20 Mei 2011

Jual Kopi Ada DNA Babi - 3 Pengarah Didakwa

Kluang - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu.

Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa.

Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama. -kosmo


Nafi jual kopi gelatin babi


KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu. -hm




5 ulasan:

  1. paling sonang - pulaukan yo kodai nih
    banyak laie kodai lain buleh minam
    kodai kimma pun buleh...
    ha ha ha
    dah senator dah pun kimma' tu...

    Joe

    BalasPadam
  2. Masihkan lagi org melayu yg beriman menyokong restoran saudagar Cina yg berselindung di sebalik logo halal yang dibeli?Melayu mudah lupa dan akan lupa malah terus menyokong walaupun makanan dan minuman itu akan menjadi darah daging.Insaflah...
    waksab@blogspot.com

    BalasPadam
  3. Saudara Waksab,
    Mana ada orang Melayu yang beriman? Yang ada hanya orang Islam yang beriman. Orang Melayu mana ada hukum halal / haram? Yang ada hukum halal / haram ni hanya pada orang Islam aje.
    Ada orang Melayu yang makan babi tapi tidak bagi orang Islam.
    Ada orang Melayu yang makan rasuah tapi tidak bagi orang Islam.
    Ada orang Melayu yang gila seks tapi tidak bagi orang Islam.
    Ada orang Melayu yang suka buat fitnah tapi tidak bagi orang Islam.
    Ada orang Melayu yang ........ yang tak ada pada orang Islam.
    Sebabnya: Orang Islam berpegang pada hukum hakam Allah swt. Orang Melayu berpegang pada hukum hakam dunia.
    Tengok saja Ibrahim Ali. Dia kata kalau dia cakap, dia yang tanggung dosa. Dia sedikit pun tak takut buat dosa dan orang macam ni yang paling disukai orang Melayu terutama UMNOPRONO.
    Orang Islam bertaqwa akan Allah swt. Maka tak mungkin terbit dari hati kecil untuk berbuat dosa sama ada pada manusia, binatang maupun tumbuh-tumbuhan. Orang Melayu memang suka makan daging saudaranya sendiri. Kalau minta AKU makan dagind saudara AKU sendiri, lebih baik AKU "makan" daging babi. Faham maksud AKU?????
    Yang beriman akan faham. Yang fasikun dan munafikun .... tak akan faham.

    BalasPadam
  4. ada yang mengangap melayu itu islam, islam itu melayu kerana mereka tak pernah diberitahu dan memang taknak diberi tahu bahawa beratus ribu orang melayu sudah jadi kritian inilah padah bila orang melayu islam masih lena dibuai dengan pembangunan jasmani (mata benda) dan tidak ditekankan pembangunan rohani (agama).

    BalasPadam
  5. ada yang mengangap melayu itu islam, islam itu melayu kerana mereka tak pernah diberitahu dan memang taknak diberi tahu bahawa beratus ribu orang melayu sudah jadi kritian inilah padah bila orang melayu islam masih lena dibuai dengan pembangunan jasmani (mata benda) dan tidak ditekankan pembangunan rohani (agama).

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.