23 Mei 2011

Peringatan Telah Sampai. Ketua Hakim Dimasukkan Ke CCU.

Ketua Hakim Negara Kritikal

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah mengalami tekanan darah rendah dan komplikasi jantung.

Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Tinjauan mStar Online mendapati ahli keluarga Tun Zaki masih menunggu di luar bilik CCU.

Menurut Pegawai Khas beliau, Mohd Aizuddin Zolkeply, Tun Zaki mengalami serangan jantung sebanyak dua kali pagi tadi termasuk semasa berada di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi Isnin.

Beliau dikatakan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba di rumah dan kali kedua ketika berada di Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

"Saya mendapat panggilan telefon daripada pengawal peribadi beliau (Tun Zaki) yang mengesahkan beliau kini berada dalam kritikal.

"Isteri beliau turut berada di sisinya kini," kata sumber itu kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.

Bagaimanapun, Mohd Aizuddin enggan mengulas lanjut mengenai keadaan Tun Zaki sebaliknya memberitahu pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Zaki, 64, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 18 Oktober 2008 dan beliau merupakan pengerusi pertama bagi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sejak penubuhannya pada 16 Februari 2009.

Beliau dilahirkan pada 12 September 1945 di Alor Setar, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Sekolah Anderson, Ipoh dan English College, Johor Baharu.

Pada 1969, beliau telah melanjutkan pengajian di Lincoln's Inn, London dan dianugerahkan Barrister-at-Law.

Beliau merupakan anak bekas Ketua Hakim Negara (1966-1974), Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Nik Sazlina Mohd Zain dan mempunyai 4 anak iaitu Dzofrain Azmi, Razif Azmi, Azri Azmi dan Azfar Azmi. -mstar



Ulasan GB

Itu satu "memo" peringatan dari Tuhan. Sepertimana Ketua Polis Negara yang sebelum ini telah pengsan, maka kes Ketua Hakim Negara pula lebih "keras" - dimasukkan ke CCU.

Hidup di dunia ini tidak lama. Ambillah pengajaran dan peringatan, wahai sekalian hakim.

16 ulasan:

  1. Jangan mudah membuat ulasan berbaur penghinaan secara melulu.... ingatlah setiap insan tidak terlepas dari sebarang penyakit malah ajal sekalipun, tak kiralah samada sesorang itu berbuat dosa atau tidak, hanya Allah yang lebih mengetahui.

    Bagaimana umur beliau dikatakan 64 tahun sedangkan lahir pada tahun 1945? Biar betul GB ni

    BalasPadam
  2. beri peringatan bukanlah satu penghinaan kecuali kepada pihak yg terasa.

    tentang umur tu tanya wartawan mstar bagaimana boleh jadi gitu.

    BalasPadam
  3. Memberi peringatan adalah penghinaan tetapi bagaimana menuduh sesorang meliwat yang belum pasti betul atau tidak bukan penghinaan. Keluarga yang dituduh tak terasakah kini.
    Begitulah, kalau kena ke kita hina tetapi kalau orang yang dibenci tidak menghina.

    BalasPadam
  4. mengapa mau mengaitkan kakitangan kerajaan dengan politik sokmo..

    Mereka adalah neutral..

    setiap penyakit yang menimpa tak boleh ke anggap itu telah ketentuan Allah...

    Adakah semua penyokong dan ahli PR maksum....

    Mr greenboc boleh jamin mereka semua maksum..

    apabila pebuatan jahat Pihak pembangkang didedah.. dikatakan konspirasi..

    apabila pihak BN ditimpa penyakit/musibah... Dikata Bala....

    Mengapa,mengapa,mengapa mr green??/

    tidak boleh kah bersedehana saje dalam membenci dan menyukai..

    Janganlah betindak melampau... Allah pun tidak suka orang Melampau...

    BalasPadam
  5. apa yang najib dan rosmah boleh bantu dia dalam kubur nanti?

    BalasPadam
  6. peringatan untuk yang beriman dengan allah dan hari kemudian.....

    BalasPadam
  7. azab dunia tak tertanggung apa lagi azab akhirat

    BalasPadam
  8. ada yang nak jahat dari hidup samapai mati, nauzubillah

    BalasPadam
  9. ada kakitangan kerajaan yang jadi pencacai UMNO hingga sanggup jilat tahi, tak kira allah larang atau allah suruh, mohon perlindungan allah

    BalasPadam
  10. "Jangan mudah membuat ulasan berbaur penghinaan secara melulu...."
    greenboc said...
    "beri peringatan bukanlah satu penghinaan kecuali kepada pihak yg terasa".

    Wa caya lh lur.

    Dlm Alquraan ada banyak peringatan.

    Adakah ia Penghinaan??????????

    PLZZZZZZZ!!!!

    Jgn maree.

    BalasPadam
  11. Klik Disini, are you OK? Jangan perlekeh solat hajat orang teraniaya.

    BalasPadam
  12. setuju dgn mr.green...hidup tak lama,mati pasti datang.jadi biarlah sakaratul maut dalam kawalan ALLAH.aku ingat cj banyak kerja lebih2 lagi lepas jumpa najib lebih dari 6 jam...dia nak rehat lah yu....

    BalasPadam
  13. akan bertemu ia mahkamah yg adil seadil adilnya nak jumpa 6 jam tak boleh punya

    BalasPadam
  14. pada adatnya bala dan ujian adalah perkara yang sama hakikatnya berbeza.
    bala diturunkan kepada orag yang ingkar sedangkan ujian dikenakan kepada orang beriman dengan sebab
    1,untok kafarahkan dosa
    2,untok meningkatkan ketakwaan
    3,hendak menambahkan pahala atas kesabaran orang yg ditimpa ujian itu dengan syarat hamba ALLAH itu redha dengan ujian itu.
    sedangkan bala diturunkan kepada orang yang ingkar dengan apa yg diturunkan oleh ALLAHSWT.

    BalasPadam
  15. Saudari Klik Di sini,

    Awak kata pegawai kerajaan neutral? Semua? Kau ni tak erti atau tak faham atau tak ada konsep penaakulan mantik.
    Saling mengingati adalah sifat yang HARUS ada pada insan yang menganut agama Islam.
    Tiada insan yang maksum pada dunia sekarang terutamanya di Malaysia. Kalau tak cay, tak Che Det (Mantan PM).
    Perbuatan jahat pembangkang dibongkar ... dikatakan konspirasi. Hanya manusia yang "cerdik" saja tidak mengatakan itu konsipirasi. Bukti-bukti yang dikemukakan bukan saja meragukan, untuk ditaakul oleh otak normal malahan tidak diterima dari konsep sainstifik.
    GB ingatkan kita agar kita bertaubat sebelum malaikat maut menjempu kita. Tapi entahlah, mungkin "manusia" yang berbuat konspirasi tak mati kot.
    Ingat saudari Klik sini, kau pakai gambar tak bertudung pun dah menunjukkan sikap kau yang sebenar. AKU bukan penyokong GB tapi AKU suka pada penulisan GB.

    BalasPadam
  16. ajal maut, sakit sihat sume ditentukan oleh Allah.. kalo tok guru penjaga pintu syurga kamu tu sakit, adakah kamu akan menghina dia juga? ingatlah... tiada yg akan terlepas dari maut termasuk kamu dan jagalah lidah kamu dari perbuatan2 nista dan fitnah. sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa kamu dgn org yg kamu berbuat kesalahan. Hanya org itu yg boleh mengampunkan kamu. jika kamu fikir tok guru kamu boleh memberikan kamu keampuan utk dosa2 itu juga, maka bagi kamu agama kamu..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.