9 Okt 2011

Suaram Mahu Menteri KDN Dan Ketua Polis Negara Minta Maaf

Suaram tidak boleh menerima kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishammudin yang menyatakan bahawa isu keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 diperbesarkan dan pihak polis tidak boleh disalahkan sepenuhnya.

Dalam insiden ini, Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara perlu meminta maaf dengan segera diatas penggunaan kekerasan polis untuk bertindak terhadap peserta himpunan Bersih 2.0.

Kerajaan juga perlu membayar pampasan ganti rugi terhadap semua mangsa keganasan polis termasuk keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia semasa dalam perhimpunan tersebut.

Kami mengecam tindakan kerajaan yang membelanjakan sebanyak RM22,855.76 termasuk kos penggunaan 226 peluru gas pemedih mata (TS Shell) dan 36 bom pemedih mata (TS Grenades) untuk menyuraikan peserta perhimpunan aman Bersih 2.0. Tindakan tersebut adalah satu penyelewengan duit rakyat dan adalah tidak professional sekali.

Pengunaan senjata api sebegini jelas melanggari hak rakyat untuk bebas bersuara dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia. Selain itu, kerajaan juga melanggari Pinsip Asas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dalam penggunaan kekerasan dan senjata api oleh pihak penguatkuasa undang-undang.

Kami inginkan penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara, kenapa wujudnya perbezaan jumlah orang yang ditangkap dimana mengikut statistik Kementerian Dalam Negeri (KDN), jumlah orang yang ditangkap adalah 1509 orang padahal kenyataan polis menyatakan sebanyak 1697 orang yang ditangkap.

Suaram berpendirian, KDN dan juga Ketua Polis Negara perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden kekerasan polis yang berlaku pada 9 Julai lalu.

Tindakan memberikan alasan yang tidak munasabah dan tidak mengaku terhadap kesilapan yang berlaku oleh polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 akan mengecewakan rakyat dan menunjukkan kerajaan tidak mempunyai kehendak politik untuk menjalankan penambahbaikkan institusi polis seperti yang diinginkan oleh rakyat jelata.

Fungsi Biro Tatatertib dalam Polis Diraja Malaysia dalam menangani anggota polis yang melanggari garis panduan operasi polis (SOP) sememangnya adalah tidak mencukupi. Ini kerana ia adalah tidak telus dan laporan tatatertib adalah sulit.

Kami menyeru kerajaan pimpinan Najib Tun Razak untuk segera menunaikan permintaan rakyat untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC). Hanya dengan kewujudan suruhanjaya tersebut yang adil dan bebas yang membolehkan institusi polis untuk ditambahbaik dengan berkesan.

Penulis (Yap Heng Lung) adalah penyelaras Suaram

Hisham, IGP: Hanya satu anggota polis langgar SOP

Seorang anggota polis telah dikenalpasti melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Ketua Polis Negara Tan Ismail Omar mengesahkan tindakan tatatertib akan diambil ke atas anggota itu tidak lama lama lagi.

Namun, menurut Hishammuddin, kejadian berkenaan telah diperbesar-besarkan dan polis tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya terhadap situasi semasa perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya itu.

Katanya kejadian di Hospital Tung Shin itu adalah hanya "satu daripada enam atau tujuh" kesilapan.

Dalam laporan siasatannya yang didedahkan semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin. -mk



5 ulasan:

  1. selagi UBN yg perintah kenyataan bodo cam ni la yg keluar. Dah dari mula buat salah ngaku jela ni dolak-dalik lagi. Tapi apa nak heranpun si pondan tu kan sepupu si takubin aka pondan jugak.

    BalasPadam
  2. tak bolehkah polis dan mdn ni jujur sikit,korang salah mintak maaf kan susah sangat atau nak tawarkan rm 1 billion baru nak buat,elok masa bujet itu siapkan bujet untuk mintak maaf sebab kerajaan bn dah tak "terkontrol" lagi.

    BalasPadam
  3. Menteri KDN pun bodoh-bodoh bangang @ bingai. Apa yang dia tau..

    BalasPadam
  4. suruh minta maaf buat apa?
    kalau sudah nyata mereka bersalah, saman.
    atau buat demontrasi ramai2 membantah tindakan mereka.
    asyik2 suruh minta maaf, lain kali mereka buat lagi.
    ini hisapmudin dan itu kpn misti kasi ajar.
    mereka ingat malaysia ini mak bapak mereka punya ke.

    BalasPadam
  5. Minta maaf saja tak cukup - wajar letak jawatan.Itu baru gentleman.Dulu sebuah pesawat JAL(Japanese Airline) jatuh terhempas,Menteri Pengangutan Jepun,letak jawatan,wal hal JAL tu bukan kepunyaan kerajaan pun.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.