bencinya Gaddafi sehingga menuduh Gaddafi anak haramlah dan sebagainya, walhal Gaddafi sudah mati untuk mempertahankan diri."

    blogger-blogger tu bukan ada otak pun. main salin tampal jek. berjuang pun main ikut-ikut jer... mana pas nak menang?

    BalasPadam
  7. "Janganlah kamu mencela mayat kerana sesungguhnya mereka telah mempersembahkan apa yang telah mereka lakukan." (Hadis sahih riwayat al-Bukhari).

    Dalam keadaan tertentu, larangan mencela mayat juga meliputi larangan mencela mayat orang-orang kafir seperti Nabi SAW melarang para sahabat mencela mayat tentera-tentera musyrikin dalam peperangan Badar disebabkan mengelakkan diri dari menyakiti orang-orang yang masih hidup dalam kalangan saudara-saudara mereka yang Muslim. Rasulullah SAW melarang celaan kepada tentera-tentera musyrikin yang terbunuh dalam peperangan Badar.

    Baginda SAW bersabda: Janganlah kamu mencela mereka kerana celaan kamu itu tidak sampai kepada mereka sebaliknya akan menyakitkan orang-orang yang masih hidup. Yang pastinya perkataan celaan kamu itu adalah satu kehinaan". (Hadis mursal sahih Al-Isnad dari kitab Umdah al-Qari).

    Kepada yang sokong dan suka cacian dan penghinaan ke atas Gaddafi, tolong bawakan dalil yang Islam menghalalkan perbuatan seperti itu.

    BalasPadam
  8. "NATO sudah berjaya memperalatkan rakyat Libya yang berperwatakan UMNO untuk menyokongnya menumbangkan Gaddafi. Lalu disuruhnya budak berusia 17 tahun membunuh Gaddafi. Sebab budak 17 tahun tidak dikenakan sebarang pendakwaan. NATO boleh cuci tangan."

    aku pon dah rasa macam tu. mana ada orang boleh begitu berani mengaku membunuh jika dia sendiri tidak diberi jaminan tidak dipengapakan?

    memang sah itu semua rencana NATO dan NTC.

    Bekas Presiden Tunia tu yg sepatutnya dihukum tapi dibiarkan sebab Barat tak berapa kisah sgt dengannya. Cara hidup dia pun serupa ngan Barat.

    Tapi Barat cukup anti dengan Gaddafi. Kalau boleh lepas ni dia nak kerjakan Presiden Iran dan Turki.

    BalasPadam
  9. dah terbakar pun, lepas ini entah apa lagi yang menimpa rakyat libya.

    blogger penyokong NATO pun akan ikut sama kena tempias kemurkaan Allah.

    BalasPadam
  10. saya setuju dgn anon October 26, 2011 8:12 PM.

    mana kita tau gaddafi tak pernah tinggal solat, memang kita kena bersangka baik, tapi berpada-pada dlm mencari kebenaran. mana kita tau apa sebenarnya sehingga kita menuduh rakyat libya sendiri sbg jahat kerana membenci gaddafi.

    dah rakyat sendiri majoriti benci, mestilah ada sebab. macam di m'sia, kita membenci mahatdhir, org luar yg kagum dgn mahatdir mana tau apa sebabnya cthnya mahazalim itu suruh tafsir semula al-quran, hina hukum hudud, manipulate sistem kehakiman etc etc... org tak tau, even org amno sendiri admire mahatdir gila2.

    kalau tengok gambar, isteri gaddafi ada pakai cutex (taklah boleh dijadikan bukti apa2 cuma itu first impression toward the family cam tulah). gaddafi pulak apa yg dia fikir bila bila dia minta jenazah dia dikebumikan dgn pakaian tanpa mandi jenazah... dia ingat dia mati syahid ka. x lama dulu, ada cerita tentang gaddafi buat ejen cari jodoh, jodohkan pemuda2 libya dgn gadis2 barat (x ingat negara mana, italy/perancis), cam pelik semacam, apa agenda dia. tu masa dia masih berkuasa.

    perang ni, ada sorang pejuang NTC kata 'we started with servilence revolution, gaddafi turned it into a servilence war... so this is it' majoriti mereka yg berjuang adalah org kebayakkan, doktor, engineer, org awam yg inginkan perubahan pd negara sendiri. bila dah jadi perang macam ni, tengoklah semua hancuran, apa salahnya kalau dah org tak nak dia memrintah lagi, dia berundur cara baik, negaranya x musnah, even hosni mubarak pun x mengalah jugak akhirnya.

    apa2 pun saya sokong 100% kata2 sorang pengomen dlm post sebelum ni tentang situasi di libya.. rakyat libya lebih mengetahui dan merasa kekejaman gaddafi, 42 th memerintah, macam2 boleh jadi, dulu masa dia umur baru 27 th mungkin semangat lain, dikagumi sbb lantang menentang barat, lepas tu senyap org pun hairan. hanya Allah maha mengetahui.

    mudah2an saudara seislam kita di sana dlm peliharaan Allah dan ditetapkan iman dlm ujian yg sgt getir ini. banyak pengorbanan penjuangan rakyat libya yg semasa utk generasi mereka yg ke depan.

    BalasPadam
  11. anon 9:40

    mana dalil dan bukti awak bahawa umat Islam boleh melakukan sesuka hati terhadap mayat khususnya kepada Gaddafi?

    Malah Gaddafi merayu "jangan tembak" di saat akhir hayatnya, tapi ditembak juga sedangkan Islam melarang untuk membunuh terhadap tawanan perang sekalipun.

    Bukankah itu kezaliman namanya?

    Satu hari saya yakin mayat anon di atas akan menerima nasib sama spt Gaddafi sebab beliau membela kezaliman dan kekejaman yang berlaku ke atas mayat Gaddadi.

