Individu pertama halang hudud bukan Karpal tapi Mahathir, selar Nik Aziz
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.
Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.
Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.
“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.
Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.
Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”
Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.
Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.
Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.
Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu “kewarasannya sudah tidak stabil.”
“Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).
“Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir... orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.
“Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.
“Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita... orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan.
“Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat,” katanya.
Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS.
“Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.
“Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya,” katanya.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.
“Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.
“Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS),” katanya.
Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.
“Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.
“Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya. -TMI
Ulasan GB
GB sudah ulas mengenai isu ini semalam di Penghinaan Mahathir Terhadap Hukum Islam Lebih Dasyat Dari Karpal Singh
Petikan:

Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa yang paling ulung menentang hukum hudud di negara ini ialah kamu, Che Det. Jangan lupa tatkala kerajaan Kelantan ingin membentang hukum hudud, kamulah penentang utamanya, dengan siap memberi ugutan kepada kerajaan Kelantan ketika itu untuk diambil tindakan.
Kalaulah hendak dibangkitkan penghinaan yang Che Det lakukan terhadap Islam mungkin ruang di blog ini tidak mencukupi, lebih buruk dari yang dilakukan oleh Karpal Singh.
Mahathir mengutuk ulama', merasakan diri sebagai ulama' al kabir
Beliau menghina ulama’, menghina pandangan Tuan Hj. Ishak Baharum bekas Mufti Selangor yang dipecat, menghina Dr. Harun Din seorang ulama’ yang disegani. Beliau menempelak pandangan ulama’ dalam isu menutup aurat, pertandingan ratu cantik dengan menyatakan ulama’ mentafsir Al Quran untuk kepentingan diri dan ianya bersalahan dari ajaran Islam. Selagi tafsir atau fatwa ulama’ menggugat Mahathir, selagi itulah fatwa tersebut kononnya bertentangan dengan ajaran Islam.
Apakah Mahathir itu layak memberi fatwa dan menjadikan dirinya sorang diktator satu ketika, tetapi juga ulama’ Al Kabir.
Menghina hukum Islam serta memberi fatwa baru
Beliau mempermainkan hukum hudud dengan menempelak bahawa negara Islam yang mengamalkan hudud akan menyebabkan orang Islam semuanya kudung. Beliau juga mempermainkan hukum Allah ini dalam lawak jenakannya. Tidak berupaya melaksanakannya pada masa ini bolehlah dimaafkan tetapi menolak dan mempersendakan Hukum Allah ini adalah melampau dan wajib diperangi.
Menghina Nabi Muhammad sallalhu’alihi wassalam.
Beliau mempermainkan sunnah Rasulullah. Beliau membuat jenaka dengan janggut Nabi. Beliau mempermainkan pakaian ummat Islam yang dipakai Nabi dan para sahabat dengan menyatakan itu pakaian Arab dan bukan Islam.
minggu lepas solat jumaat di Masjid Sultan Mizan Putrajaya.. terserempak dengan Mahathir berseorangan depan lif.. terfikir untuk menegur dia, salam dan bertanya khabar.. tapi teringat apa yang dia dah buat kepada Islam di Malaysia, terus tak jadi.. dia tengok aku, aku tengok dia je laa..
BalasPadamTahniah PAS. Negara berkebajikan merupakan natijah daripada pembentukan sesebuah Negara Islam. Dasar PAS itu merupakan penjelasan atau kerangka kerja pengisian sebuah negara Islam yang diasaskan perjuangannya oleh parti PAS. Bal datun Taiyyibatun wa Rabbun Ghafuur. Manusia dan alam berkembang menuju kemakmuran.
BalasPadamDAP ingatkan Tun M ingat hari akhirat, berhentilah memfitnah
BalasPadamOleh: Ismail Hashim
SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.
Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.
Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.
Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.
“Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.
Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.
“Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.
“Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak,” tegasnya.
Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu.
Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya.
Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu.
Terbaru, Mahathir mengulas keputusan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 dari 3 hingga 5 Jun lalu yang disifatkannya sebagai kemenangan kepada Karpal.
Memang benar kata TGNA. Che Det Kutty ni lah orang yang pertama menghalang perlaksanaan Hukum Hudud.
