10 Ogo 2011

Seks Pelajar Menjadi-Jadi, Apa Nak Jadi Ni?

Lokasi maksiat terbongkar

KULIM - Masalah sosial remaja semakin membimbangkan setiap hari.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah membongkar aktiviti menghidu gam dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan di sekitar kawasan jirat Cina di Taman Cendana sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT). Gambar fail.

Semalam, Sinar Harian membuat pemantauan di sekitar kawasan itu sekitar jam 1 pagi dan menemui kawasan tersorok dipercayai digunakan remaja untuk melakukan hubungan seks.

Dari tinjauan dibuat mendapati, banyak seluar dalam dan coli wanita dibuang di kawasan itu.

Apa lebih menjijikkan apabila kondom yang sudah digunakan bertaburan di kawasan itu.

Pegawai Agama Daerah Kulim Kedah, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, ibu bapa seharusnya dipertanggungjawabkan sekiranya ada dalam kalangan anak mereka terlibat dalam masalah seumpama ini.

“Ibu bapa terlalu banyak melimpahkan kemewahan kepada anak-anak mereka. Selain itu, anak juga diberikan telefon bimbit yang canggih di mana mereka boleh memuat turun pelbagai aksi lucah di dalamnya,” katanya.

Dari tangkapan dibuat oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) terhadap pasangan yang melakukan maksiat selalunya adalah pelajar.

Beliau tidak menafikan pelajar lelaki dan perempuan hari ini lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan cinta dari menimba ilmu pelajaran.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Elyas Saad berkata, bagi pelajar Tingkatan Lima dan Tiga khususnya, mereka seharusnya mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semakin hampir.

“Baru-baru ini, dua laporan polis dibuat apabila dua pelajar perempuan yang masih menuntut dirogol oleh teman lelaki mereka. Dari maklumat saya terima, kedua-dua mangsa ini sering melihat aksi lucah dalam telefon bimbit. Ini merangsang mereka untuk melakukan perlakuan tidak bermoral.

“Saya meminta PBT memantau perlakuan sumbang yang dilakukan oleh pelajar sekolah yang sering berkeliaran di pasar raya bersama teman lelaki masing-masing,” katanya. -SH

Ulasan GB

Bisa kepala memikirkan akhlak pelajar remaja Islam kini yang hancur lebur...

Hanya satu penyelesaiannya: BACK TO ISLAM.

8 ulasan:

  1. moh kita ubah sekarang

    BalasPadam
  2. umno sgt suka bila ramai mcm tu...sepatutnya bila pandai perintah negara guna acuan sendiri.... tu le bala
    allah...... Rakyat kena kena bangun untuk cegah mungkar......Allahuakbar

    BalasPadam
  3. nak tunggu orang islam bleh berhujjah, berat woiii,.... cawangan UMNO tinggal tak berapa orang lagi. semua gi buka puasa dan sahur kat gereja. hahaha

    BalasPadam
  4. Suara PakatanRakyat10 Ogos 2011 pada 3:59 PTG

    majlis Bandaraya Petaling Jaya wajar benarkan Gereja Damansara Utama terus beroperasi. Baca selanjutnya di suarapakatanrakyat.com

    BalasPadam
  5. Ini berkaitan rapat juga dengan sistem pemerintahan negara. kalau undang-undang islam dititikberatkan dalam sistem pemerintahan negara insyaallah gejala sosial akan terpelihara. tengok sajalah pemimpin serta menteri-menteri dari dari golongan wanita. berapalah sangat bilangannya yg menutup aurat. perkara asas sebegitu sudah menjadi kebiasaan, apatah lagi untuk mentarbiah anak2 muda kejalan yg benar....

    fikirkanlah semua sebelum memilih seseorang menjadi pemimpin....

    BalasPadam
  6. sememangnya memeningkan kepala, takk tau siapa nak disalahkan, ibubapa,guru,pemerintah,undang2....

    entry berkaitan saya tulis kan disini

    thanks.

    BalasPadam
  7. Inilah kesan nya yg telah dibudayakan oleh Umno/BN kpd rakyat dgn hiburan, konsert, pesta..apa lagi bini PM jd ketua menari didepan tu,,mcm2 lg spt Jom Heboh, AF dll.. Kita tumbangkan mereka tu

    BalasPadam
  8. Inilah hasil dari sistem pendidikan m'sia yg hanya berteraskan peperiksaan, sepatutnya perlu diterapkan lagi sahsiah diri, agama & moral. Sebabitu lah ada yg sanggup menghantar anak ke sekolah agama swasta utk mendpt anak berjaya di dunia & akhirat..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.