    Bukan saya yang mendoakan tetapi, Allah akan beri apa yang anda suka.

    BalasPadam
  12. sesuatu yang dah tak betul berlaku di libya, nak sokong qaddafi dan puak pemberontak aku tak pasti cuma yang pasti aku sokong islam 100%.kalau di imbau zaman pemerintahan qaddafi semua penentangnya di hapuskan dengan kejam dan banyak ajaran islam yang di persoalkannya sehinggakan hadis nabi pun beliau tolak..yang pasti para penyokong boleh berbangga dengan beberapa kebaikan yang dilakukannya nak kata qaddafi salah bukanlah kerja aku hanya rakyat libya saja yang lebih mengetahuinya.

    BalasPadam
  13. anon 1:21

    Persoalan utama bukannya Gaddafi itu zalim atau tidak, tetapi saya lihat apa yang GB bawa selama ini aialah persoalan wajar atau tidak mayat Gaddafi diperlakukan sedemikian rupa dengan disiksa, disakiti, dikasari dan aibkan malah dibiarkan busuk berhari-hari tanpa ditanam? Mana dalil yang membenarkan mayatnya boleh diperlakukan demikian?

    Jika tidak ada, maka semua yang menyokong tindakan ke atas Gaddafi itu akan terima bahanaNya.

    Simple as that.

    BalasPadam
  14. disana yang mati diseret, disini yang hidup himpun BERSIH diseret

    BalasPadam
  15. anon 12:49 PM,

    saya anon 9:40, awak kata:
    mana dalil dan bukti awak bahawa umat Islam boleh melakukan sesuka hati terhadap mayat khususnya kepada Gaddafi?
    sapa kata saya setuju dgn tindakan tidak menghormati jenazah islam??? saya pun x setuju, Saya pun tau kewajipan org islam yg hidup ialah memandi wajib jenazah, solat jenazah dan mengkebumikan dgn tanam dlm tanah, itu fardhu kifayah. ingat apa saya jahil sgt.

    Malah Gaddafi merayu "jangan tembak" di saat akhir hayatnya, tapi ditembak juga sedangkan Islam melarang untuk membunuh terhadap tawanan perang sekalipun.

    Bukankah itu kezaliman namanya?

    Demi Allah saya tidak setuju gaddafi dibunuh.. saya sedih tengok muka gaddafi yg penuh darah dan lemah diheret, kesian, walaupun dia mungkin kejam, tapi masa tu dia dah tak berdaya. kata sorang pejuang NTC, dia memang nak gaddafi hidup sebab dptlah dia tanya gaddafi apa pasai buat itu, buat ini.. dia nak tau apa dlm kepala gaddafi. sekarang bila dah dibunuh, apa yg dpt? Islam pun ajar berlaku adil dgn tawanan perang, ikut hukum barat pun ada cara nak treat POW. tindakan bunuh gaddafi memang salah, tapi mana tau bodyguard dia sendiri yg bunuh atau samseng yg dirasuk syaitan.

    Satu hari saya yakin mayat anon di atas akan menerima nasib sama spt Gaddafi sebab beliau membela kezaliman dan kekejaman yang berlaku ke atas mayat Gaddadi.
    yakin??? tak apa itu antara saya dan Allah, mudah2an Allah sentiasa melindungi saya.

    saya setuju menghina mayat gaddafi tu salah, tapi nak pejam mata aja dgn kekejaman ke atas jutaan rakyat sendiri??? kita bincang bukan terhad pd cara jenazah diurus shj, tapi semua tentang libya, tentang saudara seislam kita di libya. Apa2 pun hanya Allah yg maha mengetahui, setiap yg terjadi adalah dgn takdir Allah, jua sbg ujian dan peringatan kpd yg hidup.

    Bukan saya yang mendoakan tetapi, Allah akan beri apa yang anda suka.
    saya suka???

    BalasPadam
  16. anon 12:49 pm

    anda menulis tidak berlandaskan kebenaran misalnya ayat:

    "dia ingat dia mati syahid ka."

    jahatnya ayat anda. sedang perempuan hamil yg meninggal pun dikira syahid, mati dalam kebakaran pun syahid, mana anda tahu yang Ghaddafi tidak syahid? Anda Tuhan? Sedangkan hatinya inginkan syahid dan dia memperolehinya dengan mayatnya menjadi kejian? Dan dia mempertahankan negaranya dari penjajahan Barat melalui NATO yang disokong oleh rakyat Libya yang "buta hati".

    Dan bukan semua rakyat Libya itu anti-Gaddafi. Hanya beberapa kerat tetapi kerana disokong oleh tentera NATO, maka NTC menang.

    lagi;

    "ada cerita tentang gaddafi buat ejen cari jodoh, jodohkan pemuda2 libya dgn gadis2 barat (x ingat negara mana, italy/perancis)"

    kalau anda tidak tahu anda jangan buat persangkaan buruk. Sebenarnya Gaddafi cuba mengislamkan beberapa gadis2 / selebriti barat dan dikahwinkan dengan pemuda2 Libya (bukan kahwin dengan dirinya), supaya pemuda2 Libya memperolehi pahala besar mengajar Islam kepada gadis2 Perancis itu. Dengan kaedah itu juga Islam tersebar luas.

    Anda, pernah terfikir hendak melakukan sedemikian?

    lagi;

    "tindakan bunuh gaddafi memang salah, tapi mana tau bodyguard dia sendiri yg bunuh atau samseng yg dirasuk syaitan."

    ia bukan fakta tetapi hanya persangkaan anda semata-mata.

    Jadi ternyata dari ayat sendiri bahawa anda sememangnya manusia yang suka membuat persangkaan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.