BalasPadamChe Det Kutty memang cerdik dan dia memang sedar bahawa Melayu mudah lupa (dia bukan Melayu tulen). Dia tahu Melayu memang tak akan ingat akan apa yang pernah dia kata dan pernah dia buat. Bagaimana seorang yang bukan Melayu Tulen nak membawa Melayu ke syurga? TGNA memang amat menyayangi kaumnya tapi dia lebih menyayangi Islam. TGNA sedar bahawa Melayu tak akan membawanya ke syurga Allah swt tapi hanya dengan Islam saja.
Che Det Kutty memang pandai bermain dengan perasaan Melayu. Dia sedar bahawa Melayu akan melenting kalau orang bukan Islam atau bukan Melayu berhujah atau bercerita tentang perkara-perkara yang berkaitan Islam. Inilah kelemahan yang ketara ada pada Melayu. Kalau Melayu menentang perlaksanaan Hukum Islam atau menghina Islam, tak apa. Sedih melihat sikap Melayu ni. Dengan sebab inilah, Melayu mudah dipermain-mainkan oleh manusia seperti Che Det ni.
Kalau Karpal singh menentang Hukum Islam, AKU tak hairan. Yang penting ialah kita yang Islam ni wajib memikirkan kaedah bagaimana nak meyakinkan orang bukan Islam tentang kebaikan dan keluhuran perlaksanaan Hukum Islam ni? BUTA MASA NI, AKU RASA AGAK SUSAH NAK MENYAKINKAN ORANG BUKAN ISLAM SEBAB YANG ISLAM SENDIR TIDAK YAKIN MALAH MENOLAK PERLAKSANAAN HUKUM ISLAM. Sedarlah ramai munafikun dalam Melayu kita ni? (suka atau tidak, ini adalah kenyataan yang tak mungkin kita menafikan). Bagaimana kita nak memartabatkan Islam sedang kita sendiri yang menolaknya dahulu? Sama seperti Bahasa Melayu atau tulisan jawi, bukannya orang bukan Islam atau bukan Melayu yang menasuhkan bahasa Melayu (tulisan jawi) tapi Melayu sendiri yang melakukannya. Melayu dah nak "meLAYU" dek pukulan dan khianat bangsanya sendiri.
nah amih hg che det...kena direct atas batang hidong baghu ada akai...mamak mudah lupa. byk2 mamak, mamak madet kutty paling celaka dulu kini selamanya..........
BalasPadamMahathir mudah lupa... bertaubatlah
BalasPadam...tunjukkan dulu surat tu....fahami isi kandungan baru boleh kritik kenapa mahathir tak luluskan pelaksanaan hudud pas di kelantan....saya dah baca surat tu....nik aziz cakap lain...keluar lain....ermmmmmm
BalasPadamatau nik aziz tak faham isi surat tu....
saya tak mencarut....tapi memang tak akan keluar post ni....maklumlah negara berkebajikan.
PERANGAI PANDI KUTTI... BETUI LA DIA NI..LIDAH BERCABANG...DAH LAMA DAH..!!! MUDAH LUPA..!
BalasPadamtak payah tunjuk surat... orang semua tahu perangai perangai TUN. Orang bukan ISlam pun tau dolak dalih pemimpin umno tu.....Jika umno turun pada pr13 nanti....mereka semua takut jadi macam hosni mubarak..... apapun jika dah berusia macam ni...patut2 bertaubat...kembali ke jalan Allah. Dosa macam manapun InsyaAllah Allah Maha Mengampun hambaNya. cara TUN buat ulasan pun macam tak serik2 walaupun dah lama dok buat zalim kat rakyat dan ISlam
BalasPadamDlm perhimpunan perkasa di kg Gajah Perak...Tun M dlm ucapannya buat fitnah terhadap PAS dgn menyatakan bahawa PAS ada 3 kalimah Syahadah....ia itu tambahan drp 2 Kalimah Syahadah berbunyi jika undi PAS akan masuk syurga....bertaubatlah wahai Tun M sebelum pintu taubat tertutup...
BalasPadamPelik...Bagaimana Karpal nak halang perlaksanaan Hudud kerana dia tiada kuasa memerintah.
BalasPadamYang pegang kuasa memerintah selama 22 tahun ialah Dr Mahathir.
Tapi jasa Dr Mahathir tetap ada apabila perubahan perlembagaan 1984 yg meletakkan urusan mahkamah syariah tidak blh dicabar mahkamah sivil