Klang: Sisa makanan tidak diuruskan, najis tikus bertaburan dan anak lipas merayap di dapur restoran. Sukar dipercayai tetapi itulah hasil penemuan operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 4’ di Jalan Istana, di sini, baru-baru ini.
Pemilik restoran terbabit mendakwa dapurnya sebelum ini dalam keadaan bersih dan terurus tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Timbalan Pemangku Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang diperiksa pasukan penguat kuasa itu meloyakan.
Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan terpaksa melayan kerenah pengusaha restoran yang tidak berpuas hati apabila premis mereka dikenakan tindakan.
Ada antara mereka bersikap biadap apabila mengherdik dan mempertikaikan tugas pihak penguat kuasa.
Bagaimanapun, peniaga terbabit terpaksa mengalah selepas pihak penguat kuasa menerangkan kesalahan mereka.
Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan yang sepatutnya dan kebanyakan premis hanya bersih di bahagian depan tetapi kotor di belakang.
"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini dan memberi notis sebelum mengadakan operasi.
Kebanyakan restoran yang diperiksa gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya membungkus makanan menggunakan surat khabar dan menggunakan pinggan mangkuk sumbing.
"Mereka mencampur bahan mentah bersama makanan yang sudah dimasak di dalam peti sejuk dan tidak memberi suntikan demam kepialu kepada pekerja," katanya sambil menambah kebanyakan premis yang terbabit dalam operasi ini adalah kategori C, iaitu memuaskan.
Amran berkata, pihaknya menjumpai najis tikus dan lipas di beberapa premis.
Berikutan itu, katanya, tujuh daripada lapan premis yang diperiksa diarah tutup dua minggu bagi memberi masa kepada mereka membersihkan premis masing-masing.
Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.
Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1987.
Bulan lalu, lapan premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 3 yang diadakan di sekitar Jalan Tengku Kelana. -BH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.