2 Sep 2011

Penipuan Utusan Bakal Bunuh UMNO, Sokongan Kepada Mat Sabu Semakin Meningkat

Ipoh – Pemuda Pas Negeri menyokong kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

Ketuanya, Zawawi Yusoff berkata, kenyataan Mohammad Sabu atau Mat Sabu itu adalah situasi sebenar selain berdasarkan kepada fakta-fakta yang relevan berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, isu berkenaan juga telah disuarakan sejak sekian lama iaitu sejak sekitar 80-an tetapi ia senyap begitu sahaja sehinggalah ditimbulkan kembali waktu ini.

“Kita menyokong kenyataan berfakta daripada beliau (Mat Sabu) ini, malah ianya telah disuarakan sejak sekian lama, tetapi baru hari inilah pihak Umno nak putar belit isu ini.

“Cuba perhatikan betul-betul. Individu-individu yang disebut oleh beliau juga berjuang menentang British, bukannya menentang orang Melayu.

“Mungkin yang ditentang hanya segelintir yang menjadi tali barut kepada British di masa itu,”
katanya, semalam.

Berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran daripada Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri, Mohamad Annuar Ariffin yang mahukan pihak Pemuda Pas menyatakan pendirian terhadap isu berkenaan.

Sementara itu, Zawawi juga mendakwa wujud dua pihak Umno iaitu ‘lama’ dan ‘baru’ yang memiliki perjuangan berbeza.

Katanya, hanya Umno lama yang berjuang untuk orang Melayu manakala Umno baru pada hari ini dilihat banyak menyeleweng daripada perjuangan sebenar malah lebih menjurus kepada kepentingan diri sendiri.

“Perjuangan Umno baru ini dilihat tidak banyak memperjuangkan hak Melayu malah lebih kepada kepentingan politik semata-mata,” katanya. -SH

Mat Sabu asak balik, dakwa Umno di ambang tumbang

Mat Sabu berkata sambutan bagi program ceramah anjuran PAS “sangat baik”.

KUALA LUMPUR, 2 Sept — PAS semakin hampir untuk mengisytiharkan pihaknya “juara” kempen bersaing dengan Umno bagi mendapatkan undi orang Melayu kawasan luar bandar ketika sambutan Aidilfitri, dengan Timbalan Presidennya Mohamad Sabu yakin Umno bakal tumbang dalam waktu terdekat.

Meskipun berhadapan dengan siri kecaman dan kritikan berhubung kenyataan mengenai tragedi Bukit Kepong, Mohamad menegaskan kepada The Malaysian Insider, usaha mengedar bahan kempen Aidilfitri sudah cukup berjaya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

“Ceramah-ceramah kami di surau dan masjid cukup baik. Respons daripada rakyat sangat baik,” katanya.

Kedua-dua PR dan Barisan Nasional (BN) mengadakan kempen prapilihan raya umum ketika Ramadan, masing-masing dengan agenda dan mesej untuk memikat sokongan pengundi Melayu, khususnya mereka di luar kawasan bandar.

Bagaimanapun pada Sabtu lalu, PAS — komponen PR, berhadapan dengan serangan Utusan Malaysia kononnya Mohamad mempertikaikan pejuang kemerdekaan dan mengagung-agungkan komunis, ketika negara menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-54.

Mohamad telah menafikan ada menyebut nama komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

The Malaysian Insider semalam membawa laporan, sama ada tafsiran Mohamad mengenai tragedi Bukit Kepong tepat ataupun sebaliknya, isu itu telah membuka ruang kepada BN untuk bertindak secara ofensif ketika ia bertungkus-lumus memperbaiki imejnya yang terjejas ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan isu kenaikan inflasi.

Meskipun ada peralihan sokongan orang Melayu kepada perikatan itu sejak pilihan raya umum 2008, Umno melihat Mohamad, timbalan presiden PAS yang dipilih Jun lalu, sebagai “pengasak” yang belum boleh memecahkan asas kekuatan mereka di kalangan kaum majoriti itu.

Bagaimanapun kenyataan kontroversi pemimpin itu telah membolehkan Umno menyemai benih keraguan di kalangan pengundi Melayu, yang masih menganggap komunisme sebagai satu momokan, khususnya di kalangan masyarakat luar bandar.

Meskipun begitu, Mohamad masih yakin dengan sokongan orang Melayu sambil menegaskan, Umno sudah mula rasa tertekan dan terdesak.

“Anda tengok, saya hanya seorang yang sangat, sangat kecil. Bukan orang besar pun, tetapi mereka menyerang saya... lima hari lima malam. Jadi, mereka sudah jelas terdesak,” kata beliau.

Katanya, ketika kempen sempena cuti Aidilfitri yang diusahakan oleh PAS, pemimpin-pemimpin parti Islam itu menjelaskan mengenai tuntutan pilihan raya yang dibawa oleh Bersih 2.0 termasuk isu pengundi pos.

