15 Jun 2011

Kelantan Sifar Murtad

Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil. -mk

6 ulasan:

  1. sungguh berkesan pendidikan Islam di negara Islam ini...

    BalasPadam
  2. ya allah..nape diaorang yang murtad ni tak dibunuh aje...sungguh hari kiamat semakin dekat...

    BalasPadam
  3. dalam islam hukum orang murtad dibunuh mayatnya dibuang ketengah padang.

    BalasPadam
  4. malaysia boleh...

    BalasPadam
  5. sebelum nak salahkan diorang...check balik apa peranan dan tindakan kerajaan umno/bn dah buat...peranan masjid mati..hiburan melampau lampau dan melalaikan..pendidikan islam tidak dititikberatkan...rakyat buta al quran kerana tulisan jawi dimatikan...jabatan agama tidur.. jadi tak hairan kalau orang islam murtad kerana bagi umno/bn,'melayu' lebih utama dari 'islam'...maklumlah nak undi

    BalasPadam
  6. Hisss..... undilah lagi BN... hidup melayu....(melayu murtad)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.