Penahanan Dua Wanita Singapura 9 Jun Lepas Sah
KUALA LUMPUR: Penahanan dua wanita rakyat Singapura ketika cuba memasuki negara ini oleh pegawai Imigresen bertugas di kaunter pemeriksaan keluar, bangunan Sultan Iskandar Johor Baharu, Johor pada 9 Jun lepas adalah sah.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata penahanan itu dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang pas untuk masuk ke Malaysia.
"Kedua-dua mereka telah ditahan oleh pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter pemeriksaan keluar kerana didapati tidak memiliki sebarang pas atau cop masuk ke Malaysia yang sah," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai menafikan laporan oleh portal berita Malaysiakini.com hari ini yang memetik akhbar harian Singapura, Lianhe ZaoBao yang melaporkan bahawa penahanan kedua-dua wanita berkenaan adalah tidak sah.
Alias berkata di bawah akta berkenaan, individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata dakwaan kedua-dua wanita berkenaan bahawa tiada pegawai penyelia yang bertugas di kaunter pemeriksaan keluar pada hari itu adalah tidak benar kerana pasport kedua-dua wanita berkenaan menunjukkan mereka telah beberapa kali masuk dan keluar ke negara ini.
"Kali terakhir mereka masuk ialah pada 31 Julai 2010 dan 6 April 2010," katanya sambil menjelaskan bahawa kesemua 38 kaunter laluan kenderaan dibuka pada 9 Jun lepas.
Alias berkata kertas siasatan berkenaan kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 10 Jun lepas dan Timbalan Pendakwa Raya memutuskan kedua-dua wanita terbabit diusir ke Singapura dengan amaran.
Tindakan pengusiran telah dilakukan pada hari yang sama, katanya. -BERNAMA
Ulasan GB
Kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad lansung tidak menyentuh mengenai tindakan anggota Jabatan Imigresen memaksa dua orang wanita warga Singapura ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh di dalam lokap Pontian selepas ditangkap.
Itu yang menjadi tumpuan sekarang, yang menyebabkan nama negara begitu tercemar kini di luarnegara, bukan sekadar di Singapura kerana berita mengenainya tersebar di media-media antarabangsa.
Cubaan Ketua Pengarah Imigresen mengalihkan pandangan serta cuba membuat "cover-up" terhadap pegawainya itu amat dikesalkan.
Bagaimana kalau nanti Pegawai Imigresen di negara luar meminta Ketua Pengarah Imigresen itu nanti dibogelkan dan ketuk ketampi? Marah atau tidak?
Percubaan nak membodohkan rakyat sepanjang masa oleh pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan ini.

SUARAM: Hentikan penyeksaan dan penyalahgunaan kuasa segera!
SUARAM berasa amat terkejut dan kecewa dengan isu dua orang wanita warga Singapura yang dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen di dalam lokap Pontian selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah pada hari bulan 9 Jun pada pukul 1.30am di Johor Bahru.
Kes Orang Kena Tahan (OKT) yang dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel dalam lokap bukan kes pertama kali malah insiden sebegini pernah berlaku pada tahun 2005 yang menimbulkan kontroversi dalam masyarakat mengenai etika dan isu penyalahgunaan kuasa yang timbul dalam pihak-pihak penguatkuasa.
Insiden in jelas menunjukkan bahawa institusi penguatkuasa seperti Jabatan Imigresen tidak mengambil pengajaran daripada kesilapan yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2005.
Selain itu, dalam laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung isu pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006 juga menyatakan bahawa sebelum ini Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Diraja telah menerima banyak kes seperti begini.
Hal ini menarik sekali lagi perhatian dan pandangan masyarakat bahawa manakah inisiatif dan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap institusi penguatkuasa selepas isu "ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel" berlaku. Jelasnya ia tidak berlaku malahan bertambah teruk terutama dari segi penerapan unsur-unsur hak asasi di kalangan anggota penguatkuasa.
Walaupun negara kita sebagai ahli dalam majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), namun tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menambahbaikkan status hak asasi kita, antaranya termasuk meratifikasikan konvensyen Anti Penyeksaan iaitu The United Nations Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT) dan juga mematuhi Prinsipal Perbadanan untuk Melindungi Semua Orang yang Ditahan atau Dipenjara (1).
Masa kini, makanisme kerajaan yang sedia ada langsung tidak dapat menangani isu penyalahgunaan kuasa terutama dalam PDRM dan Jabatan imigren antaranya termasuk bahagian tatatertib PDRM dan Biro Pengaduan Awam. Rakyat perlu menolak kerajaan yang zalim yang membenarkan isu penyeksaan dan penyalahgunaan kuasa diteruskan berlaku.
Pendirian SUARAM, sekiranya tiada satu mekanisme yang bebas dan berkuasa untuk memantau institusi-institusi penguatkuasa terutamanya PDRM dan Jabatan Imigren seperti penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja pada tahun 2005, maka tidak akan selesainya masalah penyalahgunaan kuasa seperti yang berlaku sekian hari.
