9 Jul 2011

Kezaliman Polis Dan KPN Yang Pendusta!

Nik Aziz: Polis tindas, rakyat akan tambah benci Umno

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan Bersih 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah petang ini.

Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno.

“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” kata beliau.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal “bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”

“Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?

“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?” kata beliau lagi.

Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.

“Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja.

“Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t.,” katanya.

Nik Aziz menambah, “kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah s.w.t. nanti.

“Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa,”
kata Nik Aziz lagi.

Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0.

“Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.

“Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” katanya.

Empat pemimpin tertinggi PAS ditahan sejak tengah hari tadi.

Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. -TMI


IGP: Tak benar Anwar cedera

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH hari ini.

"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.

Ismail juga menjelaskan Anwar tidak ditahan polis.

Ismail mengesahkan sebanyak 1,401 orang ditahan, termasuk beberapa "ketua kumpulan".

Mereka antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Turut ditahan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin dan anggota parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Dalam sidang media di Bukit Aman petang ini, Ismail mengambil kesempatan menafikan segala laporan negatif terhadap polis, termasuk apa yang dirujuknya sebagai "berita angin".

Beliau menafikan polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Sin di Jalan Pudu.

"Itu tidak benar. Itu di luar SOP (prosedur standard) kita. Jangan dengar berita angin ini. Tidak tepat," katanya yang diasak soalan bertubi-tubi dari pemberita.

Ismail juga berkata pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air memandangkan terdapat peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang cuba merempuh halangan polis.

"Kumpulan di Puduraya cuba bergerak ke Dataran Merdeka dan enggan bersurai. Mereka cuba merempuh.

"Polis tiada pilihan dengan menyuraikan dengan gas pemedih mata dan pancuran air," katanya sambil mendakwa melepas tembakan "minimum" sahaja.

Ismail berkata, perhimpunan sebenarnya hanya berlaku di dua tempat sahaja iaitu di Jalan Pudu dan di luar Stadium Merdeka di Jalan Loke Yew.

"Kumpulan di Pudu bergerak ke KLCC dan Menara Maybank. Mereka cuba digambarkan serata Kuala Lumpur ada perhimpunan. Sebenarnya di dua tempat sahaja," katanya.

Ditanya tentang dakwaan polis memukul peserta perhimpunan BERSIH hari ini, Ismail berkata beliau perlu melihat laporan penuh terlebih dahulu.

Beliau juga mendakwa terdapat pihak yang melakukan provokasi kepada pihak polis.

"Kalau ada (polis guna kekerasan) you buat repotlah," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang bersalah. -mk


Ulasan GB

KPN dan Timbalannya boleh menafikan kezaliman polis.

Tetapi dunia menyaksikan, malah Tuhan juga Maha Melihat apa sebenarnya yang berlaku.

Polis terlupa fakta bahawa:

Selepas BERSIH 1 pada 2007 yang dihadiri oleh 40,000 peserta (akhbar kata 4,000), Barisan Nasional hilang 5 negeri pada PRU12.

Kini BERSIH 2 yang dihadiri oleh 50,000 peserta (esok akhbar kata 5,000), Barisan Nasional akan kehilangan lebih dari 5 negeri pada PRU13!


Ia angkara Polis full stop

Mungkin Tan Sri tidak serik "pengsan" sewaktu bertugas dan perlu diajar oleh Tuhan beberapa kali lagi baru hendak sedar diri?

11 ulasan:

  1. KPN ni dah la buta mata...hati pun buta jugak...bartaubatlah sebelum terlambat..same to u TKPN..

    BalasPadam
  2. Memang sah Polis UMNO ini BANGANG.

    Kenapa cepat sangat bebaskan Pemimpin2 PAS tu. Kata nak siasat?

    Kenapa tak siasat sampai mati macam SPRM tu...kah kah kah

    BalasPadam
  3. KPN/T,KPN kaki bodek umporno apa najibtuya suruh akur, apa babi rosmah cakap yes mdm, sikit ari lagi kau sama ngan musang dok menyuruk,rahim nor sunyi sepi takut nak keluar. mail pas ni cakap yg benar jgn ikut skrip najib umnoapco tu selamat tan sri.

