18 Ogo 2011

Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang Dibakar - Angkara Siapa?

Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”

Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.

Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

"Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya.

"Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.”

Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.

Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat.

Pintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh. -mk

Ulasan GB

Persoalan kini, ia angkara siapa sebenarnya?

Bila ada saja kes yang melibatkan perkauman dan agama, maka akan timbul kes bakar-membakar, simbah cat, gelidah curi komputer/laptop dan seumpamanya.

Jika berlaku sekali atau dua kali mungkin orang tidak tahu dan tidak perasaan. Tetapi apabila melebihi tiga kali, orang sudah menghidu ia adalah perbuatan....

P.Ramli di dalam kisah "Ali Baba & 40 orang penyamun" memberitahu "Chief Penyamun" (Ibrahim Pendek) buah dadu yang dipinjam itu boleh baling 2 atau tiga kali sahaja. Kalau lebih daripada itu akibatnya nahaslah yang akan diterima nanti.

Ibrahim mendengar dan patuh pesanan gurunya itu. Sebab itu selepas membuat dua kali balingan dia gulung dadunya dan pulang dengan membawa wang keuntungan besar. Orang lain yang menikam atas nombor lain semuanya kalah kerana nombor dua sudah dikontrak oleh Ibrahim.

Semua orang yang menikam dadunya kena tipu hidup-hidup oleh Ibrahim Pendek.

Pengajaran dari filem Ali Baba & 40 orang penyamun itu cukup besar ertinya. Ia sepatutnya diamati dan dihayati oleh mereka yang nak buat jahat. Apa yang hendak disampaikan P Ramlee, kalau nak buat jahat jangan lebih daripada dua kali. Sekali dua mungkin boleh sebab orang tidak dapat mengesaninya, tetapi kalau hari-hari bohong, kelentung, ampu sana ampu sini lama kelamaan pembohongan itu akan makan diri.



4 ulasan:

  1. Kalau dapat tangkap orang yang melakukannya itu, harap katok dahulu hingga lumpuh, baru repot polis.

    BalasPadam
  2. Ezam ke? hahhahaaa

    BalasPadam
  3. Polis tak payah nak susah-susah cari penjenayah ni.Tak perlu ambil masa yang lama sebab memang sudah tau yang disyaki.Pokoknya mau atau tidak,itu sahaja.

    BalasPadam
  4. kenasan sudah membudaya kini. siapa pengasasnya kalau bukan bekas ketua pemuda umno yang kini dah duduk di kerusi tertinggi di bawah sedikit daripada agung. pm yang dayus dengan bini puaka tu la, siapa lagi?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.