Insiden sebegini jelas sebagai tindakan penyeksaan dan melanggari prinsip hak asasi manusia. Sempena 26 Jun adalah Hari sambutan sedunia PBB untuk menyokong mangsa-mangsa penyeksaan (2), SUARAM akan melancarkan beberapa program termasuk kempen kesedaran untuk menuntut kerajaan menghentikan segala tindakan penyeksaan terhadap rakyat pada masa akan datang.
1. Body of Principles for the Protection of All Persons under Any Form of Detention or Imprisonment
2. The United Nations International Day in Support of Victims of Torture
*Kenyataan media oleh Yap Heng Lung selaku Penyelaras SUARAM. -
Ulasan GB
Kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad lansung tidak menyentuh mengenai tindakan anggota Jabatan Imigresen memaksa dua orang wanita warga Singapura ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh di dalam lokap Pontian selepas ditangkap.
Itu yang menjadi tumpuan sekarang, yang menyebabkan nama negara begitu tercemar kini di luarnegara, bukan sekadar di Singapura kerana berita mengenainya tersebar di media-media antarabangsa.
Cubaan Ketua Pengarah Imigresen mengalihkan pandangan serta cuba membuat "cover-up" terhadap pegawainya itu amat dikesalkan.
Bagaimana kalau nanti Pegawai Imigresen di negara luar meminta Ketua Pengarah Imigresen itu nanti dibogelkan dan ketuk ketampi? Marah atau tidak?
Percubaan nak membodohkan rakyat sepanjang masa oleh pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan ini.
bukan tak paham tapi buat2 tak paham... biasa la, hanya nak lepaskan diri dari soalan yang di tanya...tak point pun tak apa.. bangang!!
BalasPadamPatutlah orang bawahan nya bodoh kerana ketua mereka juga bangang.
BalasPadamSiapa pula yang lantik si bangang ini jadi ketua?
Tapi kalau orang kita di singapura ada yang lebih teruk dari ni...
BalasPadamsaya berulang alik sg-johor setiap minggu, kastam dan immigration singapore profesional, pasport di semak selepas dichop,cermin perlu diturunkan, kalau baby tengah tidur mereka keluar dari booth ke kereta, setiap kenderaan yang masuk mesti dicheck, bonet perlu di buka..
BalasPadambila balik ke malaysia, kastam malaysia hehehe angkat tangan jalan, angkat tangan jalan, pegawai immagration tengok gitu saja...
bukan menyokong singapura tapi cara mereka bekerja by rules
zakiah zainon: betul tu.. kita bukan nak ikut negara orang.. tapi negara orang lebih bertamadun..
BalasPadammobydick : sikit2 nok kato negaro ore lagi jahat... sedar la negaro kito ni islam.. acu kelih sapo lagi molek?
Begitulah jawapan pak menteri, pegawai penguatkuasa bila berhadapan dengan masalah sebegini. Nampak BODOH, Cakap BODOH .... MUKA PUN BODOH.
BalasPadamYang paling bodoh .... rakyat 1 Malaysia yang memilih mereka ni.
Cara berfikir suaram dan pembangkang memenang untuk mencari apa sahaja untuk dipersalahkan. Berbogel ketuk ketampi ialah satu cara untk memastikan wanita-wanita tersebut tidak menyimpan atau menyorokan dadah dibahagian badan atau di tempat sulit mereka. Pastinya Suaram dam pembangkang faham tujuan tersebut dan kes-kes pengedaran dadah banyak berlaku melalui cara demikian sebelum ini. Tak payahlah perkara yang melibatkan keselamatan negara di manipulasi untuk laba politik dengan berlindung disebalik alasan hak asasi manusia.
BalasPadamanon 11:36 menulis "Berbogel ketuk ketampi ialah satu cara untk memastikan wanita-wanita tersebut tidak menyimpan atau menyorokan dadah dibahagian badan atau di tempat sulit mereka. "
BalasPadamini kepala bapak kamu punya cara?
aku harap satu hari polis akan suruh mak, kakak dan adik perempuan ko berbogel dan ketuk ketampi kot2 mereka ada bawak dadah.
"Berbogel ketuk ketampi ialah satu cara untk memastikan wanita-wanita tersebut tidak menyimpan atau menyorokan dadah dibahagian badan atau di tempat sulit mereka. "
BalasPadamanon yg ckp ni org kampung yg rendah IQ-kasihan...dh ada teknologi X-ray blh detect..tk perlu bogel....NONSENSE....ini matlamat nk menghalalkan cara!!!OH yeah, UMNO STYLE--begitula
cina singapore nyer custom much educated from our malay custom(cina singapore dgn kastam cop macam biasa...melayu JB custom "terlupa" nk cop supaya nanti nk checkout blh pow)
inilah wajah sebenar golongan2 melayu fasik yg jauh lebih teruk(rendah IQ & perangai cam setan) dari org kafir(yg bekerja secara smart)
Sdr Mobydick, cuba cerita sikit mcm mana kjaan spore layan pesalah2 seumpama tu . Sbb ambo pun nak ke S4, mana tau kot2 bole buat persediaan.
BalasPadamAda tok ketampi ke?