9 Okt 2011

Kerajaan Perlu Jamin Harga Minyak & Barang Keperluan Tidak Naik Jika Benar Mampu

Kerajaan Persekutuan Mampu Laksana Belanjawan 2012 - Najib

RAWANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sememangnya mampu termasuk daripada segi kewangan untuk melaksanakan Belanjawan 2012 yang dibentangkan di Parlimen semalam.

"Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Belanjawan 2012.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dan melawat cadangan jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang, di sini Sabtu. Katanya kerajaan memang berkemampuan dan rakyat hanya perlu menunggu pelaksanaannya.

Mengenai Belanjawan Bayangan Pembangkang berjumlah RM220 bilion yang berbeza hanya kira-kira RM10 bilion dengan Belanjawan Kerajaan RM232.8 bilion, Najib berkata soalan mengapa nampaknya nilai belanjawan pembangkang dengan kerajaan semacam hampir sama hendaklah diajukan kepada pembangkang.

"Itu kena tanya dia sebab bajet kita ni cara telus orang tahu, orang tahu bajet kita, barangkali dia tahu bajet kita. Jadi apa yang kita buat dalam lingkungan kemampuan kita dan kemampuan kita pun, kita telah bagi tahu daripada segi apa kita mampu lakukan," katanya.

Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa pengumuman beliau untuk mengkaji dan menaikkan elaun dan kemudahan anggota parlimen jika disetujui kedua-dua pihak, tidak disokong oleh anggota pembangkang, seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiakini.

Najib berkata beliau difahamkan anggota-anggota Parlimen pembangkang mahukan kajian semula elaun mereka dan beliau hairan Ketua Pembangkang berkata sebaliknya.

Anggota-anggota Parlimen pembangkang apabila berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sering meminta supaya kerajaan mempertimbangkan kajian semula elaun wakil rakyat. - BERNAMA

Ulasan GB

Kerajaan BN dicabar jika benar kerajaan mampu untuk melaksanakan Belanjawan 2012 yang lavish dan pemberian "one off" yang keterlaluan sepertimana yang dibentangkan semalam kerajaan perlu jamin bahawa TIADA kenaikan harga minyak dan barang keperluan selepas ini.

Ramai penganalisa berpendapat bahawa pembentangan belanjawan sebanyak RM232.8 bilion semalam terlalu bermotifkan pilihanraya disamping tidak menjelaskan secara telus sumber mana peruntukan yang bakal diperolehi bagi membiayai dan ini menimbulkan keresahan rakyat marhain dimana diramalkan kerajaan bakal menaikkan harga minyak dan menghapuskan subsidi barang keperluan sepertimana yang dilakukan sebelum ini.

Adalah dijangkakan harga minyak petrol dan diesel serta "pelarasan subsidi" barang keperluan seperti beras, gula, minak masak, tepung dan lain-lain bakal dilakukan jika kerajaan memenangan pilihanraya ke 13 nanti bagi melaksanakan semua janji-janji ditunaikan.

3 ulasan:

  1. yang pasti tiada kenaikan harga minyak tahun ini

    BalasPadam
  2. Bila bentang belanjawan kata kerajaan ada duit. Bila naikkan harga minyak dan hapuskan subsidi kata (sebab)kerajaan tak ada duit, tak mampu.

    Biasanya selepas belanjawan harga barangan dan perkhidmatan akan naik.

    Beri satu kepada rakyat, kerajaan akan tarik lima pula.

    BalasPadam
  3. dah berapa tahun bajet asik defisit aje. Klu xresti nak buat bajet. kasi org lain la jadi Finance Minister. Kata pelaburan sana sini

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.