Jangan hukum Aziz Bari kerana tekanan pihak ketiga, gesa staf akademik UIA
KUALA LUMPUR, 21 Okt ― Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa (PKAUIA) menyatakan sokongannya kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam menjalankan amanahnya sebagai sarjana sambil mengkritik atas campur tangan pihak luar ke atas sistem pendidikan negara ini, yang sepatutnya bebas dan bersifat profesional.
Gambar: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Prof Dr. Zaleha Kamaruddin yang juga ahli .
Kenyataan itu menegaskan, Aziz tidak harus dihukum hanya disebabkan reaksi pihak ketiga dalam isu semasa.
“Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Profesor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia,” kata kenyataan persatuan itu dikeluarkan petang ini.
Tegas kenyataan itu, Aziz merupakan seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.
Justeru katanya, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi ruang kepadanya untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat.
“Profesor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara,” kata kenyataan itu lagi.
Sebaliknya kenyataan menegaskan, Aziz tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.
Aziz yang disiasat polis dan SKMM diberi surat tunjuk sebab oleh UIA dan digantung tugas.
Kenyataan itu menambah, sebagai seorang ahli akademik, Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.
“Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini,” katanya lagi.
Kenyataan itu juga menambah, “kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu ‘precedence’ pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya.”
Ia juga menegaskan sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.
“Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara,” katanya sambil menambah, “kebebasan akademik ini telah disaran oleh Unesco.” -TMI
Ulasan GB
SKMM, Polis dan Rektor Universiti - kesemuanya bertindak mengikut telunjuk UMNO. Itu persepsi yang ada di kalangan rakyat. Mungkin bukan persepsi lagi tetapi kenyataan.
Bagi SKMM dan Polis, mungkin GB boleh terima apabila melakukan siasatan terhadap Prof Aziz sebab SKMM dan Polis memang tak tahu dunia akademik. Mereka adalah dari kalangan IQ-zero yang hanya mengikut arahan. Mereka tak faham apa yang profesor-profesor tulis atau bicarakan dalam makalah, jurnal, akhbar dan sebagainya. Yang dia tahu semua kena sokong kerajaan. Itu mentaliti mereka, bebalisme namanya.
Tetapi malang apabila seorang yang telah memegang jawatan Rektor boleh mengambil sikap yang sama dengan mereka yang tidak berilmu yang sepatutnya Rektorlah yang menghormati kebebasan akademik dan membela Aziz Bari.
Hukum kebenaran bakal menambil tempatnya. Berdasarkan kepada kehendak banyak pihak dan demontrasi hari inim Rektor itu perlu diberhentikan, atau Tuhan sendiri yang akan menghukumnya. "Alaisallahu bi ahkamil hakimiin?" Bukankah Allah sebaik-baik Hakim?

TERAS tidak dapat menerima tindakan menggantung Aziz Bari
TERAS menganggap hukuman digantung dari menjalankan tugas ke atas Prof Aziz Bari bagaikan legenda Hang Nadim dalam cerita purba Singapura dilanggar todak. Akibat beliau mengeluarkan pendapat berdasarkan kepakaran dan kelimuan akademiknya, beliau telah dihukum hanya kerana dilihat tidak memihak kepada pihak wewenang dan dianggap mengancam masa depan kelompok politikus bernafsu. Ini adalah hari yang hitam untuk dunia ilmu dari sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa. Menghukum seorang ilmuan untuk tunduk kepada desakan dari golongan yang jahil.
Tuduhan yang liar dan cuba mengheret seorang sarjana ke kancah dunia politik tidak beradab serta membuat laporan polis atas alasan menghina Raja, adalah petanda kerendahan politikus bertaraf kelas ketiga.
TERAS kesal dan tidak dapat menerima tindakan pihak pegurusan UIA yang menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu atas alasan "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" yang telah dimaklumkan dalam surat yang dikeluarkan kepada beliau.
Soalnya apakah kepentingan universiti yang telah beliau gugat? Adakah taraf universiti tersebut tercemar? Jika benar, apa buktinya ia tercemar? Bagi TERAS ini adalah prisiden dan kejadian yang sangat tidak sihat bagi dunia akademik.
Prof Aziz Bari berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu menjadi mangsa kepada kegelojohan ahli politik yang hanya mahu seluruh sistem yang ada di negara ini ditundukkan kepada kehendak mereka.
