Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ditahan selepas dikasari sekumpulan 15 anggota polis di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini, hari ini.
Ketika dihubungi KeadilanDaily, Shamsul berkata, beliau ditahan ketika sedang iqamat untuk menunaikan solat Jumaat dan diheret dari masjid ke kereta peronda dan dibawa keluar dari kawasan berkenaan.
Beliau bersama pembantunya dikenali sebagai Khalid kemudian ditempatkan dalam kereta di tepi jalan sekitar Taman Melati, Gombak dengan dikawal polis dan pengawal keselamatan UIA.
Ribuan anak muda terutama golongan mahasiswa dari pelbagai universiti menyertai perhimpunan membantah penggantungan Dr Aziz Bari di Masjid UIA.
Mengikut paparan twitter, perhimpunan aman itu mula terjejas selepas campur tangan polis menyebabkan ramai jemaah solat dan mahasiswa dikasar
Ulasan GB
Hairan kita di Malaysia ini, polis dan pengawal keselamatan IPTA tak dirikan solat Jumaat, sudah lah tu, tangkap pula orang yang hendak solat. Kan ker besar dan berlapis dosanya itu?
Laporan sebelum ini
sila klik untuk baca

Kenyataan Shamsul Iskandar Berhubung Penangkapannya
Sebentar tadi saya telah ditahan oleh pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan kehadiran saya sebagai tanda solidariti kepada ribuan mahasiswa yang berhimpun di Masjid UIAM untuk membantah penggantungan Prof. Dr. Aziz Bari.
Apa yang menyedihkan, di UIAM yang sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogan UIAM 'Taman Ilmu dan Budi', saya ditahan di dalam Masjid dan langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lainnya.
Penahanan ini jelas membuktikan bahawa pentadbiran UIAM begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Dr. Aziz ini.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Polis biadap, halang saya solat Jumaat – Shamsul
GOMBAK 21 Okt : Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, polis yang menahannya ketika beliau mahu menunaikan solat Jumaat tengahari tadi biadap dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara di negara ini.
“Saya beritahu polis, kalaupun nak tangkap, bagi saya solat Jumaat dahulu.
“(Malangnya) Saya langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lain.
“Mereka (polis) terus berkasar dengan mengheret saya keluar dari masjid sebelum sebuah kereta peronda membawa kami keluar dari kawasan universiti,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Shamsul ditahan di dalam Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ketika sedang Iqamat dan dikasari sekumpulan 15 anggota polis.
“Semasa saya ditangkap, beberapa rakan media alternatif dikasari dan telefon bimbit mereka dirampas sebelum dibaling ke tanah.
“Manakala sekumpulan mahasiswa yang cuba merakam insiden sama turut diherdik dan dikasari polis yang menangkap saya,” jelas Shamsul.
Beliau bersama pembantunya dikenali sebagai Khalid kemudian ditempatkan dalam kereta di tepi jalan sekitar Taman Melati, Gombak dengan dikawal polis dan pengawal keselamatan UIA.
Mereka bagaimanapun dibebaskan kira-kira 2.45 petang tadi.
Mengulas penangkapan itu, Shamsul kesal UIA sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogannya ‘Taman Ilmu dan Budi’ berlaku sebaliknya.
“Penahanan ini jelas membuktikan pentadbiran UIA begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Prof Dr Abdul Aziz ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Shamsul merupakan graduan UIA dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan juga bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) universiti itu.
Ulasan GB
Hairan kita di Malaysia ini, polis dan pengawal keselamatan IPTA tak dirikan solat Jumaat, sudah lah tu, tangkap pula orang yang hendak solat. Kan ker besar dan berlapis dosanya itu?
sila klik untuk baca
Jangan lepas ni, nak sembahyang pun kena ambik permit polis dulu.
BalasPadamApa nak jadilah dengan dunia hari ini, nak sembahyang pun kena tangkap. Patutnya pergilah tangkap orang yang tak sembahyang.
apa nak jadi ni, makin hari makin teruk negara kita ni...
BalasPadamPengawal dan Polis ni tak pernah tunai solat Jumaat agaknya.
BalasPadamisu ini didahului oleh serbuan jais keatas gereja yg didakwa cuba memurtadkan beberapa orang islam, kita sebagai orang islam patut menyokong tindakan jais itu sekiranya ia benar2 berlaku. bagaimana pun tindakan polis menahan saudara syasul semasa memulakan solat jumaat satu tindakan menghina agama islam yg boleh dianggap lebih jahat dari gereja yg cuba mengeristiankan umat islam, tindakan ini juga dilihat saolah2 seperti tindakan yahudi keatas orang islam plastine.
BalasPadamdia tu patuh arahan orang atasan nya bukan nya Yang
BalasPadamMaha Kuasa diatas kerana pada mereka dunia dan akhirat tu sama ajer.
Tak ke ini negara polis ? sUKA TAHI DEPALAH.tapi tak apa kita tak berdaya tapi berserah kepada ALLAH untuk jahanamkan rejim yang zalim yg arahkan POLIS boleh buat sukahati ..
BalasPadamapa nak buat polis yahudi punya pasal sedangkan Allah berbicara dengan iblis secara lembut ketika iblis tak nak sujud kepada Nabi Adam. polis otak lembu punya tak hormat orang nak sembahyang
BalasPadam