26 Okt 2011

Pendedahan Audit: SPRM Jangan Hanya Buka Siasatan Tetapi Tiada Tindakan - YB Azan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya perlu menyiasat penyelewengan yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, tetapi turut mengemukakan hasil laporan dan pendakwaan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ini kerana laporan Audit jelas menunjukkan berlaku penyelewengan dan kelemahan ketara terhadap projek yang dilaksanakan kerajaan pusat dan negeri.

“Kita merasa agak bimbang, siasatan ini hanya untuk memperbaiki imej SPRM berikutan langkah kerajaan untuk mengambil hati rakyat sempena pilihan raya.

“Berbanding tahun lepas tiada tindakan yang diambil meskipun SPRM kata akan siasat. Tidak ada guna jika siasatan tetapi tiada tindakan. Apa yang kita mahu ialah SPRM kemukakan hasil siasatan dan mengambil langkah susulan termasuk melakukan pendakwaan,” jelas Azan.

Beliau juga menyentuh mengenai kesungguhan SPRM menyiasat terhadap laporan Audit di peringkat negeri Pakatan Rakyat seperti di Pulau Pinang dan Kedah.

“Berdasarkan laporan Audit, jelas menunjukkan prestasi pengurusan kewangan di negeri Pakatan Rakyat pada keseluruhannya memuaskan. Kalau nak buka juga kertas siasatan di negeri Pakatan berasaskan laporan media perdana, SPRM tidak ubah seperti burung kakak tua,” katanya.

Media hari ini melaporkan SPRM membuka 36 fail siasatan berikutan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Sebanyak dua fail siasatan dilapor dibuka di ibu pejabat, dua fail di Sarawak, tiga masing-masing di Pulau Pinang dan Johor, enam masing-masing di Terengganu dan Kedah, tujuh masing-masing di Perak dan Sabah.

Menurut kenyataan SPRM pihaknya telahpun menyiasat sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan dan mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memberi sebarang maklumat. -KD

5 ulasan:

  1. SETIAP TAHUN CERITA SERUPA,SELEWENG DAN SELEWENG TANPA TINDAKAN ! APA KERJA SPRM ?

    BalasPadam
  2. SPRM hanya ambil tindakan cepat kalau yang terlibat pihak pembangkang.Kalau pihak kerajaan,SPRM boleh main yo-yo.Kalau SPRM tegas,jujur dan cekap dah lama penyelewengan dan kerja-kerja tipu ni,tak timbul saban tahun ada laporan Odit.Nampaknya makin lama,semakin teruk.

    BalasPadam
  3. S..P..R..M.. lebih cakap dari buat kerja kalau libatkan pemerintah BN

    BalasPadam
  4. anti zul-noording alghuyub27 Oktober 2011 pada 12:04 PTG

    laaa SPRM kan sayap kiri Umno...aper depa kisah...kalau berkait dgn kerajaan semua lepas...kalau kena batang hidung PR ,sampai lubang cacing dia korek.. apa2 pun...kalau betul ada kepincangan kat negeri yg diperintah oleh PR, kena UBAH dan ambil tindakan sewajarnya...kalau tak orang akan label PR=BN....susah camtu...

    BalasPadam
  5. selagi BN perintah nak rasuah boleh, nak seleweng pun boleh, asalkan jangan sentuh UMNO dan BN sudah...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.