22 Sep 2011

Dubur Saiful Perlu Disiasat: Sperma Masih Baik Selepas 100 Jam Di dalamnya!

Dr McDonald: Kes Anwar, kes tunggal di dunia

Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald menyifatkan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana ahli kimia mampu menjumpai DNA dari rektum selepas 56 jam dan ditinggalkan 48 jam lagi secara terbuka, sebagai antara penemuan paling menakjubkan jika keputusan itu boleh dipercayai.

Dr McDonald berkata ia amat jarang sekali berlaku untuk menjumpai sperma selepas 113 jam berada dalam rektum, katanya merujuk kepada satu artikel 1997 yang ditunjukkan kepadanya dua hari lalu oleh pihak pendakwaan.

"Kes itu, bersama-sama dengan kes 1982 (yang sebelum ini menyatakan sperma boleh didapati selepas 65 jam), adalah hanya dua yang pernah didokumenkan. Dalam 99.9 peratus (kes), anda tidak akan dapat mencari sperma selepas waktu sebegitu lama.

"Walau bagaimanapun, kes (Anwar) ini merupakan satu-satunya (yang saya tahu) dalam dunia di mana sperma boleh dikesan selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, di mana anda masih boleh menemui sampel DNA yang baik," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ramkarpal Singh semasa pemeriksaan-balas hari ini.

Dr McDonald, dua hari lalu bersetuju dengan cadangan yang diajukan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, berhubung penemuan berkenaan berdasarkan artikel yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard.

McDonald berkata sepanjang pengetahuannya dan mengikut beberapa jurnal, DNA yang masih dalam keadaan baik boleh didapati pada sampel yang diperolehi dari rektum selepas lapan jam. -mk

Dr McDonald: Kes Anwar, kes tunggal di dunia

Saksi pakar Molekular Genetesis dari Australia Dr Brian McDoland hari ini terus mempertahankan cadangan bahawa laporan bacaan degradasi profil DNA adalah kritikal.

Beliau yang masuk hari keempat memberi keterangan di kandang saksi kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian bahawa sebarang laporan berkaitan degredasi akan menyumbang kepada faktor utama bagi mengesahkan kredibiliti bukti.

Beliau yang diperiksa balas oleh peguam Ram Karpal Singh hari ini mempertikaikan peranan pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Hong yang mengabaikan beberapa prosedur standard makmal.

Dalam keterangan Seah sebelum ini kepada mahkamah, beliau mengakui degredasi berlaku pada sampel yang diambil dari dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan sekiranya ia terdedah pada persekitaran.

Namun beliau mengambil keputusan mengabaikan penemuan tersebut selain mempertahankan pendirian bahawa degredasi tidak penting selepas profil DNA ditemui.

Ram Karpal kemudian menyoal Brian sekiranya sel sperma boleh bertahan selama 113 jam di dalam rektum.

"Kemungkinan 99 peratus ianya tidak akan berlaku... 56 jam adalah yang paling lama pernah dilaporkan," jawab Brian.


Brian kemudian ditunjukkan semula artikel dalam bahasa Thai yang dikemukakan oleh pendakwa semalam namun beliau mengatakan tidak faham.

Timbalan pendawaraya Datuk Yusof Zainal Abiden semalam mengemukakan artikel kajian antarabangsa bersabit jangka hayat sel sperma mampu bertahan selepas terdedah kepada suhu normal.

Ram Karpal sebelum itu bertanya sekiranya pakar itu bersetuju catatan dalam bahasa Inggeris pada artikel tersebut, namun Brian menyifatkan artikel tersebut tidak ada kredibiliti dan musykil bagaimana ianya boleh dijadikan rujukan mahkamah.

Brian tetap mempertahankan kredibiliti beliau sebagai pakar ujian DNA selain membacakan keterangan Mahkamah Rayuan Australia mengatakan beliau adalah seorang saksi yang benar.

Beliau kemudian menolak cadangan bahawa beliau berhasrat mengelirukan mahkamah berhubung ujian AP yang dilakukan Dr Seah dan menjelaskan sekiranya laporan dibuat, ianya dapat dibandingkan dengan kesasteraan perubatan.. -tvsnews




Ulasan GB

GB sudah mengulas hal ini di SINI. Petikan:

Di dalam usaha untuk membuktikan pertuduhan liwat ke atas Anwar, pihak pendakwa berhempas pulas mereka dan mencipta "bahan-bukti" yang akhirnya terdedah mempunyai banyak kekurangan. "Fakta dan kebenaran" tidak dapat dicipta atau dihapuskan bersesuaian dengan teori ilmu Fizik "Matter can neither be created nor destroyed". Kebenaran tetap kebenaran dan kebatilan tetap kebatilan. Sebutir mutiara tetap sebutir mutiara walau disaluti dengan kaca, dan kaca tetap kaca tak berharga walau disaluti emas paling bercahaya.