“Isu-isu lain termasuklah rasuah, skandal cincin RM24 juta melibatkan isteri perdana menteri... mereka belum lagi menjelaskan dengan betul,” kata beliau.

Reaksi daripada orang ramai cukup menggembirakan kata Mohamad sambil menambah, PAS telah berjaya membawa mesej ke akar umbi.

“Apa pun, Umno akan tumbang dalam waktu terdekat. Anda akan lihat,” kata beliau dengan yakin.

Ketika sambutan Aidilfitri kali ini, ahli-ahli PAS telah menyiarkan video berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai dan mengedarkan kira-kira 200,000 DVD. -TMI


Ulasan GB

Dah banyak kali GB ulas hal ini, sekadar megingatkan kepada pihak yang memutarbelit ucapan Mat Sabu seperti yang dilakukan oleh Utusan:

اسْتِكْبَاراً فِي الْأَرْضِ وَمَكْرَ السَّيِّئِ وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ الْأَوَّلِينَ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلاً وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَحْوِيلاً


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang menjalankannya. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. Fathir: 43


5 ulasan:

  1. Nama pun..'Utusan Tipu Melayu'

    Dari awal Muharam sampai Syawal..

    Kerja Tipu Melayu..kah kah kah kah

    BalasPadam
  2. Kita tengok dalam TV3, masih lagi menceritakan tentang pengkhianatan Mohamad Sabu menyokong dan menagongkan komunis.

    Karpal Singh pun ambil kesempatan menempelak Mohamad Sabu berkaitan dengan isu British dan komunis.

    Jangan dibiarkan Mohamad Sabu bersendirian menghadapi serangan dari puak UMNO Baru dan kuncu-kuncunya, yang pada fikiran mereka peluang terbaik untuk menarik perhatian orang kampong agar bertaut kembali pada UMNO dan BN.

    Sebenarnya fakta sejarah telah berpihak pada Mohamad Sabu tapi cuma kerana beliau tiada peluang dan kesempatan untuk berhujah dan berdebat secara jantan digelanggang yang sama rata.

    Oleh kerana itu kita perlu membantunya. Sebahagian fokas pada sejarah dan lawan sejarah ciptaan UMNO. Sebahagian lagi fokas pada masaalah terkini yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional, seperti harga barang, pilihanraya bersih, dan sebagainya.

    Serangan mesti serentak. Biarkan mereka dalam kekeliruan... dan bertindak seperti babi buta.

    Bersatu kita teguh, bercerai kita huru-hara dan terbarai......

    BalasPadam
  3. utusan meloya dah menyesal tu.
    konon nak kenakan mat sabu.
    tapi bn/umno pula yang kena.
    mana tidaknya.
    buku sejarah malaysia terpaksa ditulis semula.
    ini bererti, bukan umno yang benar2 memperjuangkan kemerdekaan.
    mengikut fakta, ada pihak lain yang lebih berhak.
    nampaknya aziz ishak kena cari kerja lain.

    BalasPadam
  4. Sekadar berkongsi tentang Henry Gurney yang nama beliau digunakan sebagai nama sekolah untuk pesalah juvana di Melaka dan nama jalan di Kuala Lumpur.

    Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Henry_Gurney

    Henry Gurney sejurus sebelum ditugaskan sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya pada 13 September 1948 adalah Ketua Setiausaha kepada British Mandate of Palestine. Di masa waktu beliau di sana, berlakunya Nakbah Palestin di mana kampung Deir Yasin pada 15 Mei 1948.

    Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Massacre_of_Deir_Yassin

    Sebagai ketua pentadbiran, beliau adalah orang yang berada di belakang Nakbah ini. Pihak British telah menolak untuk membantu penduduk2 di Deir Yasin dengan alasan perkara ini tidak berkaitan dengan kepentingan British.

    Berikutan penubuhan negara Israel selepas Nakbah tersebut, Henry Gurney telah diutuskan pula ke Malaya sebagai Pesuruhjaya Tinggi British.

    Sekadar memaparkan maklumat bebas yang saya perolehi di Wikipedia. Saya juga seorang pencari maklumat. Di saat kita mengenang peristiwa Nakbah di Palestin, fakta2 seperti ini janganlah kita abaikan.

    Mengenang 300 orang yang syahid di Deir Yasin disebabkan tipu muslihat Henry Gurney. Semoga Allah melaknat mereka yang terlibat.

    BalasPadam
  5. tidak ada apa yg nak dikenangkan oleh umno kepada 300 orang plestine yg terkorban kerana mereka bukan melayu mereka yg tekorban itu pun mungkin menyerang british yg diketuai oleh ser henry gurney sepertimana mat indra sejarah bukit kepong.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.