Jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan pasukannya dengan pasukan Pulau Pinang SDM Navy, 21 April lalu.
Dia yang didakwa memberi suapan antara RM200 hingga RM2,000 kepada 11 pemain skuad terbabit kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah membacakan semua 21 pertuduhan terhadapnya.
Bapa kepada dua anak yang digantung tugas sejak 5 Mei lalu oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan di depan Hakim Datin Nursinah Adzmi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat bersama dua orang yang masih bebas, secara rasuah memberi suapan RM300 kepada sembilan pemain pasukan itu di kafe dan pusat karaoke keluarga City Idol Senawang, No 21, Jalan Cempaka 28, Pusat Komersial Cempaka, Taman Cempaka, Senawang di sini, kira-kira jam 9 malam pada 19 April lalu.
Pemain terbabit adalah Norhairi Abd Rahman, 20, Muhammad Rizqi Azman, 19, Muhammad Zaidi Othman, 19 serta D Adrian, Mohd Hafiz Mohd Nor, Suhairy Johari, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Muhammad Haikal Mohamad Nazri dan Mohamad Zulfadhlie Mohamad masing-masing 18.
Tertuduh yang memakai kemeja-t biru gelap juga didakwa memberi suapan RM200 kepada seorang lagi pemain, Anwarul Hafiz Ahmad, 18, sejam kemudian ketika dalam kereta di bandar ini.
Selain itu, dia bersama seorang lagi yang masih bebas, secara rasuah memberi suapan RM2,000 kepada semua pemain terbabit termasuk seorang lagi pemain, Mohamad Yatim Abdullah, 19, di kafe dan pusat karaoke keluarga City Idol Senawang kira-kira jam 5 petang pada 22 April lalu.
Suapan itu sebagai dorongan supaya semua pemain terbabit membantu dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi satu perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang, 21 April lalu.
Yusarman didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Nursinah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes itu pada 5 Julai ini. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Jasmi Buang dan Mohd Asri Abd Rahman Sidik, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Nor Hisham Hussain.
Baru-baru ini PBNS membuat laporan polis selepas menerima aduan beberapa pemain skuad Piala Presiden bersedia menjadi saksi terhadap dakwaan berlaku rasuah mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan. -BH

kalau mamat ni pemimpin UMNO bagaimana, nak dakwa atau tidak?
BalasPadam