8 Jun 2011

"Polis Bodo" - Denda RM50

Panggil polis bodoh, pekerja butik didenda RM50

KUALA TERENGGANU: Gara-gara memanggil seorang anggota polis bodoh, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dikenakan denda RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa mengeluarkan perkataan "polis bodo" terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 petang, 28 Mei lalu di kawasan LTSM dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju kurung berwarna biru, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Adila Abd Latif.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai penyiasat, V Ravi, manakala tertuduh diwakili peguam Hayyatuddin Muhammad.

Peguam bela tertuduh sebelum itu merayu mahkamah supaya melepaskan tertuduh dengan amaran memandangkan ia adalah kesalahan pertama anak guamnya selain anggota polis terbabit juga tidak memakai pakaian seragam serta kenderaan rasmi jabatan ketika menjalankan tugas itu.

Katanya ia tidak mencerminkan etika yang sepatutnya dipatuhi oleh seorang anggota polis ketika menjalankan tugas mengakibatkan berlaku salah faham sehingga menimbulkan provokasi yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

Mengikut fakta kes, tertuduh dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya dan telah terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan.

Dia yang diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga mengeluarkan kata kesat itu sebelum bertindak menghubungi ayahnya.

Ayahnya yang datang selepas itu dilaporkan memarahi anggota polis berkenaan kerana menegur anaknya dengan mengatakan jalan itu adalah jalan anaknya dan kawasan itu adalah kampung mereka sebelum bertindak meninggalkan anggota polis tersebut dalam keadaan tidak puas hati. - BERNAMA

Ulasan GB

Begitu rupanya kisah. Denda RM50, dan denda maksima cuma RM100, tapi kenapa sampai digari dan dipakaikan baju lokap? Kenapa diaibkan sedemikian rupa?

Pertama: anggota polis terbabit tidak memakai pakaian seragam serta kenderaan rasmi jabatan ketika menjalankan tugas,

Kedua: Gadis itu tidak berpuas hati menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga mengeluarkan kata kesat itu sebelum bertindak menghubungi ayahnya,

Ketiga: Sudah berlaku pertengkaran dimana ayahnya yang datang selepas itu dilaporkan memarahi anggota polis berkenaan kerana menegur anaknya dengan mengatakan jalan itu adalah jalan anaknya,

Rumusan yang boleh dibuat ialah : Polis itu bertindak membalas dendam kerana telah menerima gelaran "polis bodo".

(Dengan maaf) dan rakyat dapat melihat kebodohan polis tersebut yang amat nyata.


4 ulasan:

  1. Difahamkan gadis ini 'Puteri UMNO'?

    BalasPadam
  2. Wahai pak polisi, masa bertugas rasmi pakailah uniform. Dengan uniform anda dikenali dan semua boleh beri kerjasama atau minta bantuan. Kalau anda pakai pakaian biasa siapa tahu anda polisi, saya pun tak berhenti kalau disuruh. Entah-entah orang nak merompak.............

    BalasPadam
  3. Kalau sekadar RM50 aje,jom kita ramai-ramai kata "Polis kutu UMNO" dan jangan lupa sediakan RM50 untuk bayar denda.

    BalasPadam
  4. sepatutnya polis itu jugak di gantung tugas kerana tidak memakai pakaian seragam baru adil

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.