Yang jelas beliau tidak samasekali boleh dimasukkan dalam kelompok yang mempunyai kepentingan meraih keuntungan politik seperti terdapat setengah ahli politik yang hanya mempunyai cita-cita dangkal untuk memenuhi ego masing-masing. Kami kesal bagaimana beliau telah dilihat sebagai orang yang melakukan hasutan apatah lagi tuduhan bahawa beliau telah melakukan suatu yang menjejaskan imej atau kepentingan UIA.
Padahal beliau adalah antara pensyarah kanan dalam bidang undang-undang perlembagaan yang ulung di negara ini. Adalah tidak manasabah beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak berasaskan ilmu yang menjadi bidang kajiannya sehingga beliau menjadi sarjana yang mempunyai autoriti untuk memberi pandangan.
Kesan dari tindakan ini bukan sahaja menjejaskan imej UIA yang seharusnya menghormati kebebasan akademik malah ia juga menghilangkan keyakinan warga akademik dan masyarakat awam terhadap wibawa universiti itu sendiri. Selain itu implikasi kepada pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD) juga akan turut terjejas.
TERAS juga kesal dengan tindakan beliau disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya. Seolah beliau telah melakukan suatu jenayah besar untuk dihadap dengan sesiatan polis.
Apakah hanya dengan mengeluarkan pendapat terhadap Sultan Selangor bahawa baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam, menjadi suatu kesalahan?
TERAS menggesa hukuman gantung dari tugas itu ditarik balik, dan Prof Aziz diberi kebebasan sebagai seorang sarjana untuk memberi pandangan dalam bidang yang beliau adalah pakarnya.
*Kenyataan media oleh Mohd Azmi Abdul Hamid selaku Presiden TERAS. -
Students gather to protest don’s suspension
GOMBAK: Hundreds of students today gathered to protest against the suspension of Abdul Aziz Bari, the vocal constitutional law professor with the International Islamic University of Malaysia (IIUM).
Student leaders and their supporters, who gathered at the compound of the university’s mosque here, condemned the suspension as a “tyrannical” move and a “blatant violation” of “academic freedom”.
Several students leaders were pulled away by police and university security personnel as they try to hand a memorandum of protest to the university’s authorities.
“We detest the exploitation of institutions of higher learning to serve the interest of the power-that- be. Revoke Aziz’s suspension,” shouted Ahmad Syukri Abdul Razab of the students group SMM.
The students chanted “long live Aziz” and carried placards with “solidarity with Aziz” written on them.
Also present were leaders from opposition parties including PKR vice-presidents Tian Chua and Nurul Izzah Anwar.
Government fears education autonomy
Aziz was suspended after he described the decree made by the Sultan of Selangor following the raid by the Islamic Affairs Department (JAIS) on a church in Damansara recently as “unprecedented and inconsistent”.
The sultan had said that no one shall be penalised because there was insufficient evidence to prove proselytising by Christians during the raid although he maintained that conversion attempts are “real”.
The Umno-owned media were quick to pounce on Aziz, describing his statement as “treacherous” in what is seen as a retaliation against the political scientist’s constant criticism against the ruling party.
Speaking to FMT later, Ahmad Syukri said Aziz’s suspension was a clear signal of the government’s fear of “autonomy” in the academic sphere although it has distanced itself from IIUM’s action.
Deputy Higher Education Minister Saifuddin Abdullah had said the action against the professor was internal and not a result of government interference, but SMM and opposition leaders believe otherwise.
“What Aziz said (about the decree) was academic. It was part of an intellectual discourse. You can have a different opinion but suspension is not the way. You should counter his argument through discourse,” said Ahmad Syukri.
He added that intellectuals should be allowed to debate on “sensitive” issues, including the position of the monarch. “It’s part of academic freedom… a healthy debate to create intellectual debate,” he said.
Tarnishing Najib’s reform image
Malaysia’s universities are fast dropping in the global ranking. Race-based quotas, instead of merits-based admission and political interference, have been cited as the cause for the decline in quality.
Nurul Izzah told FMT that Aziz’s suspension reminded her of her own ordeal more than a decade ago when she was refused admission (to university) due to “political considerations”.
At the time of her application, Nurul Izzah, the Lembah Pantai MP, is the daughter of Opposition Leader Anwar Ibrahim who was sacked as the deputy prime minister after a fall-out with then prime minister Dr Mahathir Mohamad.
“Thirteen years on, the same thing is happening to Aziz. In the face of transformation, you want to allow and accord universities the freedom they deserve,” she said in a critical reference to Prime Minister Najib Tun Razak’s reform measures.
