Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pada masa ini tiada had laju ditetapkan untuk ambulans yang membawa pesakit ke hospital semasa kecemasan.
Walau bagaimanapun pihaknya akan menyiasat kejadian kemalangan yang melibatkan ambulans dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak sebelum mengadakan sebarang had laju, katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis persaraan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Datuk Robiah Abdul Ghani di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur, semalam.
Ismail berkata pihak polis juga akan menyiasat kejadian kemalangan maut yang melibatkan ambulans Rabu lalu.
Seorang ibu, Norizah Bujang, 62, maut apabila ambulans yang dinaikinya bagi menemani anaknya untuk mendapatkan rawatan akibat terkena renjatan elektrik di Hospital Kuala Pilah terbabas ketika melalui satu selekoh di Jalan Felda Bukit Rokan di Tampin, Negeri Sembilan.
Anaknya, Nur Intan Suhana Ahmad, 30, terselamat tetapi kritikal akibat renjatan elektrik, sementara pemandu dan pembantu kesihatan dari Klinik Kesihatan Jelai mengalami cedera ringan di muka dan tangan.
Pada pertengahan Ogos lalu, pesakit Mariam Baba, 73, seorang mangsa samun maut dan jururawat Yuhanis Yasin, 30, meninggal dunia kerana cedera parah setelah ambulans yang mereka naiki untuk ke Hospital Kuala Lumpur dari Melaka terbalik setelah dirempuh oleh sebuah teksi. - Bernama

Seorang Ibu Terbunuh Apabila Ambulans Bawa Anaknya Terbabas
TAMPIN: Seorang ibu, yang menemani anaknya ke Hospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan akibat terkena renjatan elektrik, terbunuh apabila ambulans yang membawa mereka terbabas ketika melalui satu selekoh di Jalan Felda Bukit Rokan, pukul 8 malam Rabu.
Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah Norizah Bujang, 62, manakala anaknya, Moriem Tam Suhana Ahmad, 30, terselamat tetapi kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya.
Jurucakap polis berkata ambulans, yang dipandu seorang petugas dari Klinik Kesihatan Jelai, bersama seorang pembantu membawa Allahyarham Norizah yang menemani anaknya di bahagian belakang ambulan ke Hospital Kuala Pilah.
Katanya semasa melalui satu selekoh dekat Jalan Felda Bukit Rokan, ambulans itu terbabas sehingga remuk di bahagian hadapan.
"Norizah meninggal dunia di bahagian belakang ambulans dan anaknya terselamat tetapi masih kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya," katanya.
Kedua-dua pemandu dan pembantu kesihatan pula hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan tangan.
Jurucakap polis itu berkata Moriem Tam Suhana terkena renjatan elektrik semasa menggunakan mesin jahit kira-kira pukul 7 malam di rumah mereka di Felda Jelai.
Allahyarham Norizah yang tinggal bersama anak perempuannya kemudian meminta bantuan seorang jiran untuk menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Jelai namun berikutan kecederaan Moriem Tam Suhana parah, mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Pilah menggunakan ambulans.
Adik perempuan Norizah, Azami Bujang ketika dihubungi Bernama pagi Khamis memberitahu, kakaknya meninggalkan suami serta tujuh orang anak dan jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Felda Jelai 3.
"Anaknya yang terkena renjatan elektrik ini merupakan anak keempat yang telah kematian suami dan mempunyai dua cahaya mata," katanya.
Semasa melawat anak saudaranya itu di Hospital Kuala Pilah, Moriem Tam Suhana sudah mampu bercakap tetapi difahamkan mangsa akan dipindahkan ke Hospital Seremban kerana mendapat kecederaan tulang akibat kemalangan itu, katanya. -mstar
Pengeluar kete tuh dah test dan luluskan untuk kegunaan cemas/pecut dalam suasana hingar-bingar dan simpang-siur trafik masa kini. Pengendali keta tuh kena dinilai tahap kecekapan dan kesediaannya... Mekanikal kete tuh yang dimampu-sediakan oleh penyedianya (kerajaan) pun patut ditengok. Jangan membaiki bukan pada tempat yang rosak... Kalau dah sekali bingong jangan ulang kali kedua.
BalasPadamJangan ubah keadaan yang dah BETUL kepada salah. Dah terSURAT, pesakit mesti dibawa ke hospital dengan CEPAT.
BalasPadamJika paksa ambulan pandu perlahan, lagi ramai la pesakit mati dalam perjalanan.
Otak Ketua Polis Negara dengan Pemimpin2 UMNO sama jer BANGANG...kah kah kah
Dalam 10 tahun berapa kali jer ambulan eksiden? Takkan eksiden baru 2 kali terus nak tetapkan kelajuan ambulan.
Kalau tak nak mati, suruh Malaikat Maut la jadi driver ambulan...kah kah kah..kah kah
Ambulan perlu ikut undang2 dan ikut isyarat lalu lintas, tidak boleh langgar saja lampu isyarat.TETAPI jika jalan tersebut lengang(tiada lalulintas) atau diberi jalan oleh pengguna jalan raya bolehlah (jika perlu)tetapi ambulan tidak kebal dengan undang-undang.Sebenarnya pemindahan seseorang pesakit dari satu hospital ke hospital lain,walaupun menggunakan ambulan umpama pindah dalam hospital kerana semua kelengkapan kecemasan ada dalam ambulan tersebut, jururawat dan doktor pun ada jadi tidak perlu memandu dengan tergesa ikut saja peraturan.
BalasPadamKalau Di Jabatan Polis, suruh KERAJAAN guna untuk POLIS, kereta Canggih....itu pun kemalangan juga.Kenunnya peredaran zaman...
BalasPadamKalau Polis ada kereta Canggih,Sudah tentu Jabatan Kesihatan harus guna Ambulans canggih..Banding Ambulans Kita Dengan Ambulans Hong Kong, Ambulan London tidak pun Banding dengan Ambulans America..... Orang Tak Pakai Ambulans Kelas 3 dan 4 macam Malaysia ni
Aku nk cabar la mane2 ketua polis atau wakil umno yang blh bwk ambulan secara perlahan dan mgikut peraturan jalan dpt anta pesakit ke hospital dgn selamat.Klu x kene pd diri ko,anak2 ko,mak bapak ko,ko blh la ckp..klu dh terkena,ahli kluarga ko yg jd pesakit nyer xmenyalak ke ko mcm anjing??lain kali ckp gne otak dan msuk akal.Jd la manusia yg sentiase redha qada' dan qadar Allah.Setiap yg dtg pasti kembali.Wallahualam
BalasPadam