Astro selaras yuran pakej
KUALA LUMPUR - Bermula 11 Julai ini, stesen televisyen berbayar Astro bakal membuat beberapa pelarasan pakej yang ditawarkan kepada lebih tiga juta pelanggannya dengan menyaksikan ada penetapan caj baru selain tawaran penjimatan.
Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan berkata, berikutan pelarasan itu sesetengah yuran langganan mungkin naik RM1 hingga RM15 sebulan bergantung kepada pakej.
Katanya, langkah itu perlu dilaksanakan berikutan kenaikan kos kandungan global dan tempatan termasuk hak penyiaran acara sukan.
"Kami komited dalam meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi Astro tidak lagi mampu untuk terus menyerap kenaikan kos kandungan.
"Untuk itu, kos langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, walaupun ada yuran naik tapi ada penjimatan antara RM4 hingga RM14.95 sebulan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya terus komited untuk mengekalkan caj langganan bagi Pakej Famili iaitu RM37.95 merangkumi 38 saluran pelbagai bahasa dan genre.
Katanya, pelanggan Astro juga boleh menikmati penjimatan lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan perakam video peribadi (PVR).
"Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan sehingga RM45.85.
"Aspirasi kami adalah untuk terus memberikan pengalaman menonton yang terbaru dan tiada bandingnya kepada para pelanggan,'' ujarnya.
Astro yang beroperasi sejak tahun 1996 kini menawarkan 146 saluran pelbagai bahasa dan program antarabangsa serta tempatan. -kosmo

Sebagai tanda menolak tindakan ASTRO, aku akan tamatkan penggunaan Astro sebelum berakhir bulan Jun ini.
BalasPadamnak tengok, bayar.. tak mau bayar potong je..
BalasPadamTak pa naik la yuran sebanyak mana pun tak pa. Rakyat akan bersungut juga tapi tetap depa bayar sebab HIBURAN ( majoriti hiburan ). Rakyat akan berusaha untuk bayar, jangan bimbang. Kadang-kadang tengok rumah amat menyedihkan pakai dinding plywood je tetapi atas bumbung ada piring...........Yuran / sumbangan persekolahan anak tak bayag dahulukan sewa piring atas bumbung !
BalasPadamRenunglah wahai kaum bapa !
En Ahmad,
BalasPadamSaya rasa tuan ni sembang saja kata nak tamatlan langganan astro, saya tak percaya. Pasti anak-anak dan isteri tuan akan membantah, sanggup ka tuan ? Kalau tuan sedar dah lama tuan tamatkan langganan. He he ..... TQ astro !
Inilah dinamakan kerajaan memberi subsidi kepada Astro dengan membenarkan kenaikan harga. Pada masa yang sama Astro diberi hak monopoli TV berbayar dan mendapat manfaat dari satelit MEASAT. Duit rakyat langsung tak terlibat dalam MEASAT?
BalasPadamamende ko merepek ni kembara putih oii.. Astro mana ada monopoli.. cuma dia pandai buat bisnes berbanding stesen tv berbayar lain.. dulu kita ada megatv, lepas tu MiTV.. sekarang ni selain Astro, ada finetv dan iptv, ko tau tak?
BalasPadamhari ni juga downgrade..yeahh..tgk basic FAMILY pn ok la kot...sukan2 tu layan tenet je...pndai2 la nk idup..haha
BalasPadamsejak dari thn lepas aku telah mengambil langkah proaktif menamatkan siaran astro dirumah aku, so usaha aku tak sia-sia, service astro macam pundek, time bayar nak suruh cepat kalau tidak potong siaran tapi time rosak nak boleh datang ke rumah punya la lama....macam ni ke
BalasPadambangang, pandai buat business konon..tgk la sapa kat blakang astro tu..
BalasPadampesta naik harga kesan dasar pemerintahan lapok UMNO dan BN, singkir BN rakyat selamat
BalasPadamselain BERSIH, kenaikan harga barang dan minyak tiada respon ke?
BalasPadamAnon 4:28pm : kalau dah settle BERSIH, yang lain insya'allah selamat.
BalasPadamHujan lebat.....service currently not available..... tapi as we appreciate your loyalty and courage you must pay monthly bill on time.............astro, celcome, maxis, streamx, broadband......kaya la kamu berbisnis sama rakyat yg sentiasa meneruskan bayaran walaupun service terputus-putus
BalasPadampuak puak umno dan BN tidak pernah mendengar rintihan rakyat mengenai Astro yang hisap darah rakyat dengan sewenangnya mengenakan berbagai bayaran tambahan kenaikan harga Astro,
BalasPadamSekiranya orang umno tidak membela rintihan rakyat mengenai astro, maka semua pelangan astro diminta jangan undi UMNO dan BN pada pru 13 ini. barulah kita boleh lihat rakyat berkuasa atau cukung/kroni umno yang berkuasa.
BUKTIKAN KUASA RAKYAT YANG BERKUASA.
Cerita asyik ulang ulang ulang. Aku dah lama dah potong.
BalasPadam