Opposition leaders and observers believe Najib’s transformation credentials have been tarnished by various violations of basic rights and the absence of real institutional reforms. -FMT
Ulasan GB
SKMM, Polis dan Rektor Universiti - kesemuanya bertindak mengikut telunjuk UMNO. Itu persepsi yang ada di kalangan rakyat. Mungkin bukan persepsi lagi tetapi kenyataan.
Bagi SKMM dan Polis, mungkin GB boleh terima apabila melakukan siasatan terhadap Prof Aziz sebab SKMM dan Polis memang tak tahu dunia akademik. Mereka adalah dari kalangan IQ-zero yang hanya mengikut arahan. Mereka tak faham apa yang profesor-profesor tulis atau bicarakan dalam makalah, jurnal, akhbar dan sebagainya. Yang dia tahu semua kena sokong kerajaan. Itu mentaliti mereka, bebalisme namanya.
Tetapi malang apabila seorang yang telah memegang jawatan Rektor boleh mengambil sikap yang sama dengan mereka yang tidak berilmu yang sepatutnya Rektorlah yang menghormati kebebasan akademik dan membela Aziz Bari.
Hukum kebenaran bakal menambil tempatnya. Berdasarkan kepada kehendak banyak pihak dan demontrasi hari inim Rektor itu perlu diberhentikan, atau Tuhan sendiri yang akan menghukumnya. "Alaisallahu bi ahkamil hakimiin?" Bukankah Allah sebaik-baik Hakim?
Satu lagi projek menghasilkan kangkong.
BalasPadamSebagai bekas pelajar di sana, saya mendesak agar Reaktor UIA itu lepas jawatan. Beliau tidak layak memagang jawatan tersebut. Tindakan beliau tidak mencerminkan beliau seorang ketua pendidik.
BalasPadamitu yang tak bagi orang betino jadi ketua..kena gertak gelabah dan ikut emosi..org tino akal pendek
BalasPadamkangkong guna baja taik ayam
BalasPadamini bukan professor kangkong, prof kangkanglah.. huhu
BalasPadamPentadbir Universiti jangan jadi kangkong juga.
BalasPadamGua baru tgk muka rektor korg dlm Astro Prima/Oasis.... secara ikhlas apabila diwawancara dgn Aziz Desa .. cara percakapan dia sgt lemah (xpower langsung mcm NC/VC universiti2 lain). So aku paham knp dia pendek akal buat tindakan mcm ni. Goodbye Zaleha!
BalasPadamp/s: Kompem bila prof(zaleha) g kenduri, kompem sedara mara dia jeling menjeling perli memperli kat dia. Hahahhaha kelas kau maria....
Prof ni ok, ilmunya melayakkan dia pegang jawatan rektor tu. Just because isu Prof Aziz, terus dikecam .. terutama yg membabitkan gender --> aku tak setuju. Lain le klu dia tak tutup aurat mcm lain2 tu.. hujah2nya selalu aku dengar kat IKIM.
BalasPadamApa yg aku lihat ialah ni ujian untuknya nak tengok samada ilmu2 yg selama ni disampai2kan, bila kena kat diri sendiri, bole tak handle dgn bijaksana?
Menyampai2kan, semua org bole buat, ttg amal/praktikal tu yg kadang2 ramai yg kantoi.
Mcm bekas pengarah Radio IKIM ir Ahmad Jais pegang jawatan tinggi utk menyampai2 ilmu di radio, beliau juga pernah diuji... nampaknya beliau pegang pada ilmu & prinsipnya dgn memilih keluar/letak jawatan drp radio IKIM. So Prof, amacam?
Begitu juga kita, yg selama ni ada ilmu & nyampai2kan saja.. klu Allah uji nak tengok kita sanggup buat apa yg selma ni kita hanya nyampai2kan.. boleh buat tak? (soklan ni utk diri ku juga).
Lagi tinggi ilmu, tinggi jawatan, tinggi gaji, tinggi/ramai pendengar yg mengangguk2 membenarkan, lagilah tinggi ujiannya..
kerja untuk duit, bukan kerana allah...
BalasPadamAssalammualaikum, salah satu character 'penjajah' ialah memalu dan menghina ahli-ahli bijak pandai (ahli akademik) apatah lagi jika mereka (ahli akademik) memberi pandangan dan teguran yang benar terutama dari segi hukum.
BalasPadamKita masih belum MERDEKA
Tindakan spt ini menjadi petanda bahawa Umno akan lingkup dlm Pru13 nanti kerana tindakan yg tidak bijaksana oleh ahli akademik yg sebak dg emosi politik . Bapak Menteri yg berpengaruh harus tampil mengurus dg baik secara berwawasan.
BalasPadam