Mana mungkin tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 sebagai “masih baik” di kawasan dubur pengadu selepas 100 jam? Ada apa yang istimewa di duburnya? Ada botol kedap udara dan kalis pencemaran atau ada mesin penyejuk beku di dalamnya?

Bahan bukti yang direka-reka tidak mempunyai nilai apa-apa. Di sini kelemahan barisan Pendakwa paling ketara. Samada bahan bukti sebenar itu anda temui, atau anda tidak boleh teruskan tuduhan. Anda tidak boleh dan tidak akan dapat merekacipta bahan bukti. Manakan sama diantara mutiara dengan kaca.

Itu sebab di dalam Islam ada Qazaf. Jika tiada saksi, maka kes digugurkan sekalipun "kejadian itu" munkin berlaku. Islam tertegak dengan kebenaran dan keadilan.


Dan kaedah pengesahan sesuatu fakta kebenaran di dalam satu-satu kajian saintifik hendaklah berdasarkan kepada sesuatu penemuan yang berulang. Kejadian-kejadian atau penemuan-penemuan yang di luar kebiasaan hendaklah diketepikan dan tidak boleh disandarkan untuk dianggap sebagai "fakta" atau di dalam penciptaan sesuatu teori, malah sesuatu "hipotesis" pun adalah dianggap tertolak jika penemuan-penuemuan tidak menujurus secara majoriti untuk membukti ia sebagai benar.

Hanya pendakwa dah ahli kimia Malaysia sahaja yang bersandarkan kepada kes yang "luarbiasa" yang sebenarnya mereka menciptanya sendiri! Itulah hakikatnya.

8 ulasan:

  1. Persoalannya sekarang, apa nak dibuat dengan Doktor-doktor kat jabatan Kimia Malaysia? Prosedur tak ikut....main hentam saja. Tidak ada etika kerja langsung. Buang saja mereka ni.

    Jadinya, kalau ada kes-kes seumpamanya....ada kemungkinan orang yang tak bersalah akan menerima hukuman dengan tidak adil. Ini satu penganiayaan.

    Ini baru DNA, belum lagi forensik yang lain.

    BalasPadam
  2. mc donald nie macam tak tau pulak kat mesia nie apa yg gerombolan sumuanya ajaib & luarbiasa kalau guiness book record nak catat penuh buku hal ajaib mesia saja

    BalasPadam
  3. Inilah akibatnya bila memohon kerja
    melalui "cable".Tiada kelulusan yang
    betulx berkelayakan tapi dapat
    menjawat jawatan.Boleh dikatakan
    disemua jabatan kerajaan berlaku
    fenomena ini.Syabas negaraku!

    BalasPadam
  4. Dalam jubor dia ada peti sejuk kot? Lawak sungguh...

    BalasPadam
  5. sejarah pun boleh diubah dengan segera macam mee segera inilah malaysia ku pemerintahnya bekas anak cucu tali barut british.

    BalasPadam
  6. Sudah sampai masa kita rujuk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Allah swt. Adakah mungkin manusia dapat berlaku lebih adil daripada Allah swt?
    Inilah padahnya bila kita memilih jalan yang bukan dikehendaki Allah swt. Ingatlah, nescaya kita akan ditimpa bala atas perbuatan kita.
    Bila Allah swt suruh bawa empat orang saksi yang adil, kita tak mahu berbuat sedemikian dan menolaknya dengan alasan bahawa susah mendapat empat orang saksi yanga adil (kata memanda Che Det waktu tahun 1998). Tak kan semeua orang Islam di Malaysia sudah menjadi fasik dan munafik. Kalaulah kita tak dapat berbuat sedemikian, serah saja kepada Allah swt yang maha mengetahui.
    Ingatlah saudara-saudara seagama dengan AKU, berbaliklah kita kepada agama kita agar kita sentiasa selamat di dunia dan di akhirat. Neraka ... perit tak terucap. Syurga ... sedap tak terkata. Fikir-fikirlah.

    BalasPadam
  7. lelah sudah hendak berkata-kata pada manusia asalnya islam tp tak betul2 beriman ni.... apa mereka sudah lupa fitnah itu adalah suatu dosa besar kiranya benar?? terlepas balasan ALLAH di dunia tapi di akhirat sana akan merasa juga API NERAKA yg bahang panasnya tidak dapat digambar dgn kata... NAUZUBILLAH...

    BalasPadam
  8. Jubur ajaib,ada air-con.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.