    BalasPadam
  4. IGP sama macam Brahim Katak gak..Bini x bagi keluar rumah..keluar bilik tidur pun x leh rasanya..cuma dpt maklumat dr timbalan haprak dgn Bakri Zining jer...kalau kau tu kelentong kat dia kata polis bersalam2an pun aku rasa IGP percaya...bodoh pianggg

    Aku doakan org2 yg terlibat dlm menzalimi rakyat yg x bersalah ni ,hati mereka tidak akan tenang...selagi mereka tidak buat kenyataan MAAF secara terbuka dalam media atau press

    BalasPadam
  5. adakah meraka tidak sedar bahawa meraka akan mati.adakah orang seperti kpn sempat bertaubat sebelum mati sedang dosanya terlalu besar kepada rakyat malaysia.sifat orang munafik ialah bila berkata dia dusta.

    BalasPadam
  6. IGP dan TIGP tangan-tangan kamu kini telah kotor dari pelakuan anak buah kamu yang sangat zalim kepada mereka yang iklas menuntut hak mereka di negara yang mempraktikkan demokrasi dan berdaulat.Kamu semua sama saperti mereka yang terdahulu dari kamu lihatlah keadaan mereka yang mengetuai juak2 kamu pada hari ini sebagai pengajaran untuk kamu yang di amanahkan untuk menjaga kebagikan rakyat.

    BalasPadam
  7. KPN dan TKPN tahniah ke atas bertambahnya dosa2 kalian kepada rakyat malaysia yang dahagakan pemerintahan yang adil lagi jujur sesuai dengan kehendak agama. Ingat , kesalahan2 kamu berdua akan ditayangkan semula di padang mahsyar dan doa2 orang2 yang telah kamu zalimi ini akan dimakbulkan ALLAh. PM , TPM dan Hishamuddin , tunggulah saat kamu di alam barzakh nanti , pastinya selaku pemimpin , kamu akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah kamu lakukan.

    BalasPadam
  8. dulu waktu lepas sekolah,temuduga inspektor polis..gua dapat.Tetapi syukur..alhamdulillah...arwah ayah gua tak kasi.Dia berpesan berkali2,jangan libatkan diri gua dengan kehidupan seharian dicaci maki oleh masyarakat.Apa tidaknya,memang polis kuat makan rasuah.Jika tak mahu ambil rasuah,geng sekerja nanti boikot pula.Iya tidak iya,libatkan diri..beri anak isteri makan duit rasuah sekali.Bila pencen nanti jadi lah anjing kurap .masyarakat sekeliling buat2 o.k tetapi dalam hati menyumpah perangai dalam baju biru dulu.Insaf dan muhasabah lah diri kamu.Segalanya Allah Taala yang lebih berkuasa BUKAN pangkat2 yang kamu dibanggakan.INGATLAH bumi ini senantiasa menanti kita.Terpulanglah kepada amalan masing2.Tolong lah wahai polis2 sekelian..muhasabahlah diri pada sepertiga malam,insaflah apa yang telah kamu lakukan .

    BalasPadam
  9. nampak gayanya hampa saja yang baik. orang lain semua tak baik.sedaqla diri sikit hampa tu bukan malaikat...polis pun cari makan macam hampa jugak la

    BalasPadam
  10. anon 3:07

    org lain cari makan jugak, tapi tak berperangai binatang macam polis dan mcm pencacai umno

    BalasPadam
  11. Segala jenayah yang berlaku di Malaysia ini dimulakan oleh ahli politik dan kerajaan, Ahli politik dan kerajaan buat jenayah tanpa ditangkap dan bicara menyebabkan hati rakyat terbuka membuat jenayah.
    Dizaman Nabi SAW, Seorang bangsawan yahudi disabitkan kesalahan mencuri hanya dibayar denda je tapi orang biasa dihukum dengan berat. Nabi SAW ' Bersabda" Umat dahulu binasa kerana hukuman golongan bangsawan lebih ringan dari orang biasa."

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.