28 Mac 2011

2 Jam Yang Dipertikaikan. Anwar Berkenderaan Apa Ke Hotel Itu?

Dua jam 'hilang' masih misteri

Misteri 'kehilangan' Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua jam seperti yang dipaparkan laman Twitter dan Facebook pada 21 Februari 2011 masih belum terjawab kerana waktu yang dipaparkan pada kedua-dua laman berkenaan tidak sama dan lewat sejam.

Justeru, penafian Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung persoalan mengenai ‘kehilangan’ Anwar tidak memberikan gambaran yang sebenar.

Masa yang dicatatkan melalui laman Facebook 21 Februari 2011, waktu sebelum DST (Waktu Musim Panas) yang dipraktikkan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Berikutan itu, waktu yang tertera di Facebook lebih awal daripada waktu yang dicatatkan di Malaysia.

Perkara itu diulas penulis blog, Dr Novandri Hasan Basri, dalam laman blognya http://novandri.blogspot.com bagi menjawab penjelasan yang dikemukakan Rafizi dalam sebuah portal berita online kelmarin yang mendakwa Anwar tidak hilang antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam pada tarikh itu, iaitu masa dikatakan adegan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Rafizi menyembunyikan satu fakta yang penting iaitu tidak menyebut 'kehilangan' Anwar selama dua jam iaitu antara jam 8.20 hingga 10.40 malam (seperti tercatat di Facebook).

“Disebabkan DST berlaku sebelum 13 Mac, waktu di Facebook lebih awal daripada waktu Twitter di Malaysia, maka waktu Facebook yang didakwa Rafizi perlu ditambah satu jam,” katanya yang dipetik dari laman blognya semalam.

Novandri berkata, ramai yang masih tidak faham mengenai DST yang menyebabkan waktu di Facebook adalah lebih awal daripada Twitter pada 21 Februari di Malaysia.

“Waktu musim panas, dikenali di Amerika sebagai DST, adalah sistem yang bertujuan untuk ‘menyimpan cahaya siang hari’ pada musim panas dan oleh sebab itu di Eropah sistem ini dikenali sebagai ‘Waktu Musim Panas’.

“Waktu rasmi dimajukan (biasanya) satu jam lebih awal daripada zon waktu rasmi dan dilakukan selama musim bunga dan musim panas. Hal ini bertujuan untuk lebih menyesuaikan waktu ketika hari masih terang dengan waktu kegiatan kerja dan sekolah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, selepas 13 Mac, masa Facebook turut dipercepatkan (ditambah) selama satu jam, tetapi Malaysia tidak lagi mempraktikkan DST sejak 31 Disember 1981, maka waktu Malaysia tidak berubah.

“Perlu ditekankan di sini sekali lagi, jika Twitter menunjukkan waktu yang tepat, standard dan semasa tetapi waktu di Facebook menunjukkan waktu yang lebih awal dari sebenarnya,” katanya. -BH


'Di manakah Anwar Ibrahim?' PKR kemuka bukti

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel.

Dua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu.

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan:

1040 malam: “Inshaallah”
1049 malam: “That's d Najib's plan. Our task: pursue reform agenda”
1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
1058 malam: “Bisa”
1103 malam: “Waras”
1103 malam: “Ada ruang bias ja”
1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM”
1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

Sembilan pesanan

Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam.

Waktu rakaman video berkenaan adalah antara 10.20 hingga 10.41 malam.

“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.

Malah Rafizi menegaskan pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya diketahui umum.

“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter.

Bohong besar

Itu kata beliau adalah pembohongan besar yang direka cipta kerana hakikatnya adalah Anwar di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya akhbar-akhbar milik Umno itu yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.

Dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” akhbar kawalan Umno itu mendakwa Ketua Pembangkang 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Febuari lalu, kerana tidak ada catatan dalam Twitter dan Facebooknya.

Niat jahat

Rafizi berkata, laporan itu jelas berniat jahat, dan bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan Umno ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

Menurut Rafizi, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan.

“Malah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu. -mk


Ulasan GB

Katalah benar 2 jam Anwar "hilang", hotel terdekat mana yang Anwar pergi, lakukan kerja terkutuk itu dan kemudian balik, yang hanya memakan masa 2 jam?

Naik apa? Motorsikal dengan membonceng Velentino Rossi? Super Lumborghini? Jumbo jet?

Atau Anwar mempunyai keistimewaan sebagaimana pak menteri dan polis boleh memasang dan membunyikan siren pada kenderaannya meredah lampu trafik dan supaya orang lain ketepi di jalanraya untuk memberi laluan kepadanya supaya cepat sampai ke hotel berkenaan?

Justeru itu, keseluruhan episod video seks tersebut JELAS satu rekaan, satu konspirasi yang dilakukan oleh Datuk T yang disokong kuat oleh UMNO termasuk para blogger yang mencari sedikit habuan populariti dan tumpang sekaki dengan harapan jerat dan fitnah itu menjadi.

Dari segi teknikalnya sahaja sudah out, video hitam putih. Kenapa hitam putih sednagkan kedai runcit paling cokia pun sekarang ini guna CCTV berwarna? Sebab tidak mahu bagi nampak sebarang kesan "doctored" ke atas video berkenaan.

Dah ler pelakon yang diambil tidak menepati ciri-ciri fizikal Anwar, cuma wajahnya sahaja yang berjaya diubah.

UMNO hidup bertunjangkan fitnah. Itulah kebenarannya!



Sesungguhnya mereka yang memfitnah mukmin yang lelaki mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahanam, dan azab yang membakar. (Al-Buruj 85:10)


14 ulasan:

  1. Bloggers UMporNO sebagaimana yg. dimaklumkan adalah paid bloggers. Atleast RM5000/month. Jadi mereka perlu mereka/mencipta sesuatu untuk nampak membuat kerja/fitnah supaya boleh tuntut bayaran. Benda yg. tak senget perlu disengetkan dan inilah kepakaran bloggers2 UMporNO. As simple as that.

    BalasPadam
  2. Penjelasan di atas dunia masih boleh dipertikai. Tapi jawapan paling tepat ialah di Padang Mahsyar nanti. Bersabarlah...

    BalasPadam
  3. Hitam putih tu tuan, kamera dah set pada 'night vision'.. kasi clear semua yang ada dalam gelap, terer tu..

    BalasPadam
  4. bro sekarang ni nak update twitt dan facebook bukan kat rumah je bro, kecuali cikai2 yg pakai desk-top dkt rumah , la ni tengah mainpun boleh update bro. boleh ke jadi bukti di mahkamah...nak putaq tu agak2 la.

    BalasPadam
  5. Salam,
    saya tak faham dgn pertikaian yg di katakan. Sesiapa yg boleh explain sket, tlg jawab soalan saya;
    (1) Masa yg benar (FB or twitter)?
    (2) DSAI ada di rumah (DSWA n daughter) atau bersama sapa tah tak ingat (yg kata ada dirumah sbg tetamu)?
    (3) Jam Omega tu hilang?
    (4) Pukul berapa sebenarnya waktu video tersebut dihasilkan? Pukul berapa DSAI hilang?

    Agak2 sesapa yg blh jawab dgn tanpa mengutuk atau mencerca org lain adalah dialu2kan.

    TQ.
    Masihhijau

    BalasPadam
  6. Uneversiti mana yang gila babi hadiahkan dr. kepada pendatang asing dari indo ini.

    BalasPadam
  7. Anony 4.03 pm -

    Jgn nak pahat rasa was-was pada kami rakyat yang tahu untuk memikir ... taktik tu tak menjadilah.

    Kita perlu penyaksian yang sahih bukan sekadar kata-kata daripada ahli UMNO yang sungguh benak otak mereka.

    Salam.

    BalasPadam
  8. Pakatan Rakyat wajar membuat laporan polis khusunya wartawan harakah berkenaan tayangan video lucah secara terbuka oleh Rahim, Eskay dan Shuib.

    Hakikatnya...telah di akui oleh geng T bhw video itu adalah video lucah dan menyimpan serta menontonnya adalah perbuatan yang salah di sisi undang2 Malaysia.

    Kebenarannya video biarlah disiasat oleh pihak berkaitan.

    Namun, trio tiga orang dan semua pimpinan utama akhbar nasional wajar diheret ke mahkamah kerana menayangkan video lucah secara terbuka. Satu perbuatan yang telah diakui oleh trio T .

    Apa lagi...Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  9. ahli bawahan UmporNO bolehlah diperbodohkan oleh pemimpin UmporNO.....

    Gilo punya UMproNO...ada ke 2 jam lesap semata-mata nak main??? Buek ponek aje....dah keluar lotih nak balik rumah...silap-silap...boleh tertidor aje kat hotel tu???

    Ingat rakyat sekarang Otak mcm Nazri ting Tong ke??

    BalasPadam
  10. Kenapa tentang masa 2 jam itu yg dipertikaikan, bukankah ramai yg telah melihat video tersebut mengatakan org di dlm video tersebut bukannya DSAI termasuklah blogger UMNO sendiri....

    BalasPadam
  11. GB...

    x gentle langsung lu ni..

    lu nk pusing aper lagi dgn kenyataan dungu rafizi tu..

    kahakhakahakhkha...

    masa kat facebook konon yg betul..

    kan dah dapat malu besar si rafizi tu..

    kahkahakhaakhkahakhkahkahak...

    ayt plg simple..

    via selective tweet...ayt tu pun dah leh terangkan kedungugan rafizi..

    BalasPadam
  12. UMNGOK mmg sialll....
    tambi chik kata : dia terjumpa video ni....cam HARAM...
    eskay kata : dia dalam video ni....

    puak umNGOK lu pikir la...x yah nk fitnah org...yg aku nk tau apasal polis x tangkap datuk trio ni padahal datuk mangkok hayun ni dh mengaku merekalah DALANG dsebalik video ni...
    aku rasa klu rakyat biasa yg bt & ada bukti yg ckp dh tentu kena humban dlm penjara...

    BalasPadam
  13. Bro toksah dok pertikai la masa di FB ka Twtr ka... Yang penting pelakon dalam video tu bukan DSAI so biag la DSA nak pi mana pun dia punya suka la. Ini Malaysia Boleh !

    Orang yang tayang video Sua Sex Lek kena tangkap tapi yang tayang video seakan DSA bebas ke mana